Monday, October 18, 2010

Adakah MP Pakatan Rakyat akan sekali lagi menSABOTAJ usul luluskan BAJET 2011?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

BAJET 2011 sudah dibentangkan oleh PM.. Kita TOLAK tepi dululah samada BAJET itu disukai atau TIDAK.. Yang kita nak ambil perhatian ialah masih ada lagikah PIHAK cuba bermain TAKTIK kotor untuk mengHALANG kelulusan BAJET 2010 pada 16/12/2009 dahulu? Masih ada lagikah PIHAK yang cuba mengatur KONSPIRASI tahap tertinggi untuk menJATUHkan kerajaan sekarang tanpa memikirkan NASIB negara dan RAKYATnya? Mungkin mereka berjaya meRUNTUHkan sebuah kerajaan tetapi rakyat yang akan menanggung IMPLIKASI kesan perbuatan mereka..

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_01.htm

Menurut kenyataan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berdasarkan konvensyen bagi sebuah negara berparlimen, sekiranya bajet 2010 itu tidak diluluskan, kerajaan BN terpaksa dibubarkan dan satu pilihan raya baru terpaksa diadakan.. Kita terTANYA-tanya, masih adakah satu bentuk percubaan untuk melakukan perkara yang SAMA pada tahun ini? Sekiranya berlaku adakah BN bersedia untuk menghadapinya? Atau hanya MP UMNO sahaja yang mengambil pengajaran sementara MP MCA, MIC, Gerakan dan komponen-komponen BN lain masih LENA dibuai MIMPI?

Pada MASA itu dari segi komposisi, BN mempunyai 137 wakil di Dewan Rakyat berbanding 82 pembangkang dan tiga anggota Bebas.. Sekarang BN sudah tinggal 136 wakil (keKALAHan PRK Sibu), 77 pembangkang (PR) dan 8 anggota BEBAS.. Apa yang diKHUATIRi ialah keSETIAan anggota Parlimen BN menghadiri sidang Parlimen terutamanya semasa sesi meLULUSkan sesuatu USUL dan keCEKAPan Menteri Parlimen 'The HATCHET Man' melaksanakan TUGASnya untuk memastikan sesuatu USUL berjaya diLULUSkan oleh kerajaannya.. Kalau berdasarkan pada rekod tahun LEPAS, Nampaknya 'Sistem Amaran AWAL' tuh kurang effektif le gamaknya..

Walaupun kita nampak parti-parti dalam PR menghadapi masalah, namun itu SEMUA tidak mampu mengHALANG mereka melaksanakan agenda 'JAHAT' sedemikian terhadap kerajaan.. Jangan INGAT kes 'menJUBOR' Penasihat PKR, pemilihan parti PKR, PRK DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi dan sebagainya dapat menghalang puak-puak tersebut menSABOTAJ kelulusan Bajet 2011.. Mungkin mereka boleh diSIBUKkan untuk seketika, tetapi bukan bermakna 'JERAT LUPAKAN PELANDUK'.. Jika mereka berjaya, mereka pasti sudah menyediakan ALASAN untuk menyalahkan kerajaan di hadapan RAKYAT.. Bagaimana pulak di pihak kerajaan? Takkan nak reka alasan jika mereka GAGAL?

Yang patut rakyat TAHU, pihak-pihak dalam PR pun GAGAL menguruskan negeri di bawah kekuasaan masing-masing dengan BAIK.. Selangor dah jadik negeri berlubang-lubang hasil ROMPAKkan terhadap muka buminya oleh Kerajaan PKR.. Kerajaan Pulau Pinang pun terpaksa mintak IHSAN tauke judi untuk peruntukan isi tabung-tabung kebajikkan mereka.. Masaalah bekalan AIR menghantui Kerajaan Kedah dan Selangor.. Kerajaan Kelantan? -> KAH!KAH!KAH!

Bersiap-sedialah kita semua nanti..

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan