Saturday, December 31, 2011

Ambang 2012 - Lagi 8 tahun untuk WAWASAN 2020 dan 'MIND-SET' mereka dalam SENARIO ini masih diTAKUK lama?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

2011 akan meLABUHkan TIRAI tak lama lagi.. Selepas itu tiba pulak TIRAI baru iaitu 2012.. Umur makin TUA, usia NEGARA kita jugak makin LANJUT.. Malah, tinggal 8 tahun aje lagi untuk mencapai WAWASAN 2020.. Sepatutnya kita jugak berTANYAkan kembali kepada diri sendiri.. Apakah yang mampu kita capai menjelang 2020 nanti? Apakah kita sudah berSEDIA untuk menjadi seperti MASYARAKAT dalam gambaran tahun 2020? Apa kata kalau anda semua meneliti SENARIO berikut untuk meNILAI?

Ini terjadi pada diri kita sendiri seMALAM.. Kita telah menempah tiket keretapi ke DESTINASI di pantai timur secara 'ONLINE'.. Malangnya, disebabkan satu INSIDEN, tiket 'ONLINE' tersebut telah lesap semasa dalam perJALANan ke KL Sentral.. Setibanya di KL Sentral, kita berGEGAS ke kaunter tiket untuk berTANYAkan samada tiket tersebut boleh di'TRACE' balik seterusnya dicetak semula.. Jawapan yang diBERIkan oleh petugas KAUNTER ialah kita dikehendaki memBELI semula tiket? Dia menyatakan bahawa KONONnya itu tidak ada dalam 'STANDARD Operating Procedure' (SOP) mereka untuk membantu penumpang dalam keadaan sedemikian? BAHLOL!

Memandangkan waktu untuk berlepas tinggal 30 minit lagi, kita menDESAK agar petugas KAUNTER tersebut mencari dan menCETAK semula tiket tersebut.. Sungguh meMALUkan petugas KAUNTER tersebut tidak TAHU cara mengGUNAkan SISTEM mereka sendiri? Oleh kerana kita pernah menJAWAT jawatan Jurutera ICT, kita pun cuba memBANTUnya dengan menerangkan bagaimana cara untuk 'TRACE' balik tiket tersebut.. Secara LOGIKnya, tiket tersebut boleh di'TRACE' menerusi butiran diri penumpang yang diSERTAkan semasa menempah secara 'ONLINE'.. Di zaman ICT ini, sepatutnya tugas sebegitu tidak seSUKAR mana pun kecuali kepada yang BUTA ICT!

Oleh kerana petugas KAUNTER tersebut MALAS dan seakan mahu balik cepat, dia meminta perTOLONGan RAKANnya di KAUNTER sebelah.. Oleh kerana masa SUNTUK, kita pun segera ke KAUNTER sebelah untuk berURUSAN secara terus.. Tiba-tiba petugas tersebut meLETAKkan tanda 'TUTUP KAUNTER' KONONnya tidak mahu memBANTU penumpang? Setelah diDESAK, akhirnya dia pun sudi untuk 'TRACE' kembali tiket tersebut dengan muka MASAM.. Malah, dia meMARAHi kita seolah-olah bukan TUGASnya untuk membantu penumpang? Setelah tiket diCETAK semula, dengan segera petugas KAUNTER itu meninggalkan tempat DUDUKnya dengan muka MASAM..

Adakah anda pernah mengalami pengalaman seperti dalam SENARIO tersebut? Mungkin TIDAK jika anda ialah warga ASING atau muka anda ala-ala Mat Salleh? Namun, jika anda bercakap bahasa Melayu dengan petugas KAUNTER, nescaya anda akan menerima LAYANan seperti yang kita TERIMA.. Adalah menJELIKkan jika diKATAkan terdapat SOP sedemikian rupa dalam agensi yang menyediakan perKHIDMATan keretapi.. SOP untuk tidak membantu penumpang? Mungkin sebagai petugas KAUNTER, OTAKnya ala-ala budak belajar TESL UPSI yang turunkan BENDERA muka DS Najib kat PWTC, tetapi pihak yang meRANGKA SOP untuk perKHIDMATan keretapi tersebut patut tahu SOP adalah untuk meMUDAHkan urusan dengan penumpang!

Patutlah agensi penyedia perKHIDMATan keretapi tersebut tak pernahnya UNTUNG sejak diSWASTAkan zaman Tun Dr. Mahathir lagi! Bukan sahaja LAYANan terhadap penumpang di KAUNTER ala-ala tahun 60-an, SOP yang ada pun mungkin diSEDIAkan oleh budak belajar TESL yang tak tahu apa itu ISO 9001 gamaknya? Patutlah perKHIDMATan keretapi masih diTAKUK lama.. Orang dah makin CANGGIH, kita masih mengHARAPkan IHSAN petugas KAUNTER yang berLAGAK mengalahkan CEO? Mungkin ini sebabnya kenapa agensi penyedia perKHIDMATan keretapi ini diKUNJUNGi oleh SPRM? ->KLIK<-

Mungkin kerana 'They are ROTTEN from the TOP to the BOTTOM'? Almaklumlah, agensi kerajaan warisan penJAJAH yang diSWASTAkan ini selalu menjadi SARANG LANUN-Lanun KORPORAT yang berORIENTASIkan nak meROMPAK RAKYAT aje!

Kita PERCAYA apa yang kita PAPARkan ini adalah LUMRAH pada zaman ini di mana OTAK-OTAK LIBERAL sering diMOMOKkan KONONnya bijak PANDAI dan diBERIkan tempat dalam GLC-GLC semata-mata untuk meROMPAK RAKYAT bagi menJANA keUNTUNGan atau memBUNCITkan perut sendiri.. Sedangkan KUALITI perKHIDMATan terutamanya yang meLIBATkan urusan secara TERUS dengan pelanggan / penumpang masih di zaman BATU! Sekiranya kita merujuk kepada SLOGAN DS Najib iaitu 'RAKYAT diDAHULUkan, penCAPAIan diUTAMAkan', agak-agak SPESIS perKHIDMATan macam nih diKIRA macam mana? Apa kata kalau DS Najib pakai TOPENG menyamar jadik RAKYAT biasa untuk menilai sendiri hasil KERJA OTAK-OTAK LIBERAL di GLC begini?

Apa yang diPAPARkan bukanlah kerana kita berANGGAPan puak-puak PR akan menJADI kerajaan yang lebih BAIK.. Bukan jugak kerana kita sama seperti puak-puak PR yang mana TAHI mereka bersepah di tengah JALAN pun mereka akan SALAHkan Kerajaan BN.. Bukan.. Itu bukan NIAT kita dan RAMAI lagi yang mengKRITIK.. Cumanya, janganlah melihat RAKYAT yang berURUSAN di KAUNTER seperti kita dalam SENARIO tersebut macam orang BODOH yang tak berPELAJARan.. Apatah lagi jika petugas KAUNTER mengAMALkan 'DOUBLE Standard' terhadap warga TEMPATAN.. Jangan ingat kami ini tidak tahu apa itu SOP! Mungkin kami yang menadah IHSAN di KAUNTER sebagai pelanggan /penumpang JAUH lebih HEBAT berbanding para LANUN KORPORAT yang berMAHARAJALELA sebagai 'BOSS' mereka? Ini semua POLITIK aje..

Itu baru salah satu GLC yang diWARISi daripada penJAJAH.. Bagaimana pulak dengan GLC-GLC lain yang memBERIkan perKHIDMATan tahap 'HAMPEH' tetapi berLAGAK bagus KONONnya ala-ala 'Worldwide MULTINATIONAL'? Banyak.. Bukan aje yang menyediakan perKHIDMATan keretapi aje.. Yang menyediakan perKHIDMATan LRT, bas henti-henti, TELEKOMUNIKASI, bekalan ELEKTRIK, air, GAS, petrol, TV Satelit, penerbangan TAMBANG murah, pemBERSIHan dan banyak lagi.. Apakah DS Najib dan kerajaan yakin LANUN-lanun KORPORAT ini semua akan meLAKSANAkan 'RAKYAT diDAHULUkan, penCAPAIan diUTAMAkan' atau 'RAKYAT diROMPAKkan, penCAPAIan dibakul-SAMPAHkan'? Lagi 8 tahun untuk WAWASAN 2020.. Apakah tahun 2020 baru nak berUBAH? Sementara tuh kasi ROMPAK dulu RAKYAT habis-habisan la kot?

SELAMAT TAHUN BARU MASEHI 2012..

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment

KOMEN yang membina dan menggalakkan wadah perbincangan sangat dialu-alukan