ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Seperti yang kita semua MAKLUM, siaran TV selain daripada FUNGSI asalnya sebagai media untuk penyebaran MAKLUMAT, ianya jugak boleh menjadi 'SENJATA' untuk PROPAGANDA bagi pihak-pihak yang menguasainya.. Di Indonesia ketika ini, STESEN-stesen TV mereka berpenanan dalam memBURUKkan lagi hubungan antara Malaysia dan Indonesia melalui penyampaian MAKLUMAT yang kurang TEPAT.. Begitu jugak jika kita IMBAS peranan media seperti TV sedikit masa lalu semasa Perang Iraq dan tragedi 9/11.. Dengan kata LAIN, seperti juga sebilah PISAU, TV jugak boleh disalahgunakan sebagai senjata untuk menJAHANAMkan pihak-pihak tertentu..
Kita masih INGAT semasa PRU 2008, BN telah menyiarkan IKLAN propaganda di TV.. Dipercayai IKLAN tersebut adalah hasil kerja 'BANGANG' budak-budak 'LEVEL 4 BOYS' untuk cuba memperbaiki IMEJ pemerintahan BN di bawah PM ke-5.. Adalah sukar untuk memikirkan bagaimana IMEJ PM ke-5 masa itu cuba diperbaiki oleh budak-budak 'LEVEL 4 BOYS' sedangkan gambar-gambar PM ke-5 sedang TIDO dalam majlis rasmi dan gambar dia pegang bahu perempuan telah tersebar ke seluruh pelusuk NEGARA oleh jentera PROPAGANDA pembangkang.. Akibatnya, penyiaran IKLAN ini telah PISAU DUA MATA yang salah satu mata pisau tersebut menikam balik BN.. Sampai sekarang TIDAK ada tindakkan daripada BN terhadap mereka yang meng USAHAkan iklan tersebut..
Pada MUSIM Hari Raya kali ini, kita sekali lagi diKEJUTkan dengan IKLAN Hari Raya oleh sebuah stesen TV swasta yang seolah-olah tidak mengGAMBARkan apa yang sepatutnya..
Adalah jelas, IKLAN Hari Raya tersebut antara IKLAN Hari Raya yang MAHAL pernah dibuat oleh stesen TV tersebut.. Kita boleh NILAIkan daripada sudut penggunaan imej KOMPUTER GRAFIK yang banyak dalam iklan tersebut.. Namun demikian, IKLAN tersebut seMACAM lari daripada objektif untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Ada unsur-unsur seperti Santa Klaus dan Bunga Teratai yang SINONIM dengan agama-agama lain yang takde KAITAN pun dengan Hari Raya.. Takde pulak ditunjukkan imej MASJID yang sinonim dengan sambutan Hari Raya umat Islam?
Mungkin kerana KRITIKkan dan TEGURAN yang diterima, pihak stesen TV tersebut telah menarik balik IKLAN Hari Raya itu dan mereka juga membuat pengumuman meMINTA MAAF menerusi siaran berita TV mereka.. Namun, persoalan yang TIMBUL ialah siapakah DALANG yang menyebabkan iklan tersebut disiarkan? Siapakah pengarah dan produsernya? Siapakah yang menjadi ahli Lembaga Penapisnya? Setakat manakah pemahaman mereka tentang tujuan sambutan Hari Raya Aidilfitri oleh umat Islam? Kita percaya penerbitan iklan ini dirancang dengan TELITI dan bukannya sekadar TANGKAP MUAT aje..
Untuk itu, pihak terbabit harus MENYIASAT dan menDEDAHkan siapakah yang terlibat disebalik pemBIKINan iklan Hari Raya tersebut.. Adakah mereka memang tidak faham atau mereka mempunyai AGENDA TERSEMBUNYI menerusi penyiaran IKLAN Hari Raya tersebut.. Apa salahnya kali ini jika dicadangkan MCMC menyiasat kes INI? Apa yang kita KHUATIR ialah mereka yang memBIKIN iklan Hari Raya ini akan mengGUNAkan alasan 'KONSEP 1 MALAYSIA' sebagai HELAH untuk penerbitannya.. Alasan macam budak Cina kat Muar tuh..
Pihak stesen TV swasta tersebut harus memandang SERIUS akibat penerbitan iklan seperti INI yang tidak menCERMINkan sesitiviti umat Islam yang menyambut Hari Raya Aidilfitri.. Semenjak operasi mereka berkembang hingga mempunyai 3 lagi stesen TV swasta yang bernaung di bawah operasi mereka, syarikat pemilik stesen TV ini semacam lebih BANYAK menumpukan kepada ASPEK hiburan untuk stesen TV ini.. Rancangan yang mempunyai unsur-unsur keAGAMAan atau nilai MORAL lebih ditumpukan oleh sebuah lagi stesen TV yang ada nombor 9 tuh.. Patutlah macam diorang pun kurang PEKA aje..
Wallahualam..
Mari kita desak MCMC dan Peguam Negara mengambil tindakan terhadap TV 3 kerana telah dengan sengaja "menyinggung" perasaan masyarakat Islam melalui iklan tersebut.
ReplyDeleteKalu tidak Mr. Hassan Skoding terinaya lah jawapnya.
Hussien Ismail