Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Sunday, July 04, 2010
Pemimpin JELIK yang hanya tahu berDEBAT, main POLITIK WANG dan memperlekehkan orang Melayu sendiri..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Orang Melayu yang SELAMA ini setia mengundi UMNO sebenarnya telah sanggup membuat pengorbanan BESAR pada PRU tahun 2008 hingga menyebabkan UMNO gagal membentuk kerajaan NEGERI di Kedah, Selangor, Perak(untuk setahun) dan Kelantan.. Di KL pulak UMNO hampir lumpuh sama sekali.. UMNO jugak nyawa-nyawa IKAN di Negeri Sembilan.. Orang Melayu pada MASA itu merasa sangat KECEWA dan KECIL HATI dengan keANGKUHan para pemimpin UMNO yang jelas tidak menghargai UNDI yang diberikan oleh orang Melayu selama INI.. Para pemimpin UMNO terang-terang mengamalkan BUDAYA POLITIK WANG, menyalah-gunakan KUASA dan mengabaikan AMANAH yang diberikan pengundi terhadap mereka..
Namun, pada HARI ini adakah UMNO mengambil INISIATIF dengan memBERSIHkan parti mereka dari para pemimpin sebegini? RASAnya tidak.. UMNO masih mengekalkan sebahagian BESAR pemimpin sebegini.. Malah, para pemimpin tersebut LANGSUNG tidak mahu berubah sebaliknya menjadi semakin ANGKUH dan BESAR KEPALA.. Para pemimpin sebegini seboleh-bolehnya mahu diLIHAT betapa AKRABnya mereka dengan PM, bukannya mahu meRAPATkan diri dengan RAKYAT.. Mereka mengEKSPLOITASI sebaik mungkin PUBLISTI media untuk menunjukkan betapa HEBATnya mereka 'memBODEK' pemimpin tertinggi kerana JAWATAN dalam parti memberikan PULANGAN lebih LUMAYAN berbanding berKHIDMAT kepada RAKYAT..
HARI ini, mereka yang menjadi penyebab UTAMA UMNO diTOLAK rakyat menjawat bermacam JAWATAN penting dalam parti termasuklah melalui KEPUTUSAN pemilihan yang boleh dipertikaikan.. Ada yang MENANG walaupun berSALAH mengamalkan POLITIK WANG dan ada pemimpin yang TIDAK MESRA RAKYAT tetapi mendapat jawatan TINGGI dalam parti.. Adakah INI baik untuk UMNO? Entahlah.. Yang NYATAnya rakyat telah menyuarakan apa yang mereka TIDAK SUKA melalui pengundian dalam beberapa pilihanraya KECIL(PRK) sebelum ini.. MALANGnya, PRK yang menyaksikan UMNO tidaklah seHEBAT mana pun dijadikan instrumen untuk para pemimpin tersebut mengukur POPULARITI mereka sendiri..
Apa yang BOLEH diberikan oleh para pemimpin sebegini untuk memulihkan kepercayaan RAKYAT khususnya orang Melayu terhadap UMNO? Para pemimpin sebegini HANYA menjadikan RAKYAT semakin menjauhi UMNO kerana MELUAT dengan TINGKAH-LAKU mereka.. Kot la mereka ini 'DOUBLE AGENT' kepada pemimpin pembangkang pun MUNGKIN juga pasal keAKRABan para pemimpin INI dengan Penasihat PKR memang diketahui UMUM.. Setakat ini LAKONAN mereka mungkin berjaya memperBODOHkan ahli-ahli UMNO sendiri BUKANnya rakyat biasa yang TAHU siapa mereka ini..
Cuba anda LIHAT sendiri.. Apakah yang mampu diLAKUkan oleh Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG selain mengajak orang berDEBAT, main POLITIK WANG, mencari PUBLISTI MURAHAN dan meng'HIJACK' demonstrasi orang? Adakah INI sahaja kewibawaannya yang mampu diTONJOLkan untuk diBANGGAkan oleh UMNO?
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_6a639a8d-7f000010-1d956ad0-c3ad7633
Adakah berDEBAT dengan PERKASA atau sesiapa sahaja dapat memulihkan kepercayaan orang Melayu terhadap UMNO? Apakah SUMBANGAN dia kepada orang Melayu? Adakah dengan mencari PUBLISITI MURAHAN dengan menjadi MODEL SAMBILAN dan mengHEBOHkan dia masuk askar WATANIAH dapat memulihkan KREDIBILITI UMNO? Rakyat TAHU siapa dia, asal-usul dia dan bagaimana CARA dia dapat PANGKAT dalam UMNO.. Adakah seMUDAH itu dia FIKIR dia dapat memperBODOHkan rakyat khususnya orang Melayu?
Seorang Naib Presiden UMNO pulak telah membuat kenyataan menyifatkan nasib yang menimpa kampung dan orang Melayu di negeri itu yang kini semakin terpinggir sebagai harga mahal yang terpaksa dibayar kerana cuba menukar 'BAJU POLITIK'..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0703&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_16.htm
Kenyataan sebegini sebenarnya amat MENYAKITkan hati orang Melayu di Pulau Pinang selain secara TIDAK langsung menunjukkan keANGKUHan seorang yang bergelar NAIB PRESIDEN UMNO.. Malah, secara TIDAK langsung nampak macam pemimpin UMNO mengatakan "PADAN MUKA" terhadap orang Melayu di negeri tersebut kerana KONONnya menolak mereka dalam PRU lepas.. Bukannya Naib Presiden UMNO ini nak TOLONG Melayu Pulau Pinang tersebut yang diTINDAS dek rejim parti KIASU La'anatullah?
Adakah UMNO selama ini telah berbuat sebaik mungkin untuk membela orang Melayu di Pulau Pinang? Mungkin Ketua UMNO Bukit Bendera yang diGANTUNG keahlian UMNO kerana mengkritik Presiden GERAKAN boleh memberikan JAWAPAN yang lebih BAIK berbanding Naib Presiden UMNO ini.. Naib Presiden UMNO yang diLANTIK secara sambilan sebagai Pengerusi UMNO Negeri INI bukannya orang yang seLAYAKnya memberi KOMEN pasal Melayu Pulau Pinang.. Hari tuh calon PRK DUN Permatang Pasir pun dia TAK RETI nak PILIH?
INIlah para pemimpin JELIK yang diSIMPAN oleh UMNO dalam partinya.. Kita TAK tahu kenapa UMNO masih menyimpan mereka INI dan kita jugak tak TAHU untuk tujuan apa mereka ini disimpan.. Parti ini SUDAH keHILANGan peluang terbaik untuk memulihkan kepercayaan RAKYAT khususnya orang Melayu terhadapnya.. Jangan HARAPlah PRU-13 nanti BN kembali GAGAH pasal pemikiran pengundi sudah BERUBAH tetapi UMNO masih belum mahu BERUBAH..
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan