Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Friday, October 15, 2010
Gelaran 'DATUK' untuk Pok Nik pun sepatutnya ditarik balik..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Kita TIDAK tahu apakah KRITERIA untuk seseorang ditarik balik PINGAT kebesaran.. Memang itu adalah HAK Sultan yang menganugerahkannya.. Ada sesetengah Sultan memberi penjelasan seperti Sultan Selangor tetapi ramai jugak Sultan yang memilih untuk mendiamkan sahaja sehingga menimbulkan tanda tanya.. Apa pun sekali lagi kita TEGASkan bahawa itu adalah hak Sultan yang memerintah dan bukannya hak pihak luar seperti Majlis Penasihat Raja, MB sesebuah negeri mahu pun ahli keluarganya.. Itulah yang menjadikan keDAULATan seseorang Sultan dipandang tinggi..
Namun demikian, bagaimanakah jika seseorang yang diketahui sepatutnya mempunyai hubungan RAPAT dengan Sultan tetapi sering ENGKAR dan tidak mengikuti arahan Sultannya? Bukankah mereka ini jugak sepatutnya ditarik balik pingat kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan tersebut? Sebagai CONTOH, mantan Sultan Kelantan yang GERING mendapatkan rawatan di Singapura selama setahun.. Namun menurut laporan, MB Kelantan iaitu Pok Nik 'ALAIHISSALAM' sekali pun tak pernah menZIARAHi mantan Sultan yang sedang SAKIT.. Tidakkah itu boleh dikatakan sebagai satu bentuk keENGKARan? Sampai hari ini tidak ada siapa pun TAHU alasan Pok Nik berbuat demikian..
IRONIKnya, baru-baru ini apabila isteri kepada mantan PM Singapura, Lee Kuan Yew meninggal dunia, boleh pulak Pok Nik menZIARAHinya walaupun rasanya kita tidak pernah DENGAR pun Kerajaan Singapura memberi apa anugerah 'TITLE' atau PINGAT kepada Pok Nik? Mantan Sultan sendiri GERING kat Singapura, BERAT kaki nak pergi ziarah tetapi bukan main RINGAN kaki lagi pergi ke Singapura apabila apabila isteri kepada mantan PM Singapura meninggal dunia?
http://news.xin.msn.com/en/singapore/article.aspx?cp-documentid=4378194
Malah, Lee Kuan Yew sakit dada baru-baru ni pun diKHABARkan Pok Nik sanggup pergi ZIARAH?
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28900:nik-aziz-ke-singapura-ziarah-lee-kuan-yew&catid=1:utama&Itemid=50
TIDAKkah ini boleh dilihat sebagai satu bentuk 'DOUBLE standard' oleh Pok Nik dan Lebai-Lebai PAS yang seangkatan dengannya terhadap Kesultanan Kelantan? Atau dia nak tunjuk 'DAULAT Raja Jembal' masih wujud?
Kalau mengambil KIRA perkara di atas, rasanya Pok Nik pun patut ditarik pingat 'DATUK' yang dianugerahkan sendiri oleh mantan Sultan Kelantan kepadanya.. Itu belum lagi dikira SIKAP berdolak-dalik Pok Nik sendiri dalam krisis Istana Kelantan hinggakan kereta mantan Sultan kena 'AMBUSH' pun Pok Nik sebagai MB masih buat tak TAHU apa-apa pun? Namun, apabila Sultan baru diLANTIK, cepat pulak Pok Nik 'claim CREDIT' kononnya bersyukur krisis Istana Kelantan dah selesai? Juak-juak Lebai PASnya pulak cepat aje sebar PROPAGANDA kononnya KDYMM Sultan Kelantan yang baru ini 'Anak murid Tok guru' dan sebagainya.. Pandai BETUL dia ambik KREDIT ye?
Saranan Ku Li yang meminta penjelasan Kerajaan Negeri kepada rakyat untuk memulihkan kekeliruan yang timbul selepas pemahsyuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan yang baru adalah TEPAT..
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1015&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_16.htm
Rakyat mahu tahu apakah peranan Kerajaan Negeri sebelum, semasa dan selepas dalam krisis Istana Kelantan.. Adakah Pok Nik mahu lari dari tanggung-jawabnya sebagai 'Orang Tengah' antara Sultan dengan Rakyatnya? Kalau nak lari dari tanggung-jawab tapi nak KREDIT, baik GANTI dengan orang lain aje.. Rakyat Kelantan sudah tentu tidak mahu watak RASPUTIN mencemari kesultanan negeri mereka..
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan