Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Monday, April 05, 2010
Survey Merdeka Centre - hampir 70 peratus pengundi Melayu di Semenanjung menyokong tuntutan PERKASA..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Walaupun masih BARU, ternyata PERKASA berjaya memainkan peranan hingga menarik perhatian orang Melayu.. Meskipun berhadapan dengan KECAMAN bukan sahaja daripada puak-puak 'RACIST' di negara ini, PERKASA jugak sering disabotaj oleh pemimpin-pemimpin POLITIK Melayu samada dari PAS, PKR dan UMNO sendiri.. Cabaran yang dihadapi PERKASA bukannya kecil walaupun pertubuhan ini hanyalah sebuah NGO.. Kalau NGO biasa, dah LAMA dah LINGKUP akibat tekanan seperti yang dimaksudkan..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0404&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm&arc=hive
Menurut tinjauan yang dilakukan oleh Merdeka Centre, hampir 70 peratus pengundi Melayu di Semenanjung menyokong tuntutan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia agar kerajaan tidak membuka kuota dan perlindungan ekonomi orang Melayu.. Dengan KATA lain, kepentingan orang Melayu yang diperTAHANkan oleh PERKASA mendapat sokongan orang Melayu sendiri.. Oleh itu, seharusnya PERKASA bertekad untuk terus memperTAHANkan kepentingan Melayu daripada ancaman puak-puak 'RACIST' dan sabotaj oleh parti-parti POLITIK Melayu sendiri..
Menurut tinjauan Merdeka Centre lagi, sebahagian besar yang menyokong tuntutan Perkasa itu terdiri daripada ahli-ahli UMNO sendiri.. Kita PERCAYA sokongan daripada ahli-ahli UMNO ini adalah IKHLAS kerana PERKASA hanyalah sebuah NGO dan adalah mustahil jika ada ahli-ahli UMNO menyokong PERKASA kerana inginkan PROJEK, KONTRAK atau PANGKAT.. Ye la.. Apalah yang ada pada sebuah NGO? NGO bukannya ada KUASA pun macam parti-parti POLITIK seperti UMNO, PAS atau PKR..
Pengaruh yang dimilikki oleh PERKASA dikalangan orang Melayu seharusnya dijaga.. PERKASA harus mengelakkan diri daripada sebarang agenda peribadi atau LALAI daripada objektif perjuangan mereka.. Cukuplah UMNO yang mengecewakan orang Melayu semenjak PM ke-5 mengambil-alih.. Biarkanlah UMNO tenggelam timbul AKIBAT menyimpan orang-orang tertentu yang mementingkan agenda PERIBADI mereka Ketua Pemuda PESALAH POLITIK WANG dan 'The HATCHET Man' yang ALERGIK dengan perkataan 'MELAYU'.. Ahli-ahli PERKASA seharusnya SEDAR bahawa jika musnah PERKASA, maka musnahlah Melayu secara TOTAL..
Demi memastikan perjuangan PERKASA seiringi dengan perkembangan semasa, seharusnya PERKASA turut sama melatih dan mendidik generasi muda agar sayangkan bangsa, agama dan negara.. Generasi MUDA Melayu seharusnya dididik agar tidak terlampau LEKA dengan hiburan atau gejala SOSIAL yang sengaja dipupuk secara 'HALUS' menerusi agenda tersembunyi melalui parti-parti POLITIK tertentu.. Bukan RAHSIA lagi ada pihak LUAR yang bersekongkol dengan ahli-ahli POLITIK tertentu cuba meMUSNAHkan generasi muda Melayu dengan HIBURAN secara melampau hingga mencetuskan gejala SOSIAL.. Kalau TAK, takkanlah semua benda yang dilakukan kena ada acara KONSERT?
Dulu-dulu, Melayu akan berdiri TEGUH dan berpencak SILAT jika ada pihak cuba mempersoalkan kepentingan mereka di bumi ini.. Sekarang ini, bukan takat puak-puak 'RACIST' dalam DAP, Gerakan, MIC, HINDRAF dan MCA aje, ada jugak golongan Melayu makan 'CHEESE' dalam UMNO dan PKR yang sanggup memperlekehkan orang Melayu sendiri! PAS pulak masih sibuk dengan agenda 'mengHALALkan apa yang HARAM dan mengHARAMkan apa yang HALAL' demi kepentingan POLITIK sempit mereka.. Kita lihat ada keKOSONGan yang seharusnya diisi oleh PERKASA untuk memartabatkan bangsa Melayu.. Oleh itu seharusnya pendekatan PERKASA harus seiring dengan perkembangan semasa dan dapat menyesuaikan diri dengan selera generasi muda Melayu..
Melayu seharusnya SEDAR bahawa mereka tidak ada negara LAIN, agama LAIN di dunia ini.. Melayu boleh hidup merempat, berkelana di negeri orang namun jangan sesekali jual IDENTITI dan jual MARUAH.. TIDAK ada salahnya memperTAHANkan bangsa sendiri dalam negara Malaysia yang MAJMUK ini.. Sedangkan kaum lain ada SUQIU, Dong Jiao Zhong atau HINDRAF, kenapa pulak Melayu tidak boleh ada PERKASA?
Wallahualam..
salam,
ReplyDeletesaya sokong perkasa kalau boleh jadi parti perkasa saya akan undi