DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Sunday, August 02, 2009

Tahap 'KETELUSAN dan KEJUJURAN' kerajaan kita dalam TIGA PERKARA


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

KETELUSAN dan KEJUJURAN..

Itulah JANJI Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat.. Itulah juga kehendak rakyat yang memilih Barisan Nasional untuk menerajui kerajaan di negara ini.. Setakat manakah Kerajaan Barisan Nasional mengamalkan KETELUSAN dan KEJUJURAN dalam pentadbiran mereka untuk melaksanakan AMANAH rakyat? Setakat manakah pula rakyat telah berTOLERANSI dengan tahap KETELUSAN dan KEJUJURAN yang telah ditunjukkan oleh Kerajaan Barisan Nasional? Blog ini sengaja menimbulkan dua ISTILAH di atas khusus untuk mengetahui tahap KETELUSAN dan KEJUJURAN Kerajaan Barisan Nasional berhubung dengan TIGA PERKARA DI BAWAH:-

1)KENAIKKAN KADAR TAMBANG KENDERAAN PENGANGKUTAN AWAM YANG MEMBEBANKAN RAKYAT

Apabila kerajaan mengumumkan kenaikkan tambang beberapa kenderaan pengangkutan awam baru-baru ini, jelas sekali keputusan tersebut dilakukan secara tergesa-gesa, tidak mementingkan kesusahan rakyat dan dilihat seolah-olah cuba melindungi kepentingan mereka yang 'CARI MAKAN' melalui parti-parti dalam Barisan Nasional khususnya UMNO! Kenapa kita kata sedemkian? Kerana masih banyak kenderaan pengangkutan awam seperti BAS dan TEKSI khususnya di Lembah Kelang yang menyediakan PERKHIDMATAN pada tahap kualiti yang amat BURUK seperti di bawah:-

-> Pemandu TEKSI enggan mengambil penumpang walaupun TEKSI kosong
-> Pemandu TEKSI enggan menggunakan METER TEKSI
-> Pemandu TEKSI enggan membawa penumpang ke DESTINASI mereka
-> Pemandu BAS tidak pernah menepati masa untuk mengambil penumpang di perhentian BAS
-> Pemandu BAS tidak beretika dan memarahi penumpang sesuka hati
-> Pemandu BAS memandu secara BAHAYA dan menyalahi undang-undang

Jelas sekali tindakkan Menteri terbabit menaikkan tambang kenderaan pengangkutan awam adalah IKUT SEDAP HATI MAK BAPAK DIA dan dilihat seolah-olah cuba melindungi kepentingan beberapa pihak yang 'CARI MAKAN' melalui partinya seperti menerusi pemilikkan PERMIT TEKSI dan BAS.. Kita tidak hairan sekiranya Menteri terbabit memperSETANkan pandangan rakyat, Persatuan Pengguna, Biro Pengaduan Awam, laporan akhbar dan lain-lain pihak yang memBANTAH keputusan menaikkan tambang ini.. Kalau tidak, masakan Menteri terbabit pernah dipanggil 'THE HATCHET MAN' oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir?

Kepentingan SIAPA agaknya yang hendak diselamatkan dengan menaikkan TAMBANG kenderaan pengangkutan awam ini? Sepatutnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia cuba-cubalah SIASAT siapakah Menteri yang pernah diserahkan fail laporannya oleh Tun Dr. Mahathir sendiri namun sebaliknya tidak pernah dilakukan sebarang SIASATAN?

2)PENJUALAN SAHAM BERNAS KEPADA WANG TAK CO.LTD DARI HONG KONG

Tidak mustahil untuk dinyatakan bahawa pembelian 31% saham BERNAS oleh syarikat yang tidak dikenali bernama WANG TAK CO.LTD dari Hong Kong adalah akibat dasar liberalisasi yang diperkenalkan.. Setakat yang diketahui, identiti syarikat terbabit masih MISTERI dan tidak jelas siapa yang berada di belakang syarikat terbabit.. Pemilikan 31% saham asing dalam syarikat yang mengawal bekalan BERAS negara ini sangatlah menakutkan dan kita hairan bagaimana selepas apa yang berlaku terhadap saham Pantai Holdings dan Telekom Malaysia, kepimpinan negara kita masih bertolak-ansur dalam soal ini..

Malah, kita juga hairan modus-operandi untuk menjual saham-saham syarikat-syarikat strategik negara seolah-olah tidak dikawal.. Sedangkan menurut Dato Kadir Jasin dalam BLOGnya, penyiasatan perlu dilakukan kerana perbuatan ini menyalahi peraturan penyenaraian di Bursa Malaysia sendiri..

http://kadirjasin.blogspot.com/2009/07/pemilikan-asing-manifestasi-dasar.html

Sekiranya pihak Bursa Malaysia, Kementerian Kewangan, Suruhanjaya Sekuriti dan Bank Negara boleh terlepas pandang kes-kes sebegini, siapa lagi yang kita boleh AMANAHkan dan HARAPkan untuk menjaga syarikat-syarikat negara kita daripada terlepas menjadi 'bahan jualan' kepada pemilikan asing? Kenapa sejak dari kes penjualan Pantai Holding dan MV Augusta lagi kerajaan dilihat 'KEBERATAN' untuk mendedahkan DALANG yang melakukan perbuatan sebegini? ADAKAH INI JUGA PERBUATAN MEREKA YANG 'CARI MAKAN' MELALUI PARTI POLITIK DALAM BARISAN NASIONAL KHUSUSNYA UMNO?

3)TAHAP KESERIUSAN WABAK H1N1 DI NEGARA KITA

Setakat pada masa BLOG ini ditulis, sudah 6 orang telah meninggal dunia di negara kita akibat menjadi mangsa wabak SELSEMA BABI atau H1N1.. Malah, dilaporkan setakat ini sudah lebih seribu orang di negara ini menghidapi penyakit ini tanpa mereka sedar kenapa atau punca mereka mendapatnya.. MALANGnya, sekali lagi kita tidak nampak tahap keSERIUSan kerajaan dalam menghadapi wabak ini..

Asalnya wabak ini bukanlah berpunca dari negara ini pun.. Malah penghidap pertama wabak ini adalah seorang pelajar Malaysia yang pulang dari New York, USA.. Dengan kata lain, kita sebenarnya membuka pintu seluas-luasnya untuk wabak ini disebarkan dan 'MEMBIAK' di Malaysia.. Malah, kalau dibandingkan dengan negara-negara lain di Asia Tenggara, rasanya negara kitalah yang paling TERUK sekali dilanda wabak H1N1 ini.. Namun, kerajaan kita dilihat tidak berusaha bersungguh-sungguh mengawal malah menyerahkan 100% kepada rakyat untuk menjustifikasi apa yang perlu dilakukan bagi menghadapi wabak ini..

Di saat negara lain mengadakan KUARANTIN dan saringan terhadap penduduk secara besar-besaran, kerajaan kita pula dilihat bertindak sebaliknya dengan mengamalkan sikap 'SUDAH TERKENA BARU BERTINDAK'.. Sepatutnya kerajaan mengadakan usaha untuk mencegah penyebaran wabak ini secara BESAR-BESARAN.. Malah kerajaan melalui Kementerian Kesihatan sepatutnya bekerjasama dengan pihak-pihak swasta untuk menjalankan usaha mencegah dan membasmi wabak yang amat berBAHAYA ini..

Namun, apakan daya.. Agaknya usaha menyambut 100 hari pemerintahan DS Najib Tun Razak dilihat lebih penting daripada usaha mencegah penyebaran H1N1!!

Dengan merujuk kepada TIGA PERKARA di atas, adakah kerajaan dilihat masih mengamalkan KETELUSAN dan KEJUJURAN atau sekadar 'RHETORIK' semata-mata?

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS