Friday, September 11, 2009

Kenapa kerajaan tidak bertindak terhadap puak-puak RACIST anti-Melayu yang menyalahtafsirkan konsep 1 MALAYSIA?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita biasa dengar para pemimpin tertinggi kerajaan khususnya mereka yang berasal dari UMNO memarahi dan menyalahkan orang Melayu yang menganggap konsep 1 Malaysia adalah seperti konsep Malaysian Malaysia yang cuba menghapuskan hak-hak keistimewaan Melayu, kedaulatan Sultan-Sultan Melayu, menghapuskan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi negara dan merendahkan taraf agama Islam sama dengan agama-agama lain di Malaysia.. Para pemimpin UMNO tersebut menyatakan bahawa konsep 1 Malaysia tidak mengancam kesemua yang dinyatakan sebaliknya konsep 1 Malaysia bertujuan untuk menyatu-padukan rakyat di negara ini tanpa mengubah sedikit pun apa yang termaktub dalam perlembagaan negara..

Soalnya, adakah puak-puak RACIST yang anti-Melayu dan berselindung disebalik parti-parti RACIST bangsa masing-masing dan juga pertubuhan-pertubuhan HALAL atau HARAM seperti HINDRAF mempunyai pemahaman tentang konsep 1 Malaysia sama seperti para pemimpin kerajaan khususnya dari UMNO? Sekarang ini kita lihat begitu ramai puak-puak RACIST yang mempersoalkan kedudukan dan hak-hak orang Melayu di negara ini.. Mereka ini bersuara lantang mempersoalkan, memperlekehkan malah menyalahkan orang Melayu dalam segala isu dengan berselindung di sebalik konsep 1 Malaysia.. Apabila orang Melayu cuba menyuarakan bantahan, puak-puak RACIST yang anti-Melayu ini pulak pantas berselindung disebalik konsep 1 Malaysia hingga memaksa para pemimpin UMNO dalam kerajaan untuk menutup suara-suara bantahan orang Melayu sendiri..

Ini adalah DILEMA maha dahsyat yang tidak pernah dialami oleh orang Melayu sebelum ini.. Suara-suara membela orang Melayu cuba dipendamkan dan dipadamkan oleh para pemimpin Melayu dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) sendiri! Malah para pemimpin Melayu dalam UMNO dilihat seolah-olah terpaksa TUNDUK kepada tekanan rakan-rakan parti bukan Melayu dalam Barisan Nasional yang jelas cuba meraih populariti dengan menyuarakan kemahuan puak-puak RACIST yang anti-Melayu ini!Tidak hairanlah begitu banyak NGO-NGO Melayu ditubuhkan akibat orang Melayu sudah HILANG KEYAKINAN terhadap UMNO.. Ini sudah tentunya diRAIkan oleh puak-puak RACIST yang anti-Melayu! Tambahan pula, puak-puak ini yang sememangnya mahukan UMNO lemah dan orang Melayu di negara ini berpecah-belah..

Dikala pemimpin-pemimpin Melayu dalam UMNO berebut KUASA dalam parti, manakala lebai-lebai PAS pulak begitu GHAIRAH mengejar kemewahan hingga sanggup mengHALALkan apa yang haram dan mengHARAMkan pula apa yang HALAL dalam Islam, tidak ada pihak yang mahu membela orang Melayu.. Yang jelas menjadi MANGSA puak-puak RACIST yang anti-Melayu ini ialah golongan pentadbir dan penguatkuasa dalam sektor awam negara.. Seboleh-bolehnya imej orang Melayu yang berkhidmat dalam sektor awam negara cuba dihancurkan dan diburukkan.. Anda boleh lihat sendiri bagaimana kredibiliti penjawat awam Melayu seperti POLIS, Pihak Berkuasa Tempatan dan SPRM cuba dijatuhkan dalam isu-isu tertentu..KONONnya atas ingin mencari keadilan selaras dengan konsep 1 Malaysia, namun orang BODOH pun nampak apa yang tersirat disebalik tindakkan puak-puak RACIST yang anti-Melayu ini dalam kes-kes yang dimaksudkan..

Lebih meMALUkan pulak apabila melihat kerajaan yang dketuai oleh UMNO pantas mengambil tindakkan atau menurut kehendak puak-puak RACIST yang anti-Melayu ini apabila mereka menyatakan dakwaan atau tuntutan mereka KONONnya selaras dengan konsep 1 Malaysia.. Anda mahu CONTOH? BOLEH.........

Apabila penduduk Melayu di satu kawasan di Shah Alam menyatakan bantahan terhadap pembinaan kuil di kediaman mereka dengan mengadakan demonstrasi membawa kelapa lembu, mereka semua didakwa di bawah AKTA HASUTAN.. Sebaliknya dalam isu yang sama, apabila seorang individu bukan Melayu menyatakan kaumnya boleh bersabar dengan azan 5 kali sehari dalam satu majlis perjumpaan antara MB Selangor dengan para penduduk Melayu di yang membantah pembinaan kuil tersebut, tidak ada pula tindakkan di bawah AKTA HASUTAN dikenakan terhadapnya?

Itu baru satu isu.. Banyak lagi isu-isu yang menyaksikan bagaimana kepentingan orang Melayu diketepikan sebaliknya tuntutan puak-puak RACIST yang anti-Melayu ini DIDAHULUKAN oleh kerajaan.. Tindakkan BERAT SEBELAH ini jelas dapat dilihat dalam isu kematian seorang saksi SPRM di Selangor, isu Kampung Buah Pala dan Kampung Tanjung Tokong di Pulau Pinang, isu penjualan ARAK di kawasan Melayu serta isu penternakan BABI di Melaka.. Itu agaknya maksud KONSEP 1 MALAYSIA - Melayu kena TIBAI dahulu, puak-puak RACIST yang anti-Melayu DIUTAMAKAN?

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan