ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Bukan main GALAK lagi sebuah TV Swasta di negara kita menyiarkan suara-suara bantahan terhadap PPMSI.. Hinggakan seolah-olah mereka terlupa bahawa TV Swasta terbabit jugak turun terlibat dalam usaha 'MENJAHANAMKAN' Bahasa Melayu melalui penggunaan Bahasa Rojak dan Slanga dalam slot-slot rancangan hiburan TV mereka seperti Melodi, Gedik Santai, Mentor, Remaja dan banyak lagi.. Inilah seperti yang peribahasa Inggeris makudkan " The pot calling the kettle black!"..
Semalam Mingguan Malaysia sempat menyiarkan bagaimana puka-puak yang membantah PPMSI ini dah sampai tahap cuba MEMANIPULASIkan data para pelajar yang mengikuti pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.. Kalau nak KENCING orang pun berpada-padalah sikit.. Bukannya kami nih BODOH!
477,575 calon jawab Sains,Matematik, dalam BM
PUTRAJAYA 14 Feb. – Seramai 477,575 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam menjawab kertas Sains dan Matematik.
Daripada jumlah itu 243,799 menjawab bagi kertas Sains dan 233,766 lagi bagi kertas Matematik.
Sehubungan itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, kenyataan Gerakan Mansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMP) bahawa seramai 625,987 calon menjawab kertas Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu adalah mengelirukan.
"Jumlah itu adalah mengelirukan kerana murid yang mendaftar UPSR 2008 hanya seramai 518,616," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan GMP mendedahkan 625,987 murid tidak menjawab kertas soalan dalam bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik pada UPSR tahun lalu.
Rasanya para TUA KUTUK yang beriya-iya mengaku diri sebagai Pejuang Bahasa ni sudah melampau! Semasa mereka ada jawatan dalam Dewan Bahasa dan Pustaka, mereka biarkan sahaja penggunaan Bahasa Rojak, Slanga dan Bahasa Pasar sewenang-wenangnya? Selepas puas makan GAJI BUTA dan dah pencen, bila generasi sekarang terpaksa menghadapi persaingan GLOBAL yang mencabar, golongan TUA KUTUK Pejuang Bahasa ni cuba pulak menghalang usaha untuk memberikan tambah nilai kepada MODAL INSAN kita?
Secara RASIONALnya, cuba kita bayangkan nasib para graduan kita untuk memasuki sektor pekerjaan 10 tahun dari sekarang sekiranya kita mengikut 100% kehendak para TUA KUTUK Pejuang Bahasa berkenaan isu PPMSI? Para graduan atau modal insan kita pun sekarang ini sebenarnya sudah ketinggalan kalau dibandingkan dengan para graduan dari China, India, Vietnam, Thailand, Iran malah Filipina.. Vietnam sebagai contoh bakal mengeluarkan ratusan ribu graduan atau tenaga kerja yang bukan sahaja mahir dalam Bahasa Inggeris, malah Bahasa Perancis, Mandarin atau Jepun.. Begitu juga dengan Filipina dan Indonesia.. Keadaan ini sebenarnya sudah pun diramalkan sejak 10 tahun sebelum ini lagi.. Malangnya pemikiran kita yang dibelenggu oleh sifat MALAS dan TAKUT kepada CABARAN hasil didikkan para TUA KUTUK Pejuang Bahasa inilah yang akan mengakibatkan kita ketinggalan..
Sepeti yang banyak kali Blog ini pernah TEGASkan.. Para TUA KUTUK Pejuang Bahasa ini sebenarnya langsung tak memikirkan nasib generasi akan datang.. Yang penting bagi mereka, bantah dan terus bantah tanpa cuba mencari penyelesaian demi generasi akan datang.. Anda sebagai pembaca BLOG ini ingin diTEGASkan bahawa para TUA KUTUK Pejuang Bahasa ini bukannya mahir pun dalam bahasa lain seperti Jerman, Korea dan Jepun.. Namun, mereka sering mengambil contoh negara-negara ini KONONnya untuk menunjukkan bagaimana PPMSI tidak diperlukan.. Tidak ada siapa pun antara para TUA KUTUK Pejuang Bahasa ini mampu menjelaskan kenapa Jepun dan Jerman semasa Perang Dunia Pertama lagi sudah mampu mencipta TEKNOLOGI mereka sendiri? Di mana tahap TEKNOLOGI negara kita pada masa itu?
Fikir-fikirkanlah sendiri..
Wallahualam..
Saudara telah menyatakan pandangan yg jelas, progresif dan berdaya saing untuk orang melayu berubah demi masa depan orang melayu itu sendiri.
ReplyDeleteSebenarnya orang melayu seperti "situa kutuk" ini adalah merupakan duri dalam daging dalam jiwa orangmelayu, menghalang kebangkitan minda melayu dan sangat tepat dijadikan idola kpd kegagalan orang melayu.
Sekarang bukanlah masa untuk melayu membanggakan ttg penggunaan bahasa kerana kita sgt jauh ketinggalan dlm segala bidang ilmu pengetahuan tetapi adalah masa untuk kita menguasai teknologi, menguasai ekonomi.
Saya menggelarkan cendikiawan begini sebagai "cendikiawan kakaktua".
Tuan,
ReplyDeleteSaya juga telah menulis dalam blog saya berkenaan PPSMI. Saya boleh menulis dengan baik dalam bahasa Malaysia dan boleh juga memahami ddengan baik bila membaca dalam bahasa INggeris walaupun agak kureng bila menulis, mungkin kerana saya hanya biasa membaca 'technical writing' kerana saya berkecimpung dalam dunia teknikal....
Dan saya hairan dengan mereka ini kerana kita bukannya hendak belajar membuat novel, tetapi belajar sesuatu yang praktikal atau dalam bahasa Melayunya kita belajar sesuatu yang boleh diamalkan. Dan bahasa inggeris sebagai medium dalam hal-hal teknikal akan lebih membuatkan kita dapat menyerap pemahaman dengan lebih cepat dan jitu.
Saya pula gelarkan mereka ini Ulama Jumud....
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeleteTerima kasih semua atas pandangan anda..
Seharusnya kita melihat isu PPMSI ni dalam konteks pendidikan bukannya dalam konteks perjuangan bahasa kerana sekiranya bangsa kita ketinggalan akibat terlampau taksub dengan bahasa, adakah kita masih lagi ada maruah?
Wallahualam..