Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Thursday, January 29, 2009
Filem seperti 'SIVAJI THE BOSS' patut diharamkan - Elak POLIS jadi mangsa perkauman!
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Mungkin LUCU kedengaran di telinga anda, namun itulah yang sepatutnya dilakukan agar keharmonian kaum dan kewibawaan polis dapat dipelihara.. Malah mungkin ada yang akan mengatakan 'Tak dapat tanduk, telinga dipulas'.. Terpulanglah kepada anda sebagai pembaca untuk buat PERSEPI.. Media elektronik seperti TV dan radio sebenarnya pernah dilabelkan sebagai 'IDIOT BOX' atau 'KOTAK BODOH' kerana terlampau berterus-terang walaupun hakikatnya yang dipaparkan adalah pembohongan semata-mata.. Pengaruh media ternyata mampu menggugat undang-undang walaupun sepatutnya media juga tertakluk kepada undang-undang.. Malah bukan keterlaluan kalau dikatakan media elektronik mampu 'MENGUBAH' undang-undang yang wujud..
Semasa musim perayaan Deepavali tahun lepas, filem SIVAJI THE BOSS telah ditayangkan di kaca TV kita.. Secara ringkasnya, filem tersebut memaparkan bagaimana Sivaji, seorang pakar komputer yang baru pulang dari US cuba memperjuangkan kepentingan rakyat di sebuah kawasan di Tamil Nadu.. Sivaji cuba mengusahakan pelbagai projek untuk kepentingan rakyat, namun semuanya disabotaj kerana kepentingan politik seorang tokoh politik.. Malah Sivaji akhirnya ditangkap pihak berkuasa yang KORUP kerana difitnah melakukan jenayah.. Namun, hasil bantuan beberapa rakannya, Sivaji berjaya meloloskan diri dalam percubaan untuk membunuhnya dan dia kembali setelah menukar identiti.. Dengan identiti barunya, Sivaji akhirnya berjaya menebus kembali kekalahannya akibat disabotaj dan berjaya menumpaskan musuh-musuhnya..
Apakah MESEJ yang cuba disampaikan melalui cerita ini? Senang aje.. Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.. Namun, dalam KONTEKS masyarakat Malaysia, adakah wajar filem seperti SIVAJI THE BOSS ditayangkan? Rasanya tidak, malah MESEJ yang cuba disampaikan walaupun RINGKAS namun akan diputar-belitkan terutamanya jika penontonnya tidak menggunakan OTAK semasa menonton.. Bukankah pernah berlaku JENAYAH pembakaran sebuah panggung wayang di Klang akibat membatalkan penayangan filem ini? Malah, demonstrasi HINDRAF akhir tahun 2007 juga dikatakan dipengaruhi oleh filem ini.. Jelas sekali kemampuan OTAK untuk berFIKIR telah diabaikan oleh para peminat filem ini..
Para peminat FILEM ini yang tidak menggunakan OTAK dengan mudah akan melabelkan pihak berkuasa atau POLIS sebagai watak 'CROOK' yang KORUP dan suka menindas rakyat.. Malah, mereka akan berbangga sekiranya berjaya menentang pihak berkuasa.. Dengan kata lain, walaupun mereka melakukan JENAYAH seperti tembak POLIS di Gombak atau curi kereta MEWAH, mereka tidak bersalah sebaliknya polis yang bersalah kerana polis dilabelkan sebagai golongan KORUP! Inilah pengaruh NEGATIF yang berjaya diterapkan oleh filem ini.. Kesannya, polis atau pihak berkuasa yang rata-ratanya berbangsa Melayu akan menjadi mangsa walaupun mereka cuba melaksanakan tugas! Kalau gejala ini tidak dibendung, tidak mustahil ini akan membawa kepada KRISIS PERKAUMAN seperti yang dihajati oleh puak-puak Hindraf yang berKIBLATkan LTTE! Nak ke jadi macam tu?
Politik memang KOTOR! Masih segar dalam ingatan kita bagaimana pihak polis dikambing-hitamkan dalam kes wanita 'CINA' dipaksa berbogel dalam lokap oleh polis.. Kita masih ingat bagaimana isu ini dijaja sedemikian rupa oleh seorang MP 'ANDARTU' dari DAP untuk memburuk-burukkan polis.. Malah kalau dituruti sejarah negara, polis jugak jadi mangsa apabila Balai Polis Bukit Kepong dibakar dan ramai polis dibakar hidup-hidup akibat perbuatan pihak komunis dan para penyokongnya! Bukan itu saja, agenda memburukkan pihak polis jugak turut dilakukan oleh seorang bekas pemimpin yang hilang jawatan tertiggi kerajaan.. Beliau masih FOBIA kerana pernah LEBAM BIJIK MATA akibat ditumbuk oleh bekas KPN Negara akibat memanggilnya 'Bapak Anjing'! Amboi! Depan rakyat bukan main lagi dia nih berlakon ALIM ye? HE!HE!HE!
Sebab itulah pihak berkuasa dan Lembaga Penapis Filem Negara seharusnya bertanggung-jawab memastikan agar filem yang diIMPORT dan ditayangkan di negara kita ini memenuhi aspirasi semasa dan perkembangan minda bukan sekadar hiburan semata-mata.. Kita pun MAKLUM bukan semua rakyat di negara ini tahu membuat penilaian apa yang melihat secara RASIONAL dan menggunakan OTAK! HE!HE!HE!
Wallahualam..
Best ke ceritanya Bro? Hehe
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeleteHA!HA!HA!
LAWAK tu memang LAWAKla.. Memangle mengHIBURkan.. Tapi MESEJ yang disampaikan melalui FILEM tuh, takde la..
Wallahualam..
Aku rasa filem tamil kurang di berikan pengawasan yang ketat terhadap isi kandung ceritanya.
ReplyDeletemungkin mereka yg di finas tu tak reti bahasa tamil lah kot; dia org cuma dok sibok pantau filem hollywood ngan filem hantu melayu
hahaha
Ini kan cerita favorite Pembohong No. 1 Dunia.....
ReplyDelete