Sunday, May 23, 2010

Slogan RASUAH MUSUH NEGARA di TV - orang POLITIK kita bagaimana?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kalau sesiapa menonton siaran BERITA TV1, pasti akan perasan apabila nak masuk SLOT iklan aje, pembaca berita pasti akan menyebut "RASUAH MUSUH NEGARA".. Sebagai sebuah stesen TV kerajaan, kita FAHAM kenapa SLOGAN ini diwar-warkan menerusi stesen TV.. Namun, setakat MANAkah SLOGAN atau KEMPEN menerusi kerajaan menerusi MEDIA ini berKESAN kalau dalam kerajaan sendiri masih ada PIHAK yang bersikap seperti "KETAM mengajar ANAK berjalan LURUS?".. Bolehkah RAKYAT memahami seterusnya menyahut SLOGAN ini jika ada para pemimpin khususnya pemimpin POLITIK yang cakap TIDAK serupa BIKIN?

Kalau dulu, KOMUNIS yang jadik MUSUH negara.. Lepas tuh DADAH musuh NEGARA.. Kemudian CETAK rompak ke apa ntah.. Yang terbaru adalah RASUAH musuh NEGARA.. Begitu banyak ELEMEN yang diLABELkan musuh NEGARA tetapi setakat mana seriusnya kerajaan dan setakat MANA pulak penghayatan golongan sasaran iaitu RAKYAT? Adakah mereka ingin menyahut sedangkan mereka melihat perkara yang seBALIKnya berlaku? SALAHkah jika RAKYAT buat tak tahu sedangkan ada pemimpin POLITIK atau kerajaan yang turut mengamalkan RASUAH?

RASUAH zaman sekarang lebih 'COMPLICATED' berbanding zaman dulu.. Kalau DULU rasuah hanya melibatkan WANG ringgit, sekarang nih bermacam-macam benda atau servis boleh JADIK tukaran.. Malah gejala RASUAH ini tidak sahaja berlaku dalam Kerajaan BN, Kerajaan PAS, DAP dan PKR pun dua kali LIMA aje.. Cuma diorang pun pandai SOROKla sikit berbanding pemimpin BN punya yang akan dihebahkan menerusi MEDIA dan dikutuk habis-habisan oleh mereka.. Sedangkan, kalau diorang punya, ada ajelah PANGGILAN yang akan diberikan asalkan bukan diPANGGIL sebagai 'RASUAH' konon-kononnya.. HE!HE!HE!

Kalau dalam PKR ada rasuah SEKS yang kemudian dikatakan 'SEDEKAH SEKS'.. Dalam DAP pun ada meLIBATkan pemberian RM 100 kepada pakcik makcik kat Pulau Pinang agar terus mengundi mereka.. Begitu jugak dengan Pok Nik 'ALAIHISSALAM' di Kelantan yang menrima KEK berharga beribu ringgit untuk 'BIRTHDAY'nya dan penajaan HAJI oleh 'somebody'.. Itu tak KIRA lagi dengan apa yang diperolehi oleh ahli-ahli keluarga mereka.. Asalkan nak dapat KONTRAK atau PROJEK dengan kerajaan negeri, HULURlah apa yang patut.. Itukan 'FAMILY BUSINESS'?

Lagi pun, bukan mereka yang berKEMPEN untuk mengHAPUSkan RASUAH nih.. Bukankah yang berSUSAH payah berKEMPEN untuk memBERSIHkan diri depan rakyat adalah Kerajaan BN? Yang kena SERANG dengan tuduhan RASUAH dek puak-puak PAS, DAP dan PKR ni pun kerajaan BN jugakkan? Jarang kedengaran puak-puak PUAKA nih menyerang pemimpin mereka sendiri pasal RASUAH.. Kang adala yang kena SIMBAH dengan CAT MERAH kalau tak pun ada adegan BUNUH dan sebagainya..

Namun, itu semua apa yang berlaku dalam pembangkang.. Seperti yang kita KATA, walau apa pun RASUAH atau SOGOKkan yang diterima, mereka akan 'COVER' dengan panggilan lain untuk mengaburi mata rakyat.. Oleh kerana Kerajaan BN yang berKEMPEN, maka Kerajaan BNlah yang kena BUKTIkan.. Tak gitu? Oleh itu, setakat INI apakah yang telah diBUKTIkan oleh Kerajaan BN berhubung dengan kempen RASUAH MUSUH NEGARA ini? Bolehkah Kerajaan BN memastikan para pemimpin mereka BEBAS daripada RASUAH? HE!HE!HE!

Bukankah Pemuda UMNO memilih seorang PESALAH POLITIK WANG sebagai ketua mereka? Agaknya keSALAHan POLITIK WANG bukan RASUAH kot? Bagaimana pulak dengan PKFZ yang melibatkan para pemimpin MCA? Bagaimana pulak dengan MAIKA Holdings yang melibatkan para pemimpin MIC? Bagaimana PULAK dengan KES pemberian dua blok minyak kepada Brunei tanpa pengetahuan UMUM, keRUGIan Sime Darby berbilion RM, penjualan MV Augusta dengan nilai 1 Euro dan penjualan dan pembelian semula GLC kerajaan daripada syarikat asing? Ish, memang BANYAK betul kerja SPRM.. Patutla kena kerja LEBIH masa sampai malam..

Kita sebagai RAKYAT memang mengHARGAi usaha Kerajaan BN berKEMPEN dan berSLOGAN tentang RASUAH MUSUH NEGARA.. Cuma kita ingin melihat KOMITMEN para pemimpin kerajaan dan POLITIK dalam BN memBUKTIkan bahawa mereka TEKAD untuk membasmi gejala RASUAH.. Setakat INI kita tak nampak lagila apa SIGNIFIKAN telah dilakukan oleh Kerajaan BN.. Ye la.. Yang terang-terang berSALAH POLITIK WANG pun masih diberikan jawatan dalam parti? Itu aje dah BUKTIkan setakat mana sangat kesungguhan Kerajaan BN memerangi RASUAH sebagai MUSUH negara.. HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan