DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Tuesday, May 29, 2012

'FIRAUN & HAMMAN' di Kelantan 'POW' duit RAKYAT untuk buat LEBUHRAYA ke untuk PILIHANRAYA?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

KAH!KAH!KAH! LEBUHRAYA? Lebai-Lebai DUNGU PAS tahu ke apa yang diMAKSUDkan dengan LEBUHRAYA? Tahu ke? Sedangkan JALAN raya sekitar Kelantan pun banyak berLUBANG kerana takde FULUS untuk 'MAINTENANCE', Lebai-Lebai DUNGU ni dah berANGAN untuk memBINA LEBUHRAYA 4 lorong dari Kuala Krai ke Machang, Kelantan? Sedangkan Lebai-Lebai DUNGU ni dah memBUKTIkan bahawa diri mereka ini SPESIS tak boleh pegang DUIT sama macam mereka tak boleh tengok WANITA cantik.. Semua nak SAPU aje..

Pernah tak seSIAPA tanya kat Lebai-Lebai DUNGU ni ke manakah PERUNTUKAN Kerajaan PUSAT sebanyak RM600 juta untuk bekalan AIR Kelantan diSONGLAPkan? Itu PERUNTUKAN zaman Tun Dr. Mahathir lagi tuh? ->KLIK<-

Hari ini tiba-tiba aje Pok Nik 'ALAIHISSALAM' dah berANGAN nak bina LEBUHRAYA bernilai RM1.8 bilion tuh.. Apabila diTANYA dari manakah sumber KEWANGAN untuk memBIAYAi pemBINAannya, Pok Nik hanya mengatakan,

"Kita yakin dapat melaksanakan projek bernilai RM1.8 bilion ini walaupun tidak sepenuhnya melalui sumbangan rakyat," ->KLIK<-

Itulah KATA Pok Nik semasa MAJLIS pecah TANAH KONONnya untuk pemBINAan LEBUHRAYA tersebut.. Sekadar MAKLUMAN, ini bukannya kali PERTAMA Pok Nik meLAKUkan MAJLIS pecah TANAH untuk projek-projek yang GAH sebegini.. Banyak kali dah.. KeBANYAKkannya berAKHIR dengan pecah TANAH aje la.. Kalau ada yang SIAP pun pasti projek tersebut akan berMASALAH seperti Bazar Tok GURU yang SEMPIT tu.. Selanjutnya, Pok Nik dengan 'EKSYEN'nya berKATA,

"Pembinaannya berkonsepkan wakaf di mana kos pembinaan serta penyelenggaraannya dibiayai sebahagian daripada dana hasil sumbangan derma dan wakaf oleh rakyat dan syarikat swasta, termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC),"

Dengan KATA lain, kalau projek ni tak SIAP dalam masa 3 TAHUN seperti yang diKELENTONGnya, Pok Nik dan Lebai-Lebai DUNGU PAS yang lain tak perlulah berTANGGUNGJAWAB, tak gitu? Almaklumlah, ini kan projek hasil derma orang AWAM? Jadik ke tak jadik, BELAKANG kira..

KONONnya semasa MAJLIS pecah TANAH tuh Pok Nik menyumbangkan RM5 ribu, GLC NEGERI pulak RM1 juta dan ada syarikat KRONI PAS bagi RM100 ribu.. AIK? Baru RM1,105,000? Sangatlah SEDIKIT untuk memBIAYAi KOS pemBINAan sebanyak RM1.8 bilion? TEMPOH projek pulak 3 TAHUN, jadik 1 BULAN memerlukan RM50 juta! Siapa yang begitu BENGONG nak DERMA sebanyak itu setiap bulan? Kalau takat SPONSOR KEK hari jadi untuk DIRInya atau SPONSOR dia pergi HAJI, boleh la!


Kalau Kerajaan NEGERI menanggung sePENUHnya KOS pemBINAan tersebut, mampukah Kerajaan NEGERI mengelakkan DIRI daripada MUFLIS sedangkan Kerajaan NEGERI sendiri menyatakan mempunyai BAJET DEFISIT tahun 2012? Ini semua 'SIMPLE calculation' aje Pok Nik! Nak KELENTONG siapa? ->KLIK<-

Cukup-cukuplah KELENTONG orang Pok Nik oii..! Dah NAMPAK macam FIRAUN pulak dah Pok Nik nih.. RAKYAT Kelantan masih ingat lagi keGAGALan projek jambatan PALEKBANG di Tumpat yang sekarang cuma ada TUGU 'BATU NESAN' untuk Pok Nik dan Lebai-Lebai DUNGU PAS yang sewaktu dengannya!


Kalau Pok Nik adalah FIRAUN, siapa pulak 'Menteri HAMMAN'nya kalau bukan dia nih? Dia inilah ARKITEK Lebai-Lebai DUNGU PAS yang hanya PANDAI bentangkan projek atas KERTAS tapi senyap SUNYI bila projek-projek tersebut LUNYAI satu demi satu! Lepas tuh kerjanya SALAHkan UMNO pulak?


Kenapa Pok Nik TIDAK berterus-terang aje bahawa Pok Nik sebenarnya memperGUNAkan projek LEBUHRAYA ini untuk mengutip DERMA atau 'POW' DUIT RAKYAT Kelantan bagi tujuan PRU-13? Cakap aje la macam tuh terus-terang? Bukan RAKYAT Kelantan tak KENAL 'Menteri HAMMAN' tuh yang akan mengGUNAkan NAMA Pok Nik untuk 'POW' DUIT RAKYAT Kelantan melalui projek-projek atas KERTAS sebegini? Dah berpuluh TAHUN dah 'Menteri HAMMAN' tuh jual KELENTONG atas nama Pok Nik.. Kenal sangat-sangat dah..

Wallahualam..

2 comments:

Anonymous said...

Wah mantap penerangan tu. Sesuai untuk binatang 2 ekor tu.

Perlu di ingatkan projek jambatan PALEKBANG di Tumpat yang sekarang cuma ada TUGU 'BATU NESAN' tu sangat lah merbahaya.

Nanti nanti ada orang angkong 4 nombor ekor sebab kelihatan dari gambar amat menyeramkan.

Boleh juga N.ajis panggil orang DAP atau PKR semayang hantu kat situ. Taruk limau dan di cucuk colok.

Hari tu pun semua dah praktis pegang lilin.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Pengiraan yang diNYATAkan berSUMBERkan dari HARAKAH seperti yang di'LINK'kan di dalam 'PSOTING' tersebut..

Lebai-Lebai DUNGU PAS nih kalau KATA BODO MATEMATIK kang MARAH.. Tapi bila TULIS dalam HARAKAH, budak TADIKA pun tau diorang nig tak RETI mengira!

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS