Tuesday, September 08, 2009

Mampukah UMNO mengelakkan calon-calonya diSABOTAJ oleh pihak dalam parti sendiri di Bagan Pinang?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Akhirnya ada lagi pilihanraya kecil.. Rasanya inilah pertama kali dalam sejarah negara menyaksikan begitu banyak pilihanraya kecil berlangsung dalam masa satu penggal pemerintahan kerajaan (5 tahun).. Dua pilihanraya kecil sebenarnya tidak perlu pun dilangsungkan seperti di Parlimen Permatang Pauh dan DUN Penanti, namun atas nama menjulang prinsip demokrasi, terpaksa jugaklah diadakan.. UMNO telah KALAH di Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang.. Sementara untuk kerusi DUN pula, UMNO telah kalah di DUN Manek Urai dan Permatang Pasir serta memilih untuk tidak bertanding di DUN Penanti.. Agak-agaknya laratke UMNO untuk terus KALAH dan KALAH lagi?

Kita tidak menjangka sebarang perubahan strategi UMNO untuk menghadapi pilihanraya kecil di DUN Bagan Pinang kali ini.. Tambahan pula apabila melihat Ketua Penerangan UMNO sudah pandai bagi alasan yang tidak masuk akal untuk setiap kekalahan UMNO dalam pilihanraya kecil.. Sudah tentu kali ini pun janji-janji politik seperti hendak menjadikan DUN terbabit sebagai 'Anak Emas', contoh pembangunan dan sebagainya akan terus dijadikan bahan kempen walaupun hakikatnya rakyat dah jelak dengan isi-isi kempen sedemikian.. Almaklumlah, apa gunanya pembangunan jika setiap projek yang disenaraikan banyak dibolot oleh Ketua Cawangan, Ketua Bahagian dan AJK-AJK UMNO sahaja? HE!HE!HE!

DUN Bagan Pinang sebenarnya ada pemimpin UMNO yang masih setia dan teguh kepercayaannya kepada parti.. TS Isa Samad adalah pemimpin UMNO yang sepatutnya menjadi contoh kepada pemimpin-pemimpin pelapis tentang bagaimana setianya beliau kepada partinya walaupun beliau telah dihukum dan didakwa atas kesalahan POLITIK WANG dalam parti.. Namun, memandangkan ada seorang lagi ‘mangkuk’ yang pernah didapati melakukan kesalahan POLITIK WANG namun tidak pula menerima hukuman seperti TS Isa Samad malah dapat jawatan Ketua Pemuda pulak, maka hukuman yang dikenakan ke atas TS Isa Samad dipandang sinikal oleh ahli-ahli UMNO sendiri.. Dengan kata lain, kesalahan TS Isa Samad tidaklah seserius mana sedangkan ada ‘mangkuk’ yang boleh pulak ‘dilepaskan walaupun melakukan kesalahan yang sama.. Inilah hakikatnya dalam UMNO, apa pun boleh jadi..

Adakah TS Isa Samad akan jadi calon UMNO untuk DUN Bagan Pinang? Rasanya tidak semudah itu.. Malah, kita masih ingat lagi pergolakkan dalaman UMNO terutamanya di Bahagian Seremban yang menjadi bahan berita dalam media massa sebelum ini.. Itu aje dah cukup sebagai bukti UMNO tidak bersatu.. Apa yang lebih dikhuatiri adalah sekiranya TS Isa Samad menjadi calon UMNO, ada pula pihak yang akan mensabotaj jentera kempen dan seterusnya peluang UMNO untuk memenangi pilihanraya kali ini.. Mungkin ada orang dari Parlimen Rembau akan ‘kepanasan’ jika TS Isa Samad dipilih sebagai calon..

Almaklumlah, dah tentu ada ‘mangkuk’ yang tak senang duduk pasal TS Isa Samad yang didapati bersalah mengamalkan POLITIK WANG pun masih boleh menjadi calon UMNO sedangkan dia yang terang-terang bersalah POLITIK WANG pulak dicemuh oleh satu Negara dan menjadi punca penyebab kekalahan berterusan UMNO! Dah tentu akan ada SABOTAJ terhadap TS Isa Samad jika beliau dicalonkan walaupun hakikatnya UMNO dah nazak akibat kekalahan berterusan dalam setiap pilihanraya kecil.. Inilah politik dalaman UMNO yang penuh dengan kejelikkan dan keburukkan.. Bila agaknya UMNO mau berubah?

Wallahualam..

3 comments:

  1. Kalau Isa lah calunnya....hancus!

    bat69

    ReplyDelete
  2. Bila agaknya UMNO akan berubah?

    Inilah masanya....

    Pilih calon yang fresh. Yang nampak bersih dan memang bersih!!!

    http://pelantaqhujah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    Walau apa pun panggilannya, 'Sabotaj', 'cah keting' atau sebagainya, inilah penyakit paling dahsyat dalam UMNO.. Semuanya berpunca akibat ketidak-mampuan UMNO mengawal disiplin ahli-ahlinya terutamanya semasa pemilihan parti..

    Selesai sahaja pemilihan, yang hilang kuasa tak puas hati dan berdendam.. Yang ada kuasa pulak tunjuk lagak GILA KUASA dan tindas orang lain sesuka hati mak bapak 'mertua' dia aje..

    Sedangkan negarawan macam Tun pun boleh kena sabotaj, apatah lagi ahli biasa dalam UMNO?

    Wallahualam..

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan