Tuesday, February 24, 2009

Lagi pasal PPMSI - Patut ke Bahasa Jepun dijadikan alasan untuk menolak PPMSI?



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Apabila pihak-pihak yang membantah PPMSI menggunakan ALASAN kononnya bangsa Jepun, Korea, Jerman dan bangsa-bangsa lain boleh MAJU tanpa perlu menguasai Bahasa Inggeris, rasanya Blog ini ingin menjelaskan bahawasanya betapa DANGKAL lagi BODOH alasan sebegini.. Tak ubah seperti membandingkan siapa lebih pantas berlumba antara kereta lumba F1 dengan kereta LEMBU! "Why don't you make comparison an apple with another apple?" Itulah soalan yang patut kita tanyakan kepada para TUA KUTUK yang mengaku KONONnya mereka adalah Pejuang Bahasa! Sedangkan semasa mereka masih berjawatan dalam Dewan Bahasa dan Pustaka, mereka langsung berdiam diri bila penggunaan Bahasa Rojak, Bahasa Pasar dan SLANGA disiarkan dalam media! Sekarang pun mereka berdiam diri bila ada pihak menuntut penggunaan nama 'ALLAH' sebagai kata ganti nama Tuhan dalam BIBLE?

Pemilik BLOG ini pernah menuntut di negara matahari terbit selama lebih 5 tahun.. Pemilik BLOG terpaksa menguasai Bahasa Jepun untuk membolehkan Pemilik BLOG memahami apa yang diajar di dalam kuliah.. Malah, suasana persekitaran yang mana rakyat Jepun rata-rata kurang fasih berbahasa Inggeris juga menyebabkan Pemilik BLOG terpaksa meningkat penguasaan Bahasa Jepun tersebut hari demi hari.. Media massa di Jepun dan pergaulan dengan ramai orang memudahkan Pemilik BLOG menguasai Bahasa Jepun sehingga kini.. Persoalannya, benarkah Jepun menidakkan terus penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian dan sektor perindustrian mereka? TIDAK.. SUDAH TENTU TIDAK.. Anda jangan merujuk para TUA KUTUK kononnya Pejuang Bahasa tuh yang bukannya mahir pun dalam bahasa lain untuk menJAWAB persoalan ini..

Jepun sebenarnya sudah pun mula mencipta teknologi mereka sendiri seawal zaman Perang Dunia Pertama lagi.. Pembaharuan MEIJI yang dilaksanakan pada akhir abad ke-19 telah menggalakkan ramai teknokrat dan para belia Jepun ke Eropah untuk mempelajari TEKNOLOGI semasa zaman Revolusi Perindustrian.. Para Teknorat teknorat Jepun bukan sahaja mempelajari bidang teknologi dalam Bahasa Inggeris, malah dalam Bahasa Jerman, Perancis dan Itali! Bukan seorang dua Teknokrat Jepun yang dihantar, beratus-ratus ribu telah dihantar agar bila para Teknokrat Jepun ini kembali, mereka dapat memindahkan dan mengembangkan teknologi yang dipelajari untuk memajukan Jepun.. Sifat orang Jepun yang rajin dan rela mempelajari sesuatu yang baru telah menyebabkan kemajuan Jepun setanding dengan negara-negara Eropah.. Ini dibuktikan dengan kemenangan Jepun ke atas tentera laut Rusia semasa tahun 1904! Bayangkan kalau di Jepun ketika itu WUJUD golongan TUA KUTUK kononnya Pejuang Bahasa, adakah kita dapat melihat kemajuan Jepun seperti hari ini?

Sehingga hari ini teknologi yang wujud di Jepun sebenarnya kerana mereka rela mempelajari ILMU dalam bahasa asing terutamanya Bahasa Inggeris! Malah, mereka sanggup menubuhkan institusi khusus untuk melakukan kerja-kerja penterjemahan bahan bacaan asing ke dalam Bahasa Jepun agar pendidikan dan pendedahan dapat dilakukan seawal usia lagi! Sedarkah anda untuk mewujudkan syarikat-syarikat gergasi Jepun seperti Toyota, Honda, Sony, Matsushita, Mitsubishi, Hitachi, Nintendo dan banyak lagi sebenarnya memerlukan teknologi asing untuk membolehkan mereka kekal berdaya saing? Malah hampir kesemua syarikat-syarikat gergasi Jepun ini mempunyai pusat penyelidikan di negara-negara Eropah dan USA khusus untuk mempelajari teknologi baru disamping itu memperkenalkan budaya kerja Jepun di negara-negara tersebut.. Adakah kita sekarang ini sudah mampu mendabik dada seperti yang diwar-warkan oleh para TUA KUTUK kononnya Pejuang Bahasa sekiranya kita enggan mempelajari sesuatu ilmu dalam bahasa lain?

Sekiranya anda berada di Jepun, anda akan dapati pusat-pusat TUISYEN khusus untuk mempelajari Bahasa Inggeris bagi semua peringkat umur wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan! Malah iklan-iklan tentang pusat TUISYEN ini sering disiarkan dalam media massa di Jepun.. Pusat-pusat TUISYEN untuk mempelajari Bahasa Inggeris dan bahasa lain sebenarnya sudah menjadi salah satu industri yang berkembang dan maju di Jepun.. Di samping itu, banyak agensi Kerajaan Jepun seperti JICA dan NGO-NGO mereka 'mengimport' guru-guru Bahasa Inggeris dari England atau Scotland KHUSUS untuk mengajar bukan sahaja Bahasa Inggeris, malah subjek-subjek tertentu seperti Sains, Programming, Theorotical Maths dan banyak lagi dalam Bahasa Inggeris untuk memudahkan mereka memahami istilah-istilah yang dipelajari.. Adakah kita seperti mereka sekarang ini? Syarikat-syarikat gergasi Jepun juga digalakkan menerbitkan buku-buku dalam Bahasa Inggeris bertujuan untuk memperkenalkan teknologi syarikat terbabit bagi menghadapi persaingan dalam era globalisasi.. Sebab itulah jika anda selalu ke Kinokuniya KLCC, cubalah cari buku bertajuk 'LEARNING ENGLISH IN TOYOTA WAY'!

Sekiranya bangsa Jepun MALAS dan SEGAN nak belajar ilmu dalam Bahasa Inggeris atau bahasa asing yang lain, adakah kita kenal jenama atau produk keluaran Jepun seperti hari ini? Wajarkah kita menolak pelajaran dalam bahasa asing seperti yang dianjurkan oleh para TUA KUTUK kononnya Pejuang Bahasa, Lebai PAS yang tak masuk sekolah macam seorang MP PAS dari Kedah dan golongan ERDOGAN dalam Lebai PAS semata-mata dengan TAFSIRAN sempit tentang bahasa? Sedangkan kita pun tahu betapa HIPOKRITnya lagi MUNAFIKnya mereka ini semua apabila mereka langsung tidak berusaha untuk memperkembangkan ilmu mengikut peredaran zaman dalam Bahasa Melayu? Usahlah kita menjadi seperti TONG KOSONG dengan mengikut 100% kata-kata mereka di atas tanpa berusaha untuk menggerakkan sedikit otak kita menilai LOGIK atau tidak..

Wallahualam..

6 comments:

  1. Saya cukup meluat melihat kumpulan SITUA KUTUK ni, sudah tua nakmampus nak perjuangkan apa lagi ?

    Saya tak mahu ulas panjang kerana saudara telah mengupas dgn jelas isu ini.

    ReplyDelete
  2. Itulah pejuang bangsa yang lupa diri, tidak boleh digugat status mereka konoonnya golongan pemikir tetapi masih mahu menafikan hak bangsa untuk maju..
    alasan hilang nilai bahasa..tetapi tidak memikirkan nasib bangsa.
    suatu ulasan yang bernas dan berfakta.
    terima kasih..
    'Berani Berubah'

    Anak Jati Kedah.

    ReplyDelete
  3. Saya bersetuju dengan saudara yang mengatakan bahawa kita patut belajar bahasa asing bagi membolehkan kita mendapatkan ilmu...dan betul fakta sejarah saudara tentang tindakan pihak jepun menghantar beribu2 orgnya ke eropah dan lain2 negara untuk mempelajari teknologi seterusnya mereka pulang, menyampaikan ilmu tersebut kepada anak bangsa mereka serta mengembangkan ilmu2 tersebut. Betul. Tapi pada pendapat saya, untuk mendapatkan ilmu daripada negara luar, tidak perlulah kita menjadikan bahasa inggeris (atau mana2 bahasa negara luar)sebagai bahasa pengantar di institusi pendidikan kita. Memadai dengan menetapkan syarat seperti, perlu mendapatkan keputusan yang cemerlang untuk matapelajaran bahasa inggeris (bertulis dan lisan) pada setiap peperiksaan besar sebagai SYARAT WAJIB melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. sebagai contoh, perlu mendapat sekurang-kurangnya gred B untuk matapelajaran B.Inggeris dalam UPSR sebagai SYARAT WAJIB untuk naik ke tingkatan 1, begitu juga dengan PMR dan SPM. 'Tua kutuk' seperti yang saudara sebutkan dalam blog saudara ini cuba mempertahankan bahasa ibunda mereka, tidak rela bahasa ibunda mereka dijadikan bahasa pengantar di tanah air sendiri. Pada zaman persekolahan saya dahulu, B.malaysia masih menjadi bahasa pengantar di sekolah2, tetapi saya mampu mendapatkan A1 dalam matapelajarn B.inggeris diperingkat SPM.

    ReplyDelete
  4. Kita ni, sbg umat Islam, jgn la kita berbalah hanya kerana bahasa yg kita perjuangkan. Mmg patut bahasa kita diangkat, tp bia la kena dgn gayanya. Kita tgk Jepun, mereka mendapatkan ilmu bkn dgn mempelajari bahasa org lain, tp menterjemah buku2 ilmiah untuk jadikan bahan bacaan untuk golongan yg baru meningkat remaja. jadi mereka menjadi bangsa yg maju dgn masa yg singkat. Ditambah dgn budaya mereka yg mengejar masa. Tapi, malangnya budaya kita tak sama dgn mereka. Kita hanya tunggu utk di suap, nasi dah ada di depan mata tp perut kita still lapar. Kita hanya mengambil barang2 ilmiah dari luar, dan terus diserap masuk menjadi bacaan remaja kita. Pada yg tidak memahami, memang akan mundur.

    ReplyDelete
  5. Untuk Anita,

    Apa erti perumpamaan melentur buluh biar dari rebung?

    Kerana lambat dilenturlah banyak pelajar ditahap buluh patah ditengah ruas dan retak dibuku kerana susahnya hendak dilentur. Berapa ramai yang memperolehi keputusan sama seperti awak? Apa jalan supaya lebih ramai menjadi seperti awak?

    ReplyDelete
  6. akusayangumno,

    PPSMI hanya melenturkan buluh untuk BI.Tetapi mematahkan terus buluh untuk sains dan matematik.

    Malaysia akan menjadi seperti negara bekas komanwel yang lain seperti Filipina dan India kerana gagal menguasai sains dan teknologi akibat gagal memahami konsep asas sains dan matematik.

    Untuk memahami buku rujukan sains dalam BI memerlukan kemahiran serentak iaitu sains dan BI.Jika tiada salah satu,maka pembaca akan gagal mendapatkan ilmu.

    Hanya dengan berusaha keras saja yang membolehkan seseorang itu berjaya.Saya dulu pelajar aliran melayu,tidak menggunakan sistem PPSMI,tetapi mampu mendapat 10A dalam peperiksaan SPM dan melanjutkan pelajaran di Jerman.Belajar sains di dalam BM langsung tidak menjadikan saya bodoh dan mundur.Malah kedudukan saya sekarang lebih tinggi dari kedudukan mereka yang melalui PPSMI baik dari segi CGPA,gred,markah,kepakaran,kemahiran menyelesaikan masalah,pengetahuan dan kreativiti.imant

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan