Friday, March 04, 2011

Eksklusif PRK DUN Kerdau & PRK DUN Merlimau - UMNO patut bagi pengHARGAan kat mereka ini..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kurang 32 JAM daripada masa pengUNDIan.. Namun seperti sebelum INI, serangan bertali arus antara parti POLITIK yang bertanding di DUN Kerdau dan DUN Merlimau diJANGKA semakin HEBAT semasa saat-saat akhir berKEMPEN.. Mintak MAAF katalah, pada saat INI parti-parti yang berTANDING tidak lagi berKEMPEN untuk menawarkan KHIDMAT atau SUMBANGAN apa yang akan mereka berikan kepada RAKYAT yang mengUNDI mereka, sebaliknya parti-parti INI akan saling menDEDAHkan keBURUKkan lawan masing-masing dan cuba berSAING propaganda siapa yang lebih HEBAT.. Malah, SESI tuduh-menuduh memBURUKkan lawan akan menjadi semakin RANCAK ketika ini..

Apa pun, PRK kali ini sangat MERIAH dengan keHADIRan beberapa individu yang sebelum ini RAPAT dengan Penasihat PKR tetapi memilih untuk menjadi LAWANnya.. Kehadiran INDIVIDU seperti Ummi Hafilda Ali, Rahimi Osman dan Rashid telah meMERIAHkan KEMPEN dipihak BN dengan penDEDAHan demi penDEDAHan berkenaan salah laku dan SIKAP sebenar Penasihat PKR.. Adakalanya kita melihat pertembungan mereka bukan lagi kerana ingin berKEMPEN, sebaliknya masing-masing ingin menDEDAHkan keBURUKkan lawan.. Yang NYATAnya keHADIRan mereka dalam KEMPEN BN diHARGAi oleh ramai pemimpin UMNO sebagai satu bentuk SERANGAN ampuh terhadap Pakatan Rakyat yang diKETUAi oleh Penasihat PKR.. ->KLIK<-

EH! Jangan salah ANGGAP.. Kita tidak berMAKSUD untuk memperLEKEHkan peranan mereka yang diSEBUTkan tadi terhadap KEMPEN BN.. Tidak.. Jauh sama SEKALI.. Sedangkan Penasihat PKR sepatutnya sudah beberapa KALI dikenakan keSALAHan mengHINA mahkamah kerana memBICARAkan kes menJUBORnya di MAHKAMAH semasa KEMPEN PRK, apalah sangat dengan penDEDAHan oleh Ummi, Rahimi dan Rashid itu? Bukankah Penasihat PKR jugak yang sering melemparkan FITNAH tidak berasas terhadap UMNO setiap kali PRK? Bukankah BUDAYA berKEMPEN yang KOTOR ketika INI diMULAkan sendiri oleh Penasihat PKR dibantu oleh Lebai-Lebai ERDOGAN dalam PAS dan diBIAYAi oleh puak-puak RASIS dalam DAP? Oleh itu keMUNCULan Ummi, Rahimi dan Rashid bolehlah dianggap sebagai bertemu BUKU dengan RUAS?

Malah UMNO dan BN patut memikirkan PINGAT apa untuk dianugerahkan kepada mereka INI.. Ye la.. UMNO patut sedar bahawa jentera PENERANGAN mereka pun bukan HEBAT mana untuk mengatasi keHEBATan KELENTONG Penasihat PKR dan kuncu-kuncunya! Kita jugak tidak SETUJU 100% dengan pandangan beberapa BLOGGER pro-BN yang mengatakan keHADIRan mereka ini umpama KUDA TROJAN! Mereka bukannya KUDA TROJAN dan sedarkah bahawa KUDA TROJAN yang anda MAKSUDkan sebenarnya sudah lama berada dalam UMNO sejak zaman PM ke-5 lagi?

- SIAPAkah yang terHEGEH-HEGEH mengHANTAR passport kepada Penasihat PKR semasa dia diBEBASkan dahulu? Adakah orang yang diMAKSUDkan itu pegawai IMIGRESEN atau cuma MENANTU kepada seorang mantan PM ketika ini? Percaya tak KARIER politiknya dalam UMNO hampir menyerupai karier politik Penasihat PKR ini semasa dalam UMNO?

- SIAPAkah yang begitu GHAIRAH memperJUANGkan agar AUKU diHAPUSkan KONONnya untuk tidak mengHALANG sifat kePIMPINan pelajar IPT? Sedangkan AUKU diperKENALkan untuk menJAUHkan pelajar daripada berPOLITIK semasa mereka masih menuntut di IPT.. Semua MAKLUM punca AUKU digubal semasa zaman Tun Razak dahulu yang diSEBABkan oleh rusuhan pelajar dek HASUTAN Penasihat PKR ini..

- SIAPAkah yang menyokong pengGUNAan nama ALLAH SWT oleh agama lain? Bukankah INDIVIDU ini jugak menentang Ketuanan Melayu atau dasar-dasar yang condong kepada orang Melayu seperti yang diperJUANGkan oleh PERKASA dan NGO-NGO Melayu lain? Bukankah dia berKONGSI pemahaman tentang keSEMUA isu ini dengan Penasihat PKR? Cuma tang APCO aje dia BERANI skikit cabar Penasihat PKR dalam Parlimen..

Itu dia 3 INDIVIDU yang kita sengaja tidak DEDAHkan tetapi kita yakin anda TAHU siapa yang diMAKSUDkan.. Untuk kesekiankalinya kita nak TANYA, kenapakah mereka itu TIDAK pulak diANGGAP sebagai KUDA TROJAN Penasihat PKR? Adakah kerana mereka berJAWATAN dalam UMNO dan dalam KABINET sedangkan Ummi, Rahimi dan Rashid pulak tidak sedemkian? HE!HE!HE!

Apa pun NYATA dan jelas keHADIRan Ummi, Rahimi dan Rashid lebih kepada kePENTINGan mereka sendiri.. Samada mereka selepas ini nak 'CLAIM' apa-apa dengan UMNO, itu kira CERITA lainlah! Lagi pun PKR, DAP dan PAS pun 2X5 jugak bab macam tuh.. Jika jentera penerangan UMNO rajin turun PADANG setiap masa dan selalu terkeHADAPAN dalam isu-isu yang berORIENTASIkan RAKYAT, UMNO tak perlu pun KHIDMAT mereka bertiga.. Malah, takat KELENTONG Penasihat PKR tu pun MUDAH aje diJAWAB.. Itu belum masuk lagi bab parti KOMPONEN BN yang lain yang hanya tahu meMINTAK tetapi KEDEKUT nak bagi SUMBANGAN!

Sekarang nih kita lihat Pemuda UMNO semakin LEMBIK sejak berKETUAkan peSALAH POLITIK WANG.. Puteri UMNO pun dah tak seBERANI dulu.. Mujur ada Wanita UMNO yang cerdas dan cekap bertindak.. Itu pun kena PANTAU selalu pasal ada KES yang sanggup tutup bilik gerakan hanya kerana tak terpilih sebagai CALON.. Mungkin ahli-ahli UMNO kena alami apa yang telah dialami oleh Ummi, Rahimi dan Rashid dulu kot baru berSEMANGAT dan CERDAS bekerja untuk parti? HE!HE!HE!

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan