Wednesday, August 31, 2011

Apabila Ketua Penerangan PAS menDAHULUkan 'Kepala LUTUT'nya berbanding 'Kepala OTAK'nya untuk memBELA kenyataan Timbalan Presiden PAS!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Pada KITAlah, adalah BODOH jika Lebai-Lebai PAS berSUSAH payah memBELA 'Kaki BORAK Tepi Jalan' yang telah menJADI Timbalan Presiden PARTI mereka berhubung ISU kenyataannya menDEWA-DEWAkan KOMUNIS dalam tragedi Bukit Kepong sebagai pejuang keMERDEKAan.. Lebai-Lebai PAS patut belajar daripada UMNO bagaimana nak 'memBERESkan' MALAUN seperti 'Kaki BORAK Tepi JALAN' ini daripada kePIMPINan parti mereka.. Ahli-ahli UMNO tidak terAGAK-AGAK untuk menyisihkan PEMIMPIN yang bercakap MERAPU seperti PM ke-5 dan MENANTU BABAHnya pada PRU-12 lalu.. PAS pulak BERANI ke?

Pemimpin SAMPAH seperti 'Kaki BORAK Tepi Jalan' ini sepatutnya diHUMBAN keluar daripada HIERARKI kePIMPINan parti, BUKANnya diSIMPAN hingga bakal menjadi LIABILITI kelak.. Apa yang Lebai-Lebai PAS nih SAYANG sangat dengan 'Kaki BORAK Tepi Jalan' ini, kita pun TAK tahu.. Dalam PAS bukan tidak ada yang BIJAKSANA seperti Dr. Rosli MP Hulu Langat yang jugak pakar NUKLEAR? Bukannya tidak ada ULAMA yang 'CREDIBLE' seperti Dr. Harun Din atau pun Taib Azamuddin? Namun, diSEBABkan keDUNGUan mereka mengatasi segala-galanya, 'Kaki BORAK Tepi Jalan' ini jugak yang diANGKAT sebagai PEMIMPIN? Apa keLEBIHan dia? Latar belakang penDIDIkan? Pakar yang diIKTIRAF? Atau pernah jadik WIRA kepada NEGARA? Semuanya KOSONG semata-mata! HE!HE!HE!

Sebab itulah apabila ada PIHAK seperti Ketua Penerangan PAS cuba meng'COVER LINE' bagi pihak 'Kaki BORAK Tepi Jalan' ini yang mengatakan KOMUNIS yang memBUNUH polis di Bukit Kepong sebagai WIRA, kita terGELAK berguling-guling! Menurut Ketua Penerangan PAS tersebut,

"Secara peribadi, saya merasakan adalah perlu untuk kita jujur dalam mengkaji dan menafsir semua fakta sejarah. 'Cakaplah benar, walaupun ia pahit'. Pada tahun 1950, adakah pihak komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah tentulah penjajah British. Itu hakikat kerana negara belum lagi Merdeka, yang ditentang mereka ialah kerajaan British dan orang yang dilihat bersekongkol dengan penjajah British yang menakluki Tanah Melayu.

Selepas Merdeka, adakah komunis menentang penjajah ataupun negara? Sudah tentulah negara yang sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British, maka di sinilah sebab utama mereka perlu ditentang habis-habisan. Tapi harus diingat, ini adalah waktu Merdeka, yang jauh berbeza situasinya pada 1950 ketika mereka menentang penjajah British. Oleh itu, soal menyokong komunis tidak timbul jika kita ikhlas dalam mengkaji dan menafsir sejarah tanpa prejudis.
" ->KLIK<-

Mungkin Ketua Penerangan PAS ini sebegitu DUNGU hingga LUPA bahawa SEJARAH tidak pernah berBOHONG tetapi MANUSIA sepertinya memang acapkali berBOHONG walaupun atas nama agama ISLAM itu sendiri! Bagaimanakah PIHAK yang memBUNUH dan memBAKAR hidup-hidup POLIS Melayu/ISLAM dan ahli keluarga mereka di Bukit Kepong dianggap sebagai 'BerSEKONGKOL dengan penjajah BRITISH'? Adakah POLIS Melayu/ISLAM itu yang menJAGA kenteraman AWAM pada masa tersebut pihak yang JAHAT dan KOMUNIS yang memBUNUH sewenang-wenangnya dianggap WIRA? Kamu dulu 'FAIL' ke subjek SEJARAH?

Baiklah, bagaimana pulak dengan Panglima Salleh Selempang MERAH yang mengetuai orang-orang Melayu/ISLAM di Batu Pahat menyerbu dan memBUNUH KOMUNIS kerana tidak TAHAN dengan keKEJAMan mereka? Adakah Ketua Penerangan PAS mengANGGAP beliau adalah pihak yang JAHAT kerana memBUNUH KOMUNIS? Adakah Ketua Penerangan PAS akan mengANGGAP beliau jugak 'BerSEKONGKOL dengan penjajah BRITISH' kerana memerangi KOMUNIS? Dengan segala HORMATnya kita MINTAK Ketua Penerangan PAS tampil dan berikan HUJAHnya.. Malah, adalah lebih terHORMAT jika Ketua Penerangan PAS ini menyatakan HUJAHnya di hadapan WARIS mangsa tragedi Bukit Kepong dan penduduk Batu Pahat! Bulan menulis sedemikian dalam BLOG sahaja.. Ada BERANI? HE!HE!HE!

PAS sendiri diTUBUHkan pada tahun 1951.. Kalau mengikut RUMUSAN Ketua Penerangan PAS, bolehkah kita berTANYAkan dia adakah PAS sebelum MERDEKA menentang penjajah BRITISH dan selepas MERDEKA pulak menentang NEGARA? Jika demikian, TIDAKkah PAS jugak patut diHARAMkan dan diPERANGi seperti mana KOMUNIS? Tambahan pulak, Timbalan Presiden PAS sendiri yang mengeLUARkan kenyataan meLABELkan KOMUNIS sebagai WIRA dalam tragedi Bukit Kepong? Ketua Penerangan PAS pulak walaupun secara ZAHIRNya OTAKnya jauh lebih SEMPURNA berbanding 'Kaki BORAK Tepi Jalan' yang menjadi Timbalan Presiden PARTInya.. Nampaknya kali ini dia tidak mengGUNAkan OTAK apabila menulis perkara di atas di dalam BLOGnya kali ini.. Kot la dia pun macam Pok Nik 'ALAIHISSALAM' yang mengGUNAkan pihak KETIGA menulis bagi dirinya, tak TAU le pulak! KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

1 comment:

  1. ..memang patut Mat Sabu melebelkan puak Parti Komunis Malaya sebagai WIRA diatas kapasiti beliau sebagai Komander Regimen 121 Komunis Malaysia yg telah berjaya menyusup masuk kedalam PAS dan berjaya memegang jawatan Timb Presiden PAS dan bakal Presiden PAS bila Hj Hadi akan dipaksa mengundurkan diri secara terhormat.

    ReplyDelete

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan