Friday, February 13, 2009

Situasi politik di Israel lebih kurang sama aje dengan di Perak



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Agaknya apalah Tuhan nak suruh kita ambil IKTIBAR pasal ni ye? Kalau di Perak, baik kerajaan PR mahu pun kerajaan BN masing-masing tak dapat majoriti DUN dan terpaksa bergantung kepada pihak ketiga untuk membentuk kerajaan.. Di Israel pun parti Likud dengan parti Kadhima masing-masing dapat kerusi sama banyak dan terpaksa bergantung kepada parti-parti serpihan untuk membentuk kerajaan..

Tiada parti menang mutlak

BAITULMAQDIS 11 Feb. - Israel menghadapi situasi politik yang tidak menentu apabila tidak ada parti yang mencapai kemenangan mutlak pada pilihan raya Parlimen Israle, hari ini.

Menteri Luar, Tzipi Livni yang memimpin Parti Kadima hanya memenangi 29 kerusi, manakala bekas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu yang mengetuai Parti Likud memenangi 28 kerusi.

Tanpa pemenang mutlak, peranan pencatur kuasa kini terletak pada seorang pemimpin ultranasionalis yang anti-Arab, yang juga bekas anak didik Netanyahu, Avigdor Lieberman setelah partinya, Yisrael Beiteinu memperoleh empat kerusi tambahan dalam pilihan raya bagi menguasai 15 kerusi di Parlimen daripada keseluruhan 120 kerusi.

Memandangkan Parti Kadima dan Parti Likud gagal memperoleh majoriti yang jelas, masing-masing tidak mampu membentuk kerajaan secara bersendirian.

Namun dengan parti-parti berhaluan kanan menambah kerusi mereka di Parlimen, Netanyahu memiliki peluang lebih cerah untuk menubuhkan kerajaan campuran dengan sekutu-sekutunya yang sehaluan itu.

Keputusan itu bermakna rundingan untuk membentuk kerajaan campuran akan berlarutan berminggu-minggu.

Situasi tidak menentu itu boleh menjejaskan usaha Mesir untuk merundingkan gencatan senjata berpanjangan antara Israel dengan Hamas berikutan kempen serangan rejim Zionis ke atas Genting Gaza bulan lepas.

Hamas mungkin keberatan untuk menandatangani perjanjian berkenaan kerana takut dibatalkan oleh kerajaan campuran yang dibentuk kelak.

Walau siapa yang akan membentuk kerajaan, ia dijangka tidak akan menyambung semula rundingan damai dengan Palestin dalam masa segera, sebaliknya mungkin mencetuskan perbalahan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang telah meletakkan perjanjian damai Asia Barat sebagai satu keutamaan beliau.

Pembentukan kerajaan kini terpulang kepada Presiden Israel, Shimon Peres yang akan memutuskan sama ada Livni atau Netanyahu perlu diberi peluang pertama untuk menubuhkan kerajaan.

Peres akan menemui para pemimpin parti untuk mendengar syor mereka dan kemudian mempunyai seminggu untuk membuat keputusan.

Bagaimanapun kata putus terletak pada Avigdor Lieberman setelah partinya, Yisrael Beiteinu menguasai 15 kerusi di Parlimen. - AP


Namun di Israel, Yahudi bersatu-padu untuk menghentam Palestin tapi kita di Malaysia pulak sibuk nak berpecah-belah seperti yang Yahudi dan Zionis hajatkan berlaku terhadap umat Palestin dan umat Islam.. Yahudi berebut kuasa rakyat diorang tak rugi apa-apa pun.. Di Perak pulak punyalah berebut kuasa pasal tak puas naik Toyota Camry baru sampaikan sanggup nak SAMAN Sultan Perak! Punyalah Melayu nih mabuk kuasa mengalahkan Yahudi!

Kita sebenarnya tak pernah belajar daripada persekitaran atau sekeliling kita.. Yang kita tahu hanya makan politik, minum politik, tidur politik semuanya kerana politik.. Kalau takde unsur politik, memang tak sempurna hidup sebagai manusia agaknya.. Adakah kita nih sebenarnya lebih teruk daripada Yahudi? HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan