DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong

Para Pembaca

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA

HARGAILAH KEMERDEKAAN NEGARA KITA
NEGARA KITA TANGGUNG-JAWAB KITA

DOA KITA SEMUA

DOA KITA SEMUA

Wednesday, July 16, 2014

SOP DS Najib untuk keKALAHan UMNO dan Melayu/ISLAM pada PRU-14 nanti?


ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Kerajaan DS Najib serba-serbi nak kena ada 'STANDARD Operating PROCEDURE' SOP walaupun NYARIS jadik PEKASAM pada PRU-13 lalu.. SOP ni sebenarnya bukan tak boleh diBUAT pun oleh mana-mana PEGAWAI Kerajaan tetapi pasal DS Najib nak meNAMPAKkan dirinya SAMA taraf dengan PEMIMPIN DUNIA lain yang peMALAS, maka dia pun menyerahkan pemBUATan SOP itu kepada para 'PUNAH-Sihat'nya.. Lagi pun, KONON-KONONnya IDEA budak-budak PUNAH-Sihatnya dalam PEMANDU, SKMM dan segala macam AGENSI tempat ANAK-ANAK VVIP berSARANG tuh mungkin ada BAIKnya untuk NEGARA pada pandangan DS Najib.. 

HASILnya,


1) Sampai sekarang TIDAK ada sesiapa pun diHUKUM berHUBUNG INSIDEN Lahad Datu TAHUN lepas.. NEGARA kita boleh diBOLOSi macam ULAR masuk RUMAH aje..

2) POLIS nak BURU penJENAYAH pun serba salah pasal WUJUDnya SOP yang mengHALANG TUGASan mereka selepas ORDINAN DARURAT, ISA dan segala macam AKTA lagi diMANSUHkan..

3) SKMM pun hanya berTINDAK jika ada kenyataan dalam MEDIA yang diKAITkan dengan VVIP Kerajaan.. Kalau orang biasa buat ADUAN, budak-budak kat SKMM Cyberjaya tuh akan KATAkan itu ialah TUGAS POLIS pulak..

4) KeWUJUDan pelbagai puak peLAMPAU yang berSELINDUNG di sebalik NGO-NGO HAK ASASI manusia tetapi menJALANkan keGIATan SUBVERSIF dengan pemBIAYAan DANA ASING.. Bagaimana dengan NGO HARAM seperti SUARAM?

5) Malaysia pulak jadik pengkalan keGIATan pengGANAS seluruh DUNIA baik yang ISLAM, Tamil EELAM, Myanmar, SULU, MAFIA dan SAKI-BAKI keturunan Ghee HIN dan HAI San dahulu kala..

Oh ye.. SEMUA gejala di atas makin menjadik-jadik walaupun para 'PUNAH-Sihat'nya memPERKENALkan pelabagai jenis SOP sebagai BUKTI keCERDIKkan mereka yang keBANYAKkannya berSTATUS ANAK-ANAK VVIP.. ANAK-ANAK orang lain yang sekolah di kampung tak LAYAK nak buat SOP walaupun keLULUSan mereka JAUH lebih HEBAT daripada para 'PUNAH-Sihat' ini.. Bukan apa, TAKUT pulak diLIHAT sebagai TIDAK LIBERAL pada pandangan DS Najib..

DS Najib PEDULI apa kalau penCEROBOH di Sabah boleh menCULIK dan menembak MATI pihak berKUASA? Diorang mana perlukan SOP untuk berBUAT demikian? Yang kena ada SOP cuma POLIS dan TENTERA aje pasal budak-budak 'PUNAH-Sihat' dah buat UJIKAJI sedemikian.. Eh.. Kan mereka tu ANAK-ANAK VVIP yang KONONnya macam datang dari KAYANGAN? Jadik SOP ke apa ke yang mereka BUAT tentunya lebih diyakini oleh DS Najib berBANDING mana-mana orang yang sekolah kampung tetapi cuma LAYAK jadik CALON SIMPANAN pegawai kerajaan walaupun mereka ada keLULUSan berJELA-JELA.. 

KATA orang KANAN DS Najib sendiri, 'They are NOTHING!'.. Ewah.. Walaupun dia meRUJUK 'NOTHING' tu kepada LAWANnya dalam PKR, mungkin dia patut TAHU bahawa apa yang dia SEBUT sepatah-sepatah tuh kena kat dia jugak..


Cuba kalau KATA-KATAnya dalam KLIP itu diTUJUkan pulak kepada dia sendiri.. Bukanlah itu lebih menepati MAKSUD? Bukankah satu DUNIA TAHU siapa sangat dia tuh sebelum menjadik MENANTU kepada PM paling LEMAU dalam SEJARAH? Sekarang entah kenapa, DS Najib pulak yang terHEGEH-HEGEH nak PERCAYA KONONnya dia akan dapat SOKONGan generasi MUDA kalau SIMPAN MALAUN nih dalam kerajaan dan PARTInya? Itu SOP mana pulak yang diIKUT?

Wallahualam..     

3 comments:

Anonymous said...

Ahli politik semua tamak haloba menjadikan politik sebagai perniagaan mereka. Tak kesah la celaka celaka dari parti mana. Itu yang melayu semua hancor dibuatnya. Sial lah korang pemimpim Melayu, Korang amatlah menghampakan aku. Celaka mampos korang semua lagi baik.

Anonymous said...

Ahli politik ckp satu pun x boleh pakai
Mulut berapi. Blkg penugh taik
Dtg PRU berlakon mcm opera cina
Anak haram punya YB2 semua ni
Yg menteri lg haramjadah

Pembangkang sekor2 mcm anjing
Tau nak menyalak saja
Dpt habuan snyp
Kepala butoh la
Jual agama pun sanggup !!
Munafik yg dlm PAS tu

Anonymous said...

UMNO sedang siapkan kubur untuk bersemadi selepas PRU 14 nanti. Jika Najib laki Rosmah masih jadi PM, alamat UMNO tinggal dalam kenangan nanti.

ANUGERAH IKON SEKSUAL UNTUK AHLI POLITIK PR BAGI PRU-13 JATUH KEPADA

KENAPA HANYA BANGSA MELAYU SAHAJA YANG PERLU MENGINGATI SEJARAH NEGARA?

Melayu dikhianati?

Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas Pilihan Raya Umum ke-12. Kita boleh tafsir apa sebabnya. Awang tidak mahu mengulas panjang kali ini, cukup sekadar disiarkan semula petikan kenyataan seorang pemimpin MCA, Tun Tan Siew Sin pada 30 April 1969 (dipetik daripada buku Khalid Awang Osman dan pernah diulas Ridhuan Tee Abdullah) untuk renungan kita semua.

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah. Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

Sebelum itu, seorang pemimpin MIC Tun V.T Sambanthan pada 1 Jun 1965 pernah berkata:

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian. Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan. Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman?

Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan? ''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma. Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut? "Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku di Malaya? Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara. Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu. Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

Persoalannya, kini apakah pengorbanan Melayu dikhianati oleh kaum lain?

-Awang Selamat-

PANDANGAN PERKASA TENTANG LIBERALISASI 27 SUBSEKTOR PERKHIDMATAN AWAM

KENYATAAN AKHBAR DATUK IBRAHIM ALI, PRESIDEN PERTUBUHAN PRIBUMI PERKASA MALAYSIA (PERKASA)

1. PERKASA menghormati tindakan kerajaan meliberalisasikan 27 subsektor dalam bidang perkhidmatan kesihatan dan sosial, pelancongan, pengangkutan, perniagaan, komputer dan yang berkaitan dengannya berkuat kuasa serta-merta tanpa mengenakan sebarang syarat ekuiti seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, pada Rabu 22 April 2009.

2. PERKASA juga menginsafi bahawa tujuan tindakan tersebut adalah untuk membentuk satu persekitaran perniagaan yang kondusif bagi menarik pelaburan, teknologi serta menjana peluang pekerjaan bertaraf tinggi. Ini bermakna langkah ini dilaksanakan demi kepentingan negara dan rakyat jelatanya.

3. PERKASA juga menghormati kenyataan kerajaan bahawa inisiatif liberalisasi ini tidak akan menjejaskan industri perkhidmatan tempatan kerana ianya dilaksanakan dibawah kawalseliaan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi Jawatankuasa Kebangsaan bagi Kelulusan Pelaburan Sektor Perkhidmatan di bawah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).

4. Bagaimanapun PERKASA kesal kerana kerajaan memansuhkan syarat peruntukan ekuiti 30 peratus tempatan untuk subsektor berkenaan. Ini bermakna usahawan Bumiputera tertutup peluang menyertai sektor ini walaupun ianya merupakan komponen penting dalam ekonomi negara yang menyumbang sebanyak 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008 dengan 47.6 peratus merupakan sumbangan perkhidmatan bukan kerajaan.

5. Memang mutakhir ini wujud segolongan usahawan Bumiputera yang berkemampuan untuk bersaing menerusi sistem yang terbuka. Tetapi, jumlah usahawan yang mampu berjaya menerusi sistem meritokrasi ini pastinya masih kecil dan belum menyeluruh.

6. Oleh itu, PERKASA bimbang bahawa keputusan kerajaan ini, walaupun demi untuk negara dan rakyat jelatanya, kemungkinan ianya menjejaskan majoriti usahawan Bumiputera di sektor perkhidmatan yang diliberalisasikan ini tidak dapat dinafikan. PERKASA juga bimbang bahawa tindakan kerajaan ini menjadi permulaan kepada pemansuhan ekuiti 30 peratus sepenuhnya bagi sektor-sektor lain di masa akan datang.

7. Oleh itu, PERKASA berpendapat bahawa keputusan memansuhkan ekuiti 30 peratus dalam sektor perkhidmatan yang dilebralisasikan dua hari lalu wajar dikaji semula dengan seberapa segera. Sekurang-kurangnya kerajaan wajar menetapkan ekuiti yang yang lebih kecil daripada kadar 30 peratus sebelum ini. Pada waktu yang sama, kerajaan perlu menyatakan secara tegas bahawa tahap ekuiti 30 peratus yang dikenakan sebelum ini akan dikuatkuasakan semula sebaik sahaja ekonomi negara pulih seperti sedia kala.

8. PERKASA menyatakan pendapat serta mengemukakan saranan di atas kerana dalam apa jua keadaan adalah kurang wajar jika status Bumiputera di negara ini seolah-olah diremehkan. Tindakan seperti ini memberikan persepsi dan impak negatif kepada kesungguhan kerajaan mempertahankan program dan dasar affirmatifnya bagi masyarakat Bumiputera seluruhnya.

9. Sekian. Terima kasih dan salam takzim.

Ibrahim Ali
25 April 2009

Iklan NUFFNANG

ADVERLETS