DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, October 07, 2009

Ahli PKR diperBODOHkan oleh Penasihat PKR, ahli UMNO pulak diperBODOHkan oleh Ketua Pemuda UMNO sendiri? KAH!KAH!KAH!


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Antara perkara yang meMALUkan bila kita jadi orang POLITIK ialah kita saling mendedahkan KEBURUKKAN orang lain sementara orang lain pun sibuk mendedahkan KEBURUKKAN kita.. Tambah lagi BURUK ialah bila satu PIHAK yang cuba mendedahkan KEBURUKKAN orang lain tidak sedar KEBURUKKAN dirinya sendiri pun 2X5 jugak!! Inilah dia perangai JELIK Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang KONONnya cuba berlagak HERO dengan usahanya cuba mendedahkan salah laku Penasihat PKR..

Siasat dakwaan Nalakarupan

PORT DICKSON - Pergerakan Pemuda UMNO menggesa polis menyiasat dakwaan bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S Nalakarupan bahawa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mempunyai pelbagai sumber kewangan sebanyak RM3 bilion.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, memandangkan akuan berkanun yang disebut oleh Nalakarupan telah lama, tetapi perkara tersebut tidak harus dilupakan kerana ia berkaitan dengan sumber kewangan Anwar.

Menurutnya, ia perlu disiasat dengan secepat mungkin kerana tuduhan seumpama itu tidak boleh dibiarkan begitu lama tanpa sebarang jawapan.

“Pemuda akan membuat laporan polis dan mendesak siasatan dan tindakan diambil dengan kadar segera kerana kita perlu tunjukkan kepada rakyat setiap aduan yang buat ada susulannya.

“Tuduhan yang diperkatakan itu berkaitan dengan sumber kewangan penasihat PKR itu, oleh itu ia perlu disiasat dengan segera,” katanya kepada media selepas melawat Bilik Gerakan Pemuda di Kampung Sri Rusa, semalam.

Beliau berkata demikian merujuk kepada kenyataan Nalakarupan yang disiar dalam akhbar tempatan baru-baru ini berhubung dakwaan yang Anwar mempunyai pelbagai sumber kewangan yang besar.

Kata Khairy, ia juga pernah didedahkan oleh bekas Penolong Gabenor Negara, Datuk Abdul Murad Khalid sebelum ini.

Khairy berkata, dalam akuan berkanun yang dibuat oleh Nalakarupan pada tahun 1999 mendakwa Anwar mempunyai RM3 bilion yang disimpan dalam beberapa `master accounts’.

Menurutnya, ia adalah tuduhan berat dan tambahan pula akuan berkanun itu dibuat oleh Abdul Murad menyebabkan banyak pihak kini bertanya apakah hasil siasatan pihak berwajib.

“Semua pihak ingin mengetahuinya sama ada tuduhan itu betul atau tidak, jika ia betul apakah hasil siasatan yang dijalankan.

“Kita perlu ingat bahawa kenyataan itu datang daripada kawan baik Anwar, sudah tentu maklumat yang diperolehi itu boleh dipercayai,” katanya.

Sementara itu, Khairy menyeru agar semua pihak dalam Barisan Nasional bekerja keras bagi memberikan kemenangan kepada calon BN dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

“Kita perlu tunjukkan kebangkitan sambil tidak melupakan pengundi yang berada di DUN Bagan Pinang ini,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story5209475.asp


HE!HE!HE!

Kalau BAB cari PUBLISITI MURAHAN, memang takde sesiapa pun dalam dunia ini boleh mengalahkan Ketua Pemuda UMNO PESALAH POLITIK WANG ini!

Wei Ketua Pemuda UMNO! Kenapa setelah 10 tahun berlalu baru ko nak mainkan ISU ini kembali? Kenapa masa ko jadik Naib Ketua Pemuda UMNO dan semasa ko menjadi 'MENANTU BABAH'kesayangan, tak pernah sekali pun ko menyebut hal ini? Kenapa sekarang pulak ko begitu ghairah seolah-olah macam la ko tuh BERSIH sangat? Apa yang ko nak BUKTIkan? Ko tuh lebih BERSIH dari Penasihat PKR? KAH!KAH!KAH!

Wei Ketua Pemuda UMNO!Ko patut tengok asal-usul ko tuh sendiri.. Siapa yang akan KENAL ko tuh kalau bukan ko menjadi 'MENANTU BABAH'kesayangan semasa Pak Mertua ko tuh jadik PM?

- SIAPA NAK BAGI KO PINJAMAN BERJUTA-JUTA RM UNTUK BELI SAHAM ECM LIBRA SEDANGKAN KO MASA TUH BUKAN ADA KERJA TETAP PUN?

- SIAPA NAK LANTIK KO JADIK TIMBALAN PRESIDEN FAM SEDANGKAN KO PUNYA MY-TEAM PUN MERUGIKAN DAN MENGHANCURKAN MUTU BOLA SEPAK NEGARA?

- SIAPA NAK PERCAYA KO TUH BERSIH SEDANGKAN SEMUA MAKLUM KAWAN-KAWAN KO YANG DIKENALI SEBAGAI 'LEVEL 4 BOYS' TUH DAH BANYAK MENGHABISKAN DUIT RAKYAT MELALUI KONSULTAN JUAL SAHAM GLC NEGARA DAN PROJEK-PROJEK YANG TAK MASUK AKAL?

- SIAPA NAK PERCAYA KO TUH BERSIH SEDANGKAN KO MENANG JAWATAN KETUA PEMUDA UMNO PUN SETELAH TERBUKTI BERSALAH DALAM POLITIK WANG OLEH BADAN DISIPLIN UMNO SENDIRI?

- SIAPA NAK PERCAYA KO TUH TAKDE KAITAN DENGAN PENASIHAT PKR SEDANGKAN KO LAH YANG TERHEGEH-HEGEH JADIK BALACI PEMBAWA PASSPORT KEPADANYA DAHULU?

Kita tahu orang UMNO terutamanya dalam Pemuda UMNO tuh bukannya ada OTAK sangat pun nak fikirkan seBERSIH mana Ketua Pemuda UMNO nih.. Tu pasallah banyak kali KALAH pilihanraya sebelum ini.. Kat Bagan Pinang pun dia cuma nak 'take credit' aje dengan isu macam ni..Dah jenis 'BEROK' muka tak tahu malu, nak kata macam mana?

WEI! APA DAH JADI DENGAN ISU PENGUNDI HANTU KAT PERMATANG PASIR? DAH JUMPA KE BELUM? KAH!KAH!KAH!

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS