Saturday, September 05, 2009

Pakatan Rakyat pasang perangkap PERKAUMAN tetapi UMNO pulak tak sedar dan masuk perangkap?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Ada dua isu yang cuba dikaitkan dengan soal perKAUMan terhadap orang Melayu yang dilihat cuba mengganggu ketenteraman negara ketika ini.. Kaitannya dapat dilihat dengan jelas apabila terdapat beberapa puak pelampau bukan Melayu cuba mensensasikan dan menjadikan sebagai satu bentuk polemik KONONnya untuk mendakwa orang Melayu seolah-olah menindas kaum-kaum bukan Melayu di negara ini.. Bukan itu sahaja, soal agama jugak telah menjadi 'bahan mainan' dalam sesetengah isu.. Inilah PADAHnya apabila kerajaan BN sendiri yang dilihat meneruskan agenda Pakatan Rakyat dengan KONONnya mengamalkan 'DASAR KETERBUKAAN' yang melampau!

Isu-isu yang dimaksudkan adalah isu-isu seperti berikut:-

1)ISU PEMBINAAN KUIL HINDU DI SEKSYEN 23 SHAH ALAM

Isu ini sebenarnya sangat menyakitkan hati orang Melayu khususnya penduduk Seksyen 23 Shah Alam.. Penduduk yang majoritinya adalah orang Melayu menolak usaha kerajaan negeri untuk memindahkan kuil di kawasan mereka kerana beranggapan tidak sesuai dan dikelilingi oleh penduduk Melayu.. Kenapa kuil tersebut dipindahkan? Ini kerana sebenarnya kuil tersebut dibina secara HARAM, tanpa permit atau kelulusan dan di atas tanah orang.. Maka sebab itulah kuil yang asal dipindahkan..

Isu ini berlanjutan agak lama kerana keDEGILan MB Selangor dari PKR yang dilihat enggan mendengar rintihan penduduk hinggalah berlakunya tunjuk perasaan selepas solat Jumaat yang menjurus kepada adegan membawa 'KEPALA LEMBU'.. Walaupun 'KEPALA LEMBU' itu dilihat lebih kepada meyindir KEPIMPINAN Pakatan Rakyat di Selangor khususnya MB Selangor yang dilihat tunduk bodoh macam lembu kepada tuntutan sebegini, namun puak-puak RACIST dalam Pakatan Rakyat di Selangor jelas cuba memutar-belitkan keadaan dengan menafsirkan adegan bawa 'KEPALA LEMBU' itu sebagai cubaan KONONnya nak menghina kaum yang inginkan pembinaan kuil di Seksyen 23! Inilah bentuk penafsiran yang cuba diperlihatkan oleh puak-puak RACIST terutamanya oleh seorang pemimpin wanita mereka yang ditemuramah oleh RTM semasa sambutan kemerdekaan di perkarang Parlimen!(Siap keluar slot berita tengahari RTM 1)

Pada hari Sabtu 5 September semalam.. Rata-rata penduduk berjumlah sekitar 200 orang lebih dilihat meluahkan kemarahan mereka dengan pembinaan kuil tersebut kepada MB Selangor TS Khalid Ibrahim.. Malah ahli PAS 'ERDOGAN' Khalid Samad turut dicemuh dan diejek oleh penduduk Seksyen 23 sendiri.. Yang lebih menyakitkan HATI orang Melayu apabila ada pihak dalam majlis tersebut cuba mengungkit KONONnya kaumnya dapat bersabar apabila azan dilaungkan 5 kali sehari! Ini jelas satu bentuk pengHINAan kepada ISLAM!

Namun, REAKSI Petubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu terhadap isu ini sebenarnya melukakan hati orang Melayu.. Selain terperangkap dengan mainan isu PERKAUMAN yang dilakukan oleh puak-puak RACIST dalam Pakatan Rakyat, UMNO yang selama ini mendapat sokongan orang Melayu dilihat membelakangi pulak orang Melayu dengan kenyataan para pemimpin mereka yang berSETUJU dengan kenyataan puak-puak RACIST dalam soal adegan bawa KEPALA LEMBU tersebut!

SEKARANG INI AZAN DIPERMAINKAN PULAK,APA PULAK REAKSI UMNO?

------------------------------------------------------------------------------------

2)ISU KAMPUNG BUAH PALA 'HIGH CHAPPARAL'

Pada permulaan isu ini dibangkitkan, ianya tidak lebih daripada soal pengambilan tanah milik kerajaan negeri oleh pihak pemaju untuk dibangunkan.. Sebenarnya, tanah yang dimaksudkan atau Kampung Buah Pala itu sendiri sebenarnya adalah tanah yang tiada hak milik peribadi atau lebih jelas lagi, tiada geran tanah di kawasan tersebut.. Pengambilan semula tanah kerajaan adalah perkara yang lumrah dan bukannya ditujukan kepada sesuatu kaum.. Malah, di Kuala Lumpur sendiri anda boleh lihat bagaimana kawasan kampung Melayu seperti Kampung Abdullah Hukum telah menjadi sebahagian Mid Valley dan Kampung Kerinchi telah menjadi Pantai Hill Park..

Malangnya isu ini telah diPOLITIKkan oleh satu kaum yang pada tahun 2007 telah mendapat inspirasi oleh sebuah pertubuhan HARAM bernama HINDRAF.. Sudah lupakah anda semua tentang kenyataan mereka yang didalangi HINDRAF yang cuba menjadikan isu ini sebagai isu perkauman antara kaumnya dengan orang Melayu?

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0703&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm

Malah, Ketua Menteri Pulau Pinang yang berasal dari sebuah parti yang 'KURANG SUKA' dengan orang Melayu telah cuba mengalihkan isu tersebut kepada KONONnya kesalahan kerajaan BN atau UMNO.. Ini jelas dinyatakan dalam BLOGnya sendiri:-

http://limguaneng.com/index.php/2009/06/30/hindraf-must-wake-up-and-realise-that-kampung-buah-pala-is-still-standing-today-because-the-penang-pr-state-government-had-successfully-prevented-them-from-been-evicted-in-the-middle-of-last-year/

Sikap tidak bertanggung-jawab Ketua Menteri Pulau Pinang memang dijangka kerana dia sendiri adalah seorang RACIST yang mementingkan kaumnya sahaja.. Lagi pun isu tersebut bukan antara kaumnya dengan orang Melayu.. Apa pun isu yang dibangkitkan, dia dengan mudahnya akan menuding kepada UMNO atau orang Melayu..

Namun yang lebih menyedihkan lagi adalah REAKSI Petubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu apabila ada pihak cuba mengaitkan isu tersebut dengan orang Melayu.. Malah, jika kita ikuti isu ini, kita dapati ada rakan parti komponen dalam Barisan Nasional turut sama menSENSASIkan isu ini secara berlebihan tanpa memikirkan SENSITIVITI perkauman dalam isu tersebut.. LUPAKAH UMNO BAHAWA ISU YANG SAMA JUGA TURUT BERLAKU TERHADAP KAMPUNG-KAMPUNG ORANG MELAYU DI TANJUNG TOKONG, PULAU PINANG?

PAKATAN RAKYAT MEMANG MENGKAMBING-HITAMKAN ORANG MELAYU DEMI KEPENTINGAN POLITIK MEREKA, MALANGNYA UMNO TURUT SAMA TERPERANGKAP DENGAN MAINAN POLITIK PAKATAN RAKYAT INI!

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan