DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, June 29, 2009

Wawancara Mingguan Malaysia dengan Mufti Perak, TS Harussani Zakaria


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Blog ini ingin mengutarakan wawancara Mingguan Malaysia dengan Mufti Perak TS Harussani Zakaria seperti yang disiarkan dalam akhbar terbabit pada 28 Jun 2009..

Jangan ikut etika syaitan

MINGGUAN: Apa pandangan Tan Sri berhubung kegagalan pembentukan kerajaan perpaduan, yang sekali gus menggagalkan usaha untuk menyatukan umat Islam di dalam UMNO dan Pas?

HARUSSANI: Sebagai orang Islam kita berpegang kepada Rukun Iman dan salah satunya ialah percaya kepada Allah, yang bererti kita mengucap dua kalimah syahadah, apabila kita mengucap dua kalimah syahadah kita masuk kumpulan muslim.

Apabila kita sudah masuk dalam kumpulan muslim, Allah sudah 'ikat' kita melalui firman-Nya dalam surat al-Hujurat ayat 10 yang bermaksud, "Sesungguhnya orang Muslim itu adalah bersaudara kerana ini damaikanlah antara keduanya saudara kamu dan bertakwalah kepada Allah semoga kamu mendapat rahmat-Nya."

Manakala Rasulullah SAW pula pernah bersabda bahawa, orang muslim itu adalah saudara bagi orang muslim yang lain, kemudian Nabi kata, siapa sebenarnya orang muslim itu, orang-orang muslim yang selamat daripada keburukan lidahnya dan keburukan tangannya. Maka itu Rasullullah sendiri dalam membentuk ajaran Islam baginda mempersaudarakan orang Islam.

Maknanya, itulah perjuangan utama kita iaitu mesti mempersaudarakan sesama orang Islam. Ia adalah perbuatan yang sebagaimana dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya bermaksud: … dan peliharalah hubungan silaturrahim… (an-Nisa': 1).

Oleh itu, kalau kita memecah belah orang Islam itu bukan ajaran Islam, itu ajaran syaitan. Tuhan sudah sebut bahawa syaitan itu bertujuan untuk membangkitkan di antara kamu permusuhan dan pergaduhan. Jadi pada saya, perpaduan itu adalah sesuatu yang cukup mustahak, perkara pokok yang wajib kita usahakan dalam apa bentuk pun. Berdasarkan kepada hujah itu, saya berpendapat, idea kerajaan perpaduan adalah satu idea yang cukup baik dan saya amat bersetuju dengan langkah tersebut.

Kalau kita lihat pada waktu ini, apabila orang Islam berpolitik, mereka berpecah sesama mereka. Ini berbeza dengan kaum lain, orang Cina contohnya, mereka pun berpolitik tetapi walaupun berada dalam parti yang berbeza-beza, mereka bersatu, ertinya mereka berpecah untuk mendapatkan sesuatu sedangkan kita berpecah untuk menghilangkan sesuatu.

Mereka (orang Cina) berpecah supaya banyak suara atau banyak jurusan bagi membolehkan mereka menuntut sesuatu demi kepentingan bangsa mereka, begitu juga dengan kaum India, mereka berpecah supaya mereka mempunyai banyak jalan bagi menyuarakan tuntutan atau pandangan. Tetapi bagaimana dengan orang Melayu? Kita memaki hamun sesama kita dan berpatah arang, berkerat rotan. Ini adalah satu perbuatan yang cukup buruk sekali. Ini bukan daripada etika Islam bahkan ia etika syaitan. Maka itu saya cukup kecewa apabila orang Islam sendiri menolak perpaduan dan lebih mementingkan perpaduan dengan bangsa asing daripada bersama orang Melayu.

Kita jangan lupa kedudukan Melayu dalam negara ini, hanya berapa peratus sahaja. Mungkin kalau kita bandingkan dari segi pecahan Islam dan bukan Islam, mungkin 50-50. Ia bermakna kalau kita berpecah suara kita menjadi minoriti, jadi bila kita hendak berjaya?

Dalam masa 18 tahun kebelakangan ini, ekonomi orang Melayu tidak bergerak, kaum Cina meningkat kepada 42 peratus, India (35 peratus), orang Melayu sudah 18 tahun tidak meningkat. Dalam 18 tahun itu juga, orang India yang sebelum ini berada di bawah orang Melayu kini naik mengatasi orang Melayu, kaum Cina yang sudah tinggi, kini melonjak, orang Melayu ketinggalan di belakang. Oleh itu, kalau kita berpecah lagi, keadaan umat Islam akan menjadi bertambah buruk. Allah sudah menyatakan perkara ini dalam al-Quran melalui firman-Nya yang mengingatkan kita bahawa jangan kamu berpecah, kamu akan gagal dalam hidup ini. Akan hilang wibawa kamu dalam masyarakat. Itu Tuhan sudah sebut terang-terang, kenapa kita memilih jalan perpecahan, ini yang saya paling kecewa.


Tetapi Pas tidak mahu bekerjasama dengan UMNO kerana mendakwa pernah ditipu suatu ketika dahulu, apakah ini wajar?

HARUSSANI: Tak kan kerana perkara itu, ia tidak boleh dimaafkan? Kalau itu satu pengalaman tidak bolehkah kita baikinya supaya tidak berulang? Kita sudah ada perjanjian bagi memastikan perkara itu tidak berlaku lagi. Anak kita pun kadang-kadang buat salah dengan kita tetapi kenapa kita boleh makan bersama semula dan boleh beri nasihat? Allah pun menyeru memohon keampunan kepada-Nya dan menyuruh kita bermaaf-maafan.

Jadi tak kanlah hanya kerana satu peristiwa itu, kita hendak menjadikan sandaran, apakah kita hendak hancur? Ini yang menjadi masalah. Atau kita hendak pakai juga pepatah, biar papa asal bergaya? Maknanya kita jadi hero tetapi kita kalah, kita kecundang, apa gunanya semua itu.

Saya tidak peduli, apa pun orang nak tuduh bila saya bercakap macam ini. Di Kuala Lumpur, orang-orang muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) kata Mufti Perak sudah masuk UMNO, saya tidak pernah masuk mana-mana parti , UMNO pun tak suka saya.

Kalau UMNO tidak betul, UMNO saya 'bantai', kalau raja tak betul, raja saya 'hentam' saya nak kisah apa. Malah suatu masa dulu, Suharto ketika minum bersama saya, bila dia cakap tak betul dari segi hukum berkaitan faedah (bunga) bank, saya tegur. Pada hal seluruh ulama Indonesia sentiasa menyokong apa sahaja yang beliau kata, tetapi saya tidak.


Masalahnya apabila seseorang bertaraf Mursyidul Am dalam Pas bercakap, orang lebih mempercayai kata-katanya biarpun dia mengecam sesama Islam.

HARUSSANI: Kita pun tidak menafikan perangai pemimpin UMNO dahulu, sombong dan berlagak, tetapi sekarang sudah ada kesedaran berhubung kesilapan yang dilakukan. Tetapi kalau kita masih dengan hujah masing-masing, itulah masalahnya. Kita sudah tengok kaum India yang merupakan kelompok kecil sudah mempunyai suara yang cukup kuat tetapi kita semakin lemah kerana berpecah.

Bagaimanakah kita hendak satukan orang Melayu, kalau penyokong parti masing-masing terus mengamalkan politik sempit?

HARUSSANI: Kita lupakan soal politik, kita balik kepada agama kita, balik kepada Tuhan kerana Islam menyuruh kita bersatu kerana kita bersaudara sesama Islam, haram memutuskan silaturahim. Kembalilah kepada ajaran Islam jangan terlalu banyak politiking.

Kita berpolitik dengan tujuan mentadbir negara sahaja, bukan untuk berkelahi sesama kita, tetapi malangnya apa yang berlaku sekarang apabila orang Melayu kita masuk politik mereka menjadi taksub. Apabila bersikap demikian maknanya orang lain tak betul dia sahaja yang betul.

Contohnya, krisis politik di Perak, apabila pakatan pembangkang membawa kes itu ke mahkamah, pada mulanya mereka menang, mereka seronok. Kemudian apabila UMNO membuat rayuan dan menang, mereka (pakatan pembangkang) kata ini tidak boleh, ini tidak betul. Persoalannya apakah (keputusan) yang dahulu betul? Tak kan dulu seorang hakim dan sekarang tiga hakim, tiga yang buat salah. Kemudian buat rayuan kepada Mahkamah Agung, lima hakim yang bersidang membuat keputusan yang sama, jadi tak kan kita tidak mahu terima, tak kanlah hakim-hakim itu berat sebelah.

Oleh itu, saya tidak boleh terima tindakan pembangkang tetapi bila saya cakap macam ini mereka kata saya anti Pas, bila keluar kenyataan saya dukacita kerana kerajaan perpaduan gagal, mereka kata patutlah dapat (dianugerah) Tan Sri, sedangkan saya tak tahu fasal 'Tan Sri'. Sebelum ini saya berada di Mekah, balik sahaja ada surat suruh terima, bukan UMNO yang beri tetapi Yang di-Pertuan Agong.


Ada pihak mengkritik meminta Tan Sri jangan campur urusan politik, apa komen Tan Sri?

HARUSSANI: Saya cuba melihat perjalanan politik mereka dan saya lihat ia tidak betul dari segi syarak, itu yang saya tegur. Begitu juga bila UMNO bersikap tidak adil atau sombong, saya akan tegur. Dalam soal Pas, saya pun tahu sikit-sikit fasal hukum Islam, oleh itu apabila apabila saya melihat tindakan mereka menyeleweng daripada hukum syarak, itu saya tegurlah. Tak kanlah kerana itu pun nak suruh saya masuk UMNO.

Memang saya tidak tahu politik, kalau nak suruh cakap fasal politik, saya tak tahu, suruh cakap fasal ekonomi, saya bukan ahli ekonomi. Sebab itulah kebanyakan ustaz-ustaz yang menjadi ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), apabila orang bahas ekonomi, dia tidak boleh bercakap. Golongan ustaz-ustaz ini hanya tahu soal dakwah, tidak tahu fasal politik. Kita perlu faham politik ini harus tahu semuanya.

Sebab itu saya tidak mahu terlibat dalam politik, kalau mahu dah lama saya boleh berbuat demikian. Saya fikir kalau saya jadi ahli Parlimen atau ADUN, jika orang bercakap perkara saya tak tahu, buat apa. Kita tengok dalam Parlimen, apabila bercakap soal agama Islam ia lebih banyak menyentuh soal zakat, wakaf dan urusan pejabat agama, itu sahajakah? Sedangkan banyak lagi perkara yang boleh dibangkitkan, begitu juga ahli UMNO, kalau soal Islam tanya fasal berapa kutipan zakat, sepatutnya tak perlu tanya, itu kita punya.


Adakah dalam soal perpecahan umat Islam ini, para alim ulama harus campur tangan?

HARUSSANI: Selamanya kita sudah memainkan peranan, tiap kali bersyarah saya akan membangkitkan soal perpaduan, soal silaturahim, saya bangkit soal etika permasyarakatan, jangan lupa hukum bermasyarakat kerana kalau kita lupa dan buat silap sikit kita boleh menjadi fasiq, tapi siapa yang peduli?

Ketika memberikan tazkirah sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri, semalam (Khamis) saya bercakap sedikit sahaja mengenai sembahyang. Saya tidak kupas berapa rakaat sembahyang, saya tekankan soal firman Allah bahawa sembahyang itu mencegah kamu daripada perbuatan keji dan mungkar. Bila kita sembahyang, pejamkan mata dan cuba lakukan pembetulan dalam diri, apakah kita mempunyai sifat-sifat seperti ego, takbur, sombong, marah, mengumpat orang dengki atau khianat kepada orang lain. Kalau ada sifat itu masa sembahyang kena buang, kalau ada sifat itu ketika sembahyang, maka sembahyang kita tidak terpakai, ini Allah tegaskan dalam Firman-Nya yang bermaksud; Celaka bagi orang yang sembahyang tetapi lari daripada hikmah sembahyang itu sendiri. (al-Maa'uun: 4-5)

Itu semua harus dihapuskan, bila sembahyang lahirlah dia sebagai insan Rabbani. Bila kita tidak ada sifat-sifat tak baik itu, kalau dia menjadi pemimpin ia akan menjadi pemimpin yang adil, pemimpin yang bertimbang rasa, bertanggungjawab dan jujur. Kalau dia seorang bapa dia seorang bapa yang bertanggungjawab, kalau suami dia akan berikan hak kepada isteri dengan sebaik-baiknya, kalau dia isteri dia akan menjaga suami dan anaknya.


Adakah kuasa yang menjadi penyebab atau faktor yang tersirat di sebalik yang tersurat menjadi punca keengganan menjayakan kerajaan perpaduan ini?

HARUSSANI: Jika kuasa menjadi matlamat sampai bila-bila pun perpaduan umat Islam tidak akan dapat dicapai dan pelaksanaan kerajaan perpaduan tidak mampu dilakukan. Sepatutnya, kuasa politik yang kita ada itu digunakan untuk mencapai perpaduan, keadilan dan persaudaraan.

Sebab itulah orang Arab tidak boleh menang melawan Israel. Begitu juga apabila setiap negara mengatakan ia lebih kuat daripada yang lain. Contohnya, Libya dan Mesir, sudah beberapa kali mereka berpecah akibat perbezaan politik. Ia berlaku kerana masing-masing merasakan mereka lebih berkuasa, ini masalahnya.

Kalau kuasa itu menjadi matlamat, maka kita tidak akan berjaya tetapi kalau matlamat kita adalah untuk melahirkan kedamaian, persaudaraan dan keadilan itu maka ia akan berjaya.

Dalam soal ini, kedua-dua parti terlibat, UMNO pun kalau mereka melihat kepada kuasa sahaja, ia tak kan ke mana, saya bukan nak kata kepada Pas sahaja.


Kalau persengketaan ini berterusan apa yang berlaku kepada orang Islam?

HARUSSANI: Jika ini dibiarkan berterusan, orang Islam akan hancur. Bila berpecah, kita akan jadi lemah dan hilang wibawa termasuk kuasa politik. Jika ini berlaku, hancurlah kita, ini yang saya lihat.

Ada bertanya kenapa saya berani bercakap, Saya hanya bercakap yang hak (benar), apa hendak jadi, jadilah. Politik tidak lagi dilihat sebagai alat tetapi bagi mendapatkan matlamat iaitu kuasa, kalau itu tujuannya habislah orang Melayu dan Islam.


Apa yang paling merisaukan ialah keyakinan orang kepada individu bertaraf ulama, akibatnya apa sahaja dia cakap orang akan percaya, biarpun ia boleh memberi kesan yang buruk kepada perpaduan umat Islam, apa komen Tan Sri?

HARUSSANI: Rasulullah pernah mengingatkan takutlah kamu kepada penyelewengan ulama kerana dia mempunyai pengaruh. Tetapi kita sama-sama Islam dan berilmu kita boleh timbang sendiri, jangan kita taksub tak tentu fasal, lepas itu kita gelar orang macam-macam, dari segi syarak itu haram.

Firman Allah: Wahai orang yang beriman, janganlah satu kaum mencela kaum yang lain, boleh jadi mereka yang dicela itu lebih baik daripada yang mencela dan janganlah para wanita mencela wanita yang lain, boleh jadi wanita-wanita itu lebih baik daripada wanita-wanita yang mencela dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri, dan janganlah kamu saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk-buruk… (al-Hurujat: 11).

Tetapi apa yang kita lihat ada panggil orang komunis, ayah pin, ini apa? Tambahan pula yang dengar itu pula orang tak tahu. Contohnya seorang doktor bila dia bagi ubat orang percaya, tok bomoh cerita fasal penyakit barah orang terus percaya sebab dia tok bomoh. Pada hal dia pun tak tahu apa-apa.


Islam menerima perbezaan pendapat. Malah al-Quran dalam surah an-Nisa' ayat 59 menjelaskan bagaimana menghadapi perbezaan pendapat. Soalnya, mengapa terdapat parti-parti politik yang terlibat tidak mahu mentaatinya?

HARUSSANI: Dalam ayat itu Allah berfirman yang maksud-Nya, Wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan ulil amri, kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian.

Sepatutnya, sebagai saudara seagama, kita patuh kepada arahan Allah. Kita juga wajib patuh kepada pemerintah selagi mana tidak diarahkan membuat maksiat. Kalau tidak taat, maka kita durhaka. Sekali pun jika pemimpin itu zalim.

Rasulullah SAW bersabda: Bantulah saudaramu baik yang berbuat zalim atau yang dizalimi. Baginda ditanya, Kalau yang dizalim kami boleh menolong tetapi bagaimana dengan yang menzalimi wahai Rasulullah? Baginda menjawab, kamu pegang kedua tangannya atau kamu cegahnya daripada melakukan kezaliman, itulah cara kita menolongnya.

Sepatutnya hubungan sesama Muslim itu penuh dengan kasih sayang bukannya menyemai sikap benci membenci atau keras. Ingatlah firman Allah yang maksud-Nya: Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan baginda adalah keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka (Muslim)…(al-Fath; 29)

Rasulullah SAW bersabda, "Seorang Muslim itu adalah saudara kepada seorang Muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya kepada musuh… janganlah kamu saling berhasad dengki, janganlah saling bermusuhan dan janganlah kamu saling menipu… jadilah kamu semua hamba-hamba Allah yang bersaudara."


Kesimpulannya, bagaimana kita hendak selesaikan kemelut ini?

HARUSSANI: Kalau ulama perlu ambil peranan untuk selesaikannya, kita harus kembali ke pangkal jalan. Asas utama yang perlu adalah perpaduan, silaturahim dan hormat-menghormati. Perseteruan, pecah belah dan persengketaan adalah ajaran syaitan. Ini dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan itu hendak menimbulkan permusuhan di antara kamu… (al-Maidah: 9).


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0628&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

SOALnya, adakah di Perak, manusia bernama Ahmad Awang mwakili PROKSI kepada manusia dengan mengajak kepada jalan Allah SWT atau menjadi PROKSI kepada IBLIS Laknatullah?

Wallahualam..

Thursday, June 25, 2009

Memang benar masyarakat kita kurang PEKA dengan bahaya SELSEMA BABI..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

10 tahun dahulu apabila negara kita mengalami epidemik Japanese Encaphilitis (JE) yang dikaitkan dengan ternakkan BABI secara berleluasa, kawasan Bukit Pelanduk menjadi tumpuan seluruh dunia.. Malaysia yang dikenali sebagai sebuah Negara Islam dijangkiti sejenis wabak yang sepatutnya tidak wujud pun di sebuah negara Islam.. Nampaknya, kita masih belum belajar apa-apa pun dari pengalaman terdahulu.. Kali ini apabila negara kita menalami wabak Selsema Babi, kita seolah-olah cuba 'DILALAI'kan seolah-olah wabak ini macam kena demam kepialu atau demam kuning aje!

Gunakan Istilah Selesema Babi: Rais

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mencadangkan supaya semua pengamal media kembali menggunakan istilah selesema babi bagi menggantikan istilah influenza A(H1N1) yang digunakan sekarang.

Rais berkata ini bagi memastikan orang ramai sedar akan bahaya selesema ini dan mesej mengenainya dapat disampaikan dengan lebih tepat kepada mereka.

"Bila dalam Bahasa Melayu pula ada juruhebah yang enggan nak sebut H1N1, jadi kalau selesema babi, kan senang," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke Pos Malaysia di sini, Khamis.

Rais juga berkata kementeriannya akan memantau program-program yang menyiarkan iklan-iklan yang berkaitan dengan kesihatan agar tiada kekeliruan mengenai ketepatan mesej serta kefahaman orang ramai mengenai selesema babi.

"Hal yang berkaitan dengan kesihatan kita tidak harus campur aduk dengan gara-gara atau cara-cara iklan yang mengelirukan. Kami akan pantau iklan yang disiarkan di televisyen dan melihatnya dari sudut ketepatan mesej serta fahaman orang," kata Rais.

-- BERNAMA


Memang tepat sekali saranan DS Rais Yatim dalam KONTEKS ini.. Masyarakat kita seolah-olah mengambil mudah dengan wabak ini.. Sekiranya istilah tersebut digunakan, masyarakat Melayu yang berugama Islam yang merupakan majoriti penduduk negara ini akan lebih merasakan SENSITIF dan mereka akan mengambil tindakkan yang sepatutnya untuk menghindari daripada dijangkiti wabak ini.. Ini seterusnya akan diikuti oleh bangsa-bangsa lain hinggalah kepada bangsa yang GEMAR memakan BABI..

Saranan ini tidak perlu dilihat dalam KONTEKS perkauman.. Hanya mereka yang berfikiran SEMPIT sahaja akan memPOLITIKkan isu ini.. Kerajaan jangan sesekali mengalah dengan alasan KONONnya ingin menjaga keharmonian kaum sedangkan semasa wabak JE dahulu, kerajaan juga yang 'dipaksa' oleh para penternak BABI di Bukit Pelanduk agar membayar pampasan terhadap mereka walaupun HAKIKATnya merekalah yang patut didakwa atau dikenakan tindakkan kerana menjadi penyebab kepada wabak berbahaya.. Ketegasan kerajaan sangat dituntut dalam soal ini.. Kita menjangka bahawa pihak Pakatan Rakyat dengan alasan mereka mungkin akan membantah penggunaan istilah sebegini..

MUNGKIN JUGA KITA PATUT MENUKAR ISTILAH "PAKATAN RAKYAT" YANG TERDIRI DARIPADA PAS, DAP DAN PKR KEPADA PAKATAN BABI? HE!HE!HE!

Wallahualam..

Monday, June 22, 2009

Apa sudah jadi dengan MARUAH diri anda wahai Timbalan Presiden PAS?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Nampaknya PAS secara RASMInya menolak IDEA Kerajaan Perpaduan hasil HASUTAN ALJUBOR dan penglibatan GENG ERDOGAN yang tak berhenti-henti merosakkan otak Pok Nik.. Tak apalah.. Kalau itu pilihan mereka, kita kenalah HORMATI.. Sekarang ini, terpulanglah kepada RAKYAT untuk menilai pihak mana yang lebih IKHLAS dan pihak yang mana ingin memenuhi tuntutan Islam agar semua umatnya bersatu-padu dan menolak permusuhan sesama Islam.. Namun, jelas sekali IDEA ini berasal dari PAS bukannya UMNO.. Jika tidak, takkanlah IDEA ini dibicarakan secara berapi-api semasa Muktamar PAS?

PAS Tak Jujur Cadang Kerajaan Perpaduan : Pemimpin BN

22 Jun, 2009 21:57 PM

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Tindakan Pasmenolak cadangan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar diwujudkan kerajaan perpaduan memperlihatkan ketidakjujuran parti itu untuk mengadakan perbincangan ke arah kebaikan, kata beberapa pemimpin Barisan Nasional.

Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon menyifatkan tindakan Pas itu sebagai "wayang kulit".

"Ini memang sudah dijangka. Ini semua hanya wayang kulit. Memang ada percanggahan dalam Pakatan Rakyat," kata Koh yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno berkata beliau melihat Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih suka berbincang dengan DAP berbanding Umno.

"Apa salahnya kalau kita duduk berbincang. Pada saya menolak terus inilah gambaran kejujuran PAS," katanya.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno pula melahirkan rasa dukacita ekoran tindakan Pas menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan.

"Ini hal yang mendukacita kepada kita semua khususnya orang Melayu. Bukan nak tubuhkan (kerajaan). Kalau nak duduk pun tak boleh, ini memang merugikan kita," katanya.

Bagaimanapun, Naib Ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, berkata penolakan itu tidak mengecewakan Umno.

"Terpulang kepada mereka kerana mereka yang mencadangkan. Dalam usaha membangunkan negara, kita tak boleh putus asa kerana apa yang penting ialah masa depan negara," katanya.

Penolakan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan itu diumumkan oleh penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas satu pertemuan pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang di Bangunan Parlimen di sini Isnin.-- BERNAMA


Namun sebenarnya dalam isu Kerajaan Perpaduan ini, INSAN yang paling dijatuhkan MARUAHnya adalah Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.. Tak cukup diTIBAI semasa Muktamar PAS oleh Lebai ERDOGAN yang menuduhnya sebagai DALANG pencetus Kerajaan Perpaduan, beliau jugak diTIBAI oleh Pok Nik yang ternyata sekali mendapat LAPORAN sebelah PIHAK dan BUTA HATI akibat termakan hasutan puak-puak Lebai ERDOGAN.. Hari ini, Presiden PAS sendiri seolah-olah menikam beliau dari belakang dengan menolak idea Kerajaan Perpaduan.. Ustaz Nasharuddin hanya mampu mendiamkan diri sahaja akibat diTIBAI kiri-kanan..

Kalau orang yang berMARUAH, sudah tentu mereka akan melakukan tindakkan yang DRASTIK terhadap parti yang jelas bukan sahaja meng'KAMBING-HITAM'kan mereka, membuat TOHMAHAN terhadap mereka dan jugak menikam mereka dari BELAKANG.. Apa gunanya membiarkan MARUAH diri tercalar atas sebab yang bukan kita sendiri inisiatifkan? Apa gunanya membiarkan MARUAH diri kita diHINA sedangkan semua maklum segala jasa-jasa kita terhadap parti selama ini? Namun, adakah Ustaz Nasharuddin berani mempertahankan MARUAHnya selepas apa yang beliau hadapi selama ini? Sedangkan nak jadik YB pun terpaksa mmerempat di negeri lain mengharapkan BELAS-IHSAN orang lain? HE!HE!HE!

Wallahualam..

Saturday, June 20, 2009

Apabila PAS tidak belajar sejarah bagaimana UMNO 'dihancurkan' oleh orang-orang DEWATA RAYA PKR..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Walaupun MUKTAMAR PAS selesai, nampaknya seperti Perhimpunan Agung UMNO jugak, masih ada beberapa golongan yang tak puas hati dengan keputusan pemilihan parti dan masih ingin memanjangkan isu tersebut dengan 'MENYERANG' polisi-polisi atau inisiatif pucuk pimpinan tertinggi PAS contohnya seperti Kerajaan Perpaduan.. Individu-individu ini cuba menegakkan BENANG BASAH dan cuba menimbulkan huru-hara dalam PAS demi melaksanakan agenda DEWATA RAYA PKR yang mahukan dirinya menguasai parti lawan seterusnya membuatkan parti lawan TUNDUK kepadanya..

Baik GENG ERDOGAN dalam PAS, mahu pun LEVEL 4 BOYS dalam UMNO, mereka adalah individu yang mengkagumi atau BALACI kepada DEWATA RAYA PKR yang kemaruk inginkan jawatan Perdana Menteri Malaysia.. Tujuan mereka 'menyelit' dalam organisasi parti seperti UMNO dan PAS tidak lain hanyalah untuk mewujudkan suasana agar 'KISAH SILAM' DEWATA RAYA PKR dilupakan seterusnya parti-parti politik tersebut dapat menerima DEWATA RAYA PKR sebagai pemimpin negara di kemudian hari.. UMNO hampir dihancurkan oleh LEVEL 4 BOYS jika Perdana Menteri ke-5 tidak meletakkan jawatan.. Walaupun nampaknya LEVEL 4 BOYS kelihatan seolah-olah sudah 'dihapuskan' selepas perletakkan jawatan beliau, masih ada lagi SAKI-BAKI yang masih hidup dan ingin buat kacau terutamanya yang dapat jawatan dalam Pemuda UMNO dan Majlis Tertinggi UMNO..

Bagaimana pulak dengan PAS? GENG ERDOGAN walaupun ditolak oleh sebahagian besar perwakilan PAS semasa muktamar baru-baru ini, namun masih ada jugak sebilangan besar yang 'MELEKAT' dalam pucuk pimpinan parti terutamanya dalam jawatan AJK PAS Pusat dan Naib Presiden.. Sekarang anda lihat bagaimana mereka menimbulkan keresahan dan kacau-bilau dalam PAS hinggakan cuba mengengkari Presiden Parti dan Timbalan Presiden Parti mereka sendiri seperti yang dipaparkan oleh AGENDA DAILY di bawah:-

Usaha terbaru untuk sekat bincang perpaduan…

Seramai 10 orang Ahli Parlimen PAS Khamis telah menandatangani satu kenyataan menolak sebarang perbincangan dengan UMNO .

Selain itu Musyridul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat sendiri menegaskan pakatan pembangkang yang ada sekarang adalah kerajaan perpaduan dan tidak perlu cari yang lain.

Juga ikut ceritanya ada gerakan oleh puak anti-perbincangan perpaduan dengan UMNO untuk menganjurkan tunjuk perasaan depan ibupejabat PAS di Kuala Lumpur dan Kelantan bagi menyatakan sokongan kepada Nik Aziz dan menghentam Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa.

Perkembangan terbaru ini dilihat sebagai langkah untuk kunci rapat parti itu dari sebarang usaha untuk berunding dengan UMNO.

Nasharuddin yang juga Ahli Parlimen Bachok seharian tidak menghadiri sidang Dewan Rakyat Khamis.

Usaha para wartawan untuk menghubungi beliau bagi mendapat ulasan mengenai kenyataan Nik Aziz desak beliau letak jawatan juga tidak berjaya.

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar juga memberitahu wartawan beliau sendiri tidak dapast menghubungi Nasharuddin.

Sepuluh orang Ahli Parlimen PAS yang menandatangani kenyataan itu terdiri dari Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Dr Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor), Kamaruddin Jaafar (Tumpat), Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Lo Lo Ghazali (Titiwangsa), Taib Azamuddin Taib (Baling) and Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar). Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang), Mohd Hayati Othman (Pendang) and Khalid Samad (Shah Alam).

PAS ada 23 orang Ahli Parlimen.

Dr Hatta yang menjadi jurucakap mereka memberitahu sidang akhbar di lobi parlimen bahawa mereka buat kenyataan bersama itu kerana ramai yang bertanyakan pendirian mereka mengenai idea perbincangan perpaduan itu.

Katanya kini terserah pada Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang dan Nasharudin memberitahu pendirian mereka. - AGENDA DAILY


http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_f55cac63-7f000010-96478e00-b4d250fa

Anda boleh melihat sendiri bagaimana mereka beranggapan seolah-olah mereka lebih berKUASA daripada Presiden dan Timbalan Presiden mereka sendiri.. Bagaimana dengan hasrat atau kehendak akar-umbi PAS? Bagaimana dengan kemahuan sebahagian besar atau MAJORITI ahli-ahli PAS? Adakah perlu Presiden PAS mendengar dari dua tida kerat BALACI DEWATA RAYA PKR sedangkan beliau menerima AMANAT BESAR daripada ahli-ahli PAS?

Presiden PAS dan Timbalan Presiden PAS harus bertindak BIJAK dalam soal ini kerana jika mereka LEMBAB dan 'SLOW', mereka hanya mengulangi TRAGEDI apa yang telah berlaku terhadap UMNO.. Ini semuanya perancangan daripada individu yang sama, iaitu DEWATA RAYA PKR..

Wallahualam..

Wednesday, June 17, 2009

Pok Nik tak baik MARAH-MARAH, apa kata kalau Pok Nik aje yang letak jawatan?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

KAH!KAH!KAH!

Nampaknya Pok Nik akan kena SAKIT JANTUNG lagi sekiranya ada pihak masih cuba memprHANGATkan isu tentang Kerajaan Perpaduan.. Cukup-cukuplah Pok Nik melayan nafsu amarahnya terhadap cadangan Kerajaan Perpaduan tuh.. Walaupun setinggi mana IJAZAH ULAMA dari Deoband, India yang anda perolehi, anda tetap manusia biasa di sisi yang Maha Esa! Lagi pun tak berbaloi kalau Pok Nik masuk ICU pasal sakit jantung nanti.. Yang berSORAK-sorai nanti bukannya Ustaz Nasharuddin mahu pun pihak yang menyokong Kerajaan Perpaduan tuh.. Sebaliknya yang kuat BERSORAK bila Pok Nik masuk ICU nanti hanyalah GENG ERDOGAN yang memang mengidamkan Pok Nik padam! KAH!KAH!KAH!

PAS Bincang Isu Nik Aziz Minta Nasharuddin Lepas Jawatan Isnin Ini

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Desakan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Nasharuddin Mat Isa melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Presiden parti kerana menyokong kerajaan perpaduan, dijangka dibincang pada mesyuarat parti itu Isnin ini yang akan dipengerusikan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata beebrapa pemimpin parti itu.

Menurut mereka, Abdul Hadi yang kini berada di London, dijadual pulang Sabtu ini.

Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar berkata beliau memang terkejut dengan kenyataan yang agak keras oleh Nik Aziz terhadap Nasharuddin.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak menganggap ianya adalah satu permulaan perpecahan parti.

Seorang lagi Naib Presiden Pas Salahudin Ayub pula berkata, mengikut tradisi parti, perkara sedemikian akan diputuskan pada mesyuarat parti.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Datuk Taib Azamuddin Md Taib pula berkata beliau yakin pemimpin peringkat tertinggi parti itu mampu menyelesaikan perkara tersebut.

Nik Abdul Aziz hari ini secara terbuka meminta Nasharuddin meletakkan jawatan dalam parti serta sebagai Anggota Parlimen Bachok, jika beliau masih berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau yakin masalah itu mampu diselesaikan dengan bijaksana oleh kepimpinan Pas manakala pemimpin kanan DAP Lim Kit Siang pula berkata beliau akan mendengar sendiri penjelasan berhubung perkara itu daripada Presiden Pas pada mesyuarat Isnin ini.

Di ALOR SETAR, Menteri Besar dan Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Nik Abdul Aziz seharusnya meminta penjelasan daripada Nasharuddin sebelum membuat sebarang keputusan berhubung perkara berkenaan.

"Sebagai ketua, tok guru (Nik Aziz) boleh panggil Nasharuddin, minta penjelasan, tidak boleh buat kesimpulan berdasarkan kenyataan akhbar semata-mata.

"Memang tok guru menentang (kerajaan perpaduan) tapi terlampau awal untuk buat keputusan begini kerana akan timbul kekeliruan dan jadi tidak seronok di kalangan ahli," katanya.

Ketua Pemuda Umno Gua Musang Bazlan Baharuddin berkata kenyataan Nik Aziz itu adalah disebabkan beliau risau penguasaan Pas terjejas di Kelantan.

-- BERNAMA


INSAF-INSAFlah Pok Nik weiii.. Karang kosong pulak DUN Chempaka tuh.. HE!HE!HE!

Kalau tengok berita di atas, ramai pemimpin PAS sendiri terkejut dengan REAKSI keras Pok Nik terhadap Ustaz Nasharuddin.. Untuk pengetahuan Pok Nik dan anda semua, Setakat inilah, difahamkan Ust Nasharuddin hanya 'MENYAMBUT BAIK' terhadap RESPON yang DS Najib beri berhubung dengan Kerajaan Perpaduan.. Ust Nasharuddin hanya kata dia akan menyampaikan kepada Presiden parti aje.. Bila masa pulak Ust Nasharuddin kata dia SETUJU? Nampak jelas Pok Nik tak tau apa-apa pun dan dah kena 'SPIN' dengan Geng ERDOGAN!

Pok Nik nih patut berenti dah berPOLITIK, cukup-cukuplah buat dosa.. Benda betul SALAH pun tak tahu apa dah..

Wallahualam..

Tuesday, June 16, 2009

Seorang anak sepatutnya berdoa agar DOSA bapanya diampunkan, bukan bersama-sama bapanya menambah DOSA!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Secara JUJUR, sekiranya bapa anda juga menghadapi MASALAH seperti bapa Nurul Izzah, sudah tentu anda akan mencuba sebaik mungkin untuk membelanya.. Namun, sebagai orang Islam, anda mungkin terpaksa REDHA sekiranya bapa anda didapati bersalah atau masih lagi mencari masalah hinggakan menyusahkan kehidupan orang lain.. Islam tidak pernah membenarkan umatnya membela sebarang kesalahan yang telah dilakukan walaupun oleh bapa sendiri!

Oleh itu apabila Nurul Izzah mengajak penyokong bapanya agar berdemonstrasi semasa perbicaraan kes LIWAT bapanya tidak lama lagi, nampaknya dia sudah pun meletakkan pertimbangan NAFSU melebihi pertimbangan AKAL hingga kelihatan seolah-olah tidak waras.. Sekiranya perbicaraan di mahkamah pun dipertikaikan, bagaimana lagi bentuk keadilan yang harus dijalankan untuk mengadili bapanya?

http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story2861411.asp

Blog ini ingin sekali meminta kepada para pembaca menyampaikan perkara-perkara berikut kepada UMUM..

1) MAHKAMAH TIDAK PERNAH MEMBEBASKAN BAPA NURUL IZZAH KERANA TIDAK MELAKUKAN KESALAHAN MELIWAT

Di bawah adalah kenyataan mahkamah yang dikeluarkan semasa bapa Nurul Izzah dibebaskan 5 tahun dahulu..

"Even though reading the appeal record, we find EVIDENCE TO CONFIRM that the appellants (Anwar dan Sukma) were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved that the alleged offences as stated in the charge, beyond reasonable doubt".

Untuk makluman UMUM, bapa Nurul Izzah langsung tidak pernah meminta kenyataan mahkamah tersebut dipinda semasa beliau dibebaskan.. Sekarang pun tidak ada sebarang pindaan terhadap kenyataan mahkamah tersebut.. JADI, MEMANGLAH BAPA NURUL IZZAH SEORANG PELIWAT? Hanya Nurul Izzah sahaja boleh tanya kepada bondanya tentang kisah sebenar bapanya..

2) KENAPA NURUL IZZAH TIDAK PERNAH MEMINTA BAPANYA BERSUMPAH MUBAHALAH BAGI MEMBUKTIKAN KEBENARAN?

Di bawah adalah lafaz sumpah 'MANGSA' liwat bapa Nurul Izzah.. Walau apa pun PUTAR BELIT yang cuba dilakukan oleh para Lebai golongan 'ILLUMINATI' yang menjadi kawan-kawan baik bapanya, lafaz sumpah di bawah adalah SAHIH malah menepati kehendak agama Islam.. Jika Nurul Izzah cuba menafikannya, mintalah bapanya melakukan sumpah seperti yang dia kehendakki?

"A'uzubillahi minas syaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

"Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah SWT dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada Allah SWT sehingga ke kiamat. Wallahualam."


Nurul Izzah sepatutnya MALU apabila orang ramai mempertikaikan kenapa bapanya MENYOROK di Kedutaan Turki apabila mangsa LIWAT bapanya membuat laporan polis.. Sekiranya bapa anda dipihak benar, kenapa perlu menyorok? Bapa Nurul Izzah adalah 'public figure' yang jadi kawan baik kuasa besar US, takkanlah ada orang BERANI nak ugutnya? HE!HE!HE!

APA KATA KALAU NURUL IZZAH MERUJUK KEPADA BONDANYA TERLEBIH DAHULU TENTANG KISAH 'TERSEMBUNYI' BAPANYA SEBELUM MENGHASUT ORANG UNTUK BERDEMONSTRASI? TAK PATUT ANDA MELIBATKAN ORANG LAIN KERANA 'KISAH TERLAMPAU' BAPA ANDA! HE!HE!HE!

Wallahualam..

Friday, June 12, 2009

Apabila pemimpin politik kita jadi ''HIDUNG TAK MANCUNG, PIPI TERSORONG-SORONG' dengan Menteri Mentor Singapura..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Blog ini ingin meluahkan rasa MALU teramat sangat dengan sikap para pemimpin POLITIK kita yang begitu terhegeh-hegeh seperti 'HIDUNG TAK MANCUNG, PIPI TERSORONG-SORONG' apabila melihat mereka begitu beriya-iya menyembah seorang bekas PM merangkap Menteri Mentor Singapura yang sepatutnya sudah dikira 'OBSOLETE' dan langsung tidak ada kepentingan kepada negara ini untuk menyanjungnya.. Anda boleh lihat sendiri bagaimana media-media kita begitu GHAIRAH (mungkin dipaksa) memaparkan gambar-gambar pemimpin dan isteri pemimpin menemui Menteri Mentor Singapura ini sebagai 'front page news'..

Sepatutnya para pemimpin ini berasa MALU apabila mantan PM yang kita sanjungi yang juga pemimpin yang pernah mengkritik Menteri Mentor Singapura ini semasa Singapura masih berada dalam Persekutuan Malaysia pada tahun 1964 bersikap SINIS terhadap keGHAIRAHan segelintir pemimpin politik kita yang TERHEGEH-HEGEH menemui Lee Kuan Yew dan menjadikan pertemuan tersebut sebagai satu PUBLISITI MURAHAN menerusi media!

Mahathir tak minat jumpa Kuan Yew

KUALA LUMPUR 11 Jun - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak berminat untuk bertemu dengan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew selain tidak yakin jambatan ketiga Malaysia-Singapura akan menjadi realiti.

Beliau berkata, Kuan Yew tidak meminta untuk bertemu dengannya dan tidak ada sebab bagi pemimpin veteran republik berkenaan untuk berjumpa dengan beliau.

"Ah! tak dak,'' katanya kepada pemberita apabila ditanya mengenai kemungkinan bagi beliau untuk bertemu dengan Kuan Yew yang sedang dalam lawatan lapan hari ke negara ini.

Mengenai jambatan ketiga Malaysia-Singapura pula, Dr. Mahathir berkata, jambatan itu hanya akan menjadi kenyataan jika Malaysia memberikan pasir kepada republik berkenaan.

"Jika kita beri pasir kepada Singapura, kita dapatlah (jambatan ketiga),'' kata beliau selepas melancarkan Penyelenggara Kawalan Jauh Operasi Dasar Laut Sapura Crest Petroleum Berhad pada Pameran Minyak dan Gas Asia 2009 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.

Jelas Dr. Mahathir, Kuan Yew tidak membuat sebarang permohonan untuk bertemu dengan beliau.

"Saya tidak fikir sebab untuk Kuan Yew bertemu dengan saya. Saya bukan sesiapa,'' katanya.

Mengenai pertemuan Kuan Yew dengan pemimpin pembangkang Malaysia, Dr. Mahathir berkata, Menteri Mentor Singapura itu mempunyai pengalaman yang luas.

"Ahli politik Malaysia tidak tahu apa-apa jadi kita kenalah belajar dari Singapura.

"Singapura sebuah negara yang hebat, mereka melabur banyak wang,'' katanya.

Kuan Yew, 85, kini dalam rangka lawatan lapan hari ke negara ini.


Di bawah adalah beberapa URL daripada Utusan Malaysia yang memaparkan beberapa pemimpin politik kita seperti Naib Presiden UMNO dan isteri Presiden UMNO berjumpa dan bergambar dengan Menteri Mentor Singapura ini!Siap jadik berita 'front page' media kita lagi!

1)http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_07.htm

2)http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0611&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm&arc=hive

Kita tertanya-tanya, atas KAPASITI apakah para Naib Presiden UMNO begitu kelihatan begitu terHEGEH-HEGEH nak jumpa beliau? Sejak bila Menteri Mentor Singapura ini memberikan sumbangan kepada perjuangan UMNO?

Kita tertanya-tanya, adakah begitu bermakna perjumpaan '1st lady Malaysia' dengan beliau hingga wajar letak gambar kat muka depan akhbar? Kesemua 4 PM Malaysia terdahulu begitu tegas apabila menjalinkan hubungan dengan Singapork.. PM ke-5 pulak begitu 'MESRA' dengan Singapork melalui perantaraan Menantu dan Level 4 BOYS..

Sedarkah mereka semua ini bahawa Menteri Mentor Singapura begitu bernasib baik kerana mereka begitu terHEGEH-HEGEH untuk berjumpa beliau sedangkan belum tentu Menteri Mentor Singapura ini menerima penghargaan sedemikian rupa di Thailand yang marah dengan aktiviti TEMASEK Holding membeli syarikat-syarikat GLC mereka atau di Indonesia yang mana rakyatnya BENGANG akibat pernah dituduh 'sarang pengganas'!

Atau adakah negara ini sudah pun 'DIPAJAK' atau di'LEASE-Hold'kan kepada Singapura demi membina Jambatan Ketiga menyeberangi Selat Tebrau atau untuk mendapatkan dana bagi membangunkan ekonomi negara ini?

MELAYAN SI KIASU INI KERJA BODOH SEMATA-MATA!!

Wallahualam..

Monday, June 08, 2009

Ada pihak cuba mempermainkan dan menghina institusi diraja kita dengan kisah seperti ini


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Blog ini sebenarnya bukanlah teringin sangat nak mengulas pasal kisah rumah tangga orang lain.. Malah kisah yang dipaparkan berkenaan isteri Tengku Temenggong Kelantan yang melarikan diri daripada suaminya hanyalah kisah yang nyata membodohkan KHALAYAK ramai.. Namun, memandangkan kisah ini 'DIDENDANGKAN' ketika beberapa kerat rakyat negara ini sendiri mempersoalkan kedaulatan raja-raja Melayu, maka nak tak nak kenalah kita mabil tahu.. Tambahan pula, kisah ini seolah-olah merupakan usaha pihak tertentu untuk mengAIBkan institusi diraja di negara ini..

Peguam Manohara tarik diri

Oleh BORHAN ABU SAMAH
borhan.samah@utusan.com.my

JAKARTA 6 Jun - Peguam, OC Kaligis semalam menarik diri daripada mengendali kes Manohara Odelia Pinot (gambar) kerana menganggap bekas model berusia 17 tahun itu tidak serius dengan dakwaan didera oleh suaminya iaitu putera Sultan Kelantan, Tengku Fakhry.

OC Kaligis berkata, Manohara dan ibunya, Daisy Fajarina lebih sibuk menghadiri wawancara di stesen televisyen daripada menjalani pemeriksaan perubatan dan seterusnya membuat laporan polis.

"Dia beritahu saya, waktu di Malaysia dia dipukul, diseterika, dibakar dengan puntung rokok, disuntik dan sebagainya. Tetapi sampai sekarang tidak melaporkannya kepada polis dan belum melakukan pemeriksaan perubatan," katanya.

Menurutnya, beliau merupakan seorang peguam yang profesional dan memang ikhlas untuk membantu Manohara tetapi mereka lebih sibuk membuat jerayawara (roadshow) ke televisyen.

"Ibunya datang bertemu saya dan saya memberi perkhidmatan percuma, tetapi kini saya fikir ibunya main-main dan saya tidak akan terlibat lagi di dalam kes Manohara," tegas OC Kaligis.

Sebelum ini aktivis wanita, Ratna Sarumpaet turut menarik diri daripada membantu Manohara kerana menyifatkan dua anak beranak berkenaan tidak mempunyai bukti bagi menyokong dakwaan mereka.

Beliau berkata, keluarga Manohara harus segera meminta maaf kepada pihak Istana Kelantan, rakyat Malaysia dan masyarakat Indonesia jika tidak mampu memberikan bukti yang kuat atas tuduhan yang dibuat. - Mingguan Malaysia


Mungkin kerana usianya yang masih MUDA dan sekaligus mempamerkan keDUNGUannya, maka anda lihat sendiri bagaimana satu demi satu orang yang bersimpati dengan perempuan ini menarik kembali SIMPATI mereka.. Siapa nak percaya? Mungkin dia berjaya menarik sokongan segelintir puak-puak di Indonesia yang masih mempunyai sedikit 'NOSTALGIA' zaman KONFRONTASI, namun isu begini tidak pun akan menjadi GAH seperti yang diharapkan beliau.. Tambahan pula, isu ini timbul ketika Indonesia menghadapi pemilihan Presiden yang sudah tentunya menjadikan isu-isu TEMPATAN lebih menarik berbanding isu seorang CEWEK kegersangan yang tidak kesampaian..

Apa pun, kita juga berharap agar pihak-pihak yang berkaitan dengan Institusi Diraja di setiap negeri lebih berhati-hati dan tidak keterlaluan mendedahkan kisah rumah tangga masing-masing.. Sekiranya didedahkan, kisah-kisah sebegini hanya menjadi MODAL kepada pihak-pihak yang berkenaan di dalam negara ini yang memang bercita-cita mahu menghapuskan kedaulatan institusi diraja di negara ini.. Bukan rahsia lagi mereka sanggup bersekongkol dengan pihak luar terutamanya dari negara selatan tanah air ini semata-mata untuk memburuk-burukkan institusi diraja negara ini, sekaligus cuba mencemarkan kedaulatan bangsa Melayu di negara ini.. Anda pun patut berfikir kenapa wanita ini hanya melarikan diri apabila Tengku Temenggong Kelantan melawat ayahandanya yang sedang dirawat di sebuah negara di selatan.. Kenapa perempuan ini tidak pun cuba melarikan diri sebelum ini?

Fikir-fikirkanlah secara mendalam..

Wallahualam..

Saturday, June 06, 2009

MUKTAMAR PAS - Husam Musa GIGIT JARI, Malaysiakini panas BONTOT dan UMNO bila mahu belajar?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Blog ini ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Datuk Nasharuddin HJ Mat Isa kerana berjaya mengekalkan jawatan sebagai Timbalan Presiden PAS pada MUKTAMAR kali ini.. Bukan rahsia lagi jawatan Timbalan Presiden PAS menyaksikan pertembungan tiga penjuru dan melibatkan PERTEMPURAN secara langsung dengan kumpulan HAPRAK yang dikenali sebagai 'GENG ERDOGAN' di dalam PAS.. Bukan rahsia lagi hasrat Ketua 'GENG ERDOGAN' dalam PAS bernama Husam Musa ingin menjatuhkan beliau seterusnya meletakkan dirinya sebagai Timbalan Presiden PAS sekaligus menyaksikan keJATUHan PAS kepada DEWATA RAYA PKR!

Alhamdulillah, hasrat beliau tidak tercapai dan beliau hanya mampu menggigit jari dengan keputusan ini.. Strateginya dengan meletakkan 'Ahli terbuang GENG ERDOGAN' bernama Mat Sabu untuk bersama-sama bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS, diharap akan memecah-belahkan UNDI kepada Datuk Nasharuddin.. Namun, usaha tersebut turut gagal kerana mereka berdua masing-masing hanya mampu meraih undi sekitar 281 undi (Husam) dan 261 undi (Mat Sabu)berbanding Datuk Nasharuddin yang meraih 480 undi.. Walaupun ada usaha KUNCU-KUNCU mereka cuba membuat dakyah di blog-blog KONONnnya jumlah undi mereka berdua lebih tinggi, namun hakikatnya mereka berdua adalah LIABILITI yang telah pun dtiolak oleh para perwakilan PAS!

Yang lebih melUCUkan adalah bagaimana portal berita Malaysiakini cuba memomokkkan seolah-olah Husam Musa telah memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS.. Malah, sekarang ini jika anda baca portal tersebut, mereka masih memomokkan KONONnya keputusan pemilihan muktamar PAS menyaksikan masih ramai golongan yang anti dengan usaha beberapa pemimpin PAS untuk menjalinkan hubungan BAIK dengan UMNO.. Difahamkan memang ada beberapa kerat pihak seperti Malaysiakini yang tidak mahu hubungan baik PAS dengan UMNO walaupun dalam KONTEKS DEMI AGAMA ISLAM DAN BANGSA MELAYU.. Almaklumlah, sebagai orang Melayu, anda pun TAHU siapa puak-puak yang berselindung disebalik Malaysiakini!

UMNO seharusnya belajar atau mencontohi bagaimana perwakilan PAS menolak golongan yang berkepentingan atau cuba menjalankan agenda pihak lain dalam parti semasa pemilihan parti mereka.. Ini tidak, habis pesalah POLITIK WANG dipilih dan diletakkan ke jawatan-jawatan penting dalam parti! Ditambah pulak dengan aksi-aksi berkempen dan meraikan kemenangan yang jelas membuat sesiapa yang menyaksikan jadik nak MUNTAH! Bagaimanalah orang nak HORMAT atau mengkagumi UMNO? Bagaimanalah rakyat nak undi UMNO kalau pemilihan UMNO menyaksikan mereka yang 'KOTOR' terpilih sebagai pemimpin parti? PAS berjaya membendung mereka yang cuba menghancurkan prinsip perjuangan parti mereka, UMNO bila lagi?

Wallahualam..

Tuesday, June 02, 2009

Kenapa hanya orang Melayu yang perlu mengingati sejarah bangsa mereka di negara ini?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Blog ini sengaja meletakkan petikan tulisan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia bertarikh 31 Mei 2009 pada bahagian 'header'.. Kekesalan yang dirasakan oleh Awang Selamat dalam tulisannya adalah juga kekesalan Blog ini.. Malah, tak keterlaluan kalau dikatakan bahawa kekesalan Awang Selamat juga adalah kekesalan jutaan rakyat bangsa Melayu di negara ini..Hakikatnya, semakin ramai orang Melayu merasakan hak-hak mereka semakin 'dipencilkan' demi memenuhi kehendak atau NAFSU POLITIK sesetengah pemimpin parti.. Para pemimpin parti politik terutamanya yang berbangsa Melayu bukannya mahu membela nasib bangsa Melayu di tanah airnya ini sebaliknya masing-masing hanya mahu mengukur POPULARITI dengan memperjudikan hak-hak bangsa Melayu - bangsa mereka sendiri!

Kekesalan yang diluahkan menerusi akhbar Bahasa Melayu yang paling berpengaruh di negara ini membuktikan tahap kesabaran orang Melayu sudah pun mencapai tahap maksimum.. Mereka kesal apabila hak-hak yang mereka nikmati selama ini dipersoalkan seolah-olah orang Melayu selama ini dilihat 'MERAMPAS' hak-hak orang bukan Melayu.. Seolah-olah orang bukan Melayu selama ini langsung tak boleh BERNAFAS atau pun beranak-pinak di negara ini.. Malah yang lebih 'MENYAKITKAN HATI' ialah apabila melihat beberapa pemimpin yang mendakwa mereka membela Melayu tetapi dalam masa yang sama berlumba-lumba MENGGADAIKAN KEPENTINGAN MELAYU demi mengejar cita-cita politik mereka.. Habis dipengaruhi generasi muda Melayu dewasa ini agar melupakan asal-usul mereka sebaliknya diajar MENGAGUNGKAN fahaman LIBERALISASI hinggakan agama Islam dan budaya hidup orang Melayu pun hendak diliberalisasikan!

Yang lebih dikesalkan lagi, orang-orang bukan Melayu sudah berani mempertikaikan tindak-tanduk orang Melayu walaupun orang Melayu hanyalah cuba mempertahankan jati diri dan kedaulatan bangsa mereka..

- Anda boleh melihat sendiri bagaimana ada cubaan untuk mengagungkan pemimpin KOMUNIS oleh 'SAHABAT-SAHABAT BAIK PENASIHAT PKR'.. Hakikatnya semua maklum beribu-ribu rakyat negara ini khususnya orang Melayu yang menderita akibat keGANASan KOMUNIS!

- Anda semua patut menilai bagaimana GENG ERDOGAN dalam PAS begitu gila menolak penyatuan bangsa Melayu sebaliknya begitu mengagungkan kerjasama dengan bukan Melayu (semestinya bukan Islam juga) hinggakan orang Melayu yang tidak sependapat dengan mereka dimusuhi secara berterusan.. Lihat sendiri bagaimana ADUN Bukit Lanjan yang mempunyai 'KEHIDUPAN PERIBADI TERLAMPAU' pulak boleh dibela oleh mereka yang mendakwa lebih Islam dari orang lain ini?

- Anda juga patut melihat bagaimana HINDRAF dan mereka yang berSIMPATI dengannya cuba mencetuskan suasana seperti di Sri Lanka dengan melakukan PROVOKASI dan juga FITNAH secara berterusan terhadap orang-orang Melayu yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam seperti polis, tentera dan pekerja di hospital.. Tak percaya? Sila rujuk URL di bawah:-


http://www.mpkapar.com/manikavasagam/posts/kugan-the-second-another-detainee-death-while-under-custody/

Ramai orang Melayu pulak mengharapkan UMNO yang sepatutnya menjadi pejuang dalam mempertahankan orang Melayu.. Sebaliknya para pemimpin UMNO sendiri pulak meminta agar orang Melayu tidak terlampau 'BERNOSTALGIA' dengan hak-hak yang mereka ada selama ini? Anda boleh melihat sendiri bagaimana pemimpin HINDRAF, sebuah pertubuhan yang 'TIDAK KURANG HARAM'nya berbanding Parti Komunis Malaya dan ALMAUNAH boleh dibiarkan bebas membuat provokasi, menghasut dan mencetuskan huru-hara tanpa sebarang SEKATAN oleh kerajaan?

UMNO yang sepatutnya menjaga kepentingan Melayu sudah dicemari dengan perebutan kuasa, tidak ada ETIKA, ahli-ahli yang tidak berdisiplin dan juga amalan POLITIK WANG yang berleluasa hinggakan Ketua Pemuda UMNO sendiri adalah bekas PESALAH POLITIK WANG! Adakah orang Melayu yang diluar UMNO patut dianggap sebegitu bodoh apabila mereka bersuara mengenai kepincangan dalam UMNO seperti yang dinyatakan? Rasanya ramai ahli-ahli UMNO yang buta perut beranggapan sedemikian..

HAKIKATNYA, SEBAHAGIAN BESAR ORANG MELAYU TIDAK PERNAH LUPA DENGAN ASAL-USUL DAN SEJARAH BANGSA MEREKA DI NEGARA INI SEBALIKNYA ORANG-ORANG BUKAN MELAYU DAN SEGELINTIR AHLI UMNO YANG SELALU LUPA! MALANGNYA, ORANG-ORANG MELAYU INI PULAK YANG SERING DISARANKAN UNTUK MENGINGATI SEJARAH?

Wallahualam..

Monday, June 01, 2009

UMNO nak menang di DUN Manek Urai? Boleh.. Ada caranya..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Nampaknya Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan telah bertindak bijak kali ini untuk menghadapi pilihanraya kecil di DUN Manek Urai, Kelantan.. Diharap Ahmad Maslan dan Tok Pa dapat saling bekerjasama untuk membolehkan UMNO menguatkan barisan dan seterusnya kembali memperjuangkan kembali perjuangan asal UMNO..

UMNO selami kesusahan rakyat dalam kempen Manik Urai

01/06/2009 3:01pm

KOTA BAHARU 1 Jun — Tidur di rumah penduduk dan bersama menoreh getah adalah antara pendekatan jentera penerangan Umno bagi menarik sokongan pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri Kelantan Manik Urai dalam kempen menjelang pilihan raya kecil di situ 14 Julai ini.

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan berkata petugas BN perlu merasai susah senang penduduk di situ yang sebahagian besarnya bekerja kampung untuk menambat hati mereka bagi mengundi BN.

“Jentera penerangan Umno dilancar secara rasmi hari ini, dengan tidur di rumah penduduk, dan jentera ini akan merasai susahnya pekerjaan mereka seperti bekerja kampung.

“Ceramah akan tetap diadakan tetapi lebih penting kita bertemu sendiri pengundi dan menerangkan apa pentingnya mereka memilih BN pada pilihan raya kecil nanti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penerangan Umno Kelantan di sini hari ini. - Bernama


Konsep ini sebenarnya sangat dialu-alukan di Kelantan terutamanya di kawasan yang agak terpencil seperti di DUN Manek Urai yang mana nilai 'kekampungan' atau nilai kemasyarakatan masih disanjung tinggi.. Diharap jugak Ahmad Maslan kena selalu mengambil pendapat dan pendekatan yang dilakukan oleh Tok Pa dan bukannya segelintir golongan 'budak-budak mentah' dalam Pemuda UMNO yang tak tahu masuk kampung dan suka merendah-rendahkan orang kampung..

Lebih molek lagi kalau Ahmad Maslan dapat melakukan pendekatan dari sudut keagamaan dan perkhidmatan kepada masyarakat setempat seperti menyediakan perkhidmatan kesihatan secara percuma, kelas tambahan, gotong-royong dan sebagainya.. Alah.. Takat nak buat pendekatan seperti di atas, berapa sen sangat duit UMNO habis? Lagi banyak duit yang dihabiskan oleh ahli-ahli UMNO semasa pemilihan parti yang lepas! HE!HE!HE!

DUN Manek Urai ni bukan calang-calang kawasan.. Sejak 20 tahun lalu, BN hanya pernah menang sekali sahaja.. Hampir 100% pengundinya adalah Melayu Kelantan.. Ini sepatutnya tidak menjadi masalah kepada UMNO yang sememangnya memperjuangkan hak-hak orang Melayu (Tak taula pulak kot-kot dah ubah prinsip perjuangan pulak).. Harapla tak ada SABOTAJ daripada pihak UMNO sendiri yang hanya menyukarkan peluang UMNO menang.. HE!HE!HE!

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS