Wednesday, September 08, 2010

Hanya orang yang simpan 'RAHSIA' keluarga Penasihat PKR aje mampu NAIK dalam parti ANAK-BERANAK nih..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Dalam sebuah REJIM yang dikuasai oleh anak-BERANAK, sudah tentu tidak wujud lagi DEMOKRASI atau pemilihan yang berasaskan suara ramai.. Kepimpinan yang WUJUD dalam REJIM sedemikian semuanya dipusatkan kepada seseorang dan orang itulah yang akan menunjukkan siapa jadik apa atau siapa menjawat jawatan apa dalam REJIM tersebut.. Dengan kata lain, nasib perjalanan POLITIK seseorang dalam REJIM tersebut semata-mata bergantung kepada INDIVIDU bukannya suara MAJORITI seperti yang sepatutnya.. Itulah yang berlaku dalam PKR sekarang ini..

Adalah JELAS bagi sesiapa yang mahu ke peringkat lebih TINGGI dalam HIERARKI kepimpinan PKR, seseorang itu bukan sahaja perlu meRAPATkan diri dengan pemimpin ANAK-BERANAK tersebut, malah kenalah SANGGUP jugak menyimpan dan berKONGSI 'RAHSIA' keluarga mereka.. Tambah pulak 'RAHSIA' tahap XXX atau 'VERY CLASSIFIED'.. Sesiapa yang tidak mampu meWUJUDkan hubungan sedemikian RUPA, perjalanan POLITIK mereka dalam PKR boleh dikatakan sudah LUMPUH dan hanya menanti masa untuk ditamatkan sahaja RIWAYAT POLITIK mereka di dalam parti itu.. Itulah PADAH yang bakal menanti apabila bekas calon MP Hulu Selangor iaitu DS Zaid Ibrahim cuba menentang MP Gombak yang juga ADUN Bukit Antarabangsa untuk jawatan Timbalan Presiden PKR..

Semua maklum keAKRABan MP Gombak ini bukan kerana dia ada hubungan kekeluargaan pun dengan REJIM anak-beranak dalam PKR.. Sebaliknya kerana 'keSETIAan' dan BANYAKnya 'RAHSIA' keluarga Penasihat PKR anak-BERANAK yang disimpannya.. Bukan sebarangan orang boleh simpan RAHSIA keluarga mereka dengan orang lain.. Untuk mengelakkan 'RAHSIA' tersebut terbongkar kepada UMUM, sudah tentu tidak ada JALAN lain melainkan mengikut sahaja kehendak MP Gombak bagi mendaki HIERARKI kepimpinan dalam PKR.. Dengan kata lain, walau seseorang itu cuba seBAIK mungkin untuk meRAPATkan diri dengan REJIM anak-beranak ini, mereka langsung TIDAK mampu menandingi MP Gombak disebabkan 'RAHSIA' anak-beranak yang dipegangnya selama ini..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0908&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_02.htm

Memang ramai bekas pemimpin PKR yang telah berKORBAN seperti Zainur Zakaria atau Chandra Muzaffar dan ada yang dipenjarakan kerana memperTAHANkan REJIM anak-BERANAK ini seperti Ezam Mohd. Nor.. Namun demikian, kerana mereka TIDAK menyimpan 'RAHSIA' seperti MP Gombak, pengorbanan mereka langsung tidak diHARGAi oleh Penasihat PKR dan ahli keluarganya.. Malah, pada anggapan REJIM anak-BERANAK ini, pengorbanan mereka itu perlu tetapi tidak perlu diHARGAi demi meletakkan Penasihat PKR sebagai PM negara ini.. Itulah penyebab ramai bekas pemimpin PKR keluar kerana merasakan tidak lebih sebagai 'TOOLS' kepada REJIM anak-BERANAK ini..

Hanya ada seorang sahaja yang berada di luar PKR tetapi menyimpan 'RAHSIA' sebanyak yang disimpan oleh MP Gombak.. Orang itu ialah Datuk Nalla yang jugak merupakan RAKAN MAIN TENIS kepada Penasihat PKR.. Jika Datuk Nalla memilih untuk bersama PKR, mungkin dia sudah menjawat jawatan tinggi dalam HIEARARKI kepimpinan parti ini.. Ini kerana 'RAHSIA' Penasihat PKR yang disimpannya memungkin dia jadi sedemikian.. Sebab itulah Penasihat PKR cuba sebaik mungkin untuk 'DISCREDIT'kan Datuk Nalla ini apabila dia keluar dari PKR dengan harapan orang RAMAI tidak akan percayakannya.. Datuk Nalla pula menggunakan 'RAHSIA' yang disimpannya sebagai 'BARGAIN' main tarik tali dengan Penasihat PKR..

Peluang yang tinggal untuk DS Zaid Ibrahim hanyalah dengan mengHARAPkan sokongan para 'LAWYER' Bar Council yang bersepah dalam PKR.. Mungkin kepimpinannya dalam Bar Council masih diingati oleh para 'LAWYER' ini? Jangan mereka jadik 'LAWYER' BURUK, sudah la.. Malah, kalau merayu SOKONGAN Pok Nik 'ALAIHISSALAM' pun rasanya buat sakit HATI aje.. Maunya orang tua tuh ungkit balik tang penentangan HUDUD olehnya dahulu.. Sekutu dalam parti 'RASIS' La'anatullah pun belum tentu nak TOLONG.. Dulu masa dalam UMNO, dia dah salah pilih SEKUTU, sekarang dalam PKR pun 2X5 aje nasibnya.. Orang lain dalam PKR pun cuma tunggu MASA aje menerima nasib seperti DS Zaid nih.. Nak SALAHkan siapa lagi kalau bukan diri sendiri yang tak boleh KAWAL NAFSU POLITIK?

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan