ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Tidak ada apa yang LEBIH kelakar sepanjang KEMPEN politik di Kuala Terengganu apabila Abe Mat Sabu The Uk! Uk! menyarankan agar derma untuk rakyat Palestin disalurkan melalui PAS kononnya duit derma tersebut akan disalurkan secara TERUS kepada rakyat Palestin yang menderita di Gaza sana.. BAIK punya ayat dia.. KAH!KAH!KAH!
DiPETIK daripada SIASAH Daily:-
Saturday, January 10, 2009
Palestin: Malaysia menyokong siapa sebenarnya?
Sementara dalam isu berkaitan, Mohammad turut mempersoalkan wang derma yang dikutip oleh kerajaan melalui masjid-masjid di seluruh negara atas nama bantuan kepada Palestin akan diagihkan kepada pihak mana.
Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid mengarahkan wang derma dimasjid-masjid pada hari Jumaat selama tiga minggu berturut diserahkan kepada pihaknya untuk tujuan membantu rakyat Palestin.
Bagaimanapun kata Mohammad, Malaysia selama ini dilihat tidak mengiktiraf kerajaan Palestin dipimpin oleh Hamas yang memenangi pilihan raya negara itu sebaliknya lebih dekat dengan kumpulan yang dipimpin oleh Mahmoud Abbas (Fatah).
Antaranya sebelum ini Malaysia sebagai tuan rumah persidangan khas Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pernah mengiktiraf kehadiran wakil Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sebagai mewakili rakyat Palestin dan mengenepikan wakil Hamas sebagai kerajaan yang sah dinegara itu yang turut hadir dalam persidangan tersebut.
Justeru kata Mohammad, walaupun 10 sen didermakan oleh rakyat ia perlu dibantah jika disalurkan kepada kumpulan Mahmoud Abbas yang didakwa bersekongkol dengan Yahudi.
"Kerajaan perlu jelaskan ke mana wang derma itu akan disalurkan, kalau kepada kumpulan Mahmoud Abbas maknanya wang umat Islam dari Malaysia diberi kepada kumpulan yang tidak berjuang," ujar beliau kepada hampir 1000 penduduk sekitar Losong yang hadir mengikuti ceramahnya itu.
Rasanya masih ramai yang ingat bagaimana Si Abe Mat Sabu The Uk!Uk! ni lah yang pernah dikejar oleh balu-balu tragedi Memali yang marah hingga ke kereta Mercedesnya AKIBAT gagal memberi penjelasan tentang duit derma yang sepatutnya diSALURkan kepada mereka LESAP entah ke mana.. Malah Abe Mat Sabu The Uk!Uk! ini jugak terbukti gagal menjawab baik dalam ceramah mahu pun dalam Parlimen tentang bagaimana duit Kohilal, duit Tabung Serambi Mekah dan duit derma Jihad diuruskan.. Sesungguhnya Abe Mat Sabu The Uk!Uk! ni kalau BAB duit, tak KALAH dengan sesetengah gelagat pemimpin UMNO semasa pemilihan parti! KAH!KAH!KAH!
Dalam minda Lebai PAS, apabila duit disalurkan ke tabung mereka, maka HALAL bagi mereka belanjakan duit tersebut sesuka hati.. Contohnya dulu apabila US menceroboh Iraq, ada 2,3 orang Lebai PAS pakai duit derma JIHAD ke UAE kononnya untuk 'MEMANTAU' perkembangan dari sana.. Akhirnya keluarlah cerita KELENTONG mereka tentang KONONnya apa yang dikatakan 'PERKEMBANGAN TERKINI' sambil makan angin kat Dubai UAE dalam Harakah! KAH!KAH!KAH!
Lebai PAS macam Abe Mat Sabu The Uk!Uk! dan Mahfuz Omar The Trolley Pusher sebenarnya sudah TIDAK relevan dan meMALUkan umat Islam sahaja.. Kita HAIRAN bagaimana orang Islam terutamanya yang berpelajaran TINGGI langsung tak tahu menggunakan OTAK bila melihat gelagat dua orang ini.. Macam mana Lebai PAS nak perjuangkan nasib rakyat kalau gelagat ala-ala SARKAS sebegini pun diorang dok DIAM aje? KAH!KAH!KAH!
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment