Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
Wednesday, November 23, 2011
Kenapa orang POLITIK di NEGARA ini patut MALU dengan Ong Kim Swee..
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Masih lagi tentang kisah perLAWANan AKHIR bola SEPAK Sukan SEA antara Indonesia dan Malaysia.. Seperti yang kita telah NYATAkan sebelum ini, sebenarnya perLAWANan AKHIR ini tidak ada BEZAnya dengan perLAWANan AKHIR yang lain.. Yang memBEZAkannya kali ini cuma ke'GOBLOK'kan SIKAP penyokong Indonesia sendiri yang bukan sahaja memandang RENDAH pihak LAWAN malah mengHINAnya dengan memanggil mereka sebagai 'MALING'.. PengHINAan warisan zaman Sukarno yang kita TAHU bukannya seseorang yang boleh diJADIkan pemimpin IDOLA..
Baiklah, berapa RAMAIkah di antara kita yang terasa terHINA dek SIKAP penyokong Indonesia seperti yang diNYATAkan? Yang diHINA mereka bukanlah PASUKAN itu sahaja malah NEGARA di mana PASUKAN itu berasal..Walaupun acara Sukan SEA sepatutnya memPAMERkan semangat keSUKANan yang tinggi, nyata sekali itu tidak WUJUD di kalangan penyokong Indonesia.. SIKAP yang diPAMERkan mereka menunjukkan ianya jauh daripada SIKAP manusia yang berTAMADUN apatah lagi untuk mengatakan sepadan dengan STATUS sebagai sebuah NEGARA yang memPUNYAi paling ramai umat ISLAM.. Agaknya semangat perSAUDARAan ISLAM pun dah tiada pasal perbuatan sebegini diLARANG dalam ISLAM..
Ini bukan kali pertama NEGARA kita diHINA oleh mereka atas sebab-sebab yang tiada siapa pun TAHU.. Dah banyak kali dah.. Namun, apakah RESPON para pemimpin POLITIK kita terhadap pengHINAan ini? Bukankah apabila NEGARA diHINA, semua pemimpin tanpa mengira apa pun FAHAMan POLITIK sepatutnya bersatu SUARA dan menyuarakan BANTAHan? Sebaliknya, ada pemimpin POLITIK yang berSIKAP macam 'PONEN' terhadap pengHINAan sebegini.. Yang lebih TERUKnya tuh, ada pulak seorang pemimpin PKR yang pernah ber'ADIK ANGKAT'kan warga Indonesia memBURUK-BURUKkan NEGARA sendiri untuk meraih POPULARITI?
Berapa RAMAIkah di kalangan pemimpin POLITIK kita yang memPUNYAi semangat PATRIOTIK seperti jurulatih bola SEPAK kita, Ong Kim Swee? DiFAHAMkan Ong Kim Swee menyatakan perkara berikut sebelum perLAWANan AKHIR bermula semalam..
"They don't respect you, they don't respect our flag, they don't respect our King and they don't respect your parents. If you allow this to happen, then you are cowards. You must teach them what being Malaysian is all about." ->KLIK<-
Kita nak TANYA, keBELAKANGan ini adakah anda meLIHAT atau terBACA kata-kata sebegini keluar dari mana-mana MULUT pemimpin POLITIK di NEGARA kita? Cuba TANYA kat pemimpin UMNO/BN, PAS, PKR, DAP, KITA atau mana-mana orang POLITIK, pernahkah mereka mengeluarkan kenyataan sebegini apabila NEGARA kita diHINA oleh orang LUAR seperti apa yang warga Indonesia pernah LAKUkan? Kot la ada orang UMNO terDENGAR mana-mana MALAUN lulusan OXFORD dalam parti berkata sedemikian RUPA? Atau pun ada Lebai-Lebai PAS yang kepala OTAK mereka dah jadik SEKULAR berkata sebegitu?
Yang menJELIKkan tuh, ramai pemimpin POLITIK kita berDIAM diri atau TARIK 'GEAR Gostan' apabila ada RAKYAT sendiri yang berKIBLATkan benua 'TIONGKOK' mengHINA lagu NEGARAKU di You Tube.. Ada pulak MENTERI yang sanggup bagi MUKA kat orang macam nih di Parlimen? Begitu jugak apabila pemimpin POLITIK sendiri mengHINA Institusi KeSULTANan Melayu termasuk memperTIKAIkan kuasa Baginda Tuanku dalam bidang berKAITan agama ISLAM atau perLANTIKkan KSU.. Oleh itu, tak HAIRANlah warga Indonesia mengHINA NEGARA kita kerana pemimpin POLITIK kita sendiri tidak langsung berasa SEGAN untuk meLAKUkan sedemikian!
Kita percaya ramai RAKYAT di NEGARA ini lebih PATRIOTIK berbanding para pemimpin POLITIK.. Ong Kim Swee, para pemain bola SEPAK dan para ATLET yang meWAKILi NEGARA di Sukan SEA atau mana-mana acara ANTARABNAGSA telah memBUKTIkan keTINGGIan semangat PATRIOTIK mereka.. Malangnya, pengHARGAan terhadap mereka tidaklah seTINGGI pengHARGAan terhadap para pemimpin POLITIK yang sesetengahnya tuh sanggup mengGADAIkan NEGARA demi mengejar keKUASAan.. Sepatutnya semangat PATRIOTIK ini sentiasa diPUPUK kerana NEGARA inilah yang mana BUMInya diPIJAK dan LANGITnya diJUNJUNG.. Mungkin kita patut menCONTOHi Jepun dan Thailand dalam SOAL ini..
Zaman Tun Mahathir dulu semangat PATRIOTIK ini memang setiasa diPUPUK tetapi sejak zaman Hadhari sampai zaman 1 Malaysia, orang-orang POLITIK kita lebih semangat untuk kejar keKUASAan POLITIK dan keMEWAHan hasil 'meROMPAK' keKAYAan NEGARA.. Baik pemimpin UMNO/BN mahu pun pemimpin PR, semuanya 2X5.. Jadik, salah siapa sebenarnya jika orang LUAR makin BERANI pijak kita?
Wallahualam..
salam Bro - saya kongsi sentimen yang sama ! Saya akan link artikel bro ..
ReplyDeleteASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
ReplyDeleteSilakan Abg Din.. Jgn segan2
Wallahualam..
sungguh betul!
ReplyDelete