DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, January 16, 2013

Di manakah TWITTER dua PEMIMPIN UMNO/BN ini untuk KES 'LISTEN.. LISTEN.. LISTEN..' dari PEMIMPIN PKR seperti ini?



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

SeWAJARnya RAMAI pihak mengUCAPkan SYABAS kepada Puan Sharifah yang mengUCAPkan "LISTEN.. LISTEN.. LISTEN.." dalam FORUM 'Seiringkah Mahasiswa dan Politik' di UUM.. Selain BERJAYA memPOPULARkan dirinya sendiri, Puan Sharifah jugak BERJAYA memPOPULARkan PERKATAAN tersebut di dalam MEDIA Internet.. Puan Sharifah TIDAK perlu pun RISAU dengan apa yang telah diUCAPkannya terhadap MAHASISWA PSM itu.. Dah memang MENTALITI puak-puak PR yang akan mem'PROVOKE' kemudiannya menyebarkan PROVOKASI itu menerusi MEDIA Internet untuk TONTONan RAMAI bagi memBURUKkan UMNO/BN!

Baiklah, itu SKRIP "LISTEN.. LISTEN.. LISTEN.." VERSI seorang MAHASISWA PSM terhadap seorang PANELis FORUM.. Bagaimana pulak dengan SKRIP "LISTEN.. LISTEN.. LISTEN.." VERSI kePIMPINan PKR yang begitu KEMARUK nak beKUASA seperti dalam dua KLIP YouTUBE ini? Bukan "LISTEN..LISTEN..LISTEN.." ke yang diSEBUT oleh PEGUAM PKR ini yang jugak pernah diDAKWA membuat AKUAN BerSUMPAH PALSU oleh Rahimi OSMAN untuk mengelirukan KES 'MenJUBOR' Penasihat PKR? ->KLIK<-

Cuba anda LIHAT MINIT ke 0:40 dalam KLIP YouTUBE ini.. Bukan ke keDENGARan "LISTEN.. LISTEN.. LISTEN.." jugak oleh BETINA PKR yang MEROYAN sampaikan budak SEKOLAH tengah buat AKTIVITI pun jadik MANGSA? Siapa yang lebih 'PATHETHIC' kalau diBANDINGkan dengan Puan Sharifah di UUM? KAH!KAH!KAH!


Nak lagi? Jugak SPESIS BETINA PKR yang SAMA cuma kali ini SASARANnya ialah Pegawai Kerajaan.. Cuba anda TELITI balik bagaimana diHINAnya Pegawai Kerajaan yang menJALANkan TUGAS tuh? Rasanya KES bagaimana BETINA PKR ini MEROYAN tak tentu hujung PANGKAL telah pun diULAS oleh juruBLOG lain.. Oleh itu, kita CADANGkan agar anda meng'GOOGLE' kan sendiri untuk tahu KISAHnya.. Kesian jugak dengan para Pegawai Kerajaan ini yang diHINA mereka..


Baiklah, kalau dalam ISU Puan Sharifah, bukan main lagi dia diHENTAM dan diKUTUK menggunakan MEDIA Internet.. Seperti kita KATAkan sebelum ini, ISUnya sudah menjadi MELERET-LERET hinggakan UMNO/BN yang tak ada kena-mengena pun SENGAJA diPALITkan SAMA.. Malah, kita jugak HAIRAN kenapa 2 'MALAUN' dalam UMNO/BN sendiri turut sama MELATAH serentak dengan puak-puak PR yang kita TAHU sememangnya nak memBURUKkan UMNO/BN dalam apa perkara sekalipun.. Kalau begitu, bagaimana pulak dalam 2 KES YouTUBE di atas?

Ya.. Kita jugak ingin TAHU apakah 2 'MALAUN' dalam UMNO/BN yang kita MAKSUDkan itu ada menyuarakan BANTAHan mereka seperti mana mereka menyuarakan BANTAHan terhadap Puan Sharifah itu yang jelas takde kena-mengena pun dengan UMNO/BN? Ada ke mereka GUNAkan TWITTER mereka untuk tujuan begitu bagi memBELA INDIVIDU yang diHINA oleh BETINA PKR dengan "LISTEN.. LISTEN.. LISTEN.."? Ada tak? Tak ada bukan? Jelaslah di sini bahawa kedua-dua 'MALAUN' UMNO/BN ini sememang berHASRAT untuk meMALUkan dan meROSAKkan sendiri keMAJUan yang UMNO/BN telah CAPAI selama ini untuk meMENANGi hati RAKYAT..

Wallahualam..

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS