Friday, January 23, 2009

UMNOlah yang akan dipersalahkan sekiranya kuasa politik Melayu tergugat!



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Pilihanraya kecil Kuala Terengganu sudah pun selesai.. Calon UMNO kalah dan Calon PAS menang selesa.. Strategi-strategi UMNO ternyata GAGAL menawan hati rakyat Kuala Terengganu.. Banyak timbul suara-suara yang mengatakan faktor calon menjadi PUNCA utama UMNO ditolak pengundi.. Sebaliknya calon PAS yang menjadi wakil DUN Wakaf Mempelam selama 5 penggal dipilih sebagai wakil oleh penduduk Kuala Terengganu.. Walaupun sebelum ini UMNO mencanangkan strategi mereka menamakan calon lebih awal agar calon tersebut dapat dikenali pengundi, ternyata sekali STRATEGI ini gagal..

Apa yang sudah tersirat, biarkanlah tersirat.. SAYA MINTAK MAAF kepada rakan-rakan UMNO yang membaca Blog ini kerana mungkin agak KASAR bunyinya tetapi inilah HAKIKAT pahit yang terpaksa UMNO terima.. Nyata sekali, selepas ini UMNO pasti akan menerima keKALAHan demi keKALAHan.. Tak percaya? BUBARkanlah Parlimen dan DUN sekarang, anda akan LIHAT sendiri apa yang diTULIS ini adalah benar.. Ya.. Anda mungkin SERONOK mendengar kata-kata KONTRAKTOR 'LALAT TAIK' KELAS F dalam UMNO yang akan terus berkata-kata sebaliknya.. Almaklumlah, para 'LALAT TAIK' ini akan terus menyokong UMNO sehingga REBAH, ibarat PARASIT yang menumpang badan perumahnya..Namun, KALAH tetap KALAH kerana yang UMNO perlukan bukan LALAT TAIK tetapi pengundi atau lebih tepat lagi, orang Melayu sebagai pengundi UMNO!

Kesempatan mengikuti perjalanan kempen UMNO di Kuala Terengganu dan Permatang Pauh sebelum ini menyaksikan betapa JELIKnya pandangan terhadap UMNO di mata rakyat.. Tanyalah pengundi tua, muda, lelaki,wanita, ada kerjaya, penganggur, kaya atau miskin tanpa mengira bangsa dan fahaman agama.. Rata-rata mereka sukar hendak memberikan undi kepada UMNO.. Betapa hapraknya United MALAY Nation Organisation atau Pertubuhan Kebangsaan MELAYU Bersatu hinggakan orang Melayu pun menolak mereka? Hinggakan media terpaksa memaparkan bagaimana perayu undi UMNO terpaksa masuk kampung-kampung Cina dan India untuk merayu undi kepada calon UMNO! Bukankah UMNO mempunyai rakan dalam MCA dan MIC dan Gerakan yang boleh buat kerja sedemikian untuk mereka? Dah ke mana dah persefahaman dan persahabatan dalam BN? Mereka dah kurang YAKIN dengan UMNO ke?

Bukan PERKARA baru lagi apabila kita membicarakan bahawa UMNO mengabaikan pengundi Melayu.. Malah, tak keterlaluan kalau kita kata ada segelintir golongan dalam UMNO yang ingin meminggirkan terus kuasa POLITIK Melayu dalam UMNO.. Bukankah sudah timbul suara-suara dalam UMNO yang mengatakan politik ikut bangsa sudah tak RELEVAN atau patut diadakan sistem 2 parti seperti di US? Bukankah itu nada yang disuarakan oleh seorang calon Ketua Pemuda UMNO dalam sebuah Froum di Kelantan dan disokong pulak oleh para 'LALAT TAIK' yang mendampinginya? Mungkin tak lama lagi timbul pula cadangan agar perkataan 'MALAY' atau 'MELAYU' dalam akronim UMNO diubah? Malah selepas itu kalau ada cadangan mereka untuk buang perkataan 'MALAY' dalam 'MALAY'SIA pun kita tak hairan! HE!HE!HE!

UMNO sering mendabik dada ahli mereka berjumlah 3 juta orang.. Samada UMNO sedar atau tidak, angka 3 juta orang sebenarnya dah disebut sejak tahun 1999, zaman Tun Dr Mahathir masih jadik PM lagi! Dah 10 tahun dah angka itu dibanggakan dan dijaja! Walaupun statistik menunjukkan penduduk Malaysia meningkat, jumlah ahli UMNO agaknya masih STATIK dan dok 'maintain' sekitar angka tersebut aje la! Sepatutnya dengan jumlah bangsa Melayu merangkumi sekitar 60% penduduk Malaysia, keahlian UMNO hari ni dah tentulah meningkat jugak.. Tapi? HE!HE!HE!

UMNO seharusnya sedar bangsa Melayu sejak negara ini MERDEKA lagi mengAMANAHkan kuasa POLITIK mereka kepada UMNO.. Kecuali di peringkat negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu, majoriti bangsa Melayu tidak pernah memilih selain dari UMNO.. Malah, walaupun UMNO ditolak di negeri-negeri tersebut, hakikatnya pemimpin PAS yang dipilih adalah dari bangsa Melayu juga! Bukan salah orang Melayu kalau mereka menolak UMNO jika mereka merasakan UMNO mengabaikan dan memencilkan mereka.. Walaupun PAS menjaja nama Islam. namun HAKIKATnya dalam 1.6 bilion umat Islam seluruh dunia, PAS cuma wujud di Malaysia sahaja! Jadik salah SIAPA lagi kalau kuasa POLITIK Melayu tergugat kalau bukan UMNO?

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan