Monday, December 28, 2009

PM akan ditekan dengan isu-isu 'LAMA' selagi enggan benarkan 'malaun' tuh masuk kabinet kerajaannya?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kebelakangan ini rakyat negara ini diKEJUTkan dengan dua perkara yang dilihat sebagai satu cubaan untuk meMALUkan kerajaan atau LEBIH tepat lagi untuk dikatakan sebagai cubaan untuk menJATUHkan MARUAH UMNO sebagai parti orang Melayu.. Dalam keadaan semua perkara hendak diPOLITIKkan ditambah pulak dengan keLEMAHan pucuk pimpinan UMNO, maka kita boleh menJANGKA banyak lagi kejutan atau cubaan meMALUkan kerajaan akan berlaku..

1) Kehilangan ENJIN pesawat TUDM

Di FAHAMkan kejadian ini berlaku sekitar tahun 2007 lagi.. Dikatakan berlaku kerana terdapatnya penyelewengan oleh beberapa pegawai ATM untuk menjualkan ENJIN yang diMAKSUDkan kepada pihak luar.. Perkara ini masih lagi dalam siasatan pihak berkuasa, namun sudah ada cubaan untuk memPOLITIKkannya terutamanya untuk memburukkan Menteri Pertahanan ketika itu yang menjadi PM sekarang..

SOALnya, kenapa ISU ini perlu diDEDAHkan? Kenapa 'TIMING' pendedahan itu berlaku pada masa sekarang? Apabila diDEDAHkan, ianya akan memberi MALU kepada kerajaan kerana dikatakan GAGAL mengawal ASET pertahanan negara.. Jika perkara ini berlaku di negara LUAR, sudah tentu Menteri Pertahanannya kena LETAK JAWATAN.. Namun, pendedahan ini sebenarnya ada MUSLIHAT tersembunyi..

Anda seharusnya mengimbas kembali satu kerja 'BODOH' yang berlaku sebelum ini semasa berlakunya peralihan kuasa daripada PM ke-5 kepada PM ke-6.. LOGIK tak seorang PM yang hendak 'RESIGN' beberapa bulan lagi boleh bertukar jawatan kabinet daripada Menteri Kewangan kepada Menteri Pertahanan? BOLEH BAGITAU TAK PM NEGARA LAIN ADA KE BUAT MACAM TU BILA NAK 'RESIGN'?

Dah tentu ada sebab musababnya aktiviti 'TUKAR SUKA SAMA BELUM TENTU SUKA' tu terpaksa dilakukan masa tuh.. Almaklumlah.. PM ke-5 tu selain berjawatan PM, dia jugak PAK MERTUA kepada 'malaun' PESALAH POLITIK WANG tuh.. Jadik kot nak KOREK apa-apa sek-sok demi menjamin kedudukan POLITIK 'menantu BABAH', senangla............ Apa pendapat anda?

2) CUBAAN nak FITNAH TUN MAHATHIR menerusi buku tulisan BARRY WAIN

Ini pun sebenarnya dah pun dijelaskan sebelum ini.. Kita TAHU pembangkang terutamanya si 'PIGGY' dan parti RACISTnya pantas menyahut FITNAH yang mereka pun tahu belum tentu benar.. Namun, kena INGAT.. Sekali lagi kita TENGOK balik 'TIMING' ketika isu ini ditimbulkan.. Kena pulak dengan timbul URA-URA kononnya 'malaun' PESALAH POLITIK WANG nak diambik PM ke-6 untuk masuk ke kabinetnya..

Kita semua MAKLUM, jika PM ke-6 melantik 'malaun' PESALAH POLITIK WANG tuh ke dalam kabinetnya, dah tentu Tun Mahathir akan menyatakan BANTAHAN dan seterusnya bantahan ini akan merebak menjadi keMARAHan rakyat khususnya orang Melayu yang menuntut UMNO dibersihkan daripada POLITIK WANG! Jadik, untuk 'MENDIAMKAN' Tun Mahathir, maka dimintaklah kerjasama 'GRAND MASTER' dari Singapura untuk jadikkan buku ini sebagai percubaan untuk memburuk-burukkan Tun Mahathir..

Respon Tun Mahathir sebenarnya TEPAT kerana Tun Mahathir pun dapat 'MENGHIDU' taktik 'malaun' tuh dan kuncu-kuncunya.. Maka, Tun Mahathir meminta kerajaan bukak balik semua akaun semasa beliau jadik PM dan jugak akaun kerajaan bawah PM selepas beliau yang jugak adalah PAK MERTUA kepada 'malaun' tuh.. Dah tentu akan terdedah SIAPA yang TELUS dan siapa yang menyeleweng.. Malah, sekarang ini kita lihat media massa yang BERSEKUTU dengan 'malaun' tuh dilihat memberi penekanan kepada akaun kerajaan zaman Tun Mahathir bukannya zaman PAK MERTUA 'malaun' tuh jadik PM?

Anda lihat siapakah yang kena JAWAB kedua-dua isu ini? Bukankah PM ke-6 yang jugak Presiden UMNO ketika ini?

Jadik, SEMUA isu ini hanya bertujuan untuk men'STRESS'kan PM ke-6 agar menurut kehendak 'malaun' tuh untuk diberikan jawatan dalam KABINETnya..

THE 6TH PM OF MALAYSIA HAS TOO MANY SKELETONS FROM PREVIOUS 5TH PM GOVERNMENT IN HIS CABINET'S CUPBOARD..

Apa yang diBIMBANGkan, itu baru 'skeleton in cupboard' untuk PM ke-6, belum lagi yang '1ST LADY' punya.. 'Malaun' PESALAH POLITIK WANG tuh belum bukak FAIL je lagi tuh.. Tu yang LANTIK 'EX-GENG TKT 4' kawan 'Malaun' PESALAH POLITIK WANG dalam 'BOARD' Petronas pun tunggu masa le tu.. Ada le lagi yang akan TERDEDAH selagi 'Malaun' PESALAH POLITIK WANG tu TAK dapat jawatan kabinet!

Wallahualam..

3 comments:

  1. Kita tengok bagaimana PM akan menghadapinya. Soal skeleton ni mmg berat, belum lagi masuk almari 1st Lady.

    Apakah PM:-

    1. akan jadi JANTAN dan tidak membiarkan dirinya ditekan malaun?

    2. akan jadi SUPER HERO dgn mencuci cabinet-cabinet yang ada dari skeleton

    3. akan teruskan perangai "apologetik"nya lalu tunduk kepada tekanan malaun & 1st lady?

    PM pun asyik dok pakai topi 1-Malaysia Mandarin dia sepanjang masa. Lupakah PM yang dia juga ada topi UMNO-KERIS yang perlu dia pakai juga? Ataupun dia tu bukan presiden parti politik Orang Melayu?

    Rakyat (cina) didahulukan, pencapaian (melayu) di putarnamakan.

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

    Kita memang TIDAK mahu ada TOLAK ansur dalam kes JENAYAH.. Namun, kita juga TIDAK mahu kes JENAYAH diPOLITIKkan demi kepentingan seseorang yang GILAkan pangkat..

    PM ke-6 seharusnya SEDAR bahawa 'MUKA-MUKA LAMA' yang dikekalkan dalam kabinet TIDAK semestinya 'SETIA' kepadanya.. Inilah yang berterusan menyimpan 'SKELETON'..

    Kita TIDAK tahu kenapa PM ke-6 begitu berMURAH hati terhadap mereka ini.. Adakah kerana dia inginkan penyatuan atau sememangnya ada 'FAIL' yang digenggam oleh mereka ini untuk mengUGUTnya..

    Yang nyatanya, kerajaan sekarang terdedah kepada UGUTAN yang mungkin meMUSNAHkan negara ini..

    Wallahualam..

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan