Friday, July 02, 2010

Antara menteri zaman pasca kemerdekaan dengan menteri zaman sekarang - Siapa yang ada pemikiran 'SHORT-CUT'?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Sempena balasungkawa untuk TOKOH kemerdekaan NEGARA, Tun Omar Ong Yoke Lin, kita IMBAS balik dan buat perbandingan antara KUALITI perkhidmatan mereka yang bergelar menteri dari zaman PM-PM terdahulu.. Kalau kita TELITI dari segi KUALITI perkhidmatan para Menteri antara 4 PM terawal dengan zaman PM ke-6, kita DAPATI memang jauh BEZAnya.. Dulu para Menteri bertungkus-lumus berikhtiar untuk memajukan negara, memberikan KHIDMAT terbaik kepada masyarakat dan NEGARA.. Sekarang INI pulak jangan terkejut jika secara PERIBADI ada antara menteri-menteri yang anda LIHAT di skrin TV beranggapan bahawa jawatan Menteri itu adalah jawatan turun-temurun yang diWARISi keluarga mereka!

Kita katakan sedemikian kerana anda boleh meLIHAT sendiri bagaimana BENTUK pemikiran 'SHORT-CUT' para Menteri ini dalam menangani sesuatu ISU.. Antaranya:-

1) ISU PEMANSUHAN UPSR DAN PMR

Setelah 50 tahun lebih NEGARA ini merdeka, kita masih tercari-cari bentuk sistem pendidikan yang SESUAI untuk negara.. Dengan menjadikan budak sekolah sebagai elemen UJIKAJI, para menteri terutamanya Menteri Pelajaran telah menjadikan sistem pendidikan NEGARA ini CACA-MARBA.. Kalau Menteri Pelajaran dahulu sanggup berhempas-pulas menjalankan KAJIAN dan hasil KAJIAN mereka dibentangkan dalam bentuk Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib, Menteri Pelajaran sekarang hanya bersandarkan 'MAKLUM BALAS AWAL' yang TIDAK tahu dari mana SUMBERnya - samada media, parti-parti POLITIK atau cakap-cakap kedai KOPI sesama ahli POLITIK..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

Sedikit masa DAHULU, PPSMI yang mempunyai objektif untuk menjadikan modal INSAN negara ini menguasai SAINS dan MATEMATIK telah dijadikan MANGSA oleh para menteri berFIKIRAN 'SHORT-CUT' seperti DIA nih.. Sekarang giliran UPSR dan PMR pulak.. Kita TIDAK tahu mereka hendak GANTIkan UPSR dan PMR dengan apa pulak.. Pasal mereka gunakan ISTILAH 'PEMANSUHAN', maka kita boleh beranggapan bahawa selepas ini mungkin TIADA lagi UPSR dan PMR.. Oleh itu jangan TANYAlah pulak apa bentuk MODAL INSAN yang akan lahir selepas INI.. Mungkin MODAL INSAN berbentuk PAKAR GEDIK dalam rancangan REALITI TV?

Yang nyatanya, anak MENTERI 'ada PILIHAN' untuk tidak mengikuti sistem pendidikan NEGARA ini.. Kita jugak TIDAK sepatutnya HAIRAN jika para MENTERI ini hanya BERANI menyentuh sistem pendidikan SEKOLAH aliran semasa bukannya sekolah vernakular berasakan KAUM.. Almaklumlah, TAKUT sangat KONONnya hilang UNDI nanti.. Oleh itu jangan HAIRANlah kita satu-satunya NEGARA yang mempunyai sistem pendidikan bermacam ALIRAN.. Yang NYATAnya, anak menteri kalau TAK suka dengan sistem pendidikan NEGARA, boleh masuk 'International School' kalau pun MAK bapak tak hantar ke luar negara!

Antara alasan yang diberikan mengatakan 'PEMANSUHAN' kedua-dua peperiksaan INI menJIMATkan belanja kerajaan sebenarnya sungguh meMALUkan!

Adakah INI alasan yang patut diberikan sedangkan tanggung-jawab memberi pendidikan adalah JELAS tanggung-jawab kerajaan? Adakah negara INI setaraf dengan negara-negara MUNDUR di benua Afrika hingga meWAJARkan alasan sedemikian diberikan?

2) ISU PEMINDAHAN BANGUNAN PARLIMEN

Ini jugak satu bentuk pemikiran 'SHORT-CUT' para menteri terutamanya para Menteri 1 MALAYSIA yang diWARISI daripada pemikiran 'Half-past 6' semasa mereka berada dalam KABINET PM ke-5.. Tak perlulah kita ceritakan apa peranan Parlimen dan apa HASRAT Tunku Abdul Rahman semasa menginisiatifkan bangunan INI.. Buat apa diimbas KEMBALI jika mereka yang menggunakan bangunan tersebut TIDAK tahu hendak mengHARGAInya? Mereka yang berFIKIRan 'SHORT-CUT' ini hanya MAHU rakyat BIASA saja menghargai sedangkan mereka sendiri TIDAK perlu pun untuk merasakan sedemikian..

Kalau Britain dan US mempunyai bangunan Parlimen berusia ratusan TAHUN, kita pulak TIDAK mampu pun untuk mengekalkan bangunan Parlimen sendiri yang baru berusia 50 tahun lebih? Pelik bukan? TAPI macam yang kita KATAlah, mereka yang berFIKIRan 'SHORT-CUT' mana TAHU menghargai NILAI sejarah NEGARA.. Apa yang mereka TAHU hanyalah berapa PERSEN yang mungkin diperolehi jika ada KONTRAK baru diLULUSkan kelak.. Kalau diTELITI, bukan main banyak lagi bangunan KOSONG atau ditinggalkan dalam NEGARA ini.. Tetapi kerajaan pulak SIBUK nak hapuskan bangunan yang ada UNSUR sejarah seperti INI.. Bukankah itu satu bentuk pemBAZIRan?

Kalau begini RAMAI para Menteri yang berFIKIRAN 'SHORT-CUT', adakah wajar RAKYAT mempertaruhkan harapan dan MASA DEPAN negara terhadap mereka INI? Mungkin INI jugak penyebab kenapa RAKYAT khususnya orang Melayu 'LIAT' nak daftar mengundi pasal KUALITI para Menteri yang berada dalam KABINET terlalu meMUALkan dan asyik nak memperBODOHkan RAKYAT!

http://www.bharian.com.my/articles/Nisbahpengundibarutidakmungkin1_40-ShafieApdal/Article/

Macam mana RAKYAT tak 'FED-UP' dengan kerajaan JIKA ini KUALITI para Menteri yang ada dalam KABINET? Kata DULU nak perkenalkan KPI untuk para Menteri nih, agaknya dah jadik apa dah dengan KPI tuh?

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan