DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, February 28, 2009

UMNO harus bangkit dari KHAYALAN dan HAPUSkan LALAT TAIK!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Secara IKHLAS, tak tahulah sejauh mana pandangan dari Blog ini dan banyak Blog lain mampu mempengaruhi kepimpinan UMNO dan negara.. Kita sedar suara-suara dari Blog ini bukan suara yang 'PENTING' sangat pun pada UMNO di saat-saat akhir pemilihan parti ketika ini.. Biasanya pada ketika ini kepimpinan UMNO suka dengar cakap-cakap golongan LALAT TAIK yang diharapkan dapat memberikan pencalonan kepada mereka semasa pemilahn parti Mac nanti.. Namun, kita haraplah masih ada pemimpin UMNO yang tulus dan ikhlas untuk 'MENDENGAR' suara-suara pengundi khususnya orang Melayu ketika ini.. Sampai bila pemimpin UMNO nak hidup dalam KHAYALAN dengan sokongan SEGELINTIR para LALAT TAIK sedangkan apabila berlaku pilihanraya umum, pengundi menolak UMNO?

Ramai antara kita sebagai pengundi Melayu melihat bagaimana sejak akhir-akhir ini, keGAGALan UMNO dilihat sebagai usaha untuk menolak politik Melayu di tanah air ini.. Kita sedar, usaha-usaha untuk menolak kuasa politik Melayu oleh puak-puak RACIST tersebut bukannya baru bermula.. Sebenarnya sudah bermula sejak lama dahulu lagi.. Kesemua 4 Perdana Menteri terdahulu berjuang bermati-matian untuk mempertahankan kuasa politik Melayu, kedaulatan Sultan-Sultan Melayu dan agama Islam sebagai agama rasmi di tanah air ini.. Malangnya, hanya kerana berebutkan jawatan dalam parti dan ingin membela banyak LALAT TAIK iaitu golongan ahli UMNO yang keje dok membuncitkan perut sendiri, ramai pemimpin UMNO sanggup menggadaikan perjuangan mereka dan bersekongkol dengan pihak luar yang ingin memusnahkan UMNO..
Cuba anda lihat sendiri dalam isu-isu di bawah, setakat manakah kesungguhan UMNO mempertahankan dasar yang UMNO sendiri terlibat ketika membuatnya?

1) Dasar PPMSI - Dasar yang dijahanamkan sendiri oleh orang UMNO kerana nak dapat populariti perebutan jawatan..

2) Peralihan kuasa di Perak - Ramai pemimpin UMNO yang suka buat kenyataan 'TIKAM DIRI SENDIRI' kat media contohnya macam mantan MB Selangor yang dilantik Menteri Pusat tuh..

3) Isu Elizabeth Wong dan salah laku MB Selangor - Kali nih melibatkan sorang lagi mantan MB Selangor yang kemaruk nak jawatan dalam parti.. Akibatnya nama 'UMNO' yang diburukkan apabila satu demi satu failnya dibukak oleh TS Khalid Ibrahim!

4) Isu perletakkan jawatan ADUN Bukit Selambau - Sekali lagi kepimpinan UMNO di Kedah dipersalahkan KONONnya 'beli orang'! UMNO hanya buat kenyataan kat media lepas tu dok senyap aje la!

5) Isu kenaikkan harga Tol - Bagaimana keputusan 'flip-flop' sebegini boleh dibuat kerajaan hingga kita malu melihatnya di media?

6) Isu Koridor-Koridor Pembangunan - Langsung tak ada dah dengar dari mulut pemimpin UMNO yang turun padang menjelaskan situasi semasa projek ini? Dah siap semua dah ke? Atau dah habis lebur dah duit berbilion tuh?

7) Isu Penggunaan nama ALLAH dalam dokumen gereja - Kita hairan bagaimana isu yang SENSITIF begini telah dberikan kebenaran penggunaannya oleh menteri UMNO sendiri?

Kalau UMNO buat hal, politik Melayu tak terjejas tak apa tapi sekarang nih, UMNO punya pasal, habis orang Melayu kucar-kacir! Sebab itulah LALAT TAIK dalam UMNO harus dibersihkan agar kepimpinan UMNO yang wujud benar-benar TEGAS, tetap pendirian, istiqamah dan tidak mudah dipengaruhi! Bukannya UMNO tak boleh bersihkan diri sendiri demi kepentingan orang Melayu tapi pasal UMNO sendiri membiarkan dirinya dihurungi LALAT TAIK!

Wallahualam..

Thursday, February 26, 2009

DEBAT antara Pemuda UMNO dengan Lebai PAS Erdogan pasal PPMSI - Macam nak BODOHkan rakyat aje?



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Semasa melayari Blog sahabat bernama Desperado, pemilik Blog ini mendapati ada penulisan daripada seseorang bergelar 'Pelajar Veteran Jepun 2009' yang tujuan asalnya untuk mempertikaikan PPMSI telah mempertikaikan KONONnya lulusan Jepun dari negara ini terpaksa bergantung kepada soalan KAKOMON atau ramai yang tidak mempunyai bunshou-ryoku (kemahiran mengarang)dalam Bahasa Jepun.. Kepada penulis tersebut saya cuma ingin katakan "Tengok KAKIlah dulu! - Ingat kami nih LEMBAB OTAK macam ko ke? Ingat kami nih macam kawan-kawan ko yang keje beli kereta, kahwin awal pakai duit biasiswa JPA atau dok mengulang study bertahun-tahun pasal tak lulus peperiksaan? Kalau bunshou-ryoku (kemahiran mengarang)dalam Bahasa Jepun pun tak reti, ko tulis THESIS ko dalam bahasa apa? Jawa? Tamil? Urdhu? Atau main 'copy and paste' THESIS orang dulu-dulu? KAH!KAH!KAH!".. Inilah sifat Melayu yang kalau dihantar ke planet mana pun masih LEMBAB OTAK dan MALAS nak belajar! HE!HE!HE!

OKlah, kita tinggalkan dulu pelajar veteran Jepun yang masih tebal dengan sifat kelemahan Melayu ketika menuntut ilmu.. Kita berbalik kepada tajuk berkenaan dengan usaha untuk mengajurkan DEBAT antara Pemuda PAS dengan Pemuda UMNO berhubung isu PPMSI.. Naib Ketua Pemuda UMNO, dilaporkan sedia menyahut cabaran Dewan Pemuda Pas untuk berdebat berhubung isu Pengajaran, Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).. Nampaknya disebabkan isu PPMSI yang menyaksikan cubaan segelintir TUA KUTUK pemakan GAJI BUTA ketika di DBP untuk menghalangnya telah dikutip oleh beberapa ahli politik dan dijadikan modal politik mereka.. HE!HE!HE!

Tak perlulah kita ulas tentang tujuan atau kepentingan PPSMI pasal dalam Blog ni pun dah jenuh diulas.. Sampaikan ada orang nak TUTUP lagi Blog ini HE!HE!HE! Cuma yang patut kita persoalkan ialah kenapa isu PPSMI yang sepatutnya isu pendidikan telah dieksploitasikan sebegitu dahsyat hingga menjadi isu POLITIK? Soalnya senang sahaja, tanyalah ibu bapa, para pelajar dan golongan pendidik samada mereka SETUJU atau TIDAK dengan PPMSI? Ini yang pergi tanya para TUA KUTUK pemakan GAJI BUTA ketika di DBP, ahli-ahli POLITIK Lebai PAS yang tak masuk sekolah kerja tolak TROLI kat airport', pertubuhan Dong Zhong yang bukan sahaja tak setuju dengan PPMSI malah belajar dalam Bahasa Melayu pun bukannya diorang mau, tuh buat apa? Target atau sasaran orang yang patut ditanya tuh tak kena.. Nampak sangat keBODOHan masing-masing dalam isu ini..

Dalam soal DEBAT ini pula, kita tahu Lebai PAS terutamanya yang golongan Erdogan dan perasan Erdogan memang menentang PPMSI.. Ye la, kalau semua dalam PAS ada PhD, ada ke orang nak pilih bekas penolak troli kat 'airport' jadi MP PAS dalam Parlimen? Dah le tak pergi sekolah, orang nak belajar PPMSI pun dia yang bersungguh nak membantah! HE!HE!HE! Kenapa pulak Naib Ketua Pemuda UMNO yang dipilih untuk suarakan hasrat berdebat ini? Dah le dia pun bukannya pernah belajar di Malaysia? Bukannya dia pernah ambil SRP atau SPM di Malaysia? Tambahan pulak dia pun bukannya SETUJU dengan PPMSI dan pernah dizahirkan secara tidak langsung dalam slot 'HUJAH' di TV9 baru-baru ini.. Ye la, kalau semua orang pandai ilmu dalam Bahasa Inggeris nanti, tak ada le orang nak KAGUM bila disuakan 'title from OXFORD' tuh! HE!HE!HE!

Apabila isu PPSMI nih dipolitikkan, nampak sangat kita sebagai rakyat Malaysia memaparkan kebodohan kita sendiri.. Orang boleh kata kita nih MALAS BELAJAR, takut dengan CABARAN, menolak ILMU, tak ada KEYAKINAN DIRI dan bermacam perkara lagi yang tak sepatutnya.. Tak MALU ke? Malaysia bukannya negara yang mula-mula mempraktikkan PPMSI ini.. Singapura sejak merdeka lagi dah mempraktikkannya.. Begitu juga dengan Brunei.. Malah, teknokrat dari India, Korea Selatan, Jepun dan Taiwan yang mahir dalam Bahasa Inggeris sudah pun menjangkaui jumlah teknorat kita dengan kemahiran yang sama.. Kita aje yang masih belum MATANG walaupun dah MERDEKA 52tahun! Kalau JATI DIRI kita kuat, belajarlah 100 Bahasa pun, tak adanya hilang Bahasa Melayu tuh!

Wallahualam..

Sedikit CORETAN kepada mereka yang TAK PUAS HATI

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

HE!HE!HE! Nampaknya ada USAHA daripada seseorang untuk menutup Blog saya dan menjadikannya sebagai SPAM Blog.. Mintak maaflah, selagi ada internet, dan PC, mustahil niat BURUK anda itu akan berhasil.. Hentikanlah tindakkan anda yang sekaligus melambangkan keBODOHan anda dan betapa JUMUDnya anda hingga tidak mahu menerima pendapat orang lain..

Blog ini telah banyak mengulas isu-isu yang agak 'PANAS'.. Antaranya adalah seperti isu LCCT di Labu, Pemilihan UMNO, LALAT-LALAT TAIK yang wujud dalam UMNO, Peralihan kuasa di Perak, Pembelian IJN oleh Sime Darby dan lain-lain.. Namun, saya rasa isu yang paling 'memedihkan hati' mereka adalah isu berkenaan PPMSI.. Saya sedar tentang betapa 'KHIANAT'nya mereka ini hinggakan mereka tidak mahu menerima pandangan atau pendapat yang tidak sehaluan.. Namun itu adalah lumrah kehidupan manusia yang sentiasa berbeza pendapat.. Melainkan kalau BEROK MAT YEH tu lain cerita le.. HE!HE!HE!

Saya akan terus menulis.. Meluahkan pendapat saya sendiri.. Saya tak kisah kalau pendapat saya tidak disenangi atau dibantah.. Itu hak anda.. Namun anda juga kenalah menerima hakikat bahawa fungsi sebenar Blog adalah merupakan coretan persendirian pemiliknya berkenaan sesuatu perkara yang pemiliknya ingin suarakan.. Kalau anda nak 'IGNORE' Blog ini, saya tak kisah pun.. Cuma sikap 'Marahkan nyamuk kelambu dibakar' tuh janganlah diamalkan pasal dikhuatiri anda yang dok bawah kelambu tuh! HE!HE!HE!

Wallahualam..

Tuesday, February 24, 2009

Lagi pasal PPMSI - Patut ke Bahasa Jepun dijadikan alasan untuk menolak PPMSI?



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Apabila pihak-pihak yang membantah PPMSI menggunakan ALASAN kononnya bangsa Jepun, Korea, Jerman dan bangsa-bangsa lain boleh MAJU tanpa perlu menguasai Bahasa Inggeris, rasanya Blog ini ingin menjelaskan bahawasanya betapa DANGKAL lagi BODOH alasan sebegini.. Tak ubah seperti membandingkan siapa lebih pantas berlumba antara kereta lumba F1 dengan kereta LEMBU! "Why don't you make comparison an apple with another apple?" Itulah soalan yang patut kita tanyakan kepada para TUA KUTUK yang mengaku KONONnya mereka adalah Pejuang Bahasa! Sedangkan semasa mereka masih berjawatan dalam Dewan Bahasa dan Pustaka, mereka langsung berdiam diri bila penggunaan Bahasa Rojak, Bahasa Pasar dan SLANGA disiarkan dalam media! Sekarang pun mereka berdiam diri bila ada pihak menuntut penggunaan nama 'ALLAH' sebagai kata ganti nama Tuhan dalam BIBLE?

Pemilik BLOG ini pernah menuntut di negara matahari terbit selama lebih 5 tahun.. Pemilik BLOG terpaksa menguasai Bahasa Jepun untuk membolehkan Pemilik BLOG memahami apa yang diajar di dalam kuliah.. Malah, suasana persekitaran yang mana rakyat Jepun rata-rata kurang fasih berbahasa Inggeris juga menyebabkan Pemilik BLOG terpaksa meningkat penguasaan Bahasa Jepun tersebut hari demi hari.. Media massa di Jepun dan pergaulan dengan ramai orang memudahkan Pemilik BLOG menguasai Bahasa Jepun sehingga kini.. Persoalannya, benarkah Jepun menidakkan terus penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian dan sektor perindustrian mereka? TIDAK.. SUDAH TENTU TIDAK.. Anda jangan merujuk para TUA KUTUK kononnya Pejuang Bahasa tuh yang bukannya mahir pun dalam bahasa lain untuk menJAWAB persoalan ini..

Jepun sebenarnya sudah pun mula mencipta teknologi mereka sendiri seawal zaman Perang Dunia Pertama lagi.. Pembaharuan MEIJI yang dilaksanakan pada akhir abad ke-19 telah menggalakkan ramai teknokrat dan para belia Jepun ke Eropah untuk mempelajari TEKNOLOGI semasa zaman Revolusi Perindustrian.. Para Teknorat teknorat Jepun bukan sahaja mempelajari bidang teknologi dalam Bahasa Inggeris, malah dalam Bahasa Jerman, Perancis dan Itali! Bukan seorang dua Teknokrat Jepun yang dihantar, beratus-ratus ribu telah dihantar agar bila para Teknokrat Jepun ini kembali, mereka dapat memindahkan dan mengembangkan teknologi yang dipelajari untuk memajukan Jepun.. Sifat orang Jepun yang rajin dan rela mempelajari sesuatu yang baru telah menyebabkan kemajuan Jepun setanding dengan negara-negara Eropah.. Ini dibuktikan dengan kemenangan Jepun ke atas tentera laut Rusia semasa tahun 1904! Bayangkan kalau di Jepun ketika itu WUJUD golongan TUA KUTUK kononnya Pejuang Bahasa, adakah kita dapat melihat kemajuan Jepun seperti hari ini?

Sehingga hari ini teknologi yang wujud di Jepun sebenarnya kerana mereka rela mempelajari ILMU dalam bahasa asing terutamanya Bahasa Inggeris! Malah, mereka sanggup menubuhkan institusi khusus untuk melakukan kerja-kerja penterjemahan bahan bacaan asing ke dalam Bahasa Jepun agar pendidikan dan pendedahan dapat dilakukan seawal usia lagi! Sedarkah anda untuk mewujudkan syarikat-syarikat gergasi Jepun seperti Toyota, Honda, Sony, Matsushita, Mitsubishi, Hitachi, Nintendo dan banyak lagi sebenarnya memerlukan teknologi asing untuk membolehkan mereka kekal berdaya saing? Malah hampir kesemua syarikat-syarikat gergasi Jepun ini mempunyai pusat penyelidikan di negara-negara Eropah dan USA khusus untuk mempelajari teknologi baru disamping itu memperkenalkan budaya kerja Jepun di negara-negara tersebut.. Adakah kita sekarang ini sudah mampu mendabik dada seperti yang diwar-warkan oleh para TUA KUTUK kononnya Pejuang Bahasa sekiranya kita enggan mempelajari sesuatu ilmu dalam bahasa lain?

Sekiranya anda berada di Jepun, anda akan dapati pusat-pusat TUISYEN khusus untuk mempelajari Bahasa Inggeris bagi semua peringkat umur wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan! Malah iklan-iklan tentang pusat TUISYEN ini sering disiarkan dalam media massa di Jepun.. Pusat-pusat TUISYEN untuk mempelajari Bahasa Inggeris dan bahasa lain sebenarnya sudah menjadi salah satu industri yang berkembang dan maju di Jepun.. Di samping itu, banyak agensi Kerajaan Jepun seperti JICA dan NGO-NGO mereka 'mengimport' guru-guru Bahasa Inggeris dari England atau Scotland KHUSUS untuk mengajar bukan sahaja Bahasa Inggeris, malah subjek-subjek tertentu seperti Sains, Programming, Theorotical Maths dan banyak lagi dalam Bahasa Inggeris untuk memudahkan mereka memahami istilah-istilah yang dipelajari.. Adakah kita seperti mereka sekarang ini? Syarikat-syarikat gergasi Jepun juga digalakkan menerbitkan buku-buku dalam Bahasa Inggeris bertujuan untuk memperkenalkan teknologi syarikat terbabit bagi menghadapi persaingan dalam era globalisasi.. Sebab itulah jika anda selalu ke Kinokuniya KLCC, cubalah cari buku bertajuk 'LEARNING ENGLISH IN TOYOTA WAY'!

Sekiranya bangsa Jepun MALAS dan SEGAN nak belajar ilmu dalam Bahasa Inggeris atau bahasa asing yang lain, adakah kita kenal jenama atau produk keluaran Jepun seperti hari ini? Wajarkah kita menolak pelajaran dalam bahasa asing seperti yang dianjurkan oleh para TUA KUTUK kononnya Pejuang Bahasa, Lebai PAS yang tak masuk sekolah macam seorang MP PAS dari Kedah dan golongan ERDOGAN dalam Lebai PAS semata-mata dengan TAFSIRAN sempit tentang bahasa? Sedangkan kita pun tahu betapa HIPOKRITnya lagi MUNAFIKnya mereka ini semua apabila mereka langsung tidak berusaha untuk memperkembangkan ilmu mengikut peredaran zaman dalam Bahasa Melayu? Usahlah kita menjadi seperti TONG KOSONG dengan mengikut 100% kata-kata mereka di atas tanpa berusaha untuk menggerakkan sedikit otak kita menilai LOGIK atau tidak..

Wallahualam..

Friday, February 20, 2009

Ketidak-stabilan ala 'BANANA REPUBLIC' di Perak menimbulkan keMARAHan orang Melayu


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Terus-terang katalah, rakyat dah mula naik MUAK dan MELUAT dengan ketidak-tentuan POLITIK di Perak.. Apa yang berlaku bukan sahaj melukakan hati rakyat dan para pengundi, malah turut menjejaskan kestabilan dan ketenteraman di negeri Perak.. Bukan sahaja perancangan pembangunan akan terbantut, projek pembangunan yang sedia ada pun mungkin akan terbatal.. Sepatutnya pihak-pihak yang berkenaan BERHENTI dari terus mengadakan POLEMIK tanpa henti terhadap rakyat jelata negeri Perak.. Dikhuatiri ketidak-stabilan yang berlaku akan turut merebak ke negeri-negeri lain jugak..

Keadaan politik di Perak tak ubah seperti 'BANANA REPUBLIC' yang mana kerajaan yang dibentuk mudah digugat kestabilan dan pentadbirannya kucar-kacir.. Kegiatan ekonomi banyak yang tergendala dan berlaku huru-hara atau demonstrasi jalanan di merata tempat.. Tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V.Sivakumar, menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan dewan, diibaratkan seperti "tikus membaiki labu". Bukankah ada jalan penyelesaian termasuk menyelesaikannya di mahkamah? Adakah para DALIT ini takut ke mahkamah untuk menegakkan apa yang dikatakan KONONnya hak mereka?

Beberapa penganalisis politik berkata langkah itu akan hanya mengusutkan lagi krisis politik di Perak dan mengelirukan masyarakat.Persoalannya ialah apakah matlamat sebenar Sivakumar menggantung Zambry dan enam exco itu yang telah dilantik dengan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah? Siapakah Sivakumar untuk membuat KEPUTUSAN ala 'KEPALA MAK BAPAK DIA' sehingga menjejaskan kestabilan di negeri Perak? Dia hanya SPEAKER yang dilantik oleh majoriti ahli dewan.. Dia patut sedar bahawa majoriti ahli dewan sudah tidak berpihak kepadanya lagi dan kalau dia tahu MALU, dia sepatutnya LETAK JAWATAN sahaja..

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak yang dipengerusikan Sivakumar, menggantung dan melarang Zambry dan enam anggota exconya daripada menghadiri sidang dewan masing-masing selama 18 dan 12 bulan berkuatkuasa serta-merta, kerana mendakwa tindakan Zambry dan exco itu mengangkat sumpah jawatan mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri serta menghina DUN Perak.. Inilah dia kalau diberi jawatan kepada golongan 'MABUK TODI'! Habis dipermainkannya undang-undang tanpa berpandukan akal fikiran.. Dia ingat ini Parlimen India - KONGRES lawan BJP ke?

Seharusnya kerajaan-kerajaan negeri yang masih lagi berSULTAN sepatutnya mengambil inisiatif menetapkan bahawa bukan sahaja jawatan Menteri Besar, malah jawatan SPEAKER DUN pun sepatutnya disandang oleh orang Melayu beragama Islam! Kita sedar hanya bangsa Melayu sahaja yang masih TAAT dan menjunjung kasih terhadap Baginda Sultan di negeri masing-masing.. Sebab itulah yang beriya-iya membantah perkenan Sultan Perak berkenaan penubuhan kerajaan baru ini kebanyakkannya DALIT-DALIT YANG BERASAL DARI BENUA TAMIL yang mabuk kuasa sahaja! Undang-undang tubuh negeri di setiap negeri yang berSULTAN wajar dipinda agar kedaulatan dan kehormatan bangsa Melayu terpelihara selama-lamanya..

Wallahualam..

Wednesday, February 18, 2009

Pilihanraya kecil - 'BUKIT' manakah yang BN akan berjaya memenanginya?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Diharap para pembaca Blog ini dapat menyatakan 'POLL' anda tentang 'Bukit' manakah yang akan BN menangi apabila pilihanraya kecil diadakan pada 7 April 2009 nanti.. Di bawah adalah sedikit analisa tentang peluang BN atau UMNO untuk menang di setiap 'Bukit' yang ditandingi..

1) Nama kawasan: Parlimen Bukit Gantang
Negeri: Perak (BN - tubuh kerajaan dengan sokongan DUN Bebas)
Parti yang menang Mac 2008: PAS
Peluang BN menang: 55%


Kawasan ini pada pilihanraya tahun 2004 telah diserahkan kepada Parti Gerakan sebagai gantian apabila Gerakan terpaksa memberikan kerusi Parlimen Taiping kepada PPP.. Pada pilihanraya Mac 2008, UMNO mengambil balik kerusi Parlimen ini dan sebagai gantinya, Gerakan diberikan kerusi Parlimen Lenggong.. UMNO dengan calonnya Datuk Azim Zabidi kalah di kerusi Parlimen ini.. Sebaliknya Gerakan berjaya memenangi kerusi Parlimen Lenggong.. Sekiranya UMNO ingin meletakkan calon, dinasihatkanlah agar dipilih orang tempatan sebagai calon.. Walaupun UMNO berjaya membentuk kerajaan di Perak baru-baru ini, UMNO tidak boleh 'over confident' kerana kerajaan BN di Perak terpaksa bergantung kepada sokongan 3 ahli DUN Bebas.. PAS dilihat mempunyai kekuatan kerana sokongan pengundi PAS di sini tidak pernah surut.. Faktor keBIADABan bekas pemimpin kerajaan Pakatan Rakyat di Perak terhadap Sultannya mungkin akan mempengaruhi pengundi.. Namun, setakat mana isu tersebut berjaya mempengaruhi pengundi, agak sukar untuk diramalkan.. Mungkin patut diingatkan bahawa PAS sebenarnya ditubuhkan atau berasal dari Perak, bukannya Kelantan atau Terengganu!

2) Nama kawasan: DUN Bukit Selambau
Negeri: Kedah (PAS)
Parti yang menang Mac 2008: Bebas - masuk PKR
Peluang BN menang: 45%


Di Semenanjung, sekiranya calon Bebas berjaya memenangi kerusi DUN di negeri yang mana faktor kemenangan ditentukan oleh pengundi Melayu, maka terbuktilah BN memang LEMAH dan berlakunya perpecahan di peringkat bahagian parti di kawasan tersebut. BN tidak boleh memandang rendah dan bergantung kepada sokongan pengundi Melayu semata-mata.. Secara kasar, 'MOOD' pengundi India dan bukan Melayu tidak banyak berubah.. Terus-terang katalah, BN terpaksa mengemis undi kepada pengundi bukan Melayu dan kena cuba mempertahankan undi daripada pengundi Melayu sekiranya nak menang di sini.. Patut diambil kira jugak kawasan DUN Bukit Selambau ni dikelilingi oleh DUN dan termasuk dalam kawasan Parlimen yang BN kalah! Seharusnya BN patut menimbulkan PERSEPSI yang baik terhadap para pengundi di sini.. Kot nak KALAH jugak, tak tau la..

3) Nama kawasan: DUN Bukit Lanjan
Negeri: Selangor (PR)
Parti yang menang Mac 2008: PKR
Peluang BN menang: 35%


Rasanya sukar BN nak menang di kawasan ini kerana nampak seolah-olah tiada pemuafakatan antara UMNO dan rakan-rakan lain dalam BN.. Walaupun wakil rakyatnya terpaksa meletakkan jawatan kerana skandal gambar lucah masa tidur, dijangka ini semua tidak dapat mengubah persepsi terhadap BN di sini.. Tambah pulak bila bekas YBnya pantas cuba mengaitkan UMNO terhadap masalah perbadinnya.. Lagi pulak, UMNO yang jadik pembangkang di Selangor pun gagal mengawal 'MULUT' dan para 'LALAT TAIK' belaan pemimpin UMNO tertentu daripada memperbesarkan isu ini.. Dikhuatiri isu bekas YB ini akan jadi isu yang 'BACK-FIRE' kepada UMNO, seterusnya BN balik.. Lebih baik biarkanlah Polis buat siasatan terlebih dahulu.. Kalau nak MENANG jugak, mungkin kena sampai tahap di mana UMNO terpaksa menukar Ketua Perhubungan UMNO Negeri dan juga Ketua Pembangkang DUN Selangor nanti? Almaklumlah, kalau banyak sangat RHETORIK nih payah jugak! HE!HE!HE!

Lebih baiklah kita berterus-terang sekarang tentang peluang UMNO untuk menang jika kita cuba menyembunyikannya atau lebih teruk lagi, cuba meng'CARMOUFLAGE'kannya.. Sekurang-kurangnya, jika didedahkan sekarang UMNO akan cuba berikhtiar untuk memperbaikinya.. Kot UMNO masih dalam 'DENIAL SYNDROME', alamat tunggu masa le UMNO jadik sebahagian daripada lipatan sejarah.. Yang paling penting, UMNO kena respon dengan pantas terhadap segala isu yang cuba dimainkan oleh pihak lawan.. Jelas sekali strategi pihak lawan adalah menyerang UMNO 100%, bukannya menyerang rakan-rakan UMNO dalam BN! Ini kerana rakan-rakan UMNO dalam BN amat diperlukan sekiranya mereka nak bentuk kerajaan baru seperti yang mereka impikan..

Wallahualam..

Monday, February 16, 2009

Lagi pasal PPMSI - Pernah tak kita fikir nasib Modal Insan kita 10 tahun akan datang?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Bukan main GALAK lagi sebuah TV Swasta di negara kita menyiarkan suara-suara bantahan terhadap PPMSI.. Hinggakan seolah-olah mereka terlupa bahawa TV Swasta terbabit jugak turun terlibat dalam usaha 'MENJAHANAMKAN' Bahasa Melayu melalui penggunaan Bahasa Rojak dan Slanga dalam slot-slot rancangan hiburan TV mereka seperti Melodi, Gedik Santai, Mentor, Remaja dan banyak lagi.. Inilah seperti yang peribahasa Inggeris makudkan " The pot calling the kettle black!"..

Semalam Mingguan Malaysia sempat menyiarkan bagaimana puka-puak yang membantah PPMSI ini dah sampai tahap cuba MEMANIPULASIkan data para pelajar yang mengikuti pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.. Kalau nak KENCING orang pun berpada-padalah sikit.. Bukannya kami nih BODOH!

477,575 calon jawab Sains,Matematik, dalam BM

PUTRAJAYA 14 Feb. – Seramai 477,575 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam menjawab kertas Sains dan Matematik.

Daripada jumlah itu 243,799 menjawab bagi kertas Sains dan 233,766 lagi bagi kertas Matematik.

Sehubungan itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom berkata, kenyataan Gerakan Mansuh Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (GMP) bahawa seramai 625,987 calon menjawab kertas Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu adalah mengelirukan.

"Jumlah itu adalah mengelirukan kerana murid yang mendaftar UPSR 2008 hanya seramai 518,616," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan GMP mendedahkan 625,987 murid tidak menjawab kertas soalan dalam bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik pada UPSR tahun lalu.


Rasanya para TUA KUTUK yang beriya-iya mengaku diri sebagai Pejuang Bahasa ni sudah melampau! Semasa mereka ada jawatan dalam Dewan Bahasa dan Pustaka, mereka biarkan sahaja penggunaan Bahasa Rojak, Slanga dan Bahasa Pasar sewenang-wenangnya? Selepas puas makan GAJI BUTA dan dah pencen, bila generasi sekarang terpaksa menghadapi persaingan GLOBAL yang mencabar, golongan TUA KUTUK Pejuang Bahasa ni cuba pulak menghalang usaha untuk memberikan tambah nilai kepada MODAL INSAN kita?

Secara RASIONALnya, cuba kita bayangkan nasib para graduan kita untuk memasuki sektor pekerjaan 10 tahun dari sekarang sekiranya kita mengikut 100% kehendak para TUA KUTUK Pejuang Bahasa berkenaan isu PPMSI? Para graduan atau modal insan kita pun sekarang ini sebenarnya sudah ketinggalan kalau dibandingkan dengan para graduan dari China, India, Vietnam, Thailand, Iran malah Filipina.. Vietnam sebagai contoh bakal mengeluarkan ratusan ribu graduan atau tenaga kerja yang bukan sahaja mahir dalam Bahasa Inggeris, malah Bahasa Perancis, Mandarin atau Jepun.. Begitu juga dengan Filipina dan Indonesia.. Keadaan ini sebenarnya sudah pun diramalkan sejak 10 tahun sebelum ini lagi.. Malangnya pemikiran kita yang dibelenggu oleh sifat MALAS dan TAKUT kepada CABARAN hasil didikkan para TUA KUTUK Pejuang Bahasa inilah yang akan mengakibatkan kita ketinggalan..

Sepeti yang banyak kali Blog ini pernah TEGASkan.. Para TUA KUTUK Pejuang Bahasa ini sebenarnya langsung tak memikirkan nasib generasi akan datang.. Yang penting bagi mereka, bantah dan terus bantah tanpa cuba mencari penyelesaian demi generasi akan datang.. Anda sebagai pembaca BLOG ini ingin diTEGASkan bahawa para TUA KUTUK Pejuang Bahasa ini bukannya mahir pun dalam bahasa lain seperti Jerman, Korea dan Jepun.. Namun, mereka sering mengambil contoh negara-negara ini KONONnya untuk menunjukkan bagaimana PPMSI tidak diperlukan.. Tidak ada siapa pun antara para TUA KUTUK Pejuang Bahasa ini mampu menjelaskan kenapa Jepun dan Jerman semasa Perang Dunia Pertama lagi sudah mampu mencipta TEKNOLOGI mereka sendiri? Di mana tahap TEKNOLOGI negara kita pada masa itu?

Fikir-fikirkanlah sendiri..

Wallahualam..

Friday, February 13, 2009

Situasi politik di Israel lebih kurang sama aje dengan di Perak



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Agaknya apalah Tuhan nak suruh kita ambil IKTIBAR pasal ni ye? Kalau di Perak, baik kerajaan PR mahu pun kerajaan BN masing-masing tak dapat majoriti DUN dan terpaksa bergantung kepada pihak ketiga untuk membentuk kerajaan.. Di Israel pun parti Likud dengan parti Kadhima masing-masing dapat kerusi sama banyak dan terpaksa bergantung kepada parti-parti serpihan untuk membentuk kerajaan..

Tiada parti menang mutlak

BAITULMAQDIS 11 Feb. - Israel menghadapi situasi politik yang tidak menentu apabila tidak ada parti yang mencapai kemenangan mutlak pada pilihan raya Parlimen Israle, hari ini.

Menteri Luar, Tzipi Livni yang memimpin Parti Kadima hanya memenangi 29 kerusi, manakala bekas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu yang mengetuai Parti Likud memenangi 28 kerusi.

Tanpa pemenang mutlak, peranan pencatur kuasa kini terletak pada seorang pemimpin ultranasionalis yang anti-Arab, yang juga bekas anak didik Netanyahu, Avigdor Lieberman setelah partinya, Yisrael Beiteinu memperoleh empat kerusi tambahan dalam pilihan raya bagi menguasai 15 kerusi di Parlimen daripada keseluruhan 120 kerusi.

Memandangkan Parti Kadima dan Parti Likud gagal memperoleh majoriti yang jelas, masing-masing tidak mampu membentuk kerajaan secara bersendirian.

Namun dengan parti-parti berhaluan kanan menambah kerusi mereka di Parlimen, Netanyahu memiliki peluang lebih cerah untuk menubuhkan kerajaan campuran dengan sekutu-sekutunya yang sehaluan itu.

Keputusan itu bermakna rundingan untuk membentuk kerajaan campuran akan berlarutan berminggu-minggu.

Situasi tidak menentu itu boleh menjejaskan usaha Mesir untuk merundingkan gencatan senjata berpanjangan antara Israel dengan Hamas berikutan kempen serangan rejim Zionis ke atas Genting Gaza bulan lepas.

Hamas mungkin keberatan untuk menandatangani perjanjian berkenaan kerana takut dibatalkan oleh kerajaan campuran yang dibentuk kelak.

Walau siapa yang akan membentuk kerajaan, ia dijangka tidak akan menyambung semula rundingan damai dengan Palestin dalam masa segera, sebaliknya mungkin mencetuskan perbalahan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama yang telah meletakkan perjanjian damai Asia Barat sebagai satu keutamaan beliau.

Pembentukan kerajaan kini terpulang kepada Presiden Israel, Shimon Peres yang akan memutuskan sama ada Livni atau Netanyahu perlu diberi peluang pertama untuk menubuhkan kerajaan.

Peres akan menemui para pemimpin parti untuk mendengar syor mereka dan kemudian mempunyai seminggu untuk membuat keputusan.

Bagaimanapun kata putus terletak pada Avigdor Lieberman setelah partinya, Yisrael Beiteinu menguasai 15 kerusi di Parlimen. - AP


Namun di Israel, Yahudi bersatu-padu untuk menghentam Palestin tapi kita di Malaysia pulak sibuk nak berpecah-belah seperti yang Yahudi dan Zionis hajatkan berlaku terhadap umat Palestin dan umat Islam.. Yahudi berebut kuasa rakyat diorang tak rugi apa-apa pun.. Di Perak pulak punyalah berebut kuasa pasal tak puas naik Toyota Camry baru sampaikan sanggup nak SAMAN Sultan Perak! Punyalah Melayu nih mabuk kuasa mengalahkan Yahudi!

Kita sebenarnya tak pernah belajar daripada persekitaran atau sekeliling kita.. Yang kita tahu hanya makan politik, minum politik, tidur politik semuanya kerana politik.. Kalau takde unsur politik, memang tak sempurna hidup sebagai manusia agaknya.. Adakah kita nih sebenarnya lebih teruk daripada Yahudi? HE!HE!HE!

Wallahualam..

Tuesday, February 10, 2009

Parlimen Bukit Gantang - Patahkah nanti bendera PAS di sana?




ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Akhirnya tibalah pulak giliran PAS menerima Qada dan Qadar daripada Allah SWT.. AL Fatihah kita bacakan untuk allahyarham Roslan Shaharum Ahli Parlimen Bukit Gantang..

Sekarang dengan takdir yang Maha Esa, giliran PAS pulaklah mempersiapkan diri menghadapi BN di Parlimen Bukit Gantang.. Pada pilihan raya umum lalu, Roslan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Azim Mohd. Zabidi dengan majoriti 1,566 undi.. Beliau memperoleh 20,015 undi berbanding lawannya yang meraih 18,449 undi dan M. Murganan (Bebas) dengan hanya 872 undi.. Di atas kertas, nampaknya BN kena kerja keras untuk memulihkan sokongan rakyat terhadap parti.. Namun, tindak-tanduk PAS di Perak selepas Menteri Besarnya bertukar dijangka memudahkan sedikit kerja BN untuk kembali meraih sokongan rakyat..

PAS seharusnya sedar, keBIADABan bekas MB mereka yang menunjukkan perangai orang 'GILA KUASA' sebenarnya amat menjelikkan rakyat.. Terbukti sekarang bukannya BN atau UMNO sebaliknya gabungan PAS, PKR dan DAP jugak tidak kurang JELIKnya apabila mereka kehilangan kuasa pemerintahan.. Hinggakan Sultan Perak pun boleh dihina dan disaman oleh mereka walaupun hakikatnya Baginda hanya melaksanakan tugas Baginda mengikut peruntukan Perlembagaan Negeri Perak.. Rusuhan yang berlaku di Masjid Ubudiah dan jalan masuk ke Istana Iskandariah menunjukkan penyokong gabungan PAS, PKR dan DAP cuba membawa Malaysia kemabli ke zaman batu atau zaman Jahilliyah!

Isu sebegini harus diperjelaskan oleh UMNO dengan sebaik mungkin sekiranya ingin memenangi kembali Parlimen Bukit Gantang.. Rakyat Perak bukannya jenis taksub seperti penyokong-penyokong PAS di Kedah, Kelantan dan Terengganu.. Rakyat Perak begitu menyanjung institusi Sultannya kerana Perak sahajalah keturunan Sultan yang masih bersusur-galur dengan Kesultanan Melayu Melaka.. Sultan Perak yang pernah menjawat jawatan Ketua Hakim Negara dan terkenal dikalangan raja-raja lain di dunia diHINA sebegitu rupa oleh penyokong gabungan PAS, PKR dan DAP seolah-olah Baginda begitu pemerintah yang tidak adil.. Itulah dia hakikat gabungan PAS, PKR dan DAP yang harus diperjelaskan oleh UMNO kepada rakyat jelata negeri Perak di Bukit Gantang..

PAS pernah menerima nasib BURUK di Kelantan tahun 1977 dahulu di mana rakyat Kelantan memberontak menentang rejim PAS yang memecat MBnya sendiri ketika itu Datuk Mohamad Nasir.. Pada masa itu, di mana-mana sahaj berlaku rusuhan dan tunjuk perasaan di 10 jajahan negeri Kelantan.. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, almarhum Tun Hussein Onn telah terpaksa mengishtiharkan darurat di Kelantan demi keselamatan rakyat.. Tidak tergambar lagi betapa BENCInya rakyat Kelantan pada PAS ketika itu.. Cubalah mintak puak-puak PAS nafikan hakikat yang dinyatakan ini.. Percayalah, Geng ERDOGAN dalam PAS sekali pun tak akan dapat memutarbelitkan seperti biasa hakikat sejarah hitam PAS di Kelantan seperti yang dinyatakan!

Masalah untuk UMNO memenangi Parlimen Bukit Gantang sekaligus memulihkan kepercayaan rakyat ialah bergantung kepada setakat mana UMNO menyekat golongan LALAT TAIK - golongan yang mempergunakan UMNO untuk memBUNCITkan perut sendiri dalam parti.. Malah ada segelintir pemimpin UMNO yang membela golongan sebegini demi mendapat PUBLISITI dan POPULARITI di mata ahli-ahli UMNO yang lain! Sekiranya UMNO berjaya menghalang golongan ini, sekaligus mengelakkan mereka mensabotaj UMNO, bukan setakat Parlimen Bukit Gantang sahaja, seluruh kerusi UMNO yang hilang sebelum ini pun nescaya akan kembali kepadanya.. Cukuplah dengan apa yang berlaku di Kuala Terengganu di mana nyata sekali UMNO mengikut kehendak golongan LALAT TAIK dan membelakangkan kehendak rakyat setempat dalam pemilihan calon.. Kot nak KALAH lagi tak tau le.. HE!HE!HE!

Sekarang ni pihak gabungan PAS, PKR dan DAP cuba memutarbelitkan keadaan dengan menyalahkan UMNO sebagai punca mereka kehilangan kuasa pemerintahan di Perak.. Itu tak kisah - biarkanlah penyelesaian berlaku di mahkamah.. Namun, UMNO kenalah memastikan golongan LALAT TAIK ini tidak cuba menangguk di air keruh dengan memainkan sentimen pasal isu ini.. Silap-silap, Datuk Dr Zambry pun akan jadik MB untuk beberapa bulan aje kalau UMNO membiarkan golongan LALAT TAIK dalam parti merosakkan keadaan ketika ini..

Wallahualam..

Friday, February 06, 2009

HIKAYAT BENDAHARA DERHAKA PASAL TAK PUAS NAIK TOYOTA CAMRY BARU




ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Korang semua suka tak baca cerita-cerita HIKAYAT atau dongeng dulu-dulu? Kita sedang memerhatikan sebuah cerita KLASIK dalam peralihan kuasa di negeri Perak..

Tersebutlah alkisah sebuah negeri yang Sultannya bersusur galur daripada Kesultanan Melayu Melaka.. Arakian didapati bahawa pada Mac 2008, berlakulah peralihan kuasa di negeri terbabit.. Mantan Bendahara dari Perikatan Dacing telah tumpas di tangan KUASA baru yang dipanggil Pakatan Mata Lebam.. Mantan Bendahara dari Perikatan Dacing menangis berhari-hari di kediamannya Teratak Bendahara selepas mengetahui kekalahan Perikatan Dacing yang diketuainya dalam pemilihan umum kepada Perikatan Mata Lebam.. Pakatan Mata Lebam yang sebelumnya cumalah gabungan-gabungan kumpulan sosial untuk menentang apa yang dikatakan 'KEZALIMAN' Perikatan Dacing berjaya merampas kuasa kerajaan negeri daripada Perikatan Dacing.. Semuanya berpunca kerana ketidak-puasan hati rakyat jelata akan kerana Bendahara Besar Empayar Melayu lebih mementingkan perlantikkan anggota keluarganya daripada pemilihan oleh rakyat jelata..

Sahibul hikayat selepas berjaya merampas kuasa daripada Mantan Bendahara Perikatan Dacing, barulah ketua-ketua kumpulan sosial dalam Pakatan Mata Lebam menyedari bahawa mereka tidak dapat melantik sesiapa pun ke jawatan Bendahara Negeri kerana masing-masing kekurangan wakil dalam Majlis Undangan Negeri.. Malah, jawatan Bendahara Negeri juga telah ditetapkan untuk lantikkan orang Melayu seadanya.. Maka terpaksalah ketua-ketua kumpulan sosial dalam Pakatan Mata Lebam bermusyawarah untuk melantik siapa yang lebih layak antara mereka menjadi Bendahara Negeri..

Wakil kumpulan KIASU dalam Pakatan Mata Lebam terpaksa beralah dalam soal perlantikkan Bendahara Negeri kerana mereka bukan keturunan Melayu.. Maka jawatan tersebut menjadi rebutan antara kumpulan Umat Nabi LUTH dan kumpulan Perasan LEBAI.. Akhirnya selepas bertolak-ansur, maka dilantiklah seorang wakil daripada kumpulan Perasan LEBAI sebagai Bendahara Negeri yang baru bernama Zar-LUDIN walaupun kumpulan LEBAI mempunyai wakil paling sedikit dalam Majlis Undangan Negeri.. Malangnya, Bendahara Negeri yang baru ni telah dipasangkan dengan pengapit dari kumpulan KIASU bernama Uncle NG.. Kebanyakkan keputusan yang dibuat oleh Bendahara Negeri Zar-LUDIN didapati sering dipengaruhi oleh Uncle NG.. Antaranya termasuklah penganugerahan pajak tanah selama 999 tahun kepada kaum seketurunan dengan Uncle NG.. Malah kenderaan rasmi Bendahara Negeri dan para pembesar telah diganti dengan Toyota CAMRY hasil hasutan Uncle NG..

Tersebutlah pula baru-baru ini seorang wakil daripada Perikatan Dacing telah terkena sumpahan kenan KATAK akibat kalah perebutan JAWATAN dalam Perikatan Dacing lalu melompatlah empunya badan ke dalam Pakatan Mata Lebam sambil diiringi oleh sorak-sorai ahli-ahli Pakatan Mata Lebam.. Bukan main bangga lagi Bendahara Negeri Zar-LUDIN hinggakan dengan ANGKUH mengatakan bahawa Perikatan Dacing akan tumbang.. Malah mantan Bendahara Negeri daripada Perikatan Dacing terpaksa mengundurkan diri akibat kejadian ini.. Namun, kegembiraan Pakatan Mata Lebam tidaklah berpanjangan.. Secara tiba-tiba, heboh pula tentang kejadian di mana wakil-wakil mereka GHAIB dari muka bumi tanpa khabar berita.. Kemudian heboh pula tentang penghantaran WARKAH PERLUCUTAN JAWATAN wakil-wakil yang GHAIB itu oleh Pakatan Mata Lebam kepada Badan Pemilih Wakil.. Apakah sudah berlaku?

Tiba-tiba muncul pulak wakil-wakil yang GHAIB itu bersama pemimpin Perikatan Dacing mengatakan mereka sudah terkena sumpahan kenan KATAK lalu menjadi wakil BEBAS.. Malah, seorang wakil daripada kumpulan KIASU jugak menerima nasib yang sama akibat terkena sumpahan kenan KATAK.. Lebih memeranjatkan lagi, wakil Pakatan Dacing yang melompat ke Pakatan Mata Lebam akibat terkena sumpahan kenan KATAK terkena pulak sumpahan kenan KANGGARU lalu melompat kembali ke dalam Perikatan Dacing.. Setelah campur tolak ilmu hisab, maka didapati Perikatan Dacing mempunyai wakil yang cukup untuk menafikan kuasa Bendahara Negeri Zar-LUDIN sekaligus meruntuhkan pemerintahan Pakatan Mata Lebam di negeri tersebut.. Bendahara Negeri Zar-LUDIN cuba menghalang dengan mengadap Tuanku Sultan untuk memohon perkenan agar berlakunya pemilihan semula wakil-wakil Majlis Undangan Negeri, malangnya, Baginda Tuanku menolak permohonan sebaliknya menerima permohonan Perikatan Dacing untuk melantik Bendahara Negeri yang baru dengan bantuan wakil yang terkena sumpahan kenan KANGGARU dan KATAK.. Tidak terperi lagi keAIBan yang terpaksa ditanggung oleh Bendaraha Zar-LUDIN!

Maka 'MENDERHAKA'lah Bendahara Zar-LUDIN kepada Sultannya kerana tidak mahu digelarkan orang 'MANTAN BENDAHARA' dengan kata-kata "PATIK MOHON DERHAKA".. Gempitalah sekalian alam dengan kata-kata 'DERHAKA' Bendahara Zar-LUDIN kerana Baginda Tuanku baru sahaja menyambut jubli perak pemerintahan baginda.. Berarak segala bala penyokong Pakatan Mata Lebam pada hari Jumaat di hadapan Masjid Besar ke istana menyokong 'PENDERHAKAAN' Bendahara Zar-LUDIN terhadap Baginda Tuanku.. Malangnya kesemua mereka disirami dengan 'SIRAMAN AIR DURJANA' oleh pihak FRU!KAH!KAH!KAH!

Melolonglah Bendahara Zar-LUDIN kerana kehilangan kuasa. TAKHTA, pangkat dan kereta TOYOTA CAMRYnya.. Warna kusyen kereta TOYOTA CAMRY masih belum pudar lagi namun Bendahara Zar-LUDIN terpaksalah menghadapinya.. Begitu jugak dengan konco-konco Bendaraha Zar-LUDIN seperti Uncle NG dan ramai lagi.. MELEPAS SEMUAnya.. Bendahara Zar-LUDIN cuba memperjuangkan NASIBnya melalui penghakiman, malangnya kuasa perlantikkan Bendahara Negeri tetap KEKAL di bawah tangan Baginda Tuanku.. Begitulah malangnya nasib Bendahara Zar-LUDIN yang bakal bergelar 'MANTAN' Bendahara Zar-LUDIN kerana bakal kehilangan kepuasana menaiki TOYOTA CAMRYnya.. SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA.. KAH!KAH!KAH!


Wallahualam..

Wednesday, February 04, 2009

Aku dah naik MUAK tengok GELAGAT 'Pejuang Bahasa' pasal isu PPMSI!



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Dah takde kerja agaknya pak cik-pak cik yang mengaku diri masing-masing sebagai Pejuang Bahasa tuh sampaikan sanggup nak berdemo depan Istana Negara hanya untuk mebantah PPMSI? PPMSI ni tak lebih daripada sekadar nak suruh anak-anak kita BELAJAR! Yang lebih berhak menyuarakan pasal isu PPMSI ini adalah pihak ibu bapa bukan pak cik-pak cik TUA KUTUK nih yang selama menjawat jawatan dalam Dewan Bahasa dan Pustaka tuh sekadar kerja makan ELAUN BUTA! Itu aje ke tindakkan yang boleh dianggap bijak dan KONONnya mampu menyelamatkan Bahasa Melayu?

- Di mana pak cik-pak cik TUA KUTUK nih bila Teresa Kok dan Kerajaan Pulau Pinang menukar papan tanda bertulisan jawi di KL dan Georgetown?
- Di mana pak cik-pak cik TUA KUTUK nih bila nama ALLAH diguna pakai sebagai kata ganti nama Tuhan dalam Bible?
- Di mana pak cik-pak cik TUA KUTUK nih dengan isu penggunaan Bahasa Rojak, Slanga dan Bahasa Pasar di media massa dan media cetak?
- Di mana pak cik-pak cik TUA KUTUK nih dalam usaha melakukan penterjemahan bahan-bahan ilmu daripada Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain ke dalam Bahasa Melayu?
- Di mana pak cik-pak cik TUA KUTUK nih dalam usaha memperkembangkan Bahasa Melayu di peringkat global? Adakah pak cik-pak cik TUA KUTUK nih yang berusaha membuka Kursi Pengajian Melayu di universiti-universiti di China, Eropah, Rusia dan negara-negara lain?

Tak usahlah bersikap HIPOKRIT lagi MUNAFIK! Pak cik-pak cik TUA KUTUK nih hanya sekadar melakukan 'carmouflage' untuk menutup KELEMAHAN mereka dalam mempertahankan penggunaan Bahasa Melayu di negara ini! Adakah anak-anak Melayu mampu menjadi pakar dalam segala bidang sekiranya belajar ilmu dalam Bahasa Melayu semata-mata? Apakah RUGI kepada Bahasa Melayu jika hanya subjek Matematik dan Sains dipelajari dalam Bahasa Inggeris? Pak cik-pak cik TUA KUTUK nih hanya pandai mengatakan dalam media bahawa anak-anak Melayu di pedalaman akan ketinggalan sekiranya belajar PPMSI.. Malah anak-anak bukan Melayu juga KONONnya turut membantah PPMSI..

Namun, pak cik-pak cik TUA KUTUK nih lupa bahawa sekiranya anak-anak Melayu di pedalaman tidak dididik melalui PPMSI, mereka tidak akan mampu ke mana-mana dan sekdara menjadi HAMBA orang dalam era globalisasi ketika ini.. Malah pihak yang mendakwa anak-anak bukan Melayu juga KONONnya turut membantah PPMSI jugak adalah PENIPU kerana mereka GAGAL menjelaskan kenapa anak-anak bukan Melayu ini tidak MEMBANTAH pun bila mereka belajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di Singapura, Australia, Taiwan, US atau di Eropah?

Malah pak cik-pak cik TUA KUTUK ini jugak tidak pernah dapat beri penjelasan atau pun STATISTIK baik dalam Bahasa Melayu mahu pun dalam Bahasa Inggeris tentang apa yang mereka MAKSUDkan dengan keGAGALan PPMSI! Jangan sampai anak-anak bangsa anda menghina anda kerana mengabaikan peluang mereka untuk menimba ILMU dalam mengahdapai era globalisasi!Itu adalah kesalahan dan DOSA besar terhadap nasib anak bangsa sendiri! Malah semalam akhbar Utusan Malaysia juga memaparkan bantahan awam terhadap perangai pak cik-pak cik TUA KUTUK ini yang KONONnya berlagak sebagai 'PEJUANG BAHASA'!

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum

Malang nasib anak Melayu kerana nak belajar pun disekat oleh pak cik-pak cik TUA KUTUK bangsa Melayu sendiri!

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS