Kadang-kadang kita terlupa yang kita hanya menumpang di bumi ini.. Kita terlupa kuasa yang kita ada hanya sementara.. Kita lupa bila kita berlagak Tuan sedangkan kita hanyalah hamba dan macai.. Kita lupa sifat-sifat MAZMUMAH yang ada pada manusia..
DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong
Para Pembaca
HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
DOA KITA SEMUA
Tuesday, February 24, 2009
Lagi pasal PPMSI - Patut ke Bahasa Jepun dijadikan alasan untuk menolak PPMSI?
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Apabila pihak-pihak yang membantah PPMSI menggunakan ALASAN kononnya bangsa Jepun, Korea, Jerman dan bangsa-bangsa lain boleh MAJU tanpa perlu menguasai Bahasa Inggeris, rasanya Blog ini ingin menjelaskan bahawasanya betapa DANGKAL lagi BODOH alasan sebegini.. Tak ubah seperti membandingkan siapa lebih pantas berlumba antara kereta lumba F1 dengan kereta LEMBU! "Why don't you make comparison an apple with another apple?" Itulah soalan yang patut kita tanyakan kepada para TUA KUTUK yang mengaku KONONnya mereka adalah Pejuang Bahasa! Sedangkan semasa mereka masih berjawatan dalam Dewan Bahasa dan Pustaka, mereka langsung berdiam diri bila penggunaan Bahasa Rojak, Bahasa Pasar dan SLANGA disiarkan dalam media! Sekarang pun mereka berdiam diri bila ada pihak menuntut penggunaan nama 'ALLAH' sebagai kata ganti nama Tuhan dalam BIBLE?
Pemilik BLOG ini pernah menuntut di negara matahari terbit selama lebih 5 tahun.. Pemilik BLOG terpaksa menguasai Bahasa Jepun untuk membolehkan Pemilik BLOG memahami apa yang diajar di dalam kuliah.. Malah, suasana persekitaran yang mana rakyat Jepun rata-rata kurang fasih berbahasa Inggeris juga menyebabkan Pemilik BLOG terpaksa meningkat penguasaan Bahasa Jepun tersebut hari demi hari.. Media massa di Jepun dan pergaulan dengan ramai orang memudahkan Pemilik BLOG menguasai Bahasa Jepun sehingga kini.. Persoalannya, benarkah Jepun menidakkan terus penggunaan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian dan sektor perindustrian mereka? TIDAK.. SUDAH TENTU TIDAK.. Anda jangan merujuk para TUA KUTUK kononnya Pejuang Bahasa tuh yang bukannya mahir pun dalam bahasa lain untuk menJAWAB persoalan ini..
Jepun sebenarnya sudah pun mula mencipta teknologi mereka sendiri seawal zaman Perang Dunia Pertama lagi.. Pembaharuan MEIJI yang dilaksanakan pada akhir abad ke-19 telah menggalakkan ramai teknokrat dan para belia Jepun ke Eropah untuk mempelajari TEKNOLOGI semasa zaman Revolusi Perindustrian.. Para Teknorat teknorat Jepun bukan sahaja mempelajari bidang teknologi dalam Bahasa Inggeris, malah dalam Bahasa Jerman, Perancis dan Itali! Bukan seorang dua Teknokrat Jepun yang dihantar, beratus-ratus ribu telah dihantar agar bila para Teknokrat Jepun ini kembali, mereka dapat memindahkan dan mengembangkan teknologi yang dipelajari untuk memajukan Jepun.. Sifat orang Jepun yang rajin dan rela mempelajari sesuatu yang baru telah menyebabkan kemajuan Jepun setanding dengan negara-negara Eropah.. Ini dibuktikan dengan kemenangan Jepun ke atas tentera laut Rusia semasa tahun 1904! Bayangkan kalau di Jepun ketika itu WUJUD golongan TUA KUTUK kononnya Pejuang Bahasa, adakah kita dapat melihat kemajuan Jepun seperti hari ini?
Sehingga hari ini teknologi yang wujud di Jepun sebenarnya kerana mereka rela mempelajari ILMU dalam bahasa asing terutamanya Bahasa Inggeris! Malah, mereka sanggup menubuhkan institusi khusus untuk melakukan kerja-kerja penterjemahan bahan bacaan asing ke dalam Bahasa Jepun agar pendidikan dan pendedahan dapat dilakukan seawal usia lagi! Sedarkah anda untuk mewujudkan syarikat-syarikat gergasi Jepun seperti Toyota, Honda, Sony, Matsushita, Mitsubishi, Hitachi, Nintendo dan banyak lagi sebenarnya memerlukan teknologi asing untuk membolehkan mereka kekal berdaya saing? Malah hampir kesemua syarikat-syarikat gergasi Jepun ini mempunyai pusat penyelidikan di negara-negara Eropah dan USA khusus untuk mempelajari teknologi baru disamping itu memperkenalkan budaya kerja Jepun di negara-negara tersebut.. Adakah kita sekarang ini sudah mampu mendabik dada seperti yang diwar-warkan oleh para TUA KUTUK kononnya Pejuang Bahasa sekiranya kita enggan mempelajari sesuatu ilmu dalam bahasa lain?
Sekiranya anda berada di Jepun, anda akan dapati pusat-pusat TUISYEN khusus untuk mempelajari Bahasa Inggeris bagi semua peringkat umur wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan! Malah iklan-iklan tentang pusat TUISYEN ini sering disiarkan dalam media massa di Jepun.. Pusat-pusat TUISYEN untuk mempelajari Bahasa Inggeris dan bahasa lain sebenarnya sudah menjadi salah satu industri yang berkembang dan maju di Jepun.. Di samping itu, banyak agensi Kerajaan Jepun seperti JICA dan NGO-NGO mereka 'mengimport' guru-guru Bahasa Inggeris dari England atau Scotland KHUSUS untuk mengajar bukan sahaja Bahasa Inggeris, malah subjek-subjek tertentu seperti Sains, Programming, Theorotical Maths dan banyak lagi dalam Bahasa Inggeris untuk memudahkan mereka memahami istilah-istilah yang dipelajari.. Adakah kita seperti mereka sekarang ini? Syarikat-syarikat gergasi Jepun juga digalakkan menerbitkan buku-buku dalam Bahasa Inggeris bertujuan untuk memperkenalkan teknologi syarikat terbabit bagi menghadapi persaingan dalam era globalisasi.. Sebab itulah jika anda selalu ke Kinokuniya KLCC, cubalah cari buku bertajuk 'LEARNING ENGLISH IN TOYOTA WAY'!
Sekiranya bangsa Jepun MALAS dan SEGAN nak belajar ilmu dalam Bahasa Inggeris atau bahasa asing yang lain, adakah kita kenal jenama atau produk keluaran Jepun seperti hari ini? Wajarkah kita menolak pelajaran dalam bahasa asing seperti yang dianjurkan oleh para TUA KUTUK kononnya Pejuang Bahasa, Lebai PAS yang tak masuk sekolah macam seorang MP PAS dari Kedah dan golongan ERDOGAN dalam Lebai PAS semata-mata dengan TAFSIRAN sempit tentang bahasa? Sedangkan kita pun tahu betapa HIPOKRITnya lagi MUNAFIKnya mereka ini semua apabila mereka langsung tidak berusaha untuk memperkembangkan ilmu mengikut peredaran zaman dalam Bahasa Melayu? Usahlah kita menjadi seperti TONG KOSONG dengan mengikut 100% kata-kata mereka di atas tanpa berusaha untuk menggerakkan sedikit otak kita menilai LOGIK atau tidak..
Wallahualam..
Labels:
Sekeliling kita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA
KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?
Melayu dikhianati?
Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.
''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.
Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:
''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?
Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.
Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''
Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?
-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM
KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)
1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.
2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.
3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).
4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.
5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.
6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.
7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.
8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.
9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.
Ibrahim Ali
25 April 2009

6 comments:
Saya cukup meluat melihat kumpulan SITUA KUTUK ni, sudah tua nakmampus nak perjuangkan apa lagi ?
Saya tak mahu ulas panjang kerana saudara telah mengupas dgn jelas isu ini.
Itulah pejuang bangsa yang lupa diri, tidak boleh digugat status mereka konoonnya golongan pemikir tetapi masih mahu menafikan hak bangsa untuk maju..
alasan hilang nilai bahasa..tetapi tidak memikirkan nasib bangsa.
suatu ulasan yang bernas dan berfakta.
terima kasih..
'Berani Berubah'
Anak Jati Kedah.
Saya bersetuju dengan saudara yang mengatakan bahawa kita patut belajar bahasa asing bagi membolehkan kita mendapatkan ilmu...dan betul fakta sejarah saudara tentang tindakan pihak jepun menghantar beribu2 orgnya ke eropah dan lain2 negara untuk mempelajari teknologi seterusnya mereka pulang, menyampaikan ilmu tersebut kepada anak bangsa mereka serta mengembangkan ilmu2 tersebut. Betul. Tapi pada pendapat saya, untuk mendapatkan ilmu daripada negara luar, tidak perlulah kita menjadikan bahasa inggeris (atau mana2 bahasa negara luar)sebagai bahasa pengantar di institusi pendidikan kita. Memadai dengan menetapkan syarat seperti, perlu mendapatkan keputusan yang cemerlang untuk matapelajaran bahasa inggeris (bertulis dan lisan) pada setiap peperiksaan besar sebagai SYARAT WAJIB melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. sebagai contoh, perlu mendapat sekurang-kurangnya gred B untuk matapelajaran B.Inggeris dalam UPSR sebagai SYARAT WAJIB untuk naik ke tingkatan 1, begitu juga dengan PMR dan SPM. 'Tua kutuk' seperti yang saudara sebutkan dalam blog saudara ini cuba mempertahankan bahasa ibunda mereka, tidak rela bahasa ibunda mereka dijadikan bahasa pengantar di tanah air sendiri. Pada zaman persekolahan saya dahulu, B.malaysia masih menjadi bahasa pengantar di sekolah2, tetapi saya mampu mendapatkan A1 dalam matapelajarn B.inggeris diperingkat SPM.
Kita ni, sbg umat Islam, jgn la kita berbalah hanya kerana bahasa yg kita perjuangkan. Mmg patut bahasa kita diangkat, tp bia la kena dgn gayanya. Kita tgk Jepun, mereka mendapatkan ilmu bkn dgn mempelajari bahasa org lain, tp menterjemah buku2 ilmiah untuk jadikan bahan bacaan untuk golongan yg baru meningkat remaja. jadi mereka menjadi bangsa yg maju dgn masa yg singkat. Ditambah dgn budaya mereka yg mengejar masa. Tapi, malangnya budaya kita tak sama dgn mereka. Kita hanya tunggu utk di suap, nasi dah ada di depan mata tp perut kita still lapar. Kita hanya mengambil barang2 ilmiah dari luar, dan terus diserap masuk menjadi bacaan remaja kita. Pada yg tidak memahami, memang akan mundur.
Untuk Anita,
Apa erti perumpamaan melentur buluh biar dari rebung?
Kerana lambat dilenturlah banyak pelajar ditahap buluh patah ditengah ruas dan retak dibuku kerana susahnya hendak dilentur. Berapa ramai yang memperolehi keputusan sama seperti awak? Apa jalan supaya lebih ramai menjadi seperti awak?
akusayangumno,
PPSMI hanya melenturkan buluh untuk BI.Tetapi mematahkan terus buluh untuk sains dan matematik.
Malaysia akan menjadi seperti negara bekas komanwel yang lain seperti Filipina dan India kerana gagal menguasai sains dan teknologi akibat gagal memahami konsep asas sains dan matematik.
Untuk memahami buku rujukan sains dalam BI memerlukan kemahiran serentak iaitu sains dan BI.Jika tiada salah satu,maka pembaca akan gagal mendapatkan ilmu.
Hanya dengan berusaha keras saja yang membolehkan seseorang itu berjaya.Saya dulu pelajar aliran melayu,tidak menggunakan sistem PPSMI,tetapi mampu mendapat 10A dalam peperiksaan SPM dan melanjutkan pelajaran di Jerman.Belajar sains di dalam BM langsung tidak menjadikan saya bodoh dan mundur.Malah kedudukan saya sekarang lebih tinggi dari kedudukan mereka yang melalui PPSMI baik dari segi CGPA,gred,markah,kepakaran,kemahiran menyelesaikan masalah,pengetahuan dan kreativiti.imant
Post a Comment