DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, May 14, 2012

NAK tahu tak kenapa Pok Nik MEROYAN mahukan BERSIH 4.0 diADAkan?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Apa? Pok Nik 'ALAIHISSALAM' suruh ANJURkan BERSIH 4.0 pulak dah? Tu dia.. SEMANGAT betul orang TUA tuh.. Macam le batang TUBUH dia ada semasa BERSIH 3.0 hari tuh.. Ada sesiapa NAMPAK dia 28 April hari tuh? ->KLIK<- data-blogger-escaped-a="">

Ini le dia SPESIS PERANGAI macam IBLIS.. MengHASUT orang lain PANDAI tetapi diri sendiri MALAS nak ambil BAHAGIAN.. TAKUT tak pasal-pasal TUMBANG masa RUSUHAN tuh, habis le PELUANG nak MAKAN GAJI BUTA lagi! Jadik, untuk memBOLEHkan dia KEKAL sebagai MB peMAKAN GAJI BUTA, kenalah timbulkan keBENCIan kepada UMNO/BN sepanjang MASA.. Nanti tak ada la orang PEDULI dia jadik MB 22 TAHUN tuh buat KERJA ke TIDAK!

Namun demikian, TUJUAN sebenar Pok Nik nak sangat orang meRUSUH sepanjang MASA kerana dia sendiri meRASAkan keDUDUKannya semakin terANCAM dek keBANGKITan RAKYAT.. Mungkin Pok Nik terLUPA bahawasanya setiap perbuatan MANUSIA itu ada HADnya.. Semakin lama Pok Nik berTAKHTA dan menZALIMi orang samada secara SENGAJA (Ladang RAKYAT) atau TIDAK SENGAJA (GAGAL memBERI bekalan air BERSIH walaupun dah berJUTA RM diKEBAS!), pasti ada BALASannya.. Sedangkan FIRAUN pun Allah SWT HANCURkan, apatah lagi Pok Nik yang cuma diAMANAHkan KUASA sekejap aje?

Kenapa kita KAITkan ARAHAN Pok Nik untuk mengANJURkan BERSIH 4.0 pasal dia meRASAkan KUASAnya sebagai orang POLITIK terANCAM? Mudah aje.. Pok Nik sendiri TAKUT dengan perHIMPUNan orang RAMAI kerana dia FOBIA dengan keJATUHan PAS semasa tahun 1977 dahulu.. Sebab itulah Pok Nik cukup RISAU apabila orang RAMAI mula berHIMPUN seperti berikut di Kelantan.. Dia TAKUT dia jugak akan diJATUHkan oleh orang RAMAI seperti mana PEMIMPIN PAS diJATUHkan semasa RUSUHAN RAKYAT Kelantan pada tahun 1977.. Itu sebabnya dia mengHASUT agar BERSIH 4.0 diADAkan untuk 'COVER LINE'..

PerHIMPUNan RAKYAT Kelantan seperti berikut sebenarnya memBUATkan Pok Nik menjadi FOBIA takut RAKYAT Kelantan meRUSUH macam tahun 1977..

1) CERAMAH Datuk Hassan ALI ~ Tarikh: 29/2/2012, Lokasi: Pintu Geng, Kota Bharu


"Pada 29 Februari lepas, Hasan Ali telah disambut hangat oleh ramai penyokong Pas sewaktu datang menyampaikan ceramah di Pintu Geng, Kota Bharu. Dianggarkan hampir 20,000 rakyat Kelantan berasak di majlis Hasan Ali untuk mendengar sendiri pendapatnya walaupun beberapa hari sebelum itu, jentera propaganda Pas bertungkus lumus memprojekkan imej buruk terhadap Hasan Ali selain mengaitkan majlis ceramah Hasan Ali itu sebagai ceramah anjuran UMNO." ->KLIK<- data-blogger-escaped-a="">

2) LAWATAN DS Najib ~ Tarikh: 4/5/2012, Lokasi: Pusat Sivik, Gua Musang


"NAJIB disambut 30 ribu orang ramai ketika tiba untuk merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik, di Gua Musang, semalam. Datuk Seri Najib Razak mengajak rakyat Kelantan bangkit dalam satu barisan untuk melakukan perubahan besar terhadap kehidupan dan pembangunan di negeri itu. Perdana Menteri berkata, rakyat Kelantan harus memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk melakukan perubahan kerana selama ini negeri itu jauh ketinggalan." ->KLIK<- data-blogger-escaped-a="">

3) CERAMAH Datuk Hassan ALI ~ Tarikh: 12/5/2012, Lokasi: Stesen KTM, Pasir Mas


"Hampir 10000 penduduk seluruh Kelantan memenuhi Dataran Kereta Api Pasir Mas, sempena Majlis Penerangan Nasional Melayu Islam, di pekarangan Stesen Kereta Api Pasir Mas, malam semalam. Majlis anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) ini, dihadiri Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali. Bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hasan Basri dan Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Ali turut serta dalam majlis ini." ->KLIK<- data-blogger-escaped-a="">

4) LAWATAN DS Rosmah ~ Tarikh: 9/5/2012 Lokasi: SMK Tanah Merah 1


"Karnival Rakyat Parlimen Tanah Merah yang diadakan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanah Merah 1 di sini hari ini meriah dengan kehadiran lebih 25,000 rakyat pelbagai peringkat umur dan kaum. Karnival berkenaan yang diadakan bersempena lawatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ke negeri ini, turut dimeriahkan dengan persembahan kumpulan pelawak popular tanah air, Osbon." ->KLIK<- data-blogger-escaped-a="">

HE!HE!HE! Yang No.4 tu tiada KAITAN pun dengan POLITIK.. Namun demikian, kalau 'EVENT' yang diHADIRi DS Rosmah pun boleh cecah 25 ribu PENGUNJUNG, ingat Pok Nik yang GILA dok suruh orang meRUSUH tuh tak SAKIT HATI ke? Mungkin bila-bila UMNO, PERKASA, JATI dan MTRK beKERJASAMA buat perHIMPUNan RAKSASA kat Kota Darul NAIM atau Pulau Melaka? Saja bikin GEMPAK kasi orang TUA nih masuk WAD CCU kat HUSM Kubang Kerian?

Pok Nik patut TAHU kenapa setiap Nabi dan RASUL itu diWAFATkan.. Kenapa? Kerana para Nabi dan RASUL jugak FITRAHnya adalah MANUSIA.. Cumanya para Nabi dan RASUL begitu ISTIMEWA kerana mereka menegakkan ajaran Allah SWT yang diWAHYUkan secara langsung oleh-NYA! Apakah Pok Nik meRASAkan dirinya lebih ISTIMEWA hingga begitu ANGKUH dan memandang RENDAH terhadap mereka yang seAGAMA dengannya? Apakah Pok Nik meRASAkan hanya dia aje yang BETUL sedangkan REALITInya HARAM tak pernah pun terBUKTI dia di PIHAK yang BENAR? Sudah-sudah le Pok Nik.. ZAMAN kamu dah berAKHIR!

Wallahualam..

1 comment:

Anonymous said...

hassan ali seorang ceramah dah hampir menarik crowd dkt 20k..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS