DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, October 05, 2009

Sudah-sudahlah Pok Nik weii.... Berhentilah 'MEMESONGKAN' pemahaman tentang Islam..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kalau anda orang Islam, anda seharusnya berasa GUSAR dengan segala macam 'FATWA' yang dikeluarkan sesuka hati oleh Pok Nik, MB Kelantan yang terkenal dengan sifat pemakan GAJI BUTA! Kita juga sebenarnya hairan dengan sikap JAKIM, Majlis Fatwa Kebangsaan dan jugak pertubuhan-pertubuhan Islam di Malaysia yang mengambil sikap menyepi atau SENYAP bila keluarnya 'fatwa-fatwa' SONGSANG Pok Nik ini.. Sikap ini hanya menyebabkan orang tua nih semakin GALAK dan TERANGSANG untuk mengeluarkan 'fatwa' sesuka hatinya sedangkan 'fatwa' tersebut jelas bermotifkan POLITIK dan dikeluarkan mengikut MUSIM atau terhadap individu tertentu..

Kalau kita ikuti setiap 'FATWA' yang dikeluarkan dari mulut orang tua nih, kita akan dapati Pok Nik nih bukan sahaja dah melebihi tahap para Rasul, malah dah sampai tahap Tuhan dah pasal dia mampu tentukan siapa masuk SYURGA dan NERAKA atau mengHARAMkan apa yang HALAL dan sebaliknya..

Kita tidak hairan kenapa sebegitu ramai golongan muda dalam PAS dan juga di universiti-universiti yang mudah terpengaruh dengan apa yang keluar daripada mulut Pok Nik.. Ini kerana soal pendidikan dan pemahaman Islam terhadap golongan muda di negara ini tidak lebih sekadar untuk LULUS PEPERIKSAAN sahaja.. Sedangkan pendidikan tentang ugama Islam seharusnya meliputi semua cara hidup untuk mencapai kesejahteraan di dunia dan akhirat.. Inilah yang dikatakan Islam itu sebagai AD-DEEN atau satu bentuk cara hidup yang berlunaskan hukum-hakam yang Allah SWT tetapkan..

Apabila anda mengajar agama Islam sekadar untuk lulus peperiksaan kepada golongan muda, anda akan dapati pengamalan terhadap apa yang dipelajari oleh mereka sangatlah LEMAH.. Ditambah pulak dengan tahap keIMANan yang nipis, mereka akan tercari-cari pedoman dan inilah yang menyebabkan mereka tersalah pilih orang seperti Pok Nik untuk mencari PEDOMAN HIDUP.. Kita sering mendengar tentang golongan muda kita terpengaruh dengan gejala sosial seperti BLACK METAL,PUNK, DADAH, REMPIT, AJARAN SESAT dan sebagainya.. Sebenarnya pengikut Pok Nik jugak sepatutnya diKATEGORIkan setaraf dengan pengamal gejala-gejala SOSIAL tersebut..

Pok Nik beruntung sebenarnya kerana dia mengeluarkan 'fatwa-fatwanya' di Malaysia.. Dia juga tahu sekiranya dia mengeluarkan 'fatwa' seperti ini di negara-negara seperti Mesir, Arab Saudi, Iran, Yaman atau Pakistan, dah lama dah orang tua nih pendek umur.. Almaklumlah, anda pun tahu apa akibatnya jika 'fatwa' yang anda keluarkan bertentangan dengan apa yang umat Islam di sana amalkan.. Kecenderungan Pok Nik untuk mengeluarkan 'fatwa' ialah mungkin kerana TAKSUB dengan apa yang dipelajarinya di Madrasah Islam di Deoband, India.. Sedangkan, pada zaman ini pembelajaran tentang Islam di sana bukan lagi menjadi pilihan jika anda ingin mendalami agama Islam..

Dalam usia yang semakin lanjut, kita tidak nafikan seharusnya kita memberi penghormatan kepada Pok Nik.. Namun, Pok Nik jugak seharusnya sedar tentang usia dan jugak tahap kesihatan beliau.. Sebagai umat Islam, kita percaya semua manusia akan diHISAB dan ditimbang amalannya di dunia ini selepas mati.. Malah ini seringkali diperingatkan oleh Nabi SAW.. Seharusnya Pok Nik memperbanyakkan amalan dan ibadat selaras dengan tuntutan Islam.. Malah, lebih kurang beliau mengeluarkan 'fatwa-fatwanya' terhadap individu tertentu, lebih selamat untuk beliau menghadapi hari-hari tuanya..

SEBAGAI UMAT ISLAM, KITA HANYA MAHU MENGINGATKAN POK NIK SAHAJA.. SALING INGAT-MENGINGATI.. TAK TAHULAH KALAU POK NIK BOLEH MENGELUARKAN 'FATWA' AGAR DIA DIMASUKKAN TERUS KE SYURGA TANPA SEBARANG HISAB!!

Wallahualam..

2 comments:

Anonymous said...

Orang tua macam ni tak harus dilayan dengan bahasa yang indah, ianya harus dilayan begini. Anak haram jadah yang dah nak mampos ni harus dihumban kedalam kandang babi kerana ianya setaraf, semua cakap yang keluar dari mulutnya sama seperti jeritan babi yang hendak dicucuk untuk makanan cina DAP dan Anwar Ibrahim serta kuncu2 dalam PKR dan PAS.

bat69

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

En. bat69,

Kita sedar perangai BURUK orang tua tuh.. Namun, janganlah pulak kita jadi sepertinya.. Contoh terbaik untuk menghadapi perangai BURUK orang tua tuh hendaklah dengan cara yang berHEMAH seperti Tok Pa (DS Mustapha Mohamed) lakukan..

Penyakit BURUK orang tua nih pasal dia terlampau dipengaruhi oleh golongan ERDOGAN dalam PAS.. Golongan nih yang sememangnya JAHIL tentang Islam dan berfungsi hanya untuk mengHANCURkan PAS dari dalam sebagaimana KJ menghancurkan UMNO dari dalam..

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS