Monday, October 03, 2011

KePIMPINan UMNO/BN dah mula meminggirkan PERANAN para juruBLOG yang memperTAHANkan mereka selama INI?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Inilah penyakit kePIMPINan UMNO/BN ketika ini.. Bila dah PERASAN kuat SIKIT, mulalah bersikap LUPA daratan atau mulalah menJADI kacang lupakan KULIT.. Kita mengatakans edemikian kerana terpampau BANYAK para juruBLOG mengeluh dan meRASAkan kePIMPINan UMNO/BN meLUPAkan sumbangan mereka terUTAMAnya setelah UMNO/BN meRASAkan kePIMPINan DS Najib kembali diTERIMA rakyat.. ->KLIK<-

UMNO/BN kembali kepada perangai LAMA era PM ke-5 yang mementingkan puak-puak 'CASH-RICH' daripada taikun-taikun bukan Melayu/BUMIPUTRA mungkin untuk perSEDIAan 'KEWANGAN' bagi calon-calon mereka menghadapi pilihanraya?

Kebelakangan ini kita DAPATi semakin banyak kePIMPINan UMNO/BN tersasul atau MERAPU dengan kenyataan-kenyataan yang TIDAK sepatutnya.. Kenyataan DS Najib sendiri berhubung peMANSUHan ISA, kenyataannya yang mengatakan orang Melayu perlu berjaya tanpa meRAMPAS HAK orang lain dan terBARU kenyataan yang diLIHAT sebagai 'menyokong' Namewee diLIHAT banyak menyinggung orang Melayu dan para juruBLOG yang selama ini menJALANkan tugas sebenar UMNO iaitu memperTAHANkan kepentingan Melayu.. kenapa JADIK begini? Kalau bukan kerana sumbangan para juruBLOG ini, sudah lama DS Najib menjadi PM paling SINGKAT dalam sejarah NEGARA..

Kita nak TANYAlah, apakah yang boleh diHARAP daripada para Menteri, pihak penerangan UMNO dan pemimpin-pemimpin peringkat SAYAP UMNO? Kalau nak diKIRAkan, sumbangan mereka ini langsung tak dapat memBANTU UMNO/BN meMENANGi PRK selepas PRK DUN Bagan Pinang.. Kecuali PRK Sibu yang memang boleh diJADIkan ukuran tahap sokongan kaum Cina terhadap BN, hampir keSEMUA PRK yang diNYATAkan diMENANGi oleh UMNO/BN kerana keYAKINan pengundi kembali kepada parti ini.. Apa yang telah meYAKINkan para pengundi? Tidak lain kerana keSUNGGUHan ratusan juruBLOG yang SAYANGkan NEGARA bertungkus-lumus 'berPERANG' di dalan internet memBONGKARkan satu demi satu pemBOHONGan musuh UMNO/BN dalam setiap PRK..

Hari ini selepas tidak ada lagi PRK dan hanya menunggu tarikh PRU diUMUMkan, kePIMPINan UMNO/BN merasa teramat SELESA dan mula meLUPAkan sumbangan juruBLOG yang menjadi 'para pejuang' di dunia SIBER.. KeSUNGGUHan para juruBLOG yang memperTAHANkan UMNO/BN berhubung isu-isu seperti pengGUNAan ISA, kepentingan Melayu/BUMIPUTERA dan banyak lagi telah diKHIANATi satu demi satu apabila kePIMPINan UMNO/BN sendiri melalui DS Najib mula meMANSUHkan itu dan ini yang selama ini diperTAHANkan berMATI-MATIan oleh para juruBLOG ini.. Benarlah kata-kata pujangga, ASKAR mati KATAK di MEDAN perang tetapi PEMIMPIN bermaharajalela di puncak KUASA.. Ibarat memBERIkan SUSU dibalas dengan TUBA!

UMNO/BN sebenarnya GAGAL di alam SIBER.. UMNO/BN masih berHARAPkan media tradisional milik kerajaan seperti RTM. Media Prima, BERNAMA, Kumpulan Utusan dan lain-lain untuk memberi PENERANGAN, berikan FAKTA atau menJAWAB tuduhan.. Jentera Penerangan UMNO semuanya mengHARAPkan FULUS sementara para pemimpin di peringkat Bahagian dan Cawangan pulak mengHARAPkan balasan KONTRAK dan PROJEK sebagai balasan.. Ramai para pemimpin UMNO/BN terlalu KEKOK dengan media seperti Facebook dan Twitter.. Berapa RAMAI para pemimpin UMNO/BN mengGUNAkan media sebegini? Yang GUNA pun cuma untuk PROMOSI diri sendiri ala-ala ARTIS macam 'BOSS' Pemuda UMNO! Kalau macam nih, memang HANCUSlah UMNO/BN pada PRU-13 nanti..

Adalah jelas di pihak LAWAN pulak hampir tidak ada pemimpin mereka yang tidak GUNA Facebook, Twitter atau BLOG untuk mengGASAK UMNO/BN! Malah keAKTIFkan mereka mengGUNAkan media seperti ini untuk menyerang kePIMPINan UMNO/BN sangat berKESAN.. KeBODOHan kePIMPINan UMNO/BN mengABAIkan pengGUNAan media seperti ini hampir meLENYAPkan parti mereka sendiri jika peranan ini tidak diambil-alih oleh para juruBLOG yang masih SAYANGkan NEGARA ini.. Bila agaknya para pemimpin UMNO/BN nak SEDAR betapa berKESANnya fungsi media INI seterusnya mengHARGAi peranan juruBLOG? Berbeza dengan pihak LAWAN, sampaikan Twitter dan Facebook boleh dijadikan BUKTI oleh seorang pemimpin KANAN PKR KONON-kononnya dia tidak 'HILANG' untuk 'berGOMOL' dengan amoi Cina seperti yang diTUDUH oleh 'DATUK T'? KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan