Monday, June 20, 2011

How many TIMES that the PM and the Government have been INSULTED by this fella?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Ketika negara kita sedang menyambut para tetamu sempena Langkawi International Dialogue(LID), ada pulak beberapa pihak dalam UMNO yang cuba menCONTENG arang ke muka DS Najib sebagai PM Malaysia juga merangkap sebagai penganjur majlis ini.. Salah seorang daripadanya adalah peSALAH POLITIK WANG dalam UMNO yang sebelum ini telah memperLEKEHkan DS Najib sekaligus kerajaan dengan cuba memBAWA Pemuda UMNO turut sama menyertai DEMONSTRASI jalanan KONONnya sebagai KONTRA kepada perhimpunan BERSIH 2.0.. Kita ulas satu-satu..

1) KRITIKKAN terhadap LID

DiFAHAMkan peSALAH POLITIK WANG ini telah menulis dalam TWITTER agar LID diHENTIkan kerana menJEMPUT pemimpin seperti Robert Mugabe iaitu Presiden Zimbabwe.. ->KLIK<-

INI sebenarnya memBUKTIkan bahawa lulusan Oxford ini sangat DUNGU dalam bidang DIPLOMATIK dan hubungan luar negara.. Kita pun tak TAHU apa SALAH si Mugabe ini terhadap Malaysia sampaikan si peSALAH POLITIK WANG ini tak mahu dia DATANG? Kita jugak yakin si peSALAH POLITIK WANG ini bukannya pernah pun PIJAKkan kaki ke Zimbabwe apatah lagi mana-mana negara Afrika? Setahu kita jugaklah, Mugabe jugak BEBAS menghadiri South African International Dialogue(SAID) malah sidang African Union(AU)? Jadik, apahal pulak si peSALAH POLITIK WANG ini tiba-tiba HANGIN dengan Mugabe? Mugabe tak SPONSOR fulus masa pemilihan UMNO tahun 2009 lalu ke?

Ketua-Ketua Pemuda UMNO sebelum ini diketahui UMUM sering meLIBATkan diri dengan kegiatan BELIA di peringkat antarabangsa.. Mereka sering menyertai majlis dialog, seminar dan KONGRES berkaitan belia di luar negara.. PenDEDAHan ini perlu agar jika dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO, individu terbabit TIDAK kekok dengan hubungan DIPLOMATIK antara negara.. Namun, adakah anda pernah terBACA si peSALAH POLITIK WANG ini meLIBATkan diri dengan mana-mana kegiatan BELIA seperti yang dinyatakan di peringkat antarabangsa? Dia ingat dia lulusan Oxford, automatik dia LAYAK berbicara pasal hubungan DIPLOMATIK? Itu pasallah orang datang untuk LID pun dia MEROYAN tak tentu hala..

Kalau nak dikira, semasa sidang NAM dan sidang OIC pun ramai pemimpin tahap 'Axis of Evil' yang TIDAK disenangi oleh negara-negara Barat datang ke Malaysia? Para pemimpin kita pun pernah berJUMPA dengan Ghadaffi, Kim Jong Il, Hugo Chavez, Castro, Ahmadinejad, Omar Hassan dan ramai lagi.. Adab berJIRAN - buat apa kita berMUSUH dengan orang yang tak berMUSUHan pun dengan kita? Tujuan dialog LID ini pun agar kita dapat bertukar-tukar FIKIRAN di samping memperKENALkan Malaysia sebagai salah sebuah negara SAHABAT untuk saling berkerjasama meMAJUkan negara masing-masing.. Ini tak diajar di Oxford gamaknya? Oxford cuma ajar cara TABUR duit semasa pemilihan parti aje kot?

Memang benar Tun Mahathir tak perlu pun mengulas KOMENnya dalam TWITTER.. Yang menganjurkan LID ialah DS Najib dan Kerajaan Malaysia sendiri.. Tun Mahathir hanya hadir atas KAPASITI sebagai pengasas LID aje.. Oleh itu kenyataan TWITTER si peSALAH POLITIK WANG ini harus diLIHAT sebagai mengHINA DS Najib dan meMALUkan Kerajaan Malaysia itu sendiri.. Agak-agak anda apa MOTIF dia berbuat demikian kalau bukan demi 'BOSS' GELAPnya dalam PKR?

2) Penglibatan Pemuda UMNO dalam demonstrasi anti-BERSIH 2.0

Kita mengakui BLOG ini ada 'mencucuk' Pemuda UMNO terUTAMAnya apabila salah seorang EXCOnya buat kenyataan BODOH ketika diminta mengulas tentang perhimpunan BERSIH 2.0.. ->KLIK<-

Apa pun, Pemuda UMNO jugak melalui peSALAH POLITIK WANG ini telah mengISYTIHARkan untuk turun gelanggang serentak dengan kumpulan BERSIH 2.0 dan jugak gabungan PERKASA + NGO-NGO Melayu lain secara berASINGan.. Walaupun DS Najib dan lain-lain para pemimpin tertinggi UMNO meLARANG, dia tetap nak TUNJUK kuasa dan mungkin nak meMALUkan DS Najib jugak dengan mengINGKARi larangan tersebut.. ->KLIK<-

Malah, Menteri KDN merangkap orang yang bertanggung-jawab meNAIKkannya sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO dulu jugak ditempelaknya macam budak-budak..

"Hisham boleh beri sebanyak mana amaran yang beliau mahu. Ini Malaysia baru. Kami mempunyai hak untuk berhimpun, dijamin oleh perlembagaan. Pemuda Umno tetap berarak pada 9 Julai ini. Itu sahaja,"

Cucu Dato' Onn patut menerima HAKIKAT bahawa semangat datuknya mungkin tiada dalam DIRInya apabila ditempelak sedemikian RUPA oleh orang yang diangkatnya sendiri dalam dalam HIERARKI kepimpinan Pemuda UMNO.. HE!HE!HE!

Baiklah, apa OBJEKTIF Pemuda UMNO jika mahu mematuhi arahan 'BOSS' mereka ini? Menurutnya,

"Perhimpunan kita pada hari tersebut dengan tujuan untuk bersama SPR memperbaiki sistem sedia ada dan kita sokong usaha SPR. Sebab itu saya ingin tegaskan bahawa kita telah pun ada perbincangan awal dengan SPR tentang bagaimana kita dapat perbaiki lagi sistem ini dan ada beberapa perkara yang perlu kita sampaikan kepada pengetahuan Yang Dipertuan Agong".. ->KLIK<-

Ooo... Untuk SPR ke? Tak pasal-pasal nama SPR diHERET sekali.. Sedangkan semua maklum bahawa SPR kot mana pun akan diLINDUNGi oleh Perlembagaan Negara selagi sistem pilihanraya ini WUJUD.. MengHERET nama SPR hanya memBERIkan 'Modal POLITIK' kepada penganjur perhimpunan BERSIH 2.0 untuk mengaitkan SPR KONONnya berpihak kepada UMNO.. Adakah itu arahan 'BOSS' GELAPnya dalam PKR?

Mungkin itu OBJEKTIF pada MULUTnya sahaja.. Pada kita, OBJEKTIFnya bukan untuk KONTRA dengan para penyokong perhimpunan BERSIH 2.0 sebaliknya cuba berSAING dengan PERKASA dan NGO-NGO Melayu lain.. Anda sedia maklum bahawa ada ahli Pemuda UMNO juga mengANGGOTAi PERKASA atau NGO-NGO Melayu lain.. Jika peSALAH POLITIK WANG ini mengARAHkan Pemuda UMNO menyertai demonstrasinya, TIDAKkah ianya akan menSABOTAJ kehadiran ahli PERKASA dan NGO-NGO Melayu lain? Sedangkan PERKASA secara BAIK pernah menJEMPUT Pemuda UMNO bersama-sama NGO-NGO Melayu lain TETAPI diorang 'Jual MAHAL'? Kenapa perlu ada DEMONSTRASI berASINGan untuk SYOK sendiri kalau sekadar mahu mengHALANG perhimpunan BERSIH 2.0?

Kita pun tak TAHU nak kata apa dah.. Pemuda UMNO senang-senang diperBODOHkan dan diperALATkan untuk kePENTINGan peribadi 'BOSS'nya.. Dalam dua 'POINT' yang kita nyatakan tadi, Pemuda UMNO patut sedar mereka turut sama mengENGKARi kepimpinan DS Najib dan Kerajaan Malaysia jika mematuhi apa yang 'BOSS' mereka katakan.. Tidak semua orang boleh diBELI maruahnya.. Walaupun ada beberapa juruBLOG yang memuji 'BOSS' ini tahap 'GABAN' kerana masuk askar Wataniah dan yang terbaru KONONnya kata nak ke Gaza, patut diINGATkan bahawa sudah ada INDIVIDU lain yang menDAHULUinya dalam perkara-perkara tersebut .. MemBERI publisiti kepada peSALAH POLITIK WANG ini kerana dia cuba melakukan perkara-perkara sedemikian hanya mengHINA pengorbanan orang lain yang lebih DAHULU melakukannya walaupun tidak diPUBLISITIkan..

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan