ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
HE!HE!HE!
ROSAK!ROSAK!..
Inilah akibatnya kalau isu pendidikan seperti PPSMI diPOLITIKkan dan kemudian dijadikan MODAL pulak oleh orang POLITIK untuk memPROMOSIkan dirinya sendiri.. Akibatnya habis kenyataan yang dikeluarkan menjadi caca-marba dan mengelirukan dirinya sendiri.. Orang lain semua FAHAM dan jelas kenapa pembelajaran PPSMI diperlukan, namun disebabkan perasaan HASAD dan DENGKI orang politik tertentu, sebaik mana pun sesuatu dasar dia tetap nak UBAH demi menJAYAkan hasrat BUSUKnya!
3 juta murid rugi jika teruskan PPSMI
PERTH 8 Ogos - Dianggarkan tiga juta murid akan keciciran dalam penguasaan bahasa Inggeris jika dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak dimansuhkan.
Ketika menjelaskan sebab kerajaan tidak meneruskan dasar itu kepada 1,000 pelajar Malaysia di sini malam tadi, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pemansuhan itu mengambil kira ketidakupayaan majoriti murid menguasai bahasa Inggeris semasa mengikuti dua subjek berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri turut menarik perhatian mengenai kunjungannya ke sebuah sekolah di Senawang, Negeri Sembilan sebelum ini dengan melihat sendiri praktis pembelajaran PPSMI di sebuah kelas di situ.
''Apabila guru menyoal dalam bahasa Inggeris, pelajarnya tidak faham dan setelah ditanya apakah bahasa yang dia ingin ditanya, jawab pelajar itu adalah lebih mudah dalam bahasa Malaysia.
''Jadi, kalau pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menggunakan bahasa ibunda mereka untuk PPSMI, mengapa pula sekolah kebangsaan perlu menjawab dalam bahasa Inggeris," katanya.
Beliau yang dalam lawatan kerja lima hari ke Australia mengadakan pertemuan dengan pelajar Malaysia di Pusat Pameran Konvensyen Perth (PCEC).
Menurut Muhyiddin, beliau menyedari keputusan memansuhkan PPSMI itu bukan tindakan popular.
''Namun, kita kena fikirkan masa depan 500,000 pelajar. Kalau dalam setahun, sebahagian tidak faham langsung, maka dalam tempoh enam tahun sahaja, jumlahnya mencapai tiga juta murid.
''Kalau hendak diteruskan juga, anda boleh bayangkan akan hasilnya dan ia tentu beri kesan buruk kepada Malaysia.
''Saya tahu ada pihak menyatakan keputusan ini (mansuhkan PPSMI) tidak popular sebab sebilangan kata mampu ikut tetapi (realitinya) sebahagian besar pelajar tidak mampu," katanya. - MINGGUAN
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0809&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm
HE!HE!HE!
TS Muhyiddin kalau dah rasa telah terbuat KERJA BODO dalam isu pemansuhan PPSMI nih baik mengaku aje la..
TS Muhyiddin cakap macam tu kat depan pelajar kita kat Australia, SEDAR ke tak bahawa rakyat Australia tu semua belajar SAINS dan MATEMATIK dalam Bahasa Aborigine ke?
Kita memang tahu itu ajela tahap keCERDIKkan orang UMNO untuk memberi penjelasan pasal soal pemansuhan PPSMI.. Tak adanya nak tunjukkan keCERDIKkan mereka dengan memberi alasan yang MUNASABAH, sebaliknya makin ditunjukkan lagi kedangkalan, keDUNGUan dan keBUSUKkan hati mereka, ada la! Awal-awal lagi alasan pemansuhan PPSMI jelas menyeleweng..
PPSMI BUKANNYA UNTUK BELAJAR BAHASA INGGERIS SEBALIKNYA MEMPELAJARI SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS SEBAGAI MEDIUM UNTUK MENGUASAI KEDUA-DUA ILMU INI DALAM MENGHADAPI ERA GLOBALISASI!
Seperti yang dinyatakan dalam petikan akhbar, TS Muhyiddin sendiri mengakui pendekatan pemansuhan PPSMI bukannya pendekatan POPULAR.. Malah bantahan mula disuarakan oleh ibu-bapa daripada merata-rata tempat dalam negara ini.. Namun, kerana ini pemansuhan PPSMI ini adalah HASRAT BUSUK segelintir pihak dalam UMNO, maka diteruskan jugak..
Malah kita patut tanya balik kepada TS Muhyiddin dengan merujuk kepada CONTOH pelajar di sekolah di Senawang tersebut.. Adakah TS Muhyiddin YAKIN bahawa pendekatan belajar Bahasa Inggeris Kesusateraan ala-ala Shakespeare mampu menjadikan pelajar yang dinyatakan dalam contoh di atas dapat menguasai Bahasa Inggeris?
Malah, beBALOIkah kerajaan berBELANJA sehingga RM5 bilion untuk mengajar kesusasteraan Inggeris sebagai ganti PPSMI termasuk dengan menggaji guru-guru 'IMPORT' dari luar negara? Sila rujuk URL di bawah..
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/BeritaUtama/20090710011243/Article
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment