Wednesday, February 16, 2011

ULAMA Tun Mahathir sudah 'KASI SEKOLAH' sama Pok Nik cukup-cukup.. Ambik kau...!!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita pernah MENULIS dalam BLOG ini mengatakan yang kita TIDAK percaya bahawa TULISAN yang diKATAkan diTULIS oleh Pok Nik 'ALAIHISSALAM' dalam HARAKAH itu benar-benar diTULIS oleh DIRInya sendiri.. ->KLIK<-
Sebaliknya kita PERCAYA tulisan tersebut ditulis oleh PIHAK lain atau pun mungkin Pok Nik hanya menyebut sepintas lalu dan diCATAT kemudian diTOKOK-TAMBAH sesedap rasa oleh Lebai-Lebai PAS dalam HARAKAH.. INI kerana tulisan sebegitu DANGKAL langsung tidak menampakkan ciri-ciri seorang ULAMA atau ILMUWAN sebaliknya ciri-ciri orang tak ada SPM macam MP PAS Pokok Sena!

TERUS-terang katalah, gabungan kesemua pemimpin dalam DAP, PAS dan PKR sekali pun tidak mampu untuk menewaskan keBIJAKsanaan Tun Dr. Mahathir.. Malah, para pemimpin Pakatan Rakyat patut sedar bahawa keMENANGan besar mereka di beberapa kawasan Parlimen dan DUN semasa PRU ke-12 sebenarnya turut diSUMBANGkan oleh Tun Dr. Mahathir yang mengKRITIK kepimpinan PM ke-5 dan MENANTU 'BABAH'nya yang ghairah nak jual NEGARA! Sebut siapa sahaja, Karpal, Anak-beranak LIM, HJ Hadi, Pok Nik, Anwar dan Wan Azizah, SEMUAnya mampu diTUMBANGkan oleh Tun.. Ini bukan cakap BESAR tetapi telah diBUKTIkan dalam sejarah kepimpinan PM ini selama 21 tahun!

Kali INI Tun Mahathir dalam BLOGnya telah begitu mudah MEMATAHkan hujah-hujah Pok Nik dalam HARAKAH sekaligus menyerang BALAS Pok Nik dengan HUJAHnya sendiri.. Sebanyak 50 'point' HUJAH telah ditulis oleh Tun di dalam BLOGnya khusus untuk Pok Nik.. ->KLIK<-

HUJAH Tun di dalam TULISANnya sekaligus memBUKTIkan betapa DANGKALnya Pok Nik atau Lebai PAS dalam HARAKAH yang berselindung di sebalik nama Pok Nik.. INI kerana, hujah Tun jelas memaparkan HAKIKAT bahawasanya Pok Nik yang diGAHkan sebagai ULAMA oleh Lebai PAS langsung tidak memahami perkara paling ASAS dalam ISLAM iaitu NILAI kasih SAYANG sesama umat ISLAM! Hujah-hujah tersebut ialah:-

"29. Khusus bagi orang Islam, Allah s.w.t. berfirman (Ayat 10 Surah Al-Hujarat); "Innamalmukminu na ikhwana..." iaitu orang-orang yang beriman (mukmin) itu adalah bersaudara.

30. Ayat itu diteruskan dan maksudnya ialah, "maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu, dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."

31. Allah s.w.t. berfirman lagi dalam Al-Quran (Ayat 103, Surah Ali-Imran); "Dan berpeganglah kamu pada tali Allah (Al-Quran) dan janganlah kamu bercerai berai..."

32. Tak mungkin Nik Aziz tidak tahu akan ayat-ayat ini. Lebih mungkin Nik Aziz lupa dalam keghairahan menyalahguna agama untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah. Yang jelas ialah Islam tidak menyuruh perpecahan di kalangan umat Islam.
"

BACA sendiri bagaimana Tun Mahathir mengGUNAkan terjemahan ayat-ayat Al Quran untuk memBERITAHU kepada Pok Nik bahawasanya ISLAM menyuruh umatnya saling sayang-menyayangi bukannya saling KAFIR mengKAFIR atau menJAHILIYYAHkan orang hanya kerana perBEZAan fahaman POLITIK!

Bukan itu sahaja, Tun jugak MENGAJAR Pok Nik betapa PENTINGnya umat ISLAM menguasai ILMU termasuk RASIONAL mempelajari ilmu SAINS dan MATEMATIK dalam Bahasa Inggeris..

"41. Sains dan matematik tidak seperti ilmu lain. Sains dan Matematik memperkenal banyak ilmu baru hasil kajian yang dibuat sepanjang masa. Semua hasil ini dihebah dalam bahasa Inggeris. Kita tidak mempunyai cukup pakar yang terlatih dalam bidang-bidang sains tertentu yang fasih dalam bahasa Inggeris dan Melayu untuk menterjemah beribu-ribu kertas kajian (research papers) dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya jika ilmu baru ini tidak dikuasai oleh orang Melayu, bahkan orang Islam, mereka akan ketinggalan jauh kebelakang, menjadi mundur dan lemah, mudah dipermain orang.

42. Bolehkah Nik Aziz perkenalkan seorang Melayu yang mempelajari Sains hanya dalam Bahasa Melayu yang mampu menulis kertas atau memahami tulisan berkenaan dengan nano sains atau theory of relativity atau perkiraan yang diperlukan untuk menghantar space shuttle supaya menemui dan dipasang kepada International Space Station.

43. Pada pendapat Nik Aziz apakah hanya dengan mengguna bahasa Melayu dalam mempelajari sains dan matematik kita akan jadi lebih Islam? Apakah Nik Aziz berpendapat dengan mengguna bahasa Malayu maka kita lebih Melayu, lebih setia kepada bangsa, lebih nasionalis, sedangkan Nik Aziz mendakwa Melayu tidak penting asalkan kita Islam, dan nasionalisme menjadikan kita kurang Islam. Apakah minat Nik Aziz kepada pengajaran dalam bahasa Melayu tidak mencerminkan sifat Nik Aziz sebagai seorang nasionalis juga, sama seperti orang UMNO. Nik Aziz harus tuntut supaya Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Arab, bukan bahasa Melayu.
"

Ambik ko Pok Nik!! Manusia seperti Pok Nik sebenarnya hanya MAHU lebih ramai umat ISLAM yang JUMUD, BODOH dan tidak berILMU agar mereka akan terus-menerus MENYOKONGnya memBABI-buta demi dia mengekalkan KUASA POLITIKnya!

Walaupun ada beberapa KERAT Lebai PAS cuba mempertikaikan HUJAH Tun berhubung Abdullah bin Ubai dan Masjid DHIRARnya, tetapi itu sebenarnya 'KIASAN' dari Tun tentang sikap Lebai PAS yang menuduhnya menarik BANTUAN kepada Sekolah Agama RAKYAT yang mengajar pelajarnya memBENCI kepada kerajaan yang bagi mereka BANTUAN.. Dah nama pun Lebai PAS, manalah diorang FAHAM bab berKIAS nih.. Sedangkan Pok Nik sendiri MENGAKUI dia lemah dalam BM pasal tidak tahu istilah 'JAKUN' itu adalah nama suku kaum orang ASLI hingga dia mengGUNAkannya untuk mengHINA orang LAIN? Agaknya Pok Nik bagi 'ZAKAT' kat orang ASLI masa PRK DUN Galas hari tu LUPA kot nak TANYA maksud istilah tersebut?

Selebihnya anda BACAlah sendiri.. HUJAH Tun Dr. Mahathir memang MANTAP, berBISA dan kita suka memBACAnya berkali-kali.. Tidak keterlaluan kalau diKATAkan ILMU yang diMILIKki oleh Tun sememang meLAYAKkan beliau bergelar ULAMA.. Cuma sikap orang ISLAM sendiri yang gemar memBEZA-BEZAkan sesama ISLAM mengikut janggut dan JUBAH.. Namun demikian, kita dapat RASAkan TULISAN Tun jugak sedikit sebanyak memBAYANGkan Tun sebenarnya mahu menyelamatkan AKIDAH dan PENDIRIAN Pok Nik yang jelas bertentangan dengan ISLAM.. Tun sebenarnya sedang meLAKSANAkan tanggung-jawabnya sebagai orang ISLAM untuk menyelamatkan Pok Nik yang semakin HANYUT kerana pegangan POLITIKnya yang memesongkan terus ajaran ISLAM.. SOALnya, Pok Nik nih SEDAR ke TIDAK?

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan