Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Wednesday, February 18, 2009
Pilihanraya kecil - 'BUKIT' manakah yang BN akan berjaya memenanginya?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Diharap para pembaca Blog ini dapat menyatakan 'POLL' anda tentang 'Bukit' manakah yang akan BN menangi apabila pilihanraya kecil diadakan pada 7 April 2009 nanti.. Di bawah adalah sedikit analisa tentang peluang BN atau UMNO untuk menang di setiap 'Bukit' yang ditandingi..
1) Nama kawasan: Parlimen Bukit Gantang
Negeri: Perak (BN - tubuh kerajaan dengan sokongan DUN Bebas)
Parti yang menang Mac 2008: PAS
Peluang BN menang: 55%
Kawasan ini pada pilihanraya tahun 2004 telah diserahkan kepada Parti Gerakan sebagai gantian apabila Gerakan terpaksa memberikan kerusi Parlimen Taiping kepada PPP.. Pada pilihanraya Mac 2008, UMNO mengambil balik kerusi Parlimen ini dan sebagai gantinya, Gerakan diberikan kerusi Parlimen Lenggong.. UMNO dengan calonnya Datuk Azim Zabidi kalah di kerusi Parlimen ini.. Sebaliknya Gerakan berjaya memenangi kerusi Parlimen Lenggong.. Sekiranya UMNO ingin meletakkan calon, dinasihatkanlah agar dipilih orang tempatan sebagai calon.. Walaupun UMNO berjaya membentuk kerajaan di Perak baru-baru ini, UMNO tidak boleh 'over confident' kerana kerajaan BN di Perak terpaksa bergantung kepada sokongan 3 ahli DUN Bebas.. PAS dilihat mempunyai kekuatan kerana sokongan pengundi PAS di sini tidak pernah surut.. Faktor keBIADABan bekas pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat di Perak terhadap Sultannya mungkin akan mempengaruhi pengundi.. Namun, setakat mana isu tersebut berjaya mempengaruhi pengundi, agak sukar untuk diramalkan.. Mungkin patut diingatkan bahawa PAS sebenarnya ditubuhkan atau berasal dari Perak, bukannya Kelantan atau Terengganu!
2) Nama kawasan: DUN Bukit Selambau
Negeri: Kedah (PAS)
Parti yang menang Mac 2008: Bebas - masuk PKR
Peluang BN menang: 45%
Di Semenanjung, sekiranya calon Bebas berjaya memenangi kerusi DUN di negeri yang mana faktor kemenangan ditentukan oleh pengundi Melayu, maka terbuktilah BN memang LEMAH dan berlakunya perpecahan di peringkat bahagian parti di kawasan tersebut. BN tidak boleh memandang rendah dan bergantung kepada sokongan pengundi Melayu semata-mata.. Secara kasar, 'MOOD' pengundi India dan bukan Melayu tidak banyak berubah.. Terus-terang katalah, BN terpaksa mengemis undi kepada pengundi bukan Melayu dan kena cuba mempertahankan undi daripada pengundi Melayu sekiranya nak menang di sini.. Patut diambil kira jugak kawasan DUN Bukit Selambau ni dikelilingi oleh DUN dan termasuk dalam kawasan Parlimen yang BN kalah! Seharusnya BN patut menimbulkan PERSEPSI yang baik terhadap para pengundi di sini.. Kot nak KALAH jugak, tak tau la..
3) Nama kawasan: DUN Bukit Lanjan
Negeri: Selangor (PR)
Parti yang menang Mac 2008: PKR
Peluang BN menang: 35%
Rasanya sukar BN nak menang di kawasan ini kerana nampak seolah-olah tiada pemuafakatan antara UMNO dan rakan-rakan lain dalam BN.. Walaupun wakil rakyatnya terpaksa meletakkan jawatan kerana skandal gambar lucah masa tidur, dijangka ini semua tidak dapat mengubah persepsi terhadap BN di sini.. Tambah pulak bila bekas YBnya pantas cuba mengaitkan UMNO terhadap masalah perbadinnya.. Lagi pulak, UMNO yang jadik pembangkang di Selangor pun gagal mengawal 'MULUT' dan para 'LALAT TAIK' belaan pemimpin UMNO tertentu daripada memperbesarkan isu ini.. Dikhuatiri isu bekas YB ini akan jadi isu yang 'BACK-FIRE' kepada UMNO, seterusnya BN balik.. Lebih baik biarkanlah Polis buat siasatan terlebih dahulu.. Kalau nak MENANG jugak, mungkin kena sampai tahap di mana UMNO terpaksa menukar Ketua Perhubungan UMNO Negeri dan juga Ketua Pembangkang DUN Selangor nanti? Almaklumlah, kalau banyak sangat RHETORIK nih payah jugak! HE!HE!HE!
Lebih baiklah kita berterus-terang sekarang tentang peluang UMNO untuk menang jika kita cuba menyembunyikannya atau lebih teruk lagi, cuba meng'CARMOUFLAGE'kannya.. Sekurang-kurangnya, jika didedahkan sekarang UMNO akan cuba berikhtiar untuk memperbaikinya.. Kot UMNO masih dalam 'DENIAL SYNDROME', alamat tunggu masa le UMNO jadik sebahagian daripada lipatan sejarah.. Yang paling penting, UMNO kena respon dengan pantas terhadap segala isu yang cuba dimainkan oleh pihak lawan.. Jelas sekali strategi pihak lawan adalah menyerang UMNO 100%, bukannya menyerang rakan-rakan UMNO dalam BN! Ini kerana rakan-rakan UMNO dalam BN amat diperlukan sekiranya mereka nak bentuk kerajaan baru seperti yang mereka impikan..
Wallahualam..
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete