DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Monday, May 13, 2013

Untuk perhatian DS Najib - 'PerJANJIan PASSPORT' dan MISI meROSAKkan UMNO dari dalam sudah hampir BERJAYA..


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita ingin berTANYA kepada ahli-ahli UMNO seRAMAI 3.4 JUTA orang ini.. Perlukah keSALAHan diLETAKkan kepada bahu DS Najib atas penCAPAIan yang kurang memBERANSANGkan pada PRU-13 kali ini? Pada kita sebagai PEMIMPIN sebuah NEGARA, DS Najib telah berUSAHA KERAS untuk menerajui UMNO/BN bagi meMENANGi PRU-13.. Malah, sebagai PEMIMPIN UMNO pulak DS Najib diLIHAT berjaya menebus sedikit kerusi UMNO kepada 88 daripada 120 kerusi PARLIMEN yang diTANDINGi.. Namun demikian, REPUTASI DS Najib sedikit terCALAR sebagai PENGERUSI BN Selangor kerana GAGAL menawan NEGERI ini..

Kita jugak diFAHAMkan SOKONGan pengUNDI MUDA kepada DS Najib jugak TIDAK begitu meBERANSANGkan walaupun DS Najib dilihat MESRA dengan mereka.. Dalam KONTEKS ini, kenapa agaknya 'BOSS' Pemuda UMNO TIDAK diSALAHkan kerana GAGAL menarik sePENUHnya pengUNDI MUDA menyokong UMNO/BN? Bukankah segala dasar DS Najib seperti GTP, ETP, BR1M, PR1MA dan banyak lagi memBERIkan pengKHUSUSan kepada pengUNDI MUDA? Ini jugak ialah SOALAN yang patut diTANYAkan kepada 'BOSS' Pemuda UMNO.. Apa yang nyata, Pemuda UMNO menjadi PLATFORM untuk memPROMOSIkan dirinya aje!

Jika anda mengKAJI kepada segala DASAR DS Najib sejak dia menjadi PM, NAMPAK jelas dia meLETAKkan kePENTINGan generasi MUDA lebih UTAMA.. Namun demikian, takkanlah DS Najib jugak yang kena turun PADANG untuk berJUMPA dan menJELASkan DASARnya itu kepada pengUNDI MUDA? Apa gunanya 900 RIBU lebih ahli-ahli Pemuda UMNO? Apakah keSEMUA mereka ini hanya diGERAKkan untuk pemilihan UMNO bagi tujuan 'KEBAJIKAN' 'BOSS' mereka? Inilah keCENDERUNGan yang kita NAMPAK dalam Pemuda UMNO terUTAMAnya sejak PRESTASI UMNO/BN kurang memBERANSANGkan pada PRU-13 kali ini..

Sejak KEPUTUSAN PRU-13 diUMUMkan minggu lepas, 'BOSS' Pemuda UMNO diLIHAT cuba memPROMOSIkan dirinya sendiri secara terBUKA untuk masuk ke dalam KABINET DS Najib - Sesuatu yang tak pernah pun berlaku dalam UMNO! 


Apa dah jadik nih? Dah KEMARUK sangat ke nak jadik PM sebelum UMUR 40 TAHUN? Atau dia cuba 'REVENGE' kerana perLETAKkan JAWATAN bapa MERTUA yang menjadi PM sebelum DS Najib? Yang menolak bapa MERTUAnya bukanlah DS Najib pun sebaliknya hampir seluruh RAKYAT menolaknya pada PRU-12 lalu! Itu pun kerana dia jugak yang berMAHARAJALELA berSAMA 'LEVEL 4 Boys'nya!

Sebelum ini kita dah SEBUT bahawa keSILAPan terBESAR DS Najib ialah GAGAL meLAKSANAkan pemilihan UMNO mengGUNAkan KAEDAH baru sebelum memBUBARkan PARLIMEN bagi menghadapi PRU-13.. Kali ini satu lagi keCUAIan DS Najib ialah terlalu berSANGKA BAIK terhadap SAKI-BAKI 'LEVEL 4 Boys' hingga mereka BEBAS meRAJAi BANYAK AGENSI kerajaan dan GLC-GLC! KeDUDUKkan mereka sebeginilah yang menyebabkan BANYAK perkara SULIT terDEDAH dan diMANIPULASIkan oleh PR untuk MODAL POLITIK mereka.. Bukankah dah BANYAK kali kita SEBUT pasal 'PerJANJIan PASSPORT'? ->KLIK<-

Dengan keDUDUKannya sebagai 'BOSS' Pemuda UMNO, dia sekarang diLIHAT cuba menambahkan CUKA kepada LUKA yang diALAMi oleh UMNO/BN.. Dia diLIHAT sudah PANDAI memPERLEKEHkan PEMIMPIN lain KHUSUSnya di NEGERI-NEGERI yang berjaya diTAWAN dan diPERTAHANkan oleh UMNO/BN.. 


Hmmn.. Ada orang KATA ayat-ayat TWITTERnya itu diTUJUkan kepada MB Terengganu.. Namun demikian, dia patut TAHU bahawa RAKYAT Terengganu cukup ARIF tentang apa yang pernah diLAKUkannya di Terengganu berSAMA-SAMA rakan 'LEVEL 4 Boys'nya semasa bapa MERTUAnya jadik PM! Dah LUPA?

Dalam KONTEKS yang lain pulak, 'BOSS' Pemuda UMNO jugak diLIHAT mengambil penDEKATan berLAWANan dengan kumpulan-kumpulan NGO Melayu/ISLAM.. Tatkala DS Najib berUSAHA untuk meWUJUDkan HUBUNGAN BAIK dengan NGO-NGO sebegini tanpa mengira FAHAMan POLITIK, BANYAK kali jugaklah 'BOSS' Pemuda UMNO ini meLABELkan NGO-NGO begini sebagai RASIS dan TIDAK RELEVAN.. TIDAK pernah pulak dia mengatakan sedemikian kepada DAP La'anatullah atau mana-mana NGO KAUM 'AH-Beng'? Ada ke? Anda pernah DENGAR ke? Ye la.. Dia bukannya DATUK Harun IDRIS atau TS Jaafar ALBAR!

Mungkin ada di kalangan 'CAI-CAI'nya mengatakan dia sudah berUBAH.. Ye ke? TIDAK.. Dia TIDAK berUBAH dan TIDAK akan berUBAH.. Ini jugak keSILAPan DS Najib kerana memBERIkan RUANG terlalu SELESA kepada orang begini walhal 'CONTRIBUTION'nya kepada PARTI TIDAKlah seHEBAT mana pun berBANDING PUBLISITI yang diBERIkan.. Oleh itu, DS Najib patut SEDAR bahawa inilah keSILAPan terBESAR yang mungkin boleh memBAWA keMUSNAHan kepada UMNO.. Seperti mana keSETIAan Husam MUSA bukan kepada PRESIDEN PAS, begitu jugaklah keSETIAan dia ini jugak bukanlah kepada DS Najib dan UMNO!

Wallahualam..  

4 comments:

Anonymous said...

Maaf saya tidak setuju dgn saudara penulis. Pada pendapat saya, artikal mcm ini pun nak hancurkan UMNO dari dalam jugak. sudah2 lah politik mcm ni. move on

Anonymous said...

maaf saya sangat setuju dengan artikel ini. Gunting dlm lipatan adalah lebih tidak disukai Rasulullah s.a.w daripada musuh yg nyata. Musuh Islam Melayu sedar UMNO kuat, oleh itu untuk menjatuhkan UMNO perlua ada orag dalaman yang menghancurkannya. Muka tak malu Kjee dan tindak-tanduknya yang kemaruk kuasa menunjukkan dia ada master yang memberikan arahan kepadanya untuk segera menguasai UMNO.

Tukang Dok Peghati said...

ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Encik ANON 8:33AM, kita akan DIAM bila 'BOSS' kamu turut dok DIAM.. Jangan LUPA bagitau 'BOSS' kamu bukan dia aje yang GRAD dari 'OVERSEA' di NEGARA ini!

Kalau nak berBAKTI, berBAKTI ajelah tanpa perlu mengHARAPkan BALASAN? Dah NAMA pun buat kerja untuk PARTI? PARTI bukannya syarikat KONGLOMERAT!

Wallahualam..

hero_labu said...

Pengajian tinggi belum tentu menyakinkan dia layak jd pemimpin.waktu merebut jawatan ketua politik korup d gunakan.cuba jd spt mukhriz.jgn d harap sekupang saguhati.pilih jika rasakan diri benar2 layak!!

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS