ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Keputusan pilihanraya DUN Bagan Pinang sudah pun diUMUMkan.. TS Isa sudah pun diumumkan sebagai pemenang.. Seperti yang sedia maklum, PAS telah KALAH yang sebahagian besarnya disebabkan oleh keLEMAHan mereka sendiri.. KeLEMAHan PAS yang paling ketara ialah apabila rakyat dapat menilai bagaimana mereka sanggup 'MENJUAL' hak-hak orang Melayu dan Agama Islam semata-mata kerana ingin bekerjasama dengan DAP dan PKR.. Orang Melayu boleh berSABAR apabila ada pemimpin mereka menyalahgunakan kuasa atau terlibat dengan sebarang dosa.. Namun, orang Melayu tidak sekali-kali akan membiarkan hak-hak mereka disentuh oleh bangsa lain sesuka hati..
Dengan merujuk kepada PRK Bagan Pinang, Tun Mahathir dilihat cuba menyampaikan sesuatu yang tersirat disebalik yang tersurat.. Walaupun calon UMNO menang, Tun Mahathir dilihat kurang senang kerana calon UMNO yang menang adalah belas pesalah politik wang yang telah pun diHUKUM.. Malah, Tun Mahathir telah pun memberikan peringatan bahawa jangan ada yang mendakwa walaupun mereka jelas terlibat dengan rasuah, tidak salah jika dicalonkan.. Setakat manakah UMNO memandang serius peringatan Tun Mahathir ini? Setakat manakah ahli-ahli UMNO yang sedang berhimpun di PWTC ketika ini?akan membicarakan dengan jelas penolakkan terhadap POLITIK WANG?
SOUND BITES - BAGAN PINANG
By Dr. Mahathir Mohamad on October 13, 2009 2:31 PM | Permalink | Comments (3) | TrackBacks (0)
1. Saya gembira kerana saya salah dalam masalah calon bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang. Saya percaya Barisan Nasional akan menang walau siapa pun jadi calon, tetapi mungkin kemenangan yang tidak sebaik 2008. Tetapi kemenangan yang diperolehi oleh Isa (bukan ISA) amatlah mengkagumkan.
2. Tetapi saya berpendapat ada baiknya jika kajian yang mendalam dibuat berkenaan dengan sebab-sebab kemenangan yang luar biasa ini tercapai.
3. Jangan pula ada yang mendakwa walaupun mereka jelas terlibat dengan rasuah, tidak salah jika dicalonkan, bahkan jika mereka dilantik menjadi Menteri Kewangan.
http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/10/sound-bites---bagan-pinang.html#comments
KeTEGASan Tun Mahathir terhadap kesalahan POLITIK WANG bukan sesuatu yang boleh dipermainkan.. Sebahagian besar rakyat sedang menilai sejauh mana UMNO bergerak untuk membersihkan parti mereka dari gejala ini.. Setakat ini, cuma seorang sahaja yang masih BELUM MEMBERSIHKAN DIRINYA DARI POLITIK WANG.. Beliau didapati bersalah oleh Badan Disiplin UMNO sendiri namun masih belum diHUKUM? Malah dibenarkan bertanding pulak tu? Tidak perlulah kita sebut nama siapa si polan tersebut kerana rakyat UMUM semua mengetahuinya.. Rakyat sebenarnya masih menuntut kejujuran UMNO dalam membanteras POLITIK WANG..
- Kalau Pehimpunan Agung UMNO kali ini sekadar mengungkit cerita untuk bercakap besar di Bagan Pinang setelah KALAH 7 kali, harap hentikanlah..
- Kalau setakat menjemput Tun Mahathir ke perhimpunan tetapi langsung tidak cuba menghayati saranan dan iltizam beliau untuk membanteras POLITIK WANG dalam UMNO, bersedialah untuk tersungkur dalam pilihanraya umum..
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment