DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, February 13, 2013

ISU peMILIKkan SAHAM KFC jadi BUKTI bagaimana DS Najib akan diSABOTAJ oleh beberapa PEMIMPIN Pemuda UMNO pada PRU-13?



ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Rasanya SEMUA maklum kenapa Kerajaan UMNO/BN di bawah PM ke-5 TUN Dollah diTOLAK dengan DAHSYATnya para PRU-12 lalu.. Walaupun cuba diNAFIkan dengan ALASAN KONONnya berlaku SABOTAJ oleh ahli-ahli UMNO/BN sendiri, HAKIKATnya PENOLAKKAN itu berlaku kerana RAKYAT cukup MELUAT dengan MENANTUnya dan RAKAN-RAKAN 'LEVEL 4 Boys'nya yang buat NEGARA nih macam PUSAKA Tok NENEK diorang.. Sebenarnya, mereka itulah yang menSABOTAJ Kerajaan UMNO/BN dengan mengGUNAkan keLEMAHan PM ke-5 yang terlalu SAYANGkan MENANTUnya.. Hari ini, SEJARAH seakan berULANG lagi..

ISUnya berHUBUNG dengan peMILIKkan SAHAM KFC Holdings yang diKATAkan akan berALIH tangan daripada JOHOR Corp (JCorp) kepada CVC Capital melalui PIHAK ketiga iaitu TRIPPLE Plate yang diKATAkan diKUASAi oleh seorang EXCO Pemuda UMNO yang jugak diKENALi UMUM sebagai SALAH seorang 'LEVEL 4 Boys'.. Ini telah diDEDAHkan berMATI-MATIan oleh BLOG Sanggah Tok Janggut dan diSAHUT pulak oleh BLOG lain seperti HOUSE PK dan GAP.. ->KLIK<-


Setiap juruBLOG yang mengikuti perKEMBANGan ISU ini ada pandangan masing-masing.. Begitu jugak kita.. Kalau BENAR apa yang diDEDAHkan oleh BLOG tersebut, ianya sangat meNGERIkan.. Ini mengINGATkan kita balik kepada KISAH bagaimana SAHAM beberapa GLC kita seperti Pantai Holdings dan Telekom Malaysia di'TRADE-IN' dengan TEMASEK Holdings dari Singapura kemudian diBELI balik oleh Khazanah NASIONAL pada HARGA yang lebih TINGGI.. Ada pihak yang KENYANG dengan KOMISEN atas urusniaga ini.. Kalau DULU pihak itu diKATAkan ETHOS Consultant, kali ini TRIPPLE Plate! 

IRONInya, baik ETHOS Consultant mahupun TRIPPLE Plate, kedua-duanya adalah ENTITI yang berKAIT secara langsung dengan EXCO Pemuda UMNO tersebut yang jugak RAKAN akrab kepada 'BOSS' Pemuda UMNO peSALAH POLITIK WANG tuh.. NAMPAK sangat ini bukanlah sesuatu yang boleh diKATAkan sebagai 'ACCIDENTALLY' atau keBETULan.. Kena pulak dengan detik-detik akhir pemBUBARan PARLIMEN.. TIDAKkah ianya sesuatu yang diRANCANG untuk meMALUkan UMNO/BN dan menJATUHkan UMNO/BN di Johor? Ada BAIKnya DS Najib dan TS Muhyiddin TIDAK terlepas pandang perkara ini..

Tentunya anda masih INGAT lagi di Thailand bagaimana RAKYAT Thai memBERONTAK dan meRUSUH apabila PM mereka Thaksin menJUAL SAHAM syarikat TELEKOMUNIKASInya kepada TEMASEK Holdings.. RAKYAT Malaysia jugak pernah meLAKUkan perkara yang SAMA pada PRU-12 lalu.. BUKTInya, NEGERI Johor menyaksikan peRATUSan UNDI ROSAK terTINGGI pada PRU-12.. Johor yang meRUPAkan kubu UMNO/BN boleh menyaksikan UNDI ROSAK sehingga menCECAH RATUSan RIBU? SEMUAnya kerana ANGKARA keROSAKkan oleh MENANTU BABAH dan RAKAN 'LEVEL 4 Boys'nya terhadap NEGERI Johor..

Selain itu, kita jugak meLIHAT pengLIBATan EXCO Pemuda UMNO itu yang jugak SPESIS 'TAK pernah merasa SUSAH' ini sebagai USAHA untuk SABOTAJ penCAPAIan DS Najib yang memulihkan UMNO/BN selepas perALIHan KUASA.. Sebelum kita pernah menyatakan dalam BLOG ini tentang KISAH 'PerJANJIan PASSPORT'.. Apakah anda SEMUA sudah LUPA? 'BOSS' Pemuda UMNO peSALAH POLITIK WANG tuh telah 'BerLAKON' sebagai pegawai IMIGRESEN dengan mengHANTAR PASSPORT kepada Penasihat PKR apabila dia diBEBASkan dari JEL Sungai Buloh.. Apakah anda RASA itu sememangnya TUGAS untuk dia tanpa ada MUSLIHAT? Fikir-fikirkan..

Satu lagi yang anda patut NAMPAK pengLIBATan 'LEVEL 4 Boys' ini dalam ISU sebegini selalunya akan mengUNTUNGkan Singapura.. JCorp menguasai KFC bukan sahaja di NEGARA ini malah di Singapura jugak.. Jika peMILIKkan SAHAM KFC ini BERJAYA, diFAHAMkan ada kepentingan Singapura dalam CVC Capital tuh.. Sebelum ini pun kita LIHAT Singapura jugak yang UNTUNG dalam ISU penJUALan SAHAM GLC kepada TEMASEK Holding, ISU pemBINAan LCCT Labu, pemBATALan Jambatan Bengkok dan lain-lain.. NAMPAK tak sekarang KIBLAT 'LEVEL 4 Boys' ini ke mana? Mereka nih patut diGANTUNG kerana 'TREASON' terhadap NEGARA!


JCorp adalah keBANGGAan RAKYAT Johor.. Kalau nak diBANDINGkan dengan PMBK di Kelantan yang diTUBUHkan KHUSUS untuk anak-beranak Pok Nik 'ALAIHISSALAM', JCorp yang sebelum ini diTERAJUi oleh TS Ali HASHIM ini nyata lebih MAJU.. Namun demikian, apakah MALANGnya RAKYAT Johor kerana UMNO/BN menerusi EXCO Pemuda UMNO ini yang jugak RAKAN akrab kepada 'BOSS' Pemuda UMNO peSALAH POLITIK WANG tuh sanggup mengKHIANATi RAKYAT Johor dengan mengGADAIkan satu demi satu ASET JCorp? RAKYAT Johor seharusnya BERANI menyatakan perkara ini kepada DS Najib tanpa menunggu MB Johor yang LUNYAI macam Pok Nik tuh berbuat demikian..

Wallahualam..  

No comments:

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS