Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Tuesday, June 21, 2011
Kenapa BERSIH 2.0 harus diLIHAT sebagai langkah PERTAMA untuk jadikan Malaysia sebuah REPUBLIK..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Semua sedia maklum bahawa ada 3 Kumpulan yang akan berHIMPUN pada 9 Julai ini di KL iaitu BERSIH 2.0, Perkasa dan Pemuda UMNO.. Namun demikian, OBJEKTIF mereka hanya satu iaitu menyampaikan MEMORANDUM masing-masing kepada DYMM YDP Agong di Istana Negara.. Dengan kata lain, masing-masing meRASAkan mereka berhak menemui atau menyampaikan MEMORANDUM ketidak-puasan hati masing-masing kepada DYMM YDP Agong.. Soalnya, kenapa Baginda? BERSIH 2.0 tidak puas HATI dengan SPR.. Pemuda UMNO pulak mahu memBELA SPR manakala Perkasa pulak mahu menentang BERSIH 2.0.. Kenapa pulak YDP Agong hendak diKAITkan?
Rukunegara ke-2 ialah Kesetiaan kepada Raja dan Negara.. Itu adalah PEGANGan kepada sesiapa yang menJADI warganegara.. Kita TIDAK nampaklah dengan berarak ke Istana Negara pasal tak puas hati dengan pengurusan pilihanraya dianggap sebagai SETIA kepada Raja dan Negara.. Kita nampak itu adalah CUBAan untuk mengHERET sama Institusi Raja ke dalam keKOTORan POLITIK yang mereka amalkan.. Hari ini mereka menCABAR sebuah kerajaan yang dipilih menerusi pilihanraya yang SAH.. Apakah JAMINAN bahawa mereka ini besok tidak akan menCABAR Institusi Raja untuk menJADIkan Malaysia sebagai sebuah REPUBLIK?
Anda boleh LIHAT sendiri di Thailand bagaimana Institusi Raja mereka cuba diHERET oleh puak-puak POLITIK yang didalangi oleh para peguam yang berPOLITIK di sana.. Namun, keSETIAan RAKYAT Thailand terhadap Rajanya memang sukar diGUGAT.. Malah, kerana Rajanya jugaklah seorang mantan PM Thailand tidak balik ke negara ASALnya sebaliknya merempat di luar negara macam peLARIan.. Soalnya, adakah keSETIAan RAKYAT kepada Institusi Raja kita masih KUKUH sedangkan ada pihak cuba mengHERETnya ke dalam kancah POLITIK sempit mereka? Tidakkah RAKYAT nampak bagaimana Institusi Raja kita cuba 'diCEROBOH' dengan perMAINan POLITIK mereka? Inilah MUSLIHAT sebenar mereka disebalik perHIMPUNan BERSIH 2.0 yang hendak diadakan..
RAKYAT seharusnya sedar bahawa puak-puak yang berselindung di sebalik BERSIH 2.0 sebenarnya boleh diRAGUI keSETIAan mereka kepada Institusi Raja.. Mungkin mereka lebih SETIA kepada seorang pemimpin PKR yang sedang mengHADAPI kes MAHKAMAH kerana 'menJUBOR' pembantu PERIBADInya sendiri.. Kita katakan sedemikian kerana kalau anda masih INGAT, Raja Dr. Nazrin pernah mengatakan "The Sultan is above the politics".. Dengan KATA lain, Institusi Raja tidak harus diCEMARi dengan POLITIK, apatah lagi POLITIK KOTOR yang cuba diMAINkan di sebalik perHIMPUNan BERSIH 2.0 ini.. Ditambah pulak sebelum ini ada USAHA untuk memperlekehkan bidang kuasa Sultan menerusi perLANTIKkan SUK di Selangor dan kuasa YDP Agong menerusi pilihanraya Masjid di Pulau Pinang, ini semuanya BUKTI jelas bagaimana POLITIK KOTOR mereka cuba menCEMAR Institusi Raja kita..
DYMM SPB YDP Agong memang memPUNYAi kuasa untuk mengHENTIkan perHIMPUNan BERSIH 2.0 atau perHIMPUNan mana-mana pihak sekali pun.. Baginda boleh MENOLAK untuk menerima MEMORANDUM mana-mana pihak kerana jelas Institusi Raja tidak terlibat dalam POLITIK.. Malah, kuasa EKSEKUTIF YDP Agong boleh mengerahkan keseluruhan angkatan TENTERA untuk menyuraikan perHIMPUNan BERSIH 2.0 jika puak-puak diBELAKANGnya lebih berkelakuan seperti BERUK daripada manusia! Kuasa YDP Agong terMASUKlah boleh mengISYTIHARkan DARURAT bila keadaan menjadi tidak terKAWAL.. Jika ianya berlaku, kesemua kegiatan POLITIK akan LUMPUH dan DALANG-DALANG yang cuba menCEMARi Institusi Raja ke dalam POLITIK mereka sudah tentu akan menerima HUKUMAN..
Majoriti RAKYAT khususnya orang Melayu/ISLAM memang berdiri 100% di belakang Institusi Raja mereka.. Kita PERCAYA apabila puak-puak ini semakin menDEDAHkan MUSLIHAT mereka, 100% orang Melayu/ISLAM akan berdiri memperTAHANkan Sultan-Sultan mereka.. Apatah lagi apabila DALANG disebalik perHIMPUNan BERSIH 2.0 ialah muka-muka yang kita TIDAK nampak keSETIAan mereka kepada Institusi KeSULTANan Melayu.. ->KLIK<-
Kita telah TULIS sebelum ini bahawa Lebai PAS menCARI pasal dengan keseluruhan orang Melayu/ISLAM jika bersama-sama menyokong Timbalan Presiden EX-Khalwatnya dalam BERSIH 2.0.. Namun, jika itu keHENDAK Lebai PAS, mereka patut melakukan lebih perSEDIAan dan memastikan 100% ahlinya sedia untuk 'berJIHAD' terhadap saudara seAGAMA mereka sendiri.. Kalau Lebai PAS boleh KALAH dalam PRK di banyak tempat sebelum INI, apakah keYAKINan Lebai PAS bahawa mereka menDAPAT sokongan RAKYAT untuk BERSIH 2.0?
Seperti kita SEBUT sebelum ini, pengLIBATan Ketua Pemuda UMNO peSALAH POLITIK WANG sebenarnya mahu menSABOTAJ Perkasa dan NGO-NGO Melayu sahaja apabila mengadakan perHIMPUNan berASINGan.. Tambahan pulak, asal-usul perHIMPUNan BERSIH dulu pun pasal orang tak PUAS hati dengan Pak Mertuanya yang jadik PM dan pengLIBATan dirinya dalam urusan penTADBIRan negara! Kita terBACA tadi si peSALAH POLITIK WANG mengamuk pasal AMARAN Datuk Ibrahim Ali agar kaum-kaum Cina menyimpan BARANG makanan KHUATIR berlaku keKACAUan.. Hek elehh.. Mengaku aje la Pemuda UMNO yang diKETUAinya takat GEBANG aje lebih.. Seperti kata JuruBLOG Mummy Rokiah, Pemuda UMNO nak panggil mesyuarat pun LIAT, ada HATI nak HIMPUNkan beribu-ribu orang untuk 'COUNTER' Gerak Aman dan BERSIH 2.0? ->KLIK<-
KAH!KAH!KAH! KAH!KAH!KAH!
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment
KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan