Thursday, September 01, 2011

Kaji selidik Merdeka Center - Yang mahu diSENSASIkan, yang nak diSEMBUNYIkan dan yang nak diMANIPULASIkan..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Apabila sebuah NGO bernama Merdeka Center menJALANkan kaji selidik tentang POPULARITI kePIMPINan DS Najib yang tiba-tiba diKATAkan jatuh menDADAK ke 59% berbanding sebelum ini 66%, ramai yang sudah meLATAH tak tentu pasal.. Antara yang meLATAH ialah ahli-ahli POLITIK dalam UMNO/BN dan jugak ramai di kalangan juruBLOG sendiri samada yang pro-UMNO/BN mahupun di pihak PR.. ->KLIK<-

Soalnya, apa yang nak diLATAHkan dan apa yang nak di'GABRA'kan sangat dengan hasil kaji selidik sedemikian? Pada kitalah, buatlah seBERAPA banyak kaji selidik sekali pun, kalau RAKYAT tetap mahukan pemimpin tersebut KEKAL sebagai pemimpin, nescaya tetap KEKAL jugak? Kuasa penentu terletak pada tangan RAKYAT setiap kali pilihanraya.. Siapa paling HEBAT memPENGARUHi RAKYAT agar berpihak kepadanya, dialah yang akan menerajui NEGARA ini? Apakah pada ZAMAN ini angka-angka kaji selidik lebih diPERCAYAi berbanding hati NURANI setiap RAKYAT? Tidakkah ini satu cubaan untuk memperBODOHkan RAKYAT?

Apa yang penting ialah perlunya RAKYAT diYAKINkan dengan kuasa UNDI mereka dan keTELUSan melalui setiap proses pengUNDIan diJAMIN.. Kalau beberapa puak-puak DUNGU mempertikaikan proses pengUNDIan yang diKATAkan tidak TELUS dan sentiasa memihak kepada UMNO/BN, di mana pulak LOGIKnya untuk RAKYAT mempercayai angka-angka kaji selidik seperti yang diLAKUkan oleh Merdeka Center sedangkan angka-angka INIlah yang lebih mudah diMANIPULASI dan tidak ketahuan pun tahap keTELUSannya? Tidakkah kaji selidik ini diperGUNAkan untuk meMAINkan PERSEPSI terhadap RAKYAT bagi memPENGARUHi mereka? Apa ingat RAKYAT ni semua BODOH ke?

UMNO/BN tidak perlu pun GUSAR dengan angka-angka Merdeka Center jika mereka yakin mereka benar-benar menDAPAT sokongan RAKYAT.. Asalkan para pemimpin UMNO/BN kerap turun padang dan PRIHATIN dengan masalah RAKYAT, segala angka-angka ini boleh diperSETANkan begitu sahaja! Sepatutnya jika UMNO/BN benar-benar mahu meRAMPAS semula keYAKINan RAKYAT, mereka tidak perlu pun berGANTUNG kepada angka-angka Merdeka Center ini pun.. Sebaliknya jika UMNO/BN mula memPERCAYAi angka-angka Merdeka Center ini, sudah pasti UMNO/BN sendiri yang akan GOYAH walaupun RAKYAT sendiri tak rasa apa-apa pun!

Sebab itulah Penasihat PKR berSORAK gembira dengan pengumuman hasil kaji selidik Merdeka Center ini.. Pantas sekali dia mengatakan KONONnya RAKYAT kembali berPIHAK kepada PR sedangkan apa BUKTI sahih selain angka-angka ini yang tidak diPASTIkan pun keTELUSannya? Nampak tak bagaimana dia cuba 'PSYCHO'kan PERSEPSI umum RAKYAT terhadap hasil kaji selidik Merdeka Center ini seolah-olah ianya mengGAMBARkan RAKYAT menyukai dia? Bagaimana pulak dengan hasil kaji selidik Merdeka Center yang mengatakan Penasihat PKR ini tidak berkeTRAMPILan berbanding DS Najib seperti yang diDEDAHkan dalam Malaysiakini? ->KLIK<-

Adakah Penasihat PKR akan menerima dan menyuruh RAKYAT agar memPERCAYAi hasil kaji selidik sedemikian oleh Merdeka Center ini? HE!HE!HE!


Setakat inilah, kita tak NAMPAK pun Merdeka Center melakukan kaji selidik dengan meLETAKkan nama-nama seperti DS Najib, TS Muhyiddin, Penasihat PKR, Pok Nik 'ALAIHISSALAM', Haji Hadi, Karpal 'WHILCHA' dan Khalifah LGE sebaris untuk dijadikan bahan kaji selidik tahap kePIMPINan mereka? Kenapa pulak Merdeka Center tidak BERANI pun meLETAKkan nama-nama sebegini seBARIS dan mintak 'public OPINION' daripada RAKYAT terhadap mereka? Sebaliknya kaji selidik lebih diTUMPUkan kepada perBANDINGan antara 'A' dengan 'B' atau 'A' dengan 'C'? Tidakkah ianya jelas bertujuan untuk meMANIPULASIkan 'public OPINION' daripada RAKYAT seperti mana yang dilakukan oleh NGO-NGO Barat untuk memporak-perandakan sesebuah NEGARA melalui 'Tangan-Tangan GHAIB' dari Barat?

Seperti yang kita TEGASkan, jika pemimpin UMNO/BN mula terPENGARUH dengan angka-angka kaji selidik sedemikian, itu TANDAnya UMNO/BN sendiri yang LEMAH semangat dan KECUT perut.. Sedangkan jelas sekali ianya tidak meLAMBANGkan apa-apa pun.. Malah, hasil kaji selidik ini boleh memesongkan apa yang RAKYAT cuba mahu sampaikan kepada pemimpin.. Oleh itu, ada BAIKnya hasil kaji selidik ini tidak diSENSASIkan atau pun diBERIkan PUBLISITI khususnya oleh para juruBLOG yang pro-UMNO/BN.. Sebaliknya jika anda benar-benar mahu UMNO/BN kekal berKUASA, tingkatkan usaha untuk memBERIkan fakta dan penerangan kepada RAKYAT! Jika usaha sebegini diABAIkan, nescaya angka-angka kaji selidik yang sepatutnya hanyalah 'KHAYALAN' akan menjadi 'REALITI'..

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan