Monday, December 14, 2009

Perangkap yang terbuka LUAS khusus untuk UMNO di Parlimen Batu jika berlaku pilihanraya..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Apakah agaknya kali ini PERANGKAP yang dipasang terhadap Barisan Nasional(BN) atau lebih TEPATnya UMNO jika berlaku pilihanraya di Parlimen Batu? Jika sekiranya MAHKAMAH menjatuhkan hukuman ke atas Tian Chua seterusnya mengAKIBATkan kekosongan Parlimen Batu, maka sekali lagi kita akan berhadapan dengan pilihanraya kecil..

Pada 22 Okt lalu Tian Chua telah dikenakan hukuman penjara enam bulan dan denda RM3000 kerana didapati bersalah gigit tangan konstabel Rosyaidi Anuar dalam pergelutan di jalan depan bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007. Berikutan keputusan itu beliau hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.Keputusan itu ditangguhkan sementara proses rayuannya selesai..

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_85953eb0-7f000010-111c3670-cb4e933d

Sebenarnya perangkap sudah pun terPASANG untuk BN atau UMNO di Parlimen Batu jika berlakunya pilihanraya kecil.. Seperti kata Tian Chua "Saya tidak boleh fikirkan soal diri saya lagi tetapi untuk parti jika kalah dalam rayuan itu.Saya nak pastikan ada pilihanraya kecil di situ,".. Dengan kata lain, seperti 'BOSS'nya yang mencari populariti untuk menJATUHkan dan mengHENTAM lawan melalui pilihanraya kecil, Tian Chua jugak sebenarnya cuba melakukan perkara yang sama.. Manala tau kot si MALAUN nih baring depan TRAK FRU lagi?

Sebenarnya, pilihanraya kecil sudah menjadi medan PROPAGANDA yang cukup berkesan bagi pihak Pakatan Rakyat(PR) untuk menyebarkan DAKYAH-DAKYAH mereka terhadap kerajaan BN atau UMNO secara khususnya.. Sementara dipihak BN atau UMNO masih 'MENDONDANG-SAYANG'kan kempen pembangunan atau kemajuan, puak-puak PR menggunakan segala kesempatan semasa berkempen pilihanraya kecil untuk menyerang BN.. Walaupun mungkin kalau kita baca ikut media, puak PR nih digambarkan tidak bersatu, berlainan pendapat dan sebagainya namun di dalam kempen pilihanraya ternyata suasananya berbeza sama sekali..

Puak-puak PR tidak akan menyerang BN secara umum atau komponennya.. Sebaliknya tumpuan mereka hanyalah kepada UMNO.. Diulangi.. UMNO.. Kenapa UMNO?Kerana HANCURlah UMNO maka hancurlah BN.. Puak-puak PR pun tahu mereka hanya memBUANG masa menyerang komponen-komponen BN yang lain seperti MCA, MIC, Gerakan, PPP dan sebagainya.. MCA sekarang ini hampir hancur.. KeANGKUHan pemimpin seperti Samy Vellu dan Kayveas sebenarnya BONUS kepada puak-puak PR.. Gerakan pulak sering buat kenyataan 'TIKAM BELAKANG' terhadap UMNO atau orang Melayu khususnya.. Jadik, semua ini adalah BONUS yang memberi kelebihan kepada puak-puak PR..

Adakah UMNO pulak benar-benar KUAT untuk menghadapi semua ini? HE!HE!HE!

-> Dengan para PERASUAH diberikan jawatan penting dan bermaharaja-lela dalam parti..

-> Dengan ahli-ahli parti yang semakin hilang keyakinan dan 'SUSPICIOUS' terhadap para pemimpin mereka..

-> Dengan pengHINAan menteri-menteri UMNO terhadap pemimpin-pemimpin veteran seperti gelagat Menteri 'HANJENG' baru-baru ini..

-> Dengan kenyataan berterusan mengHINA orang Melayu oleh puak-puak PR yang menyalah-tafsirkan konsep 1 MALAYSIA tanpa sebarang tindakkan oleh pemimpin UMNO sendiri!

KeMENANGan di Bagan Pinang hanya kerana 'SISA' atau BELAS kasihan pengundi Melayu khususnya masih menebal terhadap parti mereka disamping faktor keTOKOHan TS Isa Samad di kawasannya dan faktor undi POS.. Namun, ini semua tidak boleh dipakai di Parlimen Batu, Kuala Lumpur yang mana komposisi kaum Melayu dengan kaum-kaum lain seimbang..

Sebab itulah Tian Chua begitu BERANI menyatakan sebegini "Saya menduga berat sikit bagi kami jika calon UMNO bertanding di situ tetapi jika calon Gerakan kami pasti menang mudah".. Itu TANDAnya MALAUN nih nak membuat PROVOKASI murahan terhadap UMNO secara khususnya..

JADIK KITA SEMUA PAKAT TENGOKLAH SETAKAT MANA CERDIKNYA UMNO NANTI.. HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan