Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Monday, March 28, 2011
BN Youth Job Fair - Alahai... Orang nak cari KERJA, jangan la pulak dok PROMOSI diri sendiri..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Nak diJADIkan cerita, petang tadi kita pun saja-sajalah pergi ambik ANGIN kat BN Youth Job Fair di PWTC.. Memang tak diNAFIkanlah ramai pengunjung.. Tak diNAFIkan jugaklah dari segi sambutan.. Cuma dalam keMERIAHannya tak SANGKA pulak ada batang tubuh YB yang KONTROVERSI kerana dapat jawatan Ketua Pemuda UMNO tetapi diSABITkan dengan keSALAHan politik wang.. HE!HE!HE!
Semasa masuk ke dalam Dewan Tun Razak 1 kat seberang sungai tuh, nampaklah KELIBAT dia tengah ber'POSING' sakan depan kamera dengan baju lengan pendek KETAT berkaler keKELABUan dan perWATAKan ala-ala ke'MACHO'an sikit.. Seperti biasa, kalau tak ada KAMERA, memang tak SAHlah keMUNCULan dia.. Dengan lagaknya tuh, adala beberapa orang pengunjung dan jugak budak jaga 'BOOTH' tumpang ambik GAMBAR dengan dia.. Ye la.. Bila lagi nak PERASAN diri tu macam ARTIS kalau bukan dalam 'EVENT' macam nih?
Pengunjung kena isi maklumat dalam beberapa 'LAPTOP' yang ber'KEYPAD' huruf JEPUN - agaknya saki-baki dari tsunami kat sana kot? Selepas daftar kita pun masuklah untuk melihat 'BOOTH' apa yang ada.. Oh ye.. Lupa nak bagitau semasa melalui jambatan untuk ke Dewan Tun Razak 1 tuh, kita nampak bukan main banyak 'BANNER' dan 'BUNTING' yang dok tunjuk muka YB nih dipacak sepanjang jambatan.. Walaupun sekali sekala ada la muka DS Najib, tapi kesemuanya MUKA dia.. Gambar dia dok ketuk PAKU semasa program Jelajah One Malaysia (JOM) pun ada dalam 'BANNER' dan 'BUNTING' tuh.. Apa punya KEMARUKla dia nih nak PROMOSI diri sendiri dalam 'EVENT' macam nih? KAH!KAH!KAH!
Kita tak NAFIkan memang Job Fair kali ini lebih MERIAH berbanding sebelumnya.. Ada penyertaan daripada badan-badan kerajaan, GLC-GLC, pasukan bersenjata dan pihak SWASTA.. Pengunjung pun terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dan KAUM.. Sepintas lalu memang penganjuran kali ini bolehlah diBANGGAkan.. Cuma kita HARAP lain kali KURANGkan lah penglibatan YB nih dan gambar-gambarnya sebagai bahan PROMOSI.. Dah nama pun Job Fair, sepatutnya letak la 'BANNER' dan 'BUNTING' pihak yang mengambil bahagian.. Ini macam tak IKHLAS aje.. HE!HE!HE!
Kita tahu ada media dan beberapa BLOGGER yang memBERIkan pujian tahap melangit terhadap YB nih dalam Job Fair ini walaupun ini bukan PERTAMA kali 'EVENT' ini dianjurkan.. Cuma ini kali PERTAMA ada 'BRANDING' BN Youth diSELITkan dalam Job Fair.. Dalam pada dok PUJI tuh, ada beberapa PIHAK mengatakan penganjuran Job Fair ini sebagai satu 'keJAYAan'…… !!!??? Opps!!? Cop! Cop!... 'KeJAYAan'? 'KeJAYAan' dari segi apa?
Kalau nak dikatakan 'keJAYAan' dari segi JUMLAH pengunjung, tak diNAFIkan la RAMAI tetapi ini Job Fair bukannya MATTA Fair atau KLIMS? Bukannya ada pulangan pun kepada pihak penganjur seperti kedua-dua 'EVENT' tersebut? Kalau kita lihat 'BUNTING' Job Fair ini kat tepi-tepi jalan, ianya menyatakan 20 ribu keKOSONGan jawatan, 500 ribu pengunjung dan 360 buah syarikat atau organisasi yang ambil BAHAGIAN.. Adakah ratusan ribu orang pengunjung selama 3 hari untuk meREBUT hanya 20 ribu keKOSONGan jawatan dalam Job Fair ini diKATAkan 'keJAYAan'?
Sebenarnya, jumlah ratusan RIBU orang pengunjung selama 3 hari Job Fair ini bagi meREBUT 20 ribu keKOSONGan jawatan harus diTAFSIRkan dengan maksud lain.. Maksudnya, tidakkah kita menyedari bahawa begitu ramai yang mencari peKERJAan hingga mencecah ratusan ribu orang ketika INI? Kenapa jumlah ini begitu BESAR?
- Adakah menandakan jumlah penganggur begitu RAMAI ketika INI?
- Adakah jumlah mereka yang mahu berTUKAR kerja begitu RAMAI kerana keNAIKkan kos hidup?
- Adakah ini menandakan pasaran tenaga kerja NEGARA kita adalah BAIK?
ATAU kerana apa? Anda TAHU? Mungkin lebih BAIK fakta tersebut diselidik dengan pihak seperti Jobstreet atau JobsDB untuk mereka TAFSIRkan..
Sepatutnya pihak seperti Kementerian Sumber Manusia WAJAR melakukan 'FOLLOW-UP' bagi memastikan Job Fair sebegini mencapai OBJEKTIFnya.. Dengan kata lain, patut ada STATISTIK yang memaparkan berapa RAMAI yang berjaya mendapat pekerjaan menerusi Job Fair sebegini.. Lepas tuh kalau nak HEBOH kata ini satu 'keJAYAan' pun HEBOHlah.. Ini kalau takat ANJURkan Job Fair untuk YB tuh ambik kesempatan PROMOSI dirinya dikatakan satu 'keJAYAan', agaknya adala tu OTAK senget kat mana-mana! HE!HE!HE!
Kita saja-saja cuba la gatal MULUT berTANYA kat beberapa agensi kerajaan atau GLC kat Job Fair tersebut samada ada ke tak JAWATAN yang memBOLEHkan penJAWATnya dapat 'BENEFIT' seperti:-
- Menjadi PENASIHAT Tingkat 4 untuk JPM di Putrajaya
- Boleh makan KOMISEN melalui 'CONSULTATION' kepada agensi-agensi kerajaan
- MemBOLEHkan 'KAWAN' pinjamkan duit berjuta-juta RM untuk beli saham syarikat yang beli saham GLC
- Dapat sumber kewangan untuk 'diTABURkan' kepada para perwakilan semasa pemilihan parti sendiri
Tak ade la PULAK.. Ingatkan adala PELUANG kerjaya sedemikian bila tengok KELIBAT orang yang PERNAH dapat 'BENEFIT' sebegitu dalam Job Fair tadi.. JENUHlah cari, memang tak ada.. Hmnn.... Kenapa AGAKnya ye? HE!HE!HE!
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan