ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
HE!HE!HE!
Sungguh menarik apabila kita baca penulisan Ketua Pemuda UMNO tentang PPSMI dalam Blognya..
June 23, 2009
Halatuju PPSMI
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, semasa menjawab soalan lisan no. 2 daripada YB Kepong, Dr Tan Seng Giaw, semasa sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat pada pagi tadi menjelaskan bahawa keputusan mengenai halatuju dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan diputuskan awal bulan Julai selaras dengan selesainya kajian menyeluruh mengenainya.
YAB Tan Sri Muhyiddin juga mengakui bahawa pencapaian dasar tersebut, yang telah dimulakan sejak tahun 2003, setakat ini adalah nominal, yakni tidak memberi impak yang besar di dalam penguasaan Bahasa Inggeris mahupun pencapaian Sains dan Matematik. Pandangan yang diutarakan oleh YAB Menteri Pelajaran adalah selari dengan beberapa kajian sebelum ini, termasuklah kajian Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina) dengan kerjasama lapan institusi pengajian tinggi tempatan pada Februari 2009, yang berasaskan sampel dari 553 orang guru dan 15,089 pelajar dari kawasan bandar dan luar bandar, termasuk Sekolah Kebangsaan Orang Asli.
Daripada aspek keupayaan perlaksanaan dasar, kajian tersebut mendapati terdapat ramai lagi guru-guru yang belum layak mengajar subjek Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di mana 39.3 peratus guru (74 orang) Sekolah Rendah dan 25.3 peratus guru (93 orang) Sekolah Menengah gagal dalam Penilaian Tahap Profisiensi Bahasa Inggeris. Dari segi status pelaksanaan PPSMI dan sumbangannya terhadap peningkatan penguasaan dan pencapaian Bahasa Inggeris murid-murid pula, Pembina mendapati:
(i) Sekolah Rendah: Sumbangan dan korelasinya adalah rendah bagi mata pelajaran Sains, iaitu ia hanya berjaya menyumbang meningkatkan Bahasa Inggeris sebanyak 0.7 peratus sahaja. Sementara bagi Matematik, tiada sumbangan terhadap peningkatan Bahasa Inggeris.
(ii) Sekolah Menengah Aliran Sastera: Bagi mata pelajaran Sains dan Matematik sumbangan dan korelasinya rendah. Di mana bagi Matematik hanya berjaya menyumbang peningkatan Bahasa Inggeris sebanyak 1.0 peratus dan 0.6 peratus bagi Sains.
(iii) Sekolah Menengah Aliran Sains: Hanya 2 mata pelajaran sahaja yang menunjukkan ada korelasi dan sumbangan rendah, iaitu Kimia 2 dan Matematik Tambahan. Di mana, jumlah kedua-dua mata pelajaran ini hanya menyumbangkan sebanyak 0.9 peratus, iaitu 0.6 peratus bagi Kimia 2 dan 0.3 peratus bagi Matematik Tambahan.
Kajian Pembina juga mendapati bahawa pelaksanaan PPSMI telah menyebabkan kerugian berganda kepada murid-murid, terutama kepada lebih kurang 75 peratus murid-murid yang tergolong dalam kategori sederhana dan lemah di dalam ketiga-tiga mata pelajaran, iaitu Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Ini dibuktikan dengan analisa sampel terhadap keputusan peperiksaan yang diambil ke atas 5,590 murid tahun 5, kohort 2 (2004) dari 56 buah SK seluruh negara, menunjukkan bahawa pencapaian mereka semakin merosot, malah ada yang dengan drastik merudum apabila mereka naik ke tahun yang lebih tinggi, iaitu di Tahun 2 (2005), Tahun 3 (2006), Tahun 4 (2007), Tahun 5 (2008) dan dijangkakan berterusan di Tahun 6 (2009).
Sehubungan dengan itu, Pemuda UMNO menyambut baik kenyataan yang telah dibuat YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan bahawa keputusan akhir yang jelas mengenai dasar ini akan diumumkan pada awal bulan hadapan. Pemuda UMNO juga bersetuju dengan penjelasan YAB Timbalan Perdana Menteri bahawa pendekatan terbaik bagi penguasaan bahasa adalah dengan menambahbaik pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut, dan oleh sebab itulah Pemuda UMNO menyokong penuh cadangan wajib lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM, dengan syarat adanya tenaga pengajar terlatih dan berkelayakan bagi bahasa tersebut yang cukup bagi memenuhi keperluan pelajar. Kesungguhan ini juga diterjemahkan dengan saranan Pemuda UMNO agar kerajaan menetapkan tahap pencapaian minimum dalam ujian Malaysian University English Test (MUET) bagi kelayakan masuk ke universiti tempatan bagi meningkatkan usaha pelajar meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris mereka.
Bagi Pemuda UMNO, pendekatan dan preskripsi polisi yang sesuai dengan masalah dan cabaran amatlah penting terutama apabila ia menyentuh aspek pendidikan, yang memberi kesan dan impak besar kepada pelajar-pelajar kita. Sesungguhnya, keputusan dan pertimbangan "cost-benefit analysis" halatuju PPSMI ini haruslah ditangani dengan objektif dan menyeluruh kerana ia bukannya untuk mengukir nostalgia lampau tetapi untuk membentuk halatuju dan masa depan modal insan negara. Yang penting dalam isu PPSMI ini adalah kesungguhan YAB Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran untuk membuat keputusan muktamad dalam masa yang terdekat tanpa membuang banyak lagi masa dan tenaga. Jangan kita menganggap pelajar-pelajar kita sebagai bahan eksperimen bagi satu dasar yang jelas mempunyai pelbagai kelemahan yang ketara. Sekiranya Kerajaan yakin dengan beberapa kajian yang telah dibuat, maka buatlah keputusan demi kebaikan masa depan anak bangsa kita.
http://www.rembau.net.my/
Kepada Pemuda UMNO yang baca Blog ini, nampaknya 'BOSS' anda memang HAPRAK dan jenis ambik kesempatan nak cari PUBLISITI murah aje.. Anda yang dalam Pemuda UMNO tuh memang terus akan dipandang HAPRAK selagi berketuakan orang macam nih! KAH!KAH!KAH!
1) Bagaimana dia boleh tau dasar PPSMI telah GAGAL sedangkan 'batch' terawal PPMSI yang bermula dari sekolah rendah belum pun ambik SPM lagi atau masuk Universiti pun?
2) Ikut sedap dia aje pakai nama 'PEMUDA UMNO' kononnya 'PEMUDA UMNO' yang memBANTAH PPMSI? Ini bukan kira salah guna kuasa ke nih? Mungkin ini kira perkara biasa kot dalam Pemuda UMNO? HE!HE!HE!
3) Mungkin ada yang boleh bagi 'BRIEFING' kat dia ni bahawa PPMSI bukannya bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran Bahasa Inggeris? Ye la.. Kot dia saja buat-buat tak FAHAM.. HE!HE!HE!
4) Bila baca sekali lagi, kita nampak macam dia nih pakai nama 'PEMUDA UMNO' untuk 'menekan' TS Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran pun ada jugak.. Terpulanglah bagaimana anda menafsirkan apa yang dia tulis nih.. HE!HE!HE!
5) Akhir sekali.. 'POINT' yang paling 'POWER' kita nak tanya..
KETUA PEMUDA UMNO NIH PERNAH KE BERSEKOLAH KAT MALAYSIA NIH? KAT MANA DIA SEKOLAH RENDAH? KAT MANA DIA SEKOLAH MENENGAH? KAT REMBAU? KAH!KAH!KAH!
KETUA PEMUDA UMNO NIH DAH BELAJAR DALAM 'SUASANA PPMSI' LEBIH DAHULU SEBELUM DASAR PPSMI DILAKSANAKAN DI MALAYSIA! SERONOK GILER LE DIA 'KENCING' ANDA SEMUA TERUTAMANYA YANG DALAM PEMUDA UMNO TUH! KAH!KAH!KAH!
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment