Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Wednesday, October 13, 2010
BN mengHARAPkan keMENANGan ddatang bergolek di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Antara DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi, yang mana satukah akan diMENANGi oleh BN? Pada congakan atas KERTAS, DUN Galas lebih mudah dimenangi berdasarkan faktor sebelum ini ianya adalah milik BN, Ku-Li sebagai Pengarah Pilihanraya BN dan IKRAR Jentera UMNO Kelantan di bawah Tok Pa untuk bekerjasama dalam satu pasukan.. Namun demikian, kita juga TIDAK menolak beberapa ISU yang mungkin akan menJEJASkan peluang BN seperti isu kepimpinan Pemuda UMNO Kelantan yang jelas diTOLAK rakyat kerana MELUAT tengok perangai mereka yang dok 'MENEMPEL' kat Ketua Pemuda PeSALAH Politik WANG demi mendapatkan FULUS! Isu ini walaupun REMEH tetapi sangat berKESAN pada orang kampung di pedalaman..
Secara JUJURnya pulak, kita tidak nampak Parlimen Batu Sapi akan dimenangi dengan MUDAH oleh BN.. Walaupun sebelum ini hanya calon BEBAS yang menentang BN, kali ini kita YAKIN bahawa BN akan ditentang oleh PR secara berdepan.. BN tidak boleh mengambil mudah bahawa Parlimen ini pasti MILIK mereka.. Ini kerana 'TREND' yang menakutkan seperti di Sibu sebelum ini akan berulang di Batu Sapi.. Kita cukup YAKIN faktor 'KAUM BUKAN PENDATANG' akan memainkan peranan PENTING semasa PRK Batu Sapi.. Kita cukup yakin DAP akan turun PADANG meRACUNi pemikiran rakyat bersama-sama MP Bebas dari Sabah seperti Yong Teck Lee.. Adakah jentera BN di Sabah bersedia untuk itu?
http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_9d2920b0-7f000010-1d956ad0-2627557f
Dengan mengambil KIRA sikap komponen BN sendiri khususnya komponen BN yang terdiri daripada 'KAUM BUKAN PENDATANG', mampukah BN mengelakkan keSIALan semasa di Sibu berubah di Batu Sapi? Apa yang lebih menakutkan apabila isu penggunaan nama Allah SWT oleh penerbitan Kristian bergema semula.. Berbanding di Sarawak, isu ini dijangka lebih PANAS di Sabah kerana penganut Kristian di sini lebih RAMAI dan AGRESIF.. Apakah BN sudah bersedia untuk menghadapi SENARIO yang menakutkan itu? Apakah BN sudah menyiapkan STRATEGI yang ampuh menghadapi isu-isu sebegini di Sabah sedangkan semua MAKLUM bahawa Penasihat PKR cukup LICIK memainkan isu-isu setempat di Sabah?
BN khususnya UMNO tidak harus memandang MUDAH strategi PR samada di DUN Galas mahu pun di Batu Sapi, Sabah.. Malah, BN harus sedar bahawa DUN Galas sekali pun diMENANGi tidak akan mengubah kerajaan Pok Nik 'ALAHISSALAM' di Kelantan.. Mungkin BN akan mendapat keMENANGan MORAL dan menJATUHkan air muka Pok Nik sedikit, tetapi semua MAKLUM betapa 'TEBAL'nya air muka orang tua nih terhadap perkara sebegini.. RISIKO yang akan menimpa BN jauh lebih BESAR jika keHILANGan Batu Sapi kerana ianya adalah kawasan Parlimen.. Sudahlah BN tak mempunyai cukup 2/3 kerusi di Parlimen, ahli-ahli MP Bebas pun memilih untuk KEKAL bebas kerana tidak YAKIN dengan BN yang masih menyimpan MALAUN-MALAUN seperti peSALAH politik WANG dan KAKI PORNO dalam parti komponen masing-masing!
Kita TIDAK tahu berapa RAMAI pemimpin BN yang SEDAR risiko dan ancaman yang mereka hadapi di DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi.. Namun, jika kita baca kenyataan beberapa pemimpin BN di media, memang mereka akan KEKAL dalam 'ZON SELESA' untuk jangkamasa yang LAMA.. Malah, jika BN tinggal BENDERA sekalipun, mereka tak KISAH dan akan 'LOMPAT' ke pihak lawan seperti apa yang dilakukan oleh beberapa pemimpin UMNO dan MCA sebelum ini.. MUDAHkan hidup mereka? Bila rasa kena KERJA KERAS sikir, mulalah UGUT sana-sini lepas tu ANCAM nak lompat parti.. Yang rakyat pulak, terkebil-kebil meLIHATkan sikap tidak bertanggung-jawab mereka.. UNDI nak, kerja tak mau!
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan