DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Friday, July 18, 2014

MH17 dan MH370 MANIFESTASI keJAYAan kita menjadi NEGARA 'KAMBING HITAM' di peringkat antarabangsa?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Berapa RAMAI lagi NYAWA yang perlu diRAMPAS oleh peRANCANGan pihak-pihak tertentu DEMI meMULAkan pePERANGan DUNIA ke-3?


Perkara ini bukannya MAIN-MAIN.. Sejak TRAGEDI MH370 lagi seolah-olah sudah WUJUD peRANCANGAN pihak-pihak tertentu ke arah ini.. Hanya kita aje yang buat-buat PEKAK dan BUTA dalam SOAL ini.. Seolah-olah DUNIA ini akan KEKAL AMAN sebegini..


Anda seHARUSnya TAHU bahawa seseBUAH pePERANGan itu walaupun mengAKIBATkan keHILANGan NYAWA tetapi di sebaliknya ia jugak sebagai BISNES yang mengUNTUNGkan bagi pihak yang lain.. TAMBAH pulak kalau pePERANGan itu pada SKALA yang BESAR..

Kenapa NEGARA kita yang diPILIH sebagai KAMBING HITAM? Ini kerana kita adalah NEGARA yang terlalu BAIK dengan mana-mana NEGARA pun yang sedang mengalami KRISIS dan KONFLIK ketika ini kecuali Israel.. NEGARA kita BAIK dengan US, BAIK dengan China, BAIK dengan RUSIA, BAIK dengan Ukraine dan BANYAK lagi.. Namun, keBAIKkan kita dengan NEGARA-NEGARA lain inilah yang meMUDAHkan kita dijadikkan KAMBING HITAM oleh pihak-pihak tertentu untuk meWUJUDkan seBUAH pePERANGan sebagai BISNES yang mengUNTUNGkan..




Kita sudah keHILANGan 'SENGAT' sebagai sebuah NEGARA yang diHORMATi di peringkat DUNIA apabila TUN DR. Mahathir berSARA.. Semasa TUN berKUASA, TIDAK ada KONFLIK di DUNIA yang beliau TIDAK TAHU atau TIDAK ambil PEDULI.. Bukan kerana ingin menyibuk tetapi kerana ingin mengELAKkan NEGARA kita daripada turut terJEBAK sebagai KAMBING HITAM dalam KONFLIK terSEBUT seperti apa yang berlaku pada HARI ini.. SeKURANG-KURANGnya, NEGARA terBABIT sedia maklum bahawa NEGARA kita sedang memantau perKEMBANGan mereka di sana.. Jadik, mereka yang berKONFLIK itu pun sudah tentu TIDAK mahu menambah MUSUH..


HARI ini, bukan sahaja kita menjadik bahan perCATURan ala-ala KAMBING HITAM, SEMPADAN kita diBOLOSi pun kita ENGGAN berTINDAK.. Malah, keLEMAHan kita yang paling KETARA ialah menDENGAR segala macam 'NASIHAT' oleh para 'IBLIS' yang KONON-KONONnya menJAGA HAK ASASI manusia untuk meMANSUHkan pelbagai AKTA penCEGAHan seperti ISA, ORDINAN DARURAT dan sebagainya.. Segala MAKLUMAT pasal NEGARA kita begitu MUDAH diSALURkan keluar oleh mereka ini yang diBIAYAi oleh pihak ASING.. PeRISIKkan kita hanya LAYAK dijadikkan bahan TONTONan seperti DRAMA Gerak KHAS aje.. Kita merasa terlalu selesa HASIL diperBODOHkan oleh AHLI-AHLI POLITIK yang berOTAK LIBERAL samada di dalam UMNO/BN mahu pun di dalam PR..

Sekarang NEGARA kita sudah pun terHERET ke dalam KONFLIK yang TIDAK mustahil akan berkeSUDAHan dengan pePERANGan pada SKALA yang BESAR.. PePERANGan yang meLIBATkan hampir 2/3 NEGARA di DUNIA ini.. Kita menjadi KAMBING HITAM yang TIDAK lagi boleh berSUARA dalam ISU Palestin, Rohingya, Syria, Iraq dan BANYAK lagi NEGARA.. MH17 dan MH370 adalah perCATURan yang SAMA seperti mana ARCHDUKE Franz Ferdinand diBUNUH di Sarajevo yang mengHASILkan PERANG DUNIA yang pertama.. Perkara sebegini boleh diELAKkan tetapi kita SENGAJA ENGGAN mengELAKkannya kerana terlalu TAKUT tak nak diLIHAT TIDAK LIBERAL..

Wallahualam..

2 comments:

Anonymous said...

Astaghfirullahal'adzim. Nowadays our country seems to be popular for all the wrong reasons.So sad, so very sad.

Anonymous said...

Mungkin ad kaitan dengan perang akhir zaman, last pope, dan agenda yahudi

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS