DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, January 14, 2013

Dah jangka pun perkara ini akan berlaku tapi dah UMNO /BN sendiri buat PEKAK..



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Apakah HIMPUNan Shamsidar Sabtu LEPAS diLIHAT mengancam keDUDUKan Kerajaan UMNO/BN? TIDAK bukan? Malah, RAMAI yang KETAWA berguling-guling apabila memBANDINGkan keGANASan BERSIH 3.0 dengan HIMPUNan Shamsidar.. Dengan KATA lain, mereka terpaksa mematuhi Akta PerHIMPUNan AMAN yang diBENTANGkan oleh Kerajaan UMNO/BN kerana TIDAK mahu diLIHAT GANAS seterusnya mengAKIBATkan mereka keHILANGan UNDI pada PRU-13 nanti.. Apakah SENARIO sedemikian meRUGIkan UMNO/BN? Sudah tentu TIDAK.. RAKYAT meLIHAT UMNO/BN yang menjaga kePENTINGan mereka sekarang ini..

Jadik, apakah yang akan mengGUGAT UMNO/BN atau PM DS Najib pada PRU-13 nanti? Apakah PR mampu lagi menJUAL KELETONG KONONnya mereka akan MENANG jika berLAWAN satu LAWAN satu dengan calon UMNO/BN pada PRU-13? Itu kita tengok kemudian.. Yang NYATA, walaupun HIMPUNan Shamsidar TIDAK lebih macam kelompok RAKYAT turun memBELI-BELAH di MUSIM peRAYAan, ada lagi BAHAYA yang lebih BESAR sedang diRENCANAkan terhadap UMNO/BN dan tentunya kePIMPINan DS Najib.. BAHAYA ini bukan datang dari LUAR sebaliknya dari DALAM.. BAHAYA ini TIDAK dijangka dan dah LAMA ada dalam UMNO/BN..

Apakah BAHAYA tersebut? BAHAYA yang diMAKSUDkan ialah apabila seseorang yang diLIHAT menDAPAT keUNTUNGan dan keMEWAHan daripada JAWATAN dalam Kerajaan PUSAT tiba-tiba 'CORNER' baring dan MENIKAM pulak UMNO/BN.. CONTOHnya seperti TINDAKAN seorang yang diKATAkan KETUA Pakar EKONOMI Bank ISLAM yang tiba-tiba membuat kenyataan POLITIK terhadap UMNO/BN.. Sedangkan semua MAKLUM bahawa Bank ISLAM itu sendiri diTUBUHkan melalui DASAR Kerajaan UMNO/BN dan tentunya 'MALAUN' itu jugak mendapat JAWATAN sedemikian kerana DASAR Kerajaan UMNO/BN jugak.. Patut ke? ->KLIK<-

Inilah BAHAYA yang sebenarnya sudah LAMA wujud tetapi DS Najib dan kePIMPINan UMNO/BN sendiri TIDAK dapat berbuat apa-apa.. Ye la.. DASAR Kerajaan UMNO/BN sebelum kePIMPINan DS Najib telah menyaksikan RAMAI 'DADDY' kasi 'GENERATION' yang berOTAK LIBERAL dan KONON-KONONnya mereka aje lah yang belajar di luar NEGARA meMASUKki agensi Kerajaan PUSAT dan GLC-GLC.. Kita jugak pernah menyebutnya dalam BLOG ini.. ->KLIK<-

Ya.. Mereka inilah TALAM beRATUS MUKA yang akhirnya akan menjadi MUSUH kepada UMNO/BN seterusnya akan berusaha menJATUHkan Kerajaan UMNO/BN..

Jika anda LIHAT balik PROFIL diri mereka, sudah tentu anda akan dapati mereka ini amat menJELIKkan.. Malah, naik LOYA melihatnya.. Nak TAHU kenapa?

- Mereka BUKANlah GENERASI yang terpaksa berJALAN KAKI di tengah PANAS untuk ke SEKOLAH.. 

- Mereka jugak BUKANlah GENERASI yang terpaksa bertukar UNIFORM setahun sekali seperti keBANYAKkan orang lain..

- Mereka jugak BUKANlah GENERASI yang terpaksa ke sana ke mari mengHANTAR 'RESUME' untuk mendapat peKERJAan.. 'DADDY' masing-masing dah siap LOBIkan JAWATAN lagi!

Kenapa mereka ini berBAHAYA kepada UMNO/BN? BAHAYAnya mereka ini ialah kerana PEMIKIRAN LIBERAL mereka.. Mereka TIDAK KISAH pun jika NEGARA hancur.. Yang PENTING ialah keDUDUKan dan keMEWAHan yang mereka NIKMATi hari ini KEKAL walau siapa pun menjadi kerajaan.. TIDAK kisahlah RAKYAT MARHAEN lain menDERITA sekalipun dek PENIPUan puak-puak PR asalkan diri mereka terJAMIN dan mampu pulak berLAGAK PANDAI dalam keBODOHan sendiri!

Apakah UMNO/BN memPUNYAi BUKTI bahawa 'DADDY' kasi 'GENERATION' ini akan menyokong UMNO/BN pada PRU-13 nanti? TIDAK ada pun.. Malah, seperti CONTOH yang diTUNJUKkan oleh KETUA Pakar EKONOMI Bank ISLAM ini, dia TIDAK MALU pun untuk memBURUKkan Kerajaan UMNO/BN hari ini dalam FORUM di luar NEGARA.. Ye la.. Mana mungkin dia merasa perlu terHUTANG BUDI kepada UMNO/BN kerana bagi dirinya, UMNO/BN adalah PLATFORM untuk keMEWAHan.. Dengan keDUDUKan yang PENTING dalam GLC-GLC atau agensi kerajaan, dia rasa BEBAS memBURUKkan UMNO/BN demi kePENTINGan POLITIK puak-puak PR!

Kenapa mereka ini jadik begini? Anda patut TAHU bahawa puak-puak PR yang berOTAK LIBERAL sudah lama menDEKATi golongan sebegini.. Malah, keBODOHan UMNO/BN menerima mereka dan menempatkan mereka dalam agensi-agensi kerajaan dan GLC-GLC menyebabkan mereka berMAHARAJALELA di dalamnya.. Mereka TIDAK perlu pun rasa MALU untuk berSIKAP BURUK kerana RAKYAT akan menyalahkan UMNO/BN yang memBERIkan keDUDUKan kepada mereka.. Jika dikenakan TINDAKAN, mereka akan berPALING pulak kepada puak-puak PR dan menDEDAHkan pulak keLEMAHan agensi-agensi yang mereka pernah berada sebelum ini sebagai MODAL POLITIK.. Jadik, apa yang tinggal untuk UMNO/BN?

Mereka jugak meMAINkan PERANAN dalam memBURUKkan agensi-agensi dan GLC-GLC di mana mereka bekerja.. Segala keLEMAHan ini akan diSALURkan kepada puak-puak PR untuk dijadikan INTIPATI CERAMAH.. Jika ada agensi atau GLC yang diURUSkan dengan BAIK, mereka akan SABOTAJ pulak dari dalam.. Lihat apa yang berlaku kepada FGV.. Bukankah FGV tuh diSABOTAJ dari dalam? Bayangkan pulak berapa RAMAI lagi golongan sebegini dalam GLC-GLC lain? Bayangkan pulak kalau ada di kalangan mereka ini berada dalam UMNO/BN atau mendapat JAWATAN melalui POLITIK WANG semasa pemilihan UMNO yang lepas? Dapatkah diBAYANGkan keMUSNAHan yang akan mereka LAKUkan sebaik sahaja PARLIMEN diBUBARkan nanti? 

Mereka bukan sahaja meMILIKki MAKLUMAT DALAMan agensi dan GLC yang akan dijadikkan MODAL POLITIK, mereka jugak telah meRANCANG STRATEGI untuk seperti TEORI DOMINO untuk JATUHkannya.. Itu belum lagi PERANAN mereka dalam menyalurkan SUMBER kewangan tanpa HAD kepada puak-puak PR.. Bayangkan kalau DANA-DANA HARAM dari ZIONIS Neo-CON disalurkan oleh agensi atau GLC-GLC yang diKUASAi mereka? Pernah tak UMNO/BN menyiasat perkara ini? Bagaimana pulak yang menjadi PEGAWAI Kerajaan atau pun yang berJAWATAN dalam HIERARKI kePIMPINan UMNO/BN? Apakah mereka RASIONAL untuk meNILAI sumbangan UMNO/BN selama ini terhadap RAKYAT dan NEGARA?

Wallahualam.. 

3 comments:

Anonymous said...

sy sgt bersetuju... cr la org muda yg betul2 nak berkhidmat. cer tanya gaji mamat ni brapa?? dah tentu bleh bayar gaji org lain 4-5 bln. mmg ramai pun org mcm ni dlm glc

Anonymous said...

Bagus dan Syabas atas tulisan yang jujur ikhlas dan berterus terang. Semangat penulisan macam ni perlu diterapkan lagi. Berkata benar walaupun pahit. Kita bukan NIK Aziz yang sudah tinggi hikmatnya cakap flip-flop pun air kaki masih ampuh.

Tapi perlu nak tambah sikit golongan ni bukan dalam GLC sahaja. Perati-perati juga Jabatan-jabatan kerajaan atau badan-badan yang bebas seperti suruhanjya-suruhanjaya. Yang saya ada ragu-ragu sikit la Pejabat Peguam Negara dan SPRM.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Ya, kita MENULISnya begini kerana kita sendiri sedang/PERNAH beKERJA dengan orang macam ini.. WUJUDnya golongan begini kerana semakin RAMAI di kalangan kita sendiri yang LUPA asal-usul dan AGAMA sendiri..

Inilah masalahnya bila DS Najib terSALAH melihat golongan MUDA yang diTAJA oleh 'DADDY' masing-masing sebagai CONTOH sedangkan masih RAMAI yang jauh lebih HEBAT dan TULUS berBAKTI kepada NEGARA.. Kita MOHON supaya apa yang kita TULIS ini dapat diSAMPAIkan kepda DS Najib..

Wallahualam..

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS