Friday, February 06, 2009

HIKAYAT BENDAHARA DERHAKA PASAL TAK PUAS NAIK TOYOTA CAMRY BARU




ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Korang semua suka tak baca cerita-cerita HIKAYAT atau dongeng dulu-dulu? Kita sedang memerhatikan sebuah cerita KLASIK dalam peralihan kuasa di negeri Perak..

Tersebutlah alkisah sebuah negeri yang Sultannya bersusur galur daripada Kesultanan Melayu Melaka.. Arakian didapati bahawa pada Mac 2008, berlakulah peralihan kuasa di negeri terbabit.. Mantan Bendahara dari Perikatan Dacing telah tumpas di tangan KUASA baru yang dipanggil Pakatan Mata Lebam.. Mantan Bendahara dari Perikatan Dacing menangis berhari-hari di kediamannya Teratak Bendahara selepas mengetahui kekalahan Perikatan Dacing yang diketuainya dalam pemilihan umum kepada Perikatan Mata Lebam.. Pakatan Mata Lebam yang sebelumnya cumalah gabungan-gabungan kumpulan sosial untuk menentang apa yang dikatakan 'KEZALIMAN' Perikatan Dacing berjaya merampas kuasa kerajaan negeri daripada Perikatan Dacing.. Semuanya berpunca kerana ketidak-puasan hati rakyat jelata akan kerana Bendahara Besar Empayar Melayu lebih mementingkan perlantikkan anggota keluarganya daripada pemilihan oleh rakyat jelata..

Sahibul hikayat selepas berjaya merampas kuasa daripada Mantan Bendahara Perikatan Dacing, barulah ketua-ketua kumpulan sosial dalam Pakatan Mata Lebam menyedari bahawa mereka tidak dapat melantik sesiapa pun ke jawatan Bendahara Negeri kerana masing-masing kekurangan wakil dalam Majlis Undangan Negeri.. Malah, jawatan Bendahara Negeri juga telah ditetapkan untuk lantikkan orang Melayu seadanya.. Maka terpaksalah ketua-ketua kumpulan sosial dalam Pakatan Mata Lebam bermusyawarah untuk melantik siapa yang lebih layak antara mereka menjadi Bendahara Negeri..

Wakil kumpulan KIASU dalam Pakatan Mata Lebam terpaksa beralah dalam soal perlantikkan Bendahara Negeri kerana mereka bukan keturunan Melayu.. Maka jawatan tersebut menjadi rebutan antara kumpulan Umat Nabi LUTH dan kumpulan Perasan LEBAI.. Akhirnya selepas bertolak-ansur, maka dilantiklah seorang wakil daripada kumpulan Perasan LEBAI sebagai Bendahara Negeri yang baru bernama Zar-LUDIN walaupun kumpulan LEBAI mempunyai wakil paling sedikit dalam Majlis Undangan Negeri.. Malangnya, Bendahara Negeri yang baru ni telah dipasangkan dengan pengapit dari kumpulan KIASU bernama Uncle NG.. Kebanyakkan keputusan yang dibuat oleh Bendahara Negeri Zar-LUDIN didapati sering dipengaruhi oleh Uncle NG.. Antaranya termasuklah penganugerahan pajak tanah selama 999 tahun kepada kaum seketurunan dengan Uncle NG.. Malah kenderaan rasmi Bendahara Negeri dan para pembesar telah diganti dengan Toyota CAMRY hasil hasutan Uncle NG..

Tersebutlah pula baru-baru ini seorang wakil daripada Perikatan Dacing telah terkena sumpahan kenan KATAK akibat kalah perebutan JAWATAN dalam Perikatan Dacing lalu melompatlah empunya badan ke dalam Pakatan Mata Lebam sambil diiringi oleh sorak-sorai ahli-ahli Pakatan Mata Lebam.. Bukan main bangga lagi Bendahara Negeri Zar-LUDIN hinggakan dengan ANGKUH mengatakan bahawa Perikatan Dacing akan tumbang.. Malah mantan Bendahara Negeri daripada Perikatan Dacing terpaksa mengundurkan diri akibat kejadian ini.. Namun, kegembiraan Pakatan Mata Lebam tidaklah berpanjangan.. Secara tiba-tiba, heboh pula tentang kejadian di mana wakil-wakil mereka GHAIB dari muka bumi tanpa khabar berita.. Kemudian heboh pula tentang penghantaran WARKAH PERLUCUTAN JAWATAN wakil-wakil yang GHAIB itu oleh Pakatan Mata Lebam kepada Badan Pemilih Wakil.. Apakah sudah berlaku?

Tiba-tiba muncul pulak wakil-wakil yang GHAIB itu bersama pemimpin Perikatan Dacing mengatakan mereka sudah terkena sumpahan kenan KATAK lalu menjadi wakil BEBAS.. Malah, seorang wakil daripada kumpulan KIASU jugak menerima nasib yang sama akibat terkena sumpahan kenan KATAK.. Lebih memeranjatkan lagi, wakil Pakatan Dacing yang melompat ke Pakatan Mata Lebam akibat terkena sumpahan kenan KATAK terkena pulak sumpahan kenan KANGGARU lalu melompat kembali ke dalam Perikatan Dacing.. Setelah campur tolak ilmu hisab, maka didapati Perikatan Dacing mempunyai wakil yang cukup untuk menafikan kuasa Bendahara Negeri Zar-LUDIN sekaligus meruntuhkan pemerintahan Pakatan Mata Lebam di negeri tersebut.. Bendahara Negeri Zar-LUDIN cuba menghalang dengan mengadap Tuanku Sultan untuk memohon perkenan agar berlakunya pemilihan semula wakil-wakil Majlis Undangan Negeri, malangnya, Baginda Tuanku menolak permohonan sebaliknya menerima permohonan Perikatan Dacing untuk melantik Bendahara Negeri yang baru dengan bantuan wakil yang terkena sumpahan kenan KANGGARU dan KATAK.. Tidak terperi lagi keAIBan yang terpaksa ditanggung oleh Bendaraha Zar-LUDIN!

Maka 'MENDERHAKA'lah Bendahara Zar-LUDIN kepada Sultannya kerana tidak mahu digelarkan orang 'MANTAN BENDAHARA' dengan kata-kata "PATIK MOHON DERHAKA".. Gempitalah sekalian alam dengan kata-kata 'DERHAKA' Bendahara Zar-LUDIN kerana Baginda Tuanku baru sahaja menyambut jubli perak pemerintahan baginda.. Berarak segala bala penyokong Pakatan Mata Lebam pada hari Jumaat di hadapan Masjid Besar ke istana menyokong 'PENDERHAKAAN' Bendahara Zar-LUDIN terhadap Baginda Tuanku.. Malangnya kesemua mereka disirami dengan 'SIRAMAN AIR DURJANA' oleh pihak FRU!KAH!KAH!KAH!

Melolonglah Bendahara Zar-LUDIN kerana kehilangan kuasa. TAKHTA, pangkat dan kereta TOYOTA CAMRYnya.. Warna kusyen kereta TOYOTA CAMRY masih belum pudar lagi namun Bendahara Zar-LUDIN terpaksalah menghadapinya.. Begitu jugak dengan konco-konco Bendaraha Zar-LUDIN seperti Uncle NG dan ramai lagi.. MELEPAS SEMUAnya.. Bendahara Zar-LUDIN cuba memperjuangkan NASIBnya melalui penghakiman, malangnya kuasa perlantikkan Bendahara Negeri tetap KEKAL di bawah tangan Baginda Tuanku.. Begitulah malangnya nasib Bendahara Zar-LUDIN yang bakal bergelar 'MANTAN' Bendahara Zar-LUDIN kerana bakal kehilangan kepuasana menaiki TOYOTA CAMRYnya.. SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA.. KAH!KAH!KAH!


Wallahualam..

3 comments:

  1. Tolong sedarlah rakyat malaysia, janganlah lagi beri kuasa kepada manusia durjana Nizar dan Karpal Singh ni. Parti Pas, PKR, DAP adalah parti politik ekstremis yg menjadi ancaman kepada melayu, islam dan negara.

    Pas telah lama kenyang dgn memperalatkan islam, PKR baru memperalat kesamarataan hak konon dan DAP ialah extremist cina.

    ReplyDelete
  2. tolong la tukar kereta, tu toyota altis bukan camry... he he he (tun)

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan