DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Saturday, July 19, 2014

DS Najib, siapakah SEKUTU yang DS perlukan bagi menghadapi MUSIBAH MH17 ini?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kita AKUI bahawa DS Najib meRUPAkan PM yang paling BANYAK diUJI Allah SWT.. Namun demikian, apakah DS Najib sendiri meLIHAT sedemikian? Kita KATAkan sebegini kerana DS Najib sendiri seolah-olah masih dalam keKELIRUan dan TIDAK TAHU untuk 'RELY' kepada siapa.. MeRUJUK kepada TRAGEDI MH17, PengHINAan demi pengHINAan diTUNJUKkan di dalam NEGARA sendiri oleh KUMPULAN 'PEMISAH' tanpa diambil sebarang TINDAKan oleh POLIS mahu pun oleh SKMM.. Di luar NEGARA, Malaysia seolah keseorangan diri dalam KES ini..




Di dalam NEGARA, kita boleh LIHAT sendiri segala macam KECAMAN diTUJUkan kepada DS Najib dalam TWITTER, FB, BLOG dan sebagainya.. Ada jugak juruBLOG yang diBERIkan PANGKAT 'AJK' oleh DS Najib dalam MACC masih menunjukkan keBEBALannya dengan menyalahkan MAS yang KONONnya memilih LALUAN TIDAK SELAMAT.. Agaknya dah berapa BANYAK 'FLIGHT' dia dah jadik 'PILOT'? Itu belum lagi dengan puak-puak peLAMPAU yang kita TAHU memang SUKA dengan TRAGEDI sebegini untuk menJATUHkan kerajaan ini..


- Di manakah para 'PUNAH-Sihat' DS Najib dalam PEMANDU, BTN, KHAZANAH dan segala macam ORGANISASI yang diTUBUHkan untuk menCIPTA segala macam SOP oleh kerajaan?

- Di manakah SOKONGan para kakitangan kerajaan dan separa kerajaan terMASUK ANAK-ANAK VVIP di dalam pelbagai AGENSI penguatKUASAan seperti JASA, SKMM dan UNIT Penerangan untuk mengambil TINDAKAN perUNDANGan terhadap puak peLAMPAU sebegini? 

- Di manakah POLIS dan TENTERA yang telah diSEKAT dengan segala macam SOP LIBERAL untuk memantau keGIATan SUBVERSIF yang semakin menjadi-jadi ini dan diRANCANG untuk mengHANCURkan NEGARA ini dengan mengGUNAkan DANA-DANA ASING?

- Di manakah SOKONGan daripada AHLI-AHLI UMNO/BN sendiri untuk DS Najib dan kerajaan bagi menangkis segala macam DAKYAH dan keGIATan SUBVERSIF ini?


- Di manakah BANTUan oleh NGO-NGO UMAT Melayu/ISLAM yang semakin KECIL HATI dengan penTADBIRan DS Najib yang sering memencilkan mereka dan lebih mengUTAMAkan NGO-NGO HARAM JADAH berOTAK LIBERAL, 'EVANGELIST dan PLURALISME?

Kalau dalam NEGARA sendiri pun DS Najib dan kerajaan boleh diHINA dan diPERLEKEHkan sebegini, kita TIDAK menJANGKAkan pun DS Najib mampu meRAIH SOKONGan di peringkat antarabangsa untuk menDAPATkan keADILan dalam TRAGEDI MH17 ini.. Kalau setakat PEMIMPIN cuma mereka meLUAHkan SIMPATI dan sebagainya, itu belum tentu CUKUP untuk menDAPATkan keADILan bukan sahaja bagi KELUARGA MANGSA, malah bagi NEGARA ini juga..

- Di manakah SOKONGAN, BANTUAN dan SIMPATI untuk Malaysia daripada NEGARA-NEGARA NAM?

- Di manakah SOKONGAN, BANTUAN dan SIMPATI untuk Malaysia daripada NEGARA-NEGARA OIC?

- Di manakah SOKONGAN, BANTUAN, dan SIMPATI untuk Malaysia daripada NEGARA-NEGARA KOMANWEL?

- Di manakah SOKONGAN, BANTUAN dan SIMPATI untuk Malaysia daripada NEGARA-NEGARA ASEAN sendiri?

Kita sudah HILANG keHORMATan di peringkat antarabangsa kerana terlalu ingin menjadik LIBERAL dan menurut KATA-KATA NGO-NGO HARAM JADAH yang memPERJUANGkan keSESATan tetapi berSELINDUNGkan KONONnya HAK ASASI manusia! Sejak 10 TAHUN dulu, POLISI kerajaan kita seolah-olah meng'KOMPANG'kan apa yang NEGARA-NEGARA BEKAS 'PenJAJAH' mahu.. Akibatnya, kita sedikit seBANYAK telah membuat SEKUTU kita selama ini dalam OIC, NAM, D8, G15 dan BANYAK lagi kecil HATI.. Sekarang, bila kita diTIMPA MUSIBAH, apa jenis SOKONGan dan BANTUan untuk kita menuntut keADILan?


Terus-terang KATAlah, kita menyuarakan ini bukan kerana ANTI DS Najib atau pun UMNO/BN sebagai kerajaan.. Namun, sejak dulu lagi kita MELUAT dengan POLISI dan FAHAMan LIBERAL yang berleluasa dan diTERAPkan oleh para 'PUNAH-Sihat' dan jugak ANAK-ANAK VVIP tanpa mengambil kira SENARIO semasa.. SATU-SATUnya CARA untuk kita sebagai RAKYAT BERSATU dan berGANDING-BAHU untuk menghadapi MUSIBAH sebegini hanyalah dengan menerapkan semangat PATRIOTISME dalam diri.. Malangnya, semakin HARI semakin JAUH kita daripada semangat sebegini AKIBAT POLISI kerajaan jugak!

Wallahualam.. 

3 comments:

Anonymous said...

Apa lagi Najib tunggu. letaklah jawatan, ambil tanggungjawab atas apa yang berlaku, dan jangan menjadikan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia kebas dengan kejadian-kejadian seperti itu (pinjam istilah A Kadir Jasin). Hedaknya dalam sidang khas parlimen perbahasan bukan saja mengutuk kejadian itu tetapi turut sama mendedahkan kelemahan Najib sebagai perdana menteri dan akhirnya sepakat mendesak beliau berundur dengan terhormat kalau pun tidak semua anggota kabinet letak jawatan.

maae said...

Kita ingin merentas sempadan / global. Cita-cita besar PM Najib. Ok, fair enough! Dalam masa yang sama beliau melakukan kesalahan pentadbiran yang amat nyata. Ramai bijak pandai, berpengalaman, tokoh-tokoh sudah menegur. Kata omputih, fall on deaf ears je...

Mengiktiraf KonSulltan sendiri (saya tidak pasti adakah di setujui kabinet) , mengabaikan kakitangan kanan awam yang sudah berkhidmat lama dan berjasa. Tiba-tiba satu kuasa baru lain lebih berkuasa, membuat keputusan untuk mereka !

Seperti blogger tuliskan, PM Najib memang sudah hilang pedoman... terlampau liberal sehingga musuh sedang mengerat kaki tangan nya sekarang...

orangjohor said...

Kasihan... Orang melayu pun tak mahu amek pot pasai dia lagi. Ramai cakap, lantak hang la najib!. Semua menjauhkan diri daripada dia. Kalau ada sokongan pun pada dia, cuma 'disokong' oleh puak2x yang ada kepentingan fulus je sekarang... Nasib kau la Najib... Amacam, best tak jadik Melayu Liberal, samarata, samarasa... hang terjun la ngan mimpi 2020 hang!

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS